CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53379|Reply: 266

Roh Gentayangan

  [Copy link]
Post time 2-6-2010 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Santeira at 16-5-2012 13:46

Roh gentayangan ialah roh roh manusia yang telah meninggal tetapi rohnya tidak diterima alam barzakh. Jasad mereka telah dikuburkan tetapi roh mereka masih berkeliaran di dunia ini...  Alam barzakh tak terima tapi jasad dah hancur dimakan tanah..maka bergentayanganlah mereka... dan ada diantaranya mengacau....terutama anak cucu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2010 04:21 PM | Show all posts
yang aku tahu..roh yang terawang-awang ni salah satu sebabnye meninggal dunia tanpa membayar hutangnya terutama duit..dan  die mengetahui keberhutangannya...

bab die kaco ank cucu..kurang percaya..tu setan tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 04:29 PM | Show all posts
yang aku tahu..roh yang terawang-awang ni salah satu sebabnye meninggal dunia tanpa membayar hutangnya terutama duit..dan  die mengetahui keberhutangannya...


ye ke mcm tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2010 04:38 PM | Show all posts
yang aku tahu..roh yang terawang-awang ni salah satu sebabnye meninggal dunia tanpa membayar hutangn ...
voizze Post at 2-6-2010 16:21

Banyak sebab berlakunya perkara ini.. yg paling kerap ialah akibat kejahatan didunia terutama dalam menganayai orang lain tak kira dilakukan sendiri (dia sendiri ahli sihir), dia mengupah ahli sihir dan dia membalas sihir dengan memulangkan kepada yg membuat/yg menghantar.... senang cerita buat jahat sesama manusia


Mungkin tak ramai mengetahui roh gentayangan ini juga merupakan salah satu sumber penyakit kepada manusia terutama keturunannya.. sebab yg biasa adalah melalui saka atau persihiran...

Dan kes yg melibatkan roh gentayangan amat sukar diubati..... terutama kalau tak tau... sebab ia ialah roh yg kekal abadi, tak boleh dibunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 05:03 PM | Show all posts
menarik topik ini. jarang ada orang yang membincangkan perihal roh gentayangan ini. Mungkin maklumat mengenai roh gentayangan ini terlalu sedikit.

Biasanya kita hanya difahamkan bahawa semua spesis makhluk halus kita kata sebagai Jin atau setan.

bagaimana pula dgn roh gentayangan dan dewa dewi. Jarang ada ustaz menghuraikan ini, malah ada setengah ustaz mengatakan tidak ada istilah gentayangan atau dewa dewi ni, semuanya adalah jin semata semata.

jadi, ada sesiapa yang dapat huraikan seperti berikut apabila pesakit diganggu oleh makhluk ini :

1. mengenal pasti pesakit diganggu oleh roh gentayangan dan bagaimanakah rawatan khusus terhadap mangsa.

2. Mengenal pasti pesakit diganggu dewa dewi dan rawatan khusus untuk kes sebegini.

Bila fikir balik ada betul jugak kata kata hantukiller, sebab aku terfikir kenapa setengah kes apabila perawat membacakan ruqyah keatas pesakit, settle.

ada pula dibacakan berulang ulang tapi tak settle, mungkinkah spesis gentayangan atau dewa dewi ini yg memerlukan rawatan khusus?

Dlm persoalan inilah berlakunya persilisihan antara perawat perawat....dimana soal "scan" pula di persoalkan. Menurut satu pihak tiada ada istilah scan scan dalam rawatan. kita tidak boleh melihat alam ghaib, perawat islam hanya membaca ruqyah menghalau jin dari tubuh pesakit, cukup setakat itu.

Pihak lain pula mengatakan, kalau tak boleh scan, tak tau apa spesis yang masuk badan, macam nak tentukan bentuk rawatan? sebab itulah perlu scan dulu untuk melihat apakah jin atau gentayangan ataupun dewa. bila dah kenal pasti barulah tau bentuk rawatan, bacaan dan kaedahnya. membanteras makhluk halus ini bergantung kepada kaedahnya masing masing, tidak boleh pakai satu kaedah saja seperti membaca ruqyah untuk semua pesakit yg datang mendapatkan rawatan.

jadi bagaimanakah TT dan lain lain forumers melihat isu ini??
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 05:13 PM | Show all posts
Macamana lak org yg dikatakan ghaib..setelah beratus2 tahun dulu.Contoh Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, Puteri Sakdong n macam2 puteri lg la...sebab i pernah dgr org berubat,bomoh tu menurun tiba2 puteri gunung ledang masuk badan dia la...tiba2 cakap macam org purbakala.Betul ke ghaib?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2010 06:06 PM | Show all posts
Macamana lak org yg dikatakan ghaib..setelah beratus2 tahun dulu.Contoh Hang Tuah, Puteri Gunung Led ...
rosmahisham Post at 2-6-2010 17:13


hanya Allah saja yang tahu betul ke Hang tuah ghaib. tetapi jangan percaya cakap bomoh yang menurun itu, jin memang suka gunakan kesempatan begitu untuk menabur fitnah sesama manusia, memesongkan akidah, dan cuba mensyirikkan amalan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 06:51 PM | Show all posts
firt time plak aku tahu pasal ni.

I follow ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2010 07:16 PM | Show all posts
aku pernah temankan kawan aku berubat di shah alam dengan seorang wak berbangsa indon. pada mulanya rawatannya biasa saja iaitu dengan doa pada air untuk diminum dan mandi.

Selang seminggu selepas kawan aku tu dah abis minum air tersebut, sakitnya masih juga tidak sembuh, ini disebabkan pihak lawan iaitu yang mengenakan sihir padanya menghantar lagi sihir. pengupah sihir (orang yang dendam kat kawan aku tu) tidak puas hati dan mencari bomoh lain untuk bergabung, maka akibatnya macam macam hantu dalam badan kawan aku tu dari lebih kurang 7-8 bomoh sihir.

Ok, apa kaitan dengan topik ini ialah roh gentayangan telah digunakan oleh wak ini, sebab menurut wak ini pihak sana telah menyeru roh gentayangan menyerang kawan aku. jadi bayangkanlah roh roh gentayangan berlawanan sesama sendiri, ini menyebabkan kawan aku semakin tertekan sebab dia boleh dengar macam macam bisikan kat telinga, hanya dia saja boleh dgr. sehingga dia blur dan tak boleh fikir apa apa. antara pengalaman dia yg dia ceritakan ialah :-

1. semasa dia zikir, maka terdengar suara suara ramai org berebut rebut ambik zikir itu, contoh dia dengar " haa mantap zikir tu....aku punya aku punya..." "jangan amik aku punya, aku nak zikir tu..."

2. Ada juga dia dgr suara berkata padanya " tolonglah sedekah fatihah kat kami..."

3. yang ini bentuk perlawanan " jangan takut....kita ada kat sini....haaa tu dorg nak hantar jin tu..ade kat tingkap....ramai jin jin kat luar....hati hati.....baca ayat ayat suci , " gi amik air sembahyang skang...gi cepat.....solat sunat mintak tolong kat Allah..."

4. kekadang roh gentayangan pihak lawan tiba tiba menjerit, ini yg buat kawan saya tersentak dan terkejut tiba tiba walupun tengah tidur, " hoiiiiiiiii bodo.......bangun...jangan tidur........."

seolah olah ada dua pihak yg berbisik pada kawan aku. ada masanya sampai tak tahu pihak mana yg bisik.......hampir setengah giler kawan aku tu. last last aku suggest kat dia...better cari perawat lain....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 08:16 AM | Show all posts
roh gentayangan dgn qarin berbeza yea...

yg biasa org claim nmpk arwah balik rumah tu semua .. tu qarin kan ...so roh gentayangan ni klu berbeza..ditemani qarin juga ke... atau once meninggal putus terus hubungan antara jasad  dan roh dgn qarin ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 08:41 AM | Show all posts
Info yang berguna..selalunya tahu roh gentayangan ni org yg
mati bunuh diri jer...upenye banyak jenis ya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 08:46 AM | Show all posts
aku tak berapa arif hal hal ghaib ni. tapi yang aku belajar kalau seseorang tu meninggal dlm keadaan normal, maksudnya bukan bunuh diri atau syirik atau dosa dosa yg teramat besar sehingga tak diterima bumi, maka qarinnya biasanya akan berada di area sekitar kuburnya.

Jika yg kategori macam bunuh diri dan syirik (yg mana bumi tak terima tu) yang inilah akan jadi roh gentayangan. Maka ada ilmu sihir yg boleh mengerakkan mereka untuk menganggu manusia. biasanya ilmu sihir indon banyak guna gentayangan nie.

of coz, bila kita meninggal terputuslah qarin tu dengan diri kita.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 08:55 AM | Show all posts
of coz, bila kita meninggal terputuslah qarin tu dengan diri kita.

terputus dgn jasad tapi boleh menjelma jadi roh gentanyangan - sori klu silap ...nak cuba faham

Jika yg kategori macam bunuh diri dan syirik (yg mana bumi tak terima tu) yang inilah akan jadi roh gentayangan


'yang inilah' ..maksudnya qarin kan ...so roh gentayangan ni asal dari qarin lah ... masih berkaitlah qarin dgn walaupun selepas mati
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 09:00 AM | Show all posts
aku rasa bukan macam tu. roh gentayangan adalah roh kita sendiri, qarin tu sebenarnya macam kembar kita, kita lahir je kedunia maka qarin pun ada bersama. roh gentayangan adalah roh kita yang akan menerima seksa atau nikmat diakhirat nanti. Oleh kerena kita bunuh diri maka roh kita tak diterima bumi.

sedangkan qarin adalah jin yang menghasut kita melakukan kejahatan, so roh gentayangan bukan qarin. Ia adalah roh kita.

Allah lebih mengetahui., kalau silap tolong betulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 09:41 AM | Show all posts
Menarik tuk dibaca ..perbincangan mengenai isu roh gentayangan....

http://setanhantu.wordpress.com/ ... tayangan-dan-hantu/


tapi berminat nak tunggu HK buat ulasan lanjut pasal ni dari segi pandangan dia sendri ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 10:01 AM | Show all posts
aku pernah temankan kawan aku berubat di shah alam dengan seorang wak berbangsa indon. pada mulanya  ...
Saat Post at 2-6-2010 19:16


teruja aku baca pengalaman kwn ko ni....mcm mana ek dorang lawan...ada senjata ke...roh gentayangan vs jin sapa lagi kuat....klu tau cerita la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 10:13 AM | Show all posts
ntah la..syaitan boleh menyesatkan manusia
mcm2 leh dibuatnya
(x tau nk komen mcm mane nti kena marah ngan forumer yg lain)
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 10:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by safamm at 3-6-2010 10:55
ntah la..syaitan boleh menyesatkan manusia
mcm2 leh dibuatnya
(x tau nk komen mcm mane nti kena ma ...
lemonjus Post at 3-6-2010 10:13



    tak perlu takut poremer lain marah... tu gunanya ada forum2  cam ni.. utk melahirkan pandangan masing2..
cuma klu kita tak tahu jgn confident ngan ulasan kita..

good perbincangan coz aku pun tak tahu pasal roh gentayangan ni.. yg aku tau memang ada roh yg tak diterima oleh bumi
dan langit disebabkan dosa2 yg kita lakukan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2010 12:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by hantukiller at 3-6-2010 12:47

Selepas berlakunya sesuatu kematian, terpisahlah roh yg menghuni jasad daripada jasad tersebut.

Ada beberapa keadaan selepas berlakunya kematian ini. Ada rohnya terus dibawa oleh malaikat terus masuk kealam barzakh.. Ada yg mengambil sedikit masa, 1hari, 2hari...5hari dan paling lama 100 hari..tapi semua roh yg diterima alam barzakh ini biasanya roh yg baik iaitu pemilik roh tersebut semasa didunia tidak melakukan kejahatan terutama kepada sesama manusia.

Ada juga yg rohnya tak diterima akibat ada sedikit kejahatan iaitu berhutang dengan Allah spt zakat dan sebagainya, ada juga kerana banyak menyusahkan manusia secara tak disedari..tapi kebanyakkan roh sebegini tidak dikira roh jahat dan tak akan mengganggu anak cucu atau umat manusia yg lain... dan jika ada warisnya yg mendoakan..biasanya mereka akan diterima juga oleh alam barzakh.

Bagaimanapun jika manusia itu amat jahat didunia spt tukang sihir, Roh ini yg biasanya merosakkan manusia terutama keturunannya. Bagi golongan pemuja pemuja roh biasanya bukan orang islam lah spt tok batin, sami sami dll, mereka memuja roh roh ini untuk tujuan kejahatan seperti persihiran.

Biasanya jika roh gentanyangan yg jahat ini digunakan untuk persihiran, atau jika roh jahat ini mengganggu anak cucu keturunannya, amat sukar  untuk dirawat kerana roh jahat tadi(roh manusia jahat) tidak akan terkesan oleh bacaan ayat suci AlQuran atau rawatan rawatan yg biasa dilakukan oleh perawat islam.

Jika perawat yg mampu menarik keluar roh jahat yg dah bermastautin di sesuatu tubuh dan menguncinya ditempat lain ( biasanya guna makrifat, jurus juga tidak berkesan) barulah sipesakit mampu dipulihkan...

Jika permasaalahan adalah disebabkan roh gentayangan ini, segala jenis jin walaupun azazil dan iblis sekalipun akan menghindar kerana kekuatan roh manusia jauh melebihi kekuatan segala jenis jin jin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2010 12:08 PM | Show all posts
Pengkelasan roh selepas kematian terbahagi 3:

1. Roh yg sangat baik : biasanya terus diambil masuk kealam barzakh, dan mereka juga boleh secara bebas keluar masuk alam barzakh tersebut kealam kita ini untuk membantu manusia yg memerlukan pertolongan. Roh tersebut biasanya roh para wali dan para anbia(nabi)

2. Roh yg sederhana baik : Ini adalah roh manusia biasa berbagai peringkat kebaikan mereka semuanya diterima alam barzakh ini tetapi tidak dibenarkan keluar kealam kita lagi

3. Roh jahat : iaitu roh yg tak diterima alam barzakh berbagai peringkat kejahatan mereka, ada yg tak diterima sementara dan ada yg tak diterima selama lamanya(ni yg jahat sangat)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.090826 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list