CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128458|Reply: 464

Puteri Saadong VII Raja Tengku Putri Anis

    [Copy link]
Post time 11-6-2010 12:28 AM | Show all posts |Read mode
Kisah Raja Tengku Putri Anis yang mendakwa sebagai Ratu Saadong VII berserta gambar-gambar menarik  dalam

http://kebunketereh.com/?p=1596
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2010 12:30 AM | Show all posts
Sejak Raja Tengku Putri Anis mendakwa beliau sebagai Ratu Saadong VII, pelbagai andaian telah dibuat. Apapun ia telah membuka satu ruang perbincangan yang baru...satu yang positif bagi para peminat dan pengkaji sejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 05:35 AM | Show all posts
'Dia gemar berkhayal'
Oleh Siti Fatimah hassan

2010/06/10
         
KOTA BHARU: Seorang wanita yang mendakwa dirinya pewaris keturunan Puteri Saadong, baru-baru ini, dikatakan tidak mempunyai sebarang pertalian atau hubungan dengan keturunan raja.

Perkara itu didedahkan salah seorang ahli keluarganya yang tampil kepada media sambil mendakwa dia mengenali Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang membuat pengakuan dalam sebuah akhbar mengenai dirinya adalah keturunan ketujuh Puteri Saadong.

Menurut ahli keluarga yang enggan dikenali itu, semua dakwaan disiarkan dalam akhbar sebelum ini amat meragukan dan menimbulkan tanda tanya apabila dia sendiri mengenali Raja Putri Anis atau dikenali dengan nama samaran sebagai ‘Along’.

Katanya, dia tertanya-tanya dari mana datangnya gelaran ‘Raja’ yang digunakan kerana sepanjang pengetahuannya tidak ada mana-mana ahli keluarganya menggunakan gelaran itu.


“Bagi saya, perkara ini agak melucukan kerana saya dan ahli keluarga lain sedar dengan perangai peliknya sebelum ini yang mengandaikan dirinya seperti ‘Puteri’ dan suka berimaginasi.


“Nenek dan datuk di sebelah ibunya masih ada di kampung itu. Sebaik terbaca kisah ini, saya bertanya kepada datuknya sama ada pernah mempunyai pertalian diraja dengan sultan atau raja Indonesia dan dia hanya tergelak,” katanya.


Menurutnya, dia bersama ahli keluarga yang lain sememangnya menyedari sikap Along yang terlalu obses dengan perkara berunsur mistik termasuk kisah Puteri Saadong.


Katanya, ramai juga ahli keluarga yang tidak tahan dengan sikap itu dan sering menasihatkannya supaya jangan terpengaruh dengan perkara mitos tetapi ia tidak diendahkan.


“Akibatnya, dia ‘membuang’ keluarganya dan kami terputus hubungan. Apa yang saya tahu, nama ibu bapa sebenarnya tidak ada gelaran ‘Raja’ termasuk dirinya.


“Keluarganya sering berpindah-randah, kami tidak tahu lagi mengenai perkembangan mereka,” katanya.


Kemunculan wanita berkenaan mengakui dirinya sebagai pewaris Puteri Saadong menimbulkan tanda tanya apabila puteri berkenaan dikatakan tidak mempunyai zuriat dan kisahnya terhenti sejak ‘kehilangannya’.


Bagaimanapun, Raja Putri Anis berkata Puteri Saadong sebenarnya membawa diri ke Aceh dan menggunakan gelaran Puteri Hijau yang berkahwin dengan Sultan Gowa.

Terdahulu, sebuah majlis pemasyuran Raja Putri Anis dilakukan di PCB Resort, di sini, kelmarin, sebagai simbolik berakhirnya sumpahan 420 tahun Puteri Saadong.

Majlis itu juga membawanya kepada gelaran Sri Ratu Saadong Ke-7.


Raja Putri Anis dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan keris warisan.

Malam sebelumnya, pelancaran buku ‘Sri Ratu Saadong VII’ diadakan di tempat sama dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


kene csi yg ni jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 10:14 AM | Show all posts
pompuan ni mcm attention seeker je
aku baca blog tu, konon2 mcm dia diperintahkan utk masyurkan kerajaan kelantan
abih tu royal kelantan yg skang ni camana pulak?
ada sapa2 bleh eksplen?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 10:33 AM | Show all posts
apa nama penuh n nama mak puTERi saadong ke 7 neh
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 10:35 AM | Show all posts
Reply 5# lonely_surina
nama dia kerap berubah2 mengikut tempat..klu kat sarawak dia klaim keturunan puteri saadong..kat johor..puteri gunung ledang..heheheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2010 10:53 AM | Show all posts
kata keturunan Putri, tapi muka xde seri pon :re: mekap punyalah tebal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 10:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 11-6-2010 10:55
'Dia gemar berkhayal'
Oleh Siti Fatimah hassan

2010/06/10
         
KOTA BHARU: Seorang wanit ...Menurut ahli keluarga yang enggan dikenali itu, semua dakwaan disiarkan dalam akhbar sebelum ini amat meragukan dan menimbulkan tanda tanya apabila dia sendiri mengenali Raja Putri Anis atau dikenali dengan nama samaran sebagai ‘Along’.
kodoklawa Post at 11-6-2010 05:35


Kalau benar bagai apa yang dikata, kenapa "pelapor" dalam berita tu ENGGAN DIKENALI. Kalau dah BENAR kenapa tak BERANI dedahkan diri. Jadi bagi saya selagi orang yang kononnya ahli keluarga Putri itu tidak "berani kerana benar" tidak berani dedahkan diri, maka berita yang dilaporkan adalah sampah. Saya teringat apabila diberitahu...sebarang berita yang dilapor dalam surat khabar selain Berita Harian dan Utusan Malaysia (bagi akhbar berbahasa Melayu) adalah TIDAK BOLEH dijadikan rujukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2010 10:58 AM | Show all posts
kata keturunan Putri, tapi muka xde seri pon  mekap punyalah tebal....
cmf_yipun78 Post at 11-6-2010 10:53


keris yg sultan indon tu, keris warisan..
xkan senang2 blh diberi...
keris yg sebenar2 keris xboleh dipersembahkan begitu...
ada cara nyaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 11:00 AM | Show all posts

Ratu Saadong VII Raja Tengku Putri Anis


KOTA BHARU 8 Jun, Utusan Malaysia - Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, malam ini memakai gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh.
Di sebuah resort di sini upacara berkenaan dirancang penuh istiadat pada hari jadinya hari ini.
Ia menjadi simbolik kepada apa yang dianggapnya sebagai penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan ratu itu.
Ia disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan di pelbagai wilayah Indonesia yang hadir khusus sebagai saksi dan pernyataan memperakui Anis merupakan pewaris Puteri Saadong yang menghilangkan diri ke negara itu.
Puteri Saadong yang namanya masih menjadi sebutan rakyat Kelantan dengan mitos mengenai kesaktiannya dikatakan dikenali sebagai Puteri Hijau dan berkahwin dengan Sultan Gowa dalam pengisahan tradisi kesultanan di Indonesia.
Raja Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan keris warisan.
Terdahulu, acara bermula dengan keberangkatan masuk seramai 20 raja-raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua di samping tetamu kehormat.
Ia diikuti dengan Bangkit Semangat yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari daripada badan kebudayaan tempatan kira-kira pukul 9.45 malam.
Sebaik sahaja persembahan tersebut selesai, kedua ibu bapa Raja Putri Anis, Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga anaknya diiringi masuk ke dewan besar.
Beberapa minit kemudian, Raja Putri Anis diiringi masuk oleh beberapa 'dayang' dan bersemayam di singgahsana serba kuning.
Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah dari waris keenam Puteri Saadong yang juga ibunya di samping pemakaian mahkota oleh wakil raja nusantara, Dr. Ikke Dewi Sartika.
Majlis yang berlangsung selama dua jam itu dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga Raja Putri Tengku Anis dan ahli sejarah dari dalam serta luar negara.
Sebelum ini, kisah Puteri Saadong dalam jalur sejarah pemerintahan Kelantan silam yang bersalut mitos dan legenda lenyap begitu sahaja selepas kematian suaminya Raja Abdullah.
Kemunculan Raja Putri Anis, anak kepada bekas pegawai Jabatan Perhutanan di negeri ini dan banyak menghabiskan masa di Indonesia menggemparkan, menimbulkan tanda tanya umum melalui pengakuannya dalam Utusan Malaysia pada 4 Jun lalu.
Sebelum ini, beliau menyatakan kesediaannya berdepan dengan tanggapan negatif terhadapnya sebagai memegang amanah untuk kembali sebagai warisnya di negeri ini, menamatkan sumpahan tujuh keturunan Puteri Saadong setelah 420 tahun meninggalkan Kelantan.
Di sebalik kisah Puteri Saadong yang dikatakan ghaib sedangkan kubur suaminya, Raja Abdullah wujud, Raja Putri Anis mahu apa yang dianggap mitos sebagai satu rentetan sejarah yang benar.
Beliau berharap, ia dapat menarik para pengkaji sejarah meneliti daripada pelbagai sumber agar dapat bersama membongkar sejarah baru Puteri Saadong.
Putri Anis yang menjalankan perniagaan keluarga berkata, beliau akan melibatkan diri dalam gerak kerja kebajikan di rantau ini melalui yayasan yang sedang dirancang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 11:02 AM | Show all posts
Utusan Malaysia 8 Jun 2010

Keturunan Puteri Saadong, tipikal salasilah Melayu


ADA sekolah diberi nama Puteri Saadong. Jalan, dewan hotel bahkan ada nasi minyak Puteri Saadong. Teater bangsawan Puteri Saadong pun pernah dipentaskan di Istana Budaya.
Bagi kebanyakan orang, Puteri Saadong bukan sekadar mitos dan sejarah. Beliau lambang kesetiaan seorang isteri. Beliau lambang ketokohan wanita Melayu yang rela mengorbankan diri demi kesejahteraan rakyat.
Sehingga kini, setelah 420 tahun telah berlalu, namanya masih disebut orang. Namanya masih mempunyai nilai komersial.
Malah ilmu seks Melayu ada menyebut mengenai teknik atau gaya Puteri Saadong. Lapik bantal di bawah punggung isteri, itulah yang dikatakan teknik Puteri Saadong.
Hari ini - 8 Jun 2010 - muncullah secara rasmi keturunan ketujuh Puteri Saadong. Malam ini, Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali akan dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh.
Gadis yang genap berusia 24 tahun hari ini, menurut pengarang majalah Wanita, Normala Hamzah, ada aura tersendiri dan sejuk mata memandang.
Normala yang turut terlibat menjejak keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi sehingga ke Phuket, mengakui rasa tersentuh dengan kemolekan budi pekerti Raja Tengku Putri Anis.
"Orangnya bijak menyusun kata. Kata-katanya penuh kiasan bermadah, dan hafal kebanyakan syair Puteri Saadong," kata Normala yang sempat meluangkan waktu dua hari bersama keturunan ketujuk Puteri Saadong ini.
Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJ) turut mengakui rupa paras Raja Tengku Putri Anis seiras dengan kerabat Raja Jembal.
Sejak Utusan Malaysia menyiarkan pengakuan Raja Tengku Putri Anis pada Jumaat lalu, banyak hujah dan pandangan diutarakan daripada persatuan kerabat, pakat sejarah sehinggalah kerajaan negeri.
Ia mengarah kepada kesahihan pengakuan Raja Tengku Putri Anis ini. Banyak pihak masih meraguinya kerana belum ada bukti sahih dikemukakan.
Khabarnya, Raja Tengku Putri Anis telah mempersiapkan serba-serbinya - manuskrip, barangan peninggalan Puteri Saadong dan dokumen berkaitan kesultanan nusantara.
Sejarah lagenda Melayu memang banyak yang terhenti begitu sahaja. Contohnya, kita tidak tahu siapa waris keturunan Puteri Gunung Ledang.
Begitu juga sejarah perjalanan anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang mewarisi pemerintahan kerajaan tua Kelantan di Gunung Chinta Wangsa di Timur Laut Kelantan ini. Pengkisahan sejarahnya terhenti setelah merajuk membawa diri selepas kematian suaminya, Raja Abdullah.
Dan, dengan berpandukan kalendar nusantara, hari ini adalah tarikh berakhirnya sumpahan generasi Puteri Saadong. Raja Tengku Putri Anis mahu mengakhiri sumpahan itu.
Apa yang dilakukan oleh Raja Tengku Putri Anis ini bukan untuk menobatkan namanya. Jauh sekali untuk mengejar kedudukan. Bukan pula mencari manfaat lain. Inilah pengakuan beliau.
Baginya, beliau memegang amanah untuk mengembalikan semula Puteri Saadong di tanah kelahirannya. Kemunculan generasi ketujuh dianggapnya sebagai satu tanda kesyukuran bagi kebangkitan warisan Puteri Saadong.
Anak kedua daripada enam beradik yang menguruskan perniagaan keluarga di Indonesia ini kini memikul tanggungjawab merealisasikan salasilah keturunan Puteri Saadong. Begitulah tekad dan semangat gadis yang mengaku belum punya kekasih ini.
Fokus hidupnya kini ialah supaya kehidupan Puteri Saadong yang dikatakan hilang tetapi sebenarnya ke Aceh dengan memakai gelaran Puteri Hijau dan kemudiannya berkahwin dengan Sultan Gowa (1677-1709), disambung semula.
Beliau mahu mengakhiri sumpahan ''Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi kupijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi kuinjak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan."
Seperti Puteri Saadong, sebahagian daripada kita telah kehilangan salasilah keluarga. Umumnya, pohon keluarga orang Melayu terlalu ringkas. Terhenti setakat empat atau tiga keturunan.
Seperti Raja Tengku Putri Anis, ramai yang mahu menelusuri salasilah keluarga sehingga sanggup berkelana ke jagat nusantara mencari warisan yang hilang.
Tetapi bukan mudah mencari akar dan pohon yang hilang. Mengesan salasilah keturunan yang terhenti adalah kerja rumit dan penuh mencabar. Akhirnya, ramai yang putus asa dan kecewa.
Apa pula untungnya? Ini jawapan Raja Tengku Putri Anis - agar segala khazanah warisan yang terkumpul juga kewujudan, keturunan dan semangat Puteri Saadong tidak putus.
Sebab itu, semangat dan tekad Raja Tengku Putri Anis untuk menjaga institusi keluarga Puteri Saadong terus utuh, perlu diteladani. Tetapi sekali lagi, beliau perlu membuktikan fakta baru salasilah keluarganya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 11:42 AM | Show all posts
Putri Anis kini Sri Ratu Saadong ke-7
Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my



PUTRI ANIS menerima keris daripada Pangeran Norman sebagai tanda pemasyhuran Sri Ratu Saadong Ketujuh di Kota Bharu kelmarin.



KOTA BHARU – Gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh kini secara rasmi disandang Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang sebelum ini muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, wanita yang menjadi legenda dalam sejarah Kelantan.

Sebuah resort di sini menjadi saksi upacara pemasyhuran gelaran itu pada hari jadinya kelmarin.

Ia adalah simbolik kepada penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam itu dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan puteri tersebut.

Puteri Saadong yang memerintah Kelantan pada 1667 bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke negeri itu sampai tujuh keturunannya sebelum menghilangkan diri sejurus membunuh suaminya, Raja Abdullah yang berkahwin lagi.

Baginda dikatakan membawa diri ke Indonesia.

Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.

Upacara itu disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan dari pelbagai wilayah Indonesia yang hadir untuk memperakui Putri Anis sebagai pewaris Puteri Saadong yang dikatakan menghilangkan diri ke negara itu.

Upacara bersejarah itu dimulakan dengan keberangkatan masuk 20 raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua selain tetamu-tetamu kehormat.

Ibu bapa Putri Anis iaitu Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga lagi anaknya diiringi masuk ke dewan besar sebelum Putri Anis diiring masuk oleh beberapa ‘dayang’ dan bersemayam di singgahsana berwarna kuning.

Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah waris keenam Puteri Saadong yang juga ibu kepada Putri Anis, di samping pemakaian mahkota oleh Pangeran Norman.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 12:10 PM | Show all posts
Ya Ampun, tembam je puteri.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 12:46 PM | Show all posts
sapa sri ratu saadong 2 3 4 5 6 ?
kena ada jugak depa2 neh...
srs yg 2 3 4 5 mgkin da meninggal..
yang srs 6 mungkin masih ada...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 01:29 PM | Show all posts
Ya Ampun, tembam je puteri.....
Peya Post at 11-6-2010 12:10



makan tido makan tido makan tido bleh jd gemuk jugek
umur dia baru 24 thn.bujang lg
tp body mcm dh beranak 10
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 01:40 PM | Show all posts
makan tido makan tido makan tido bleh jd gemuk jugek
umur dia baru 24 thn.bujang lg
t ...
cmf_premierleag Post at 11-6-2010 13:29


mungkin dari genetik berisi...
dkt ofis haku ade jugak kwn2 yg berisi tp mkn sket jer...
dia kata dari kecil lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2010 01:55 PM | Show all posts
nama dia neh mmg btl ke nama dia?
Raja tengku putri anis ???
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 03:04 PM | Show all posts
Terlampau banyak sangat berangan sampai benda tu jadi betul dalam kepala dia gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 06:41 PM | Show all posts
puteri saadong ke 7 dan sultan melaka ke 44, masing2 ada kaitan dengan raja2 dari indonesia iaitu raja dari surakarta. apa relevannya mereka2 ini? kenapa bukti kesahihan belum ada dah dimasyurkan, kenapa selepas dimasyurkan baru nak mempersiapkan serba-serbinya - manuskrip, barangan peninggalan Puteri Saadong dan dokumen berkaitan kesultanan nusantara.
tapi kenapa pulak Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJ) turut mengakui rupa paras Raja Tengku Putri Anis seiras dengan kerabat Raja Jembal. kenyataan ini buat saya tertanya2, kalau setakat ada iras kerabat Raja Jembal boleh kah di jadikan asas atau bukti dia pewaris puteri saadong.. sapa2 yg lebih arif tolong perjelaskan.... Makketom bimbang nanti lepas ni ada pulak agent baru kepada raja surakarta untuk memperdagangkan pangkat, pingat, darjat (datuk, datuk sri) yg sebelum ni melalui sultan melaka ke 44, sapa2 yg mengikuti cerita sultan melaka ke 44 mesti tahu cerita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 09:59 PM | Show all posts
pas ni den nk ngaku den waris ke 8 puteri gng ledang..
tunggu yee..
ahli forum sila support den kay
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082354 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list