CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

DIA (Nyanyian dari Fauziah Latiff)

  [Copy link]
 Author| Post time 10-7-2010 07:40 PM | Show all posts
BAB 4

Malam itu tidur ku terganggu. Entah kenapa kata-kata emak siang tadi bagaikan mengikat tubuh ku dengan kemusyikilan demi kemusyikilan. Apa yang sebenarnya yang berlaku? Ingin aku bertanya tetapi tiada keberanian dalam jiwa ini. Berguling-guling aku mencari jawapan. Pandang siling, pandang dinding, pandang tingkap, pandang almari tetapi semuanya tiada jawapan. Hingga sampai tahap kepala otak ini tak dapat berfikir aku jenguk bawah katil. Masih jawapan yang sama.

“Mak! Kenapa mak cakap begitu. Kenapa bila perasaan cinta Min baru hendak berbunga mak mencantasnya tanpa Min rela. Kenapa mak?” tanya ku sendiri. Air mata bagaikan tahu yang aku berduka dan setia menemani ku.

“Apakah kesalahan Min sampai mak hukum Min begini?” keluh ku lagi. Selimut di kaki ku tarik hingga ke kepala. Aku berselubung hingga terasa lemas. Bila tidak tahan aku bangun dan duduk di kepala katil sambil memeluk lutut. Ku goyang badan ku perlahan-lahan.  Aku tidak dapat lena dengan kepala yang berserabut ini.

“Arhhh….” Bingkas aku bangun dan berjalan ke pintu. Ku buka selak dan perlahan-lahan aku berjalan. Aku tidak mahu menganggu mak dan abah yang sedang enak beradu. Biarlah aku ke dapur untuk membuat air milo. Dengan cara begini pasti aku boleh lena. Ketika aku melewati bilik mak sesuatu menarik perhatian ku. Ku amati dengan teliti.

“Abang tak faham apa yang Yam rasakan.” Suara mak perlahan kedengaran dari dalam bilik mereka. Langkah ku terhenti dan bibir berketar bila mendengar tangisan emak.

“Siapa cakap abang tak faham Yam. Abang tahu hati Yam terguris dengan apa yang terjadi dulu tetapi Yam tak bolehlah berkata demikian pada Min.” suara abah perlahan menjawab. Tenang sekali. Esakan mak kedengaran lagi. Tetapi agak terkawal.

“Abang memang tak faham! Dari dulu Yam dah suruh abang tegah Min berkawan dengan Zamrie tetapi abang buat endah tak endah. Sekarang Yam tengok Min dan Zamrie dah lain macam je hubungan mereka.” Luah mak lagi. Esakannya masih ada. Aku termangu dan terduduk di celah almari perhiasan mak. Apa maksud mak ni?

“Perkara tu dah lepas lama Yam. Kak Zaini pun dah jadi arwah. Tak baik diungkit-ungkit orang yang dah tak ada.” Pujuk abah. Tanda soalan bermain dalam fikiran ini.

“Itu cakap abang! tapi tidak bagi Yam bang! Abang memang sengaja biarkan mereka rapat sebab Zamrie tu saudara abangkan.” Tempelak mak perlahan tetapi suaranya masih dikendurkan. Bijak mak mengawal rasa marahnya.

“Yam! Bukan begitu! Yam dengarlah cakap abang ni.” Terdengar suara abah merayu. Sebak terasa menyelubungi hati ini bila mendengar lenggok bahasa abah. Tidak pernah abah merayu begini. Kalau bergurau pun abah merayu-rayu manja.

“Yam tak mahu dengar apa abang cakap. Selama ini Yam pendamkan segalanya. Selama ini Yam pejamkan mata. Tetapi tiap kali Yam nampak wajah Zamrie dan tiap kali itulah Yam teringat-ingat apa yang arwah mak dia buat pada Yam bang. Yam cuba buang perasaan itu tetapi tidak berjaya. Yam tak boleh bang.” Tangisan mak berlagu lagi.

“Itu kisah lama Yam. Cuba buka sikit fikiran tu. Jangan kerana kisah lama anak kita menderita.” Jawab abah masih memujuk.

“Abang tak lalui semua tu. Yam dan anak-anak yang hadapi. Abang tak tahu apa yang arwah ni buat pada kami anak beranak. Masa tu along, angah, alang masih kecil. Masih tak tahu tentang hati budi orang. Kami di halau bagai anjing kurap. Yam tahu yang rumah itu rumah pusaka mak dia tetapi kenapa dia seorang saja yang tidak berhati perut. Bukan kita yang nak menumpang tetapi makcik abang tu yang memperlawa sementara menanti rumah kat baruh tu siap. Kak Long Jenab dan Kak Ngah Siah tak macam dia. Mereka memang baik dengan Yam tetapi kelukaan yang Yam tanggung tidak dapat meluputkan parut yang adik mereka tinggalkan. Dahlah Yam sebatang kara. Tiada adik beradik. Tiada tempat mengadu. Kami empat beranak berjalan kaki dari darat ke pantai. Abang tahukan jauhnya macam mana. Dengan keliling hutan belukar. Tengah malam buta pula. Yam tak boleh lupa dengan ketakutan yang anak-anak Yam hadapi masa tu. Along dan angah berpimpin tangan sambil kuat memegang baju kurung Yam. Mata dia orang meliar melihat kiri dan kanan. Alang yang dalam gendongan Yam pula menangis hendakkan botol susunya yang tertinggal di rumah mereka. Sepanjang jalan alang menangis bang! Yam keluar sehelai sepinggang. Nasib baik ada arwah Pak Sahab hujung sungai tu. Dia yang terjumpa kami masa dia habis menarik prebet sapunya. Dia yang bawa kami berteduh di rumah dia buat sementara waktu menunggu abang balik dari laut. Sedih tau bang. Sedih dan pedih jiwa ini bang. Bertahun Min tahan.” Kata-kata mak menjawab segala pertanyaan ku tadi. Rupa-rupanya mak terluka dengan perbuatan arwah mak abang Zamrie. Patutlah mak tidak mesra dengan abang Zamrie selama ini. Setakat bertanya khabar sahaja. Untuk berbual jauh sekali kalau tidak ada abah.

“Yam! Abang sayang dengan anak-anak kita tetapi tali persaudaraan tidak akan putus sampai bila-bila. Abang sanjung segala pengorbanan yang Yam lakukan selama ini. Menjaga makan, pakai dan mengharungi segala kesusahan bersama abang sehingga kita senang sedikit. Cuma abang mohon satu lagi pergorbanan dari Yam untuk kebahagiaan anak perempuan kita. Min berhak untuk bahagia. Abang berharap sangat dengan pengertian Yam.” Rayu abah sayu. Aku tahu hati abah juga menderita dengan tangisan mak. Selama aku meningkat remaja tidak pernah aku melihat atau mendengar keadaan mereka begini. Maafkan Min mak abah!

“Yam rasa Yam tak dapat memenuhi permintaan abang. Pilihlah kebahagian kita sekeluarga atau kebahagian Min seorang!” aku terdengar derap kaki mak menghampiri pintu. Bingkas aku bangun sambil mengelap jujuran airmata tetapi langkah ku tidak sempat diatur bila mak bertembung pandang dengan ku. Lama mak menatap ku dengan matanya yang bengkak dan basah. Aku hanya termangu. Seketika mak berlalu tanpa memperdulikan aku yang masih tegak berdiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2010 07:50 PM | Show all posts
siannya Min tu.
rupanya emak dia masih tak dapat lupa kisah lama

next...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 08:18 PM | Show all posts
Adilla sambung lagi plzzz
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 08:23 PM | Show all posts
Ada konflik keluarga rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 09:14 PM | Show all posts
adoi... susah la klu mak min tak suka...
sian min n zamrie...
next...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 12:48 AM | Show all posts
itukan cerita lama... yang jahat tu mak zamrie... zamrie tu tak tau apa2...napalah cetek sangat fikiran, cuba buang perasaan dendam tuh...kesian kat anak disebabkan mak2 yang bergaduh anak lak jadi mangsa...sianlah min n zamrie gini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2010 12:58 AM | Show all posts
sianyer min
perasaan cinta da mula berputik pd zamrie
mesti dia merana 'melepaskn' zamrie dlm keterpaksaan
berkorban demi ibu tersayang
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 12:58 AM | Show all posts
Risiko juga kawin saudara ni ek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 10:04 AM | Show all posts
cian kan mak punya kerja anak jadik mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 10:15 AM | Show all posts
kisah lalu walaupun boleh dilupakan
tapi parutnya tetap ada..

rasanya Min berkorban demi mak tersayang
dan Zamrie membawa diri tak dapat dikesan...
kuciwa teramat sangat.. kerana kisah lalu
dia harus menaggung segalanya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 11:15 AM | Show all posts
salam sume
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 11:22 AM | Show all posts
salam pura....sunyi je umah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 11:38 AM | Show all posts
salam pura....sunyi je umah....
Ju'a Post at 11-7-2010 11:22



   salam kak..tula pasal snyap je.. dari mlm smlm lagi..
sy tunggu sampai kul 4pg..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 01:39 PM | Show all posts
Reply 113# pura

salam pura...
sanggup hang tunggu sampai 4 pagi????
den ni dh sampai ke mana entah waktu tu. tp mmg lambat gak tido.
bangun lambat tp nasib 'asignment' semua dh siap waktu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 04:19 PM | Show all posts
walaupun itu cerita lama tp parutnya tetap kekal...
sian jugak kt min dgn zamrie..
so min gi lah keja kt penang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 05:22 PM | Show all posts
Reply  pura

salam pura...
sanggup hang tunggu sampai 4 pagi????
den ni dh sampai ke mana entah ...
dee556 Post at 11-7-2010 13:39


sambil teman adik den tgk bola sambil layar WR..tp hampe.. WR sunyi sepi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2010 05:56 PM | Show all posts
Reply 116# pura

WR sunyi hingga ke petang ni.
yang meriah rumah borak 3perkataan tu.
entah apa2 den merapu dkt situ
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 06:19 PM | Show all posts
Reply 117# dee556

haha.. sy pun ada gak merapu kat umah tu..
smpi dah tak tau nak tulis apa dahhh...
jenguk kat WR memang sunyi klu ari mgu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 06:46 PM | Show all posts
Reply  pura

WR sunyi hingga ke petang ni.
yang meriah rumah borak 3perkataan tu.
entah apa2 de ...
dee556 Post at 11-7-2010 17:56


bukn hang je den punye merapu memng takle bla..pantun 2 kerat pun den tibai merapu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 07:00 PM | Show all posts
Reply 119# pura

hang dah jauh tinggalkan den.
nk kejar hang, kena cari 1000 poin lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069679 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list