CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: debab76

FILEM ZAITON CERITAKU

  [Copy link]
Post time 17-6-2010 12:31 AM | Show all posts
akak jumpa poster ni.. ya ampunn harap2 ni bukan poster final...melihatkan poster di bwh terus malas ...
debab76 Post at 16-6-2010 16:05


ni hasil keja budak tadika ke ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2010 12:39 AM | Show all posts
cam x kena lak poster nie....harap tukar...x semestinya kena letak gambar zaiton kat situ..wat abstract ke....bg nampak impak die..

aku rase la..hehehe

kalau aku..mintak si Isma Yusoof  (x silap aku) wat poster..biase poster2 die kreatip n kebaaboom...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 12:49 AM | Show all posts
nanges i tau!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 09:30 AM | Show all posts
Reply 99# scrocth


    amboi emo plak ckp die dah kertu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 09:37 AM | Show all posts
mesti ramai yg menaruh harapan agar filem ini boommmmmm kan.........
dengar cam best, mesti tgk ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 11:28 AM | Show all posts
Klau iyer pun nak buat hikayat org,
takyah ler nk muka yg serupa sgt,

starting camni pun cam takde minat nak tgk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2010 11:52 AM | Show all posts
Klau iyer pun nak buat hikayat org,
takyah ler nk muka yg serupa sgt,

starting camni pun cam tak ...
ilya Post at 17-6-2010 11:28 AM

Kau sorg je yg taknak tgk..tak ruginyer penerbit tu...ramai lagi yg berminat nak tengok..
dun expect la heroin mesti kena cun dan muda baru leh masuk filem...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 01:12 PM | Show all posts
heroin tak lawa ....tak hingin nak tgk
Dicota8 Post at 15-6-2010 00:09



    ini pandangan dari seorang yg belum matang...ihik2..soriii..jangan mareee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2010 01:13 PM | Show all posts
maner yg lebih seronok tengok pelakon yang muka lawa tapi berlakun macam tahi.. daripada pelakun muka tak lawa tapi lakunan marvellos
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 01:49 PM | Show all posts
Kau sorg je yg taknak tgk..tak ruginyer penerbit tu...ramai lagi yg berminat nak tengok..
dun exp ...
disketkosong Post at 17-6-2010 11:52



    aku bkn harapkan sgt yg cun melecun pun...
aku cuma nak dorang peka, selera org ramai tak sma angan selera seni yg ada pd mereka.

sbb tu, malaysia nak kemana pun susah, sbb dorang suka buat apa yg dorg suka, bknnya penonton suka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 01:52 PM | Show all posts
Reply 109# sri_rampai


    tu silap dari pengarah, penerbit segala cik sri,
dorang amek pelakon, pelakon yg murah-murah...

ramai lagi yg lawo, dn boleh berlakon.
ada yg lawo plak, mungkin dorang tak ngam, sbb tu pelakon yg pakej ni malas dorg nk amek..

spt aku ckp kat atas, dorang ni kengkadang suka wat kerja syok sendiri. tu jek.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 04:03 PM | Show all posts
apa2 hal pun tolong jng ambik pelakon yg ala2 ramai org kenal kaedahnya tapi belakon tahap lebih kayu drpd kayu....itu adalah satu pembaziran yg tidak boleh dimaafkan sama sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 03:18 AM | Show all posts
Reply 90# emiryn_darling


    nak buat elok camne?dah lebih elok dari penyanyi asal tu...tak baik menidak ciptaan Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 08:53 PM | Show all posts
mmg sejibik kan...lakonan Miss Lina nih mmg tak dpt disangkal lagi mmg baguihh


   

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2010 : Apabila syarikat produksi Bruang Filem Sdn Bhd menyatakan hasrat mereka untuk memfilemkan kisah benar penyanyi Zaiton Sameon, tentulah ia mengundang keterujaan ramai pihak.
Terutama di kalangan mereka yang pernah membesar dengan lagu-lagu hits Zaiton seperti Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar serta Berendam Air Mata. Malah, kehidupan peribadi dan perjalanan kerjaya Zaiton dalam bidang nyanyian memang sentiasa diikuti kerana dia dianggap seorang penyanyi yang diva dan sensasi pada sekitar pertengahan 80-an.
Dikurniakan susuk tubuh yang tinggi lampai tetapi langsing dan menggiurkan, keberaniannya mengenakan mengenakan pakaian yang daring dan seksi yang bersesuaian dengan rambut ikalnya yang panjang mengembang itu sentiasa membuatkan dia digilai ramai lelaki.
Namun, itu bukanlah taruhan utamanya sebagai penyanyi kerana dia sememangnya dianugerahkan bakat dan kemampuan vokal yang cukup luar biasa. Ia dilengkapi dengan gaya dan cara persembahannya yang mempunyai trademark yang tersendiri.
Sepertimana sensasinya dia sebagai penyanyi, begitulah sensasinya juga kehidupan peribadi Zaiton yang sentiasa sarat dipenuhi dengan aktiviti sosial yang menyeronokkan dan satu hal yang cukup menarik, apa saja kisah yang mengaitkan Zaiton, ia pasti akan mengundang kontroversi.
Disebabkan itu, tidak mudah bagi mudah bagi mana-mana pelakon sebenarnya untuk menjiwai watak sebenar Zaiton yang penuh warna-warni ini sehinggalah Tuhan kemudian meragut segala-galanya daripadanya.
Hal ini turut diakui penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi. Namun katanya, pemilihan Mislina Mustaffa tidak hanya disebabkan dia mempunyai rupa paras yang sama dengan Zaiton semata-mata. Sebaliknya, apa yang lebih penting baginya, ialah kerana Mislina mumpunyai bakat tinggi dalam dunia lakonan.
"Kami juga telah mengadakan sesi ujibakat khas untuk memilihn pelakon utama. Selain Mislina, calon-calon lain yang telah diujibakat adalah seperti Farawahida dan Nurul Abdul Wahab.
"Memang kedua-dua pelakon ini juga mempunyai rupa paras sama dengan Zaiton, malahan kedua-duanya juga mempunyai latar belakang sebagai penyanyi. Tetapi, mereka kurang menyerlah dari segi lakonan berbanding Mislina yang mempunyai pengalaman luas berlakon dalam bidang teater mahu pun filem pendek ," katanya ketika ditemubual murai.com.my semalam.
Ditanya apakan yang membuatkan pihaknya mahu memfilemkan kisah benar Zaiton ini, Burhanuddin berkata, dia begitu simpati dengan kisah kehidupan Zaiton sehingga membuatnya tertarik untuk diabadikan menerusi filem Zaiton 'Ceritaku', yang juga filem terbitan pertamanya.
"Sudah banyak filem yang mengisahkan pahlawan atau wira-wira negara dipasaran kita. Namun tidak pernah lagi syarikat penerbit buat filem pasal artis, lebih-lebih lagi artis yang masih hidup. Benda ini juga menjadikan faktor utama mengapa saya bersungguh-sungguh ingin menerbitkan filem sebegini.
"Sebelum ini kami ada juga berhasrat untuk memaparkan perjalanan seni Dato' Siti Nurhaliza. Namun selepas difikirkan balik kisahnya sudah diketahui umum. Lagi pun sejarah hidup Zaiton lagi menarik untuk dipaparkan.
"Untuk merialisasikan filem ini, kami telah membuat sedikit kajian mengenai latar belakang hidupnya. Kebanyakan maklumat yang kami dapat adalah dari Zaiton sendiri. Kami juga percaya filem ini akan mendapat sambutan dari masyarakat khususnya daripada peminat Zaiton sendiri," katanya.
Di sebalik kehebatan Zaiton, tidak ramai sebenarnya yang mengetahui keperitan hidup yang dialaminya selepas dia terlibat dengan kemalangan ngeri yang berlaku di Batang Kali, Selangor pada 1990.
Kemalangan itu bukan saja telah meragut nyawa anak tunggal tetapi menyebabkan Zaiton koma selama 3 bulan dan keperitan hidup Zaiton tidak terhenti di situ. Dia sudah tidak boleh menyanyi serti dulu lagi dan keadaan itu menyebabkan dia sudah tidak mampu menyerlah dalam bidang nyanyian. Malah tidak banyak pihak yang mengambil tahu atau ambil peduli dengan kisah perjalanan hidupnya.
Banyak lagi peristiwa pahit dilalui penyanyi veteran yang pernah bergelar diva ini. Antara yang menyedihkan dia juga pernah dihalau dan dicaci oleh sebilangan penduduk kampung gara-gara dicop sebagai artis tidak bermoral dan seksi, bagaimanapun tidak ramai yang mengetahuinya.
Kisah Zaiton yang jarang-jarang didengar seperti inilah yang cuba dipaparkan dalam filem biografi pertama tempatan yang berjudul Zaiton 'Ceritaku'. Yang nakal memulakan penggambarannya bermula 15 Jun ini.
Filem bernilai RM1.6 Juta yang dijangka menemui penonton akhir tahun ini, diarahkan oleh pelakon dan pengarah veteran Fauziah Nawi dan digarap oleh Ainon Ariff.
Sementara pelakon yang akan mendukung watak penting dalam Zaiton 'Ceritaku' adalah Mislina Mustaffa sebagai Zaiton, Harun Salim Bachik (Rahim), Nafisah Atan (Ibu Zaiton), Abu Shafian Abdul Hamid (Bapa Zaiton), Shikh Abdull Rashid (Zaki) dan Ako Mustapha (Ghafar).
Harun Salim Bachik / Rahim

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 08:56 PM | Show all posts
lagu2 zaiton pun mcm best je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 08:57 PM | Show all posts
apsal takleh tepek youtube
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 11:03 AM | Show all posts
Selasa September 28, 2010

Fauziah Nawi Gagal Arahkan "Zaiton Ceritaku" Dengan Baik - Produser

Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Filem kisah hidup primadona Zaiton Sameon berjudul Zaiton -Ceritaku arahan Fauziah Nawi yang sudah siap penggambarannya tidak berkualiti dan gagal memenuhi kriteria sesebuah filem.

Pengarah Urusan Bruang Filem Sdn. Bhd. Burhanuddin Md Radzi, memberitahu dia kecewa dengan mutu pengarahan Fauziah Nawi (gambar) dan berhasrat melakukan penggambaran semula keseluruhan filem berkenaan.

“Saya sudah lihat filem itu selepas suntingan dan tidak berpuas hatilangsung dengan hasilnya. Ia tidak ada kualiti sebuah filem sama ada dari segi mutugambar, kesinambungan dan jalan cerita.,” ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Upin & Ipin, Sabtu lalu.

Menurutnya, filem itu tidak akan ditayangkan kepada umum malah besar kemungkinan terpaksa dilakukan penggambaran semula dengan kos produksi yang baru.

“Saya tidak akan ambil risiko untuk tayangkan juga filem yang tidakberkualiti ini. Filem tersebut saya hanya akan beri kepada mana-manauniversiti untuk kajian mereka sahaja,” jelasnya.

Pemilik animasi Upin & Ipin ini juga mengakui kecewa dengan sikappengarah dan pelakon-pelakon yang membarisi filem tersebut keranatidak memberikan komitmen yang terbaik dalam penghasilan filem tersebut.

“Dia (Fauziah Nawi) enggan terima pendapat orang lain malah mahu semua tenaga produksi dan pelakon-pelakon di kalangan individu yang rapat dengan dia.

“Sayangnya apabila saya penuhi semua kehendak dia, hasil kerja yang diberikan pula menjadi sebaliknya. Jalan cerita langsung tak ikut skrip asal, malah sedikit pun tidak meninggalkan kesan pada penonton.

"Pelakon-pelakon yang dipilih jugaseperti tidak dapat membawakan watak termasuklah Mislina yang memegang watak Zaiton Sameon,” katanya.

Jelas Burhanuddin lagi, dia bersedia berjumpa dengan pihak media untuk menunjukkan mutu filem berkenaan sebagai bukti terhadap apa yang diperkatakannya.

Burhanuddin juga menganggap percubaan dan pengalaman pertama bekerjasama dengan produksi profesional melalui syarikat filem barunya itu merupakan salah satu proses pembelajaran dalam menghasilkan sebuahfilem.

“Saya tidak pernah kerja dengan orang-orang filem. Sebelum ini saya hanya menerbitkan filem animasi, biarpun ambil masa agak lama untuk menghasilkannya dan dengan pekerja yang tidak profesional tapi saya puas hati dengan hasilnya.

“Namun begitu saya tidak pernah menyesal dan bagi saya ini hanyalah pelaburan dan proses pembelajaran baru saya. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memilih orang yang boleh buat kerja,” katanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 11:08 AM | Show all posts
Sayang nya, dah buat tapi tak bermutu! Betul tu, bagi pada pengkritik filem, biar mereka yang tentu kan! Aku memang nak tengok sangat citer ni tapi kat Astro je le!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 11:31 AM | Show all posts
eh, camne lak ni... pilim dah siap
promo dah buat
produser pulak tak puas hati.....
aiyoooooooooo.....

teori 1
produser keluar duit 2 juta beri kat pengarah, pastu main tepon je..kak pojiah, pilim macam mana...kak pojiah cakap..ok boss...
produser tak pernah turun padang, last2 dapat hasil, dia tka puas hati

teori 2
pengarah cakap kat produser
boss beri duit je, lain lain jangan ganggu.
team produksi saya pilih, boss goyang telur je, nanti itu pilim siap, saya beritau
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 11:36 AM | Show all posts
tunggu apa kata fauziah nawi pasal filem nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.188219 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list