|
ramai org claim nakkan hak dia..
hak utk somi pon culas, bab hak sendiri laju je mintak.. malu wei maluuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat peribadi saya:
nafkah adalah tanggungjawab suami untuk segala benda yang berbentuk keperluan (makanan, tempat tinggal dan pakaian)
walaubagaimanapun, pengertian nafkah keperluan2 tadi ini ada kelasnya yang tersendiri
kalau yang basic2, suami kena bagi, kalau yang up sikit dah jatuh jadi kehendak, jadi, kenalah isteri beli sendiri
bagi kami, suami saya wajib beli beras dan lauk-pauk untuk 2 minggu (simpan dalam esbox), then, another 2 minggu suping lagi...
kalau dalam tempoh itu, saya ada berkenan nak beli ikan yang mahal sikit (x mau mention, mahal pada saya, mungkin murah pada orang lain), saya beli je..x mau mintak suami, sebab beliyau dah sediakan lauk pauk secukupnya, saya yang ngengada nak ikan mahal sikit..
kalau makan kat tempat biasa2 (restoran) dan suami yang ajak, beliyau yang keluar duit..kalau saya yg ajak (tempat luar biasa sikit), saya kluar duit..(dah bagi siap2 kat rumah lagik, kalau lebih, suami pulangkan, kalau kurang beliyau top up) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada kisah nak share.
Si isteri bergaji lebih besar dari suami sekitar RM4K ++, si suami gaji RM1k++ tapi ada buat personal loan so gaji tinggal 500++. Bil astro, streamyx, telefon si isteri bayar. Duit dapur lauk pauk sabun basuh baju hingga sabun mandi si isteri beli.
Ditakdirkan mereka dapat anak yang skang ni umur 7 bulan. Semua kelengkapan untuk baby si isteri yang beli. Dari diaper hinggalah ke mainan2.
Kalau keluar makan, si isteri yang bayar, tak kira la makan kentaki ke, kedai mamak ke, nandos ke, food court ke.
Suami tidak pernah hulur duit kepada si isteri.
Kisah ni adalah kisah AKU.
TAPI.
Aku tak kisah. Aku tahu suami aku bukan taknak bagi, tapi kedudukan kewangan dia tak sesenang aku. Gaji dia yang tinggal cukup untuk belanja diri dia sendiri. Dan aku tahu suami aku bukan kaki enjoy, hisap rokok pun tak.
Aku redha dengan hidup aku. Semua duit yang aku keluarkan untuk makan pakai kami sekeluarga aku anggap ia sebagai sedekah untuk suami aku. Kadang-kadang belum sampai hari gaji, suami aku takde duit. Aku akan bagi walaupun dia tak pernah mintak.
Mungkin ada yang anggap aku bodoh, tapi aku yakin dengan ganjaran yang Allah bagi. Aku lebih rela suami aku pakai duit aku, daripada dia meminjam dari orang lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wei, serius ke? tabahnye ko!
aku doakan ko sentiasa murah rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada kisah nak share.
Si isteri bergaji lebih besar dari suami sekitar RM4K ++, si suami gaji ...
Parit.Hilton Post at 10-11-2011 16:26
Till when? For the rest of your life? Or till u find another charming man? How long u can survive? How long your 'ikhlas' last? People change, u included. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cukup marah tau..... bila aku bagitahu kat lelaki2 yg nak berkenalan bahawa aku expect suami akan tanggung nafkah zahir dan batin aku dan anak2 kami sebanyak 100%. pastu diorang melenting kata "kalau mcm tu cariklah orang kaya...." :@
aku dulu ada amik subject syariah. berdasarkan apa yg aku belajar masa sekolah dulu, inilah konsep yg aku paham dan pegang sampai sekarang
1. dari segi nafkah, tanggungjawab suami adalah WAJIB menanggung semua keperluan asas anak bini iaitu makan minum, pakai, dan tempat tinggal yang selamat, serta lain2 keperluan. tetapi, semua itu mengikut KEMAMPUAN suami. maknanya, let say suami cuma bergaji 1,000, dan kemampuan dgn gaji 1,000 tu hanya mampu utk menyewa flat DBKL, makan nasi lauk ikan bilis manakala ayam hanya seminggu sekali, dan pakaian beli setahun sekali di kedai bundle..... isteri harus AKUR dengan kemampuan suami kerana antara ciri2 isteri yg taat adalah REDHA dan TIDAK MEMINTA2.... allah s.w.t. melarang isteri meminta2 pada benda yg tak mampu oleh suami dia.
2. apabila isteri dengan RELA HATI ingin keluar bekerja tanpa disuruh oleh suami (tapi dapat keizinan la... kalau tak izin nanti nusyuz pulak), keperluan MAKANAN dan TRAVEL COST adalah TIDAK WAJIB ditanggung oleh suami. Oleh itu, isteri sepatotnya tanggung kos itu sendiri dgn duit gajinya.
- tetapi, jika isteri DISURUH keluar bekerja oleh suaminya, keperluan makanan semasa bekerja dan travel cost WAJIB ditanggung oleh suami.
- kemudian, bila isteri dah dapat gaji, HARAM jika suami BERTANYA akan gaji isterinya, apatah lagi menggunakannya. walaupon isteri bekerja, suami masih wajib menanggung isterinya seperti biasa dia (1). tapi kalau isteri rela bertolak ansur dgn suami utk tolong bayarkan nafkah keluarga di (1), suami itu sebenarnya dikira BERHUTANG dengan isterinya. berhutang OK, bukan halal terus ye
- kemudian, apabila isteri mula argue keperluan yg diprovide by suami di (1), senang citer nak demand lebih, isteri kena keluar duit dia sendiri pada benda yg suami dia tak mampu tu. cthnya, bini nak sewa rumah teres harga 500. tapi suami mampu sewa flat DBKL harga 125 je, jadi balance 375 tu isteri yang kena tanggung ye, bukan suami...
sebab apa isteri yg kena tanggung... berbalik pada konsep suami bagi nafkah ikot KEMAMPUAN dia. jika isteri minta LEBIH DRPD KEMAMPUAN SUAMI, ko tanggunglah sendiri kos yg selebihnya tu guna gaji kau. sapa suruh demand lebih2 kan?
contoh terbaik - kerani kat opis aku tu... suami dia provide WAJA utk family 300 sebulan. tapi kerani aku ni tak nak waja dah, dia berselera pada Proton Exora 600 sebulan. so, nak tak nak dia yg top-up lagi 300 sebab beli Proton Exora tu atas kemahuan dia bukan kemampuan suami dia. ada faham???? senang je konsepnya kan??? takde sapa2 teraniaya tak kira gaji besar atau gaji kecil.
so bagi aku, orang yg tak blaja agama dan tak faham agama atau sekolah agama tak habis je akan suggest penyelesaian "KALAU MCM TU HANG KAHWINLAH LELAKI KAYA". bodoh pianggg sesangat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku cukup marah tau..... bila aku bagitahu kat lelaki2 yg nak berkenalan bahawa aku expect suami aka ...
wanitajelita Post at 11-11-2011 21:12
WJ, abg bingka cuma mampu sediakan apartment sewa RM1.2k, kete proton & belanja dapur RM1.5k termasuk bil api, air, takde astro... (apartment tuh sendri tp klu bg sewa rege tu la)..... klu ikut2 gaji abg bingka, mampu nk bg lebih tp sbb abg dah de tanggungan sorang bini & 4 anak.... tu yg budget kecik.. WJ rasa ok ka? Menepati lelaki pilihan WJ tak? |
|
|
|
|
|
|
|
malu la.....
dari segi bajet OK.... tapi abang bingka ni hensem dan berkepimpinan ta ...
wanitajelita Post at 13-11-2011 07:48
Hihihi..... ensem tu sure la... klu jln dgn WJ takde la mcm beauty & the beast... muahahaha... dulu abg keje contractor ada 29 staffs bwh abg, skrg keje lone ranger ... psl raya tu, takde bini 2 pung wife abg raya kt kg famili dia ngan anak2... x sumer negara ada cuti raya & 2-3 weeks sekali br sempat jumpa anak bini... takpe la, jumpa hr2 nnt kot gado plak kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Opst off topik plak.... sila jgn borak, nnt mod akmar marah... |
|
|
|
|
|
|
|
Till when? hopefully till next year . Luckily, husband saya masa exam PTK haritu dapat r ...
Parit.Hilton Post at 14-11-2011 11:44
alhamdulillah ada isteri yg redha dan bertolak ansur mcm ni.... i baru je dengar citer pasal kawan i yg bini dia tak puas hati gaji dia 100% bukan utk diri sendiri tapi still kena top up susu anak dan pampers sikit2.... sedangkan laki dia sampai habis gaji sebab kena potong COLA + kuarters, bayar dapor, bills, nursery dll. bill tepon bini dia pon husband bayar, patotnya kontra la sikit dgn duit susu+pampers tu... tak sampai 400 pon... aku benci pempuan tak reti bersyukur mcm ni... siap mintak2 cerai lagi, ya tuhan....takde otak betul,,,feeling lifestyle ala-ala orang kaya sedangkan laki tak mampu... |
|
|
|
|
|
|
|
if hubby da sediakan rumah utk berlindung (tak kire sewa or beli sendiri), beli brg2 dapur utk mkn..cukuplah sbg nafkah pd isteri yg bekerja.. tp kalau umah pon kene share2 byr,brg dapur pon share2..maka kerja rumah spt basuh baju,gosok baju,jaga anak,kemas umah pon perlu dishare2 buat bersama... |
|
|
|
|
|
|
|
kadang-kadang terfikir...adakah golongan isteri terlalu berkira? atau benarkah suami tidak berkemampuan sampai nafkah 50 hengit pon tak leh bagi. Duit gaji suami pegi mana? atau cerita sekadar berat sebelah.
Kekadang kemahuan perempuan melebihi keupayaan suami. Untuk mencapai kemewahan yang dikehendaki...pada mulanya wanita sudi berkongsi, tapi atas hasutan syaiton yang sentiasa cuba memcahbelahkan umat islam, maka mula ler wanita tersebut yakni isteri membanding dirinya yang tidak seperti nasib kekawang yang sejawatan yang mewah. Mulalah mempertikaikan kewibawaan suami...ketidakmampuan suami memewahkan dirinya seperti mana orang lain sekeliling yang sedarjat dgnnya. Isteri mula lupa pertolongan yang dioffer kepada suami. Mulalah timbul isu...suami tak adil, suami kedekut, suami hampeh! tapi sebenarnya kita yang menjadi isteri yang terlebih dahulu beriya-iya nak offer pertolongan kekonon for better living.Cuba-cuba fikirkan.....Ikhlas kah kita membantu suami dalam membantu memakmurkan kehidupan kita, apakah tahap keikhlasan kita? |
|
|
|
|
|
|
| |
|