CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_azure

HINGGA SAAT INI...[U]

   Close [Copy link]
Post time 2-4-2011 11:56 PM | Show all posts
kalu x bz masukkan la n3 baru..masih menantiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2011 12:22 PM | Show all posts
ishk..takde lagi ke n3 ni????
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 12:51 PM | Show all posts
masih tak de n3 lagi ke..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 10:31 AM | Show all posts
salam...
azure pun buat umrah gak ke???
lamanya menghilang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 05:08 PM | Show all posts
salam, azure kursus lagi ka
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 05:13 PM | Show all posts
hurm...masih tiada lagi....cuti panjang ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2011 05:27 PM | Show all posts
dah strat praktik jd isteri mithali ya nini......
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 11:11 PM | Show all posts
semakin tertarik nak membace
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2011 11:15 PM | Show all posts
besssssssssttttttttttttttt................
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 11:16 PM | Show all posts
..........seronoknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 11:12 PM | Show all posts
Salam Semua,
Maaf, lama tak masuk ke sini..
baru balik dari O/S
ada kerja luar yg. jadualnya teramat padat;
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 08:20 AM | Show all posts
x pe...
yg penting lepas nie lehlah letak n3 bebanyak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 08:35 AM | Show all posts
selamat pagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 12:25 PM | Show all posts
sambung lagi ye ... baca sambil tersenyum.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:03 PM | Show all posts
salam...
tuan rumah bz lagi ke???
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:57 PM | Show all posts
gi o/s lg kew??? nak n3 baru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 10:49 PM | Show all posts
owh.. ttuan umag gi o/s...
nanti dah balik smbg pnjg2 k...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 10:46 AM | Show all posts
best cite ni...
x sabar nk tggu n3 bru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2011 12:12 PM | Show all posts
41.

Nini resah bila tiba ke penghujung minggu.  Orang yang bekerja akan menanti hari tersebut dengan cerianya.  Masa untuk berihat.  Boleh berlengkar di tempat tidur kembali setelah mengerjakan solat Subuh, walaupun tidur setelah matahari naik tidak digalakkan.  Akan menutup pintu rezeki.  Tapi bila badan penat semua itu diletakkan ke tepi.

Entah kenapa Nini rasakan dua hari itu terlalu panjang.  Kalau boleh dia ingin cepat kembali ke pejabat.  Dulu-dulu dia tidak rasakan begitu semasa Puan Suraya ada bersama bahkan hari tersebut paling dinanti.  Tapi kini menjadi sebaliknya. Segalanya menjadi serba tidak kena.  Nak berkurung di dalam bilik sepanjang hari tanpa memperdulikan Nazrin; tentulah tidak molek.  Nak menemani Nazrin pula di dalam rumah yang dihuni oleh mereka berdua... perkara itu paling dielakkan... Nanti Nazrin lakukan perkara yang kurang manis kepadanya...  Kurang manis? Nazrin itu suami dia, bukan orang lain...  

"Ini pagi-pagi dah termenung kenapa?" Terkejut Nini bila Nazrin melabuhkan diri di sebelahnyai. Dengan selambanya dia melingkarkan tangan ke bahu Nini.  Nini cuba mengelak.  Bukan Nazrin tidak tahu bahawa dia rasa janggal diperlakukan begitu.

"Em... tak ada apa-apa. Teringatkan ibu..."

"Semalam baru bercakap dengan ibu di talipon.  Dah rindu?  Abang yang dekat dengan sayang ini tak rindu ke?" Ini yang Nini rimas... Pagi-pagi lagi dah ada keluar kata-kata romantis.  Dadanya berdebar-debar dengan rasa bimbang dan tidak selesa...  Lain macam pula perangai Nazrin!

"Kenapa diam ni..  " Sambil itu Nazrin membelai rambut Nini yang hitam lurus.  Sempat jua dia menciumnya.

"Wanginya rambut sayang... " Nini makin mendiamkan diri.  Dia rasa menggeletar dan  seram sejuk seluruh badan.  Datanglah idea untuk dia melarikan diri dari Nazrin.  Nini semakin takut.

"Emm... Emm... A....  Abang... Nini nak ke dapur sekejap,  terlupa nak tutup makanan tadi.."  Dia cuba bangun dan melepaskan pautan tangan Nazrin.  Namun Nazrin tidak membenarkannya. Makin kejap pegangannya.

"Itu jangan bimbang; abang dah kemaskan semuanya... Sayang boleh lupa pula!"  Nini memegang dahi.  Apa pasal pula idea tak menjadi ini.  

"Sayang pening ke? Nak abang picitkan.." Nazrin menegur bila dia melihat tangan Nini yang melekap di dahi.  

Nini menggelangkan kepala. Lain yang cuba dibuat, lain pula jadinya.  Hendak saja Nini menjawab bahawa dia memang pening melihat sikap Nazrin yang terlebih prihatin pagi ini.  Kalau sampai ke petang macam itu mahu dia pengsan.

"Kenapa sayang ini gelabah...Relaxlah sayang..  cuti-cuti macam inilah kita kena habiskan masa bersama.."  Nazrin tersenyum melihat Nini yang serba tak kena.  Comel sangat! Dapat dirasakan Nini takut-takut dengannya.  Lain sungguh perangai Nini dengan yang dulu.  Nini yang suka bertengkar, Nini yang sukar berbalas kata mempertahankan prinsipnya dah hilang.  Yang ada sekarang Nini yang baru; Nini yang agak pendiam, kurang pandai bergurau. Status inikah yang merubah Nini menjadi begitu?

"Hari ini kita keluar jalan-jalan nak sayang?"

"Nini penatlah.. " Dia ingin berihat.  Ingin mencari ketenangan diri.  Kalau dia keluar dan terserempak dengan Farid macammana? Dia sebenarnya ingin berbual dengan Farid.  Di pejabat waktu itu amat terhad.  Di rumah dia tidak mahu bercakap depan Nazrin.  Tambahan pula Nazrin seperti melihat pergerakannya.  Talipon Nini yang diletak di atas meja akan diambilnya, seperti menyemak sesuatu.  

"Nak duduk kat rumah sahaja? Abang tak kisah... Kat rumah pun macam-macam juga boleh kita buat..." Tersungging senyuman nakal di bibir Nazrin. Tangannya tidak berhenti membelai rambut Nini.  Tak dapatkah Nini menghidu perasaannya yang dia begitu kasih kepada Nini?

"Kita nak ke mana?" Nini inginkan kepastian.  Entah kenapa kenyataan Nazrin tadi menakutkannya.  Melihatkan senyuman Nazrin tadikan pun hatinya menjadi gerun. Ah.. lelaki, lelaki juga..  Nak mengelak pun tidak boleh, hendak tak hendak dia terpaksa mengikut.

"Sayang ada terfikir nak pergi mana? Kalau ikut abang kita tengok wayang, lepas itu kita pergi ke pameran pengantin.  Boleh juga dapat idea untuk majlis kita nanti..." Lagilah Nini ingin menjerit di dalam hati.  Majlis nikah baru sahaja lepas, ini dah fikir majlis perkahwinan.  Kenapalah Nazrin ini terlalu "advance" dalam hal-hal begini.  Nini mengomel di dalam hati!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 01:54 PM | Show all posts
sambung lagi zura
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.081695 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list