CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4201|Reply: 62

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

[Copy link]
Post time 16-7-2010 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2010 05:18 PM | Show all posts
dh agak dh
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:19 PM | Show all posts
ok gak..perkataan 'naik' tu leh menyebabkan rakyat 'naik' gak..bila selaras kira org tak anggap itu kenaikan..he..he.. tapi semua org cerdik skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:20 PM | Show all posts
barang najib naik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:22 PM | Show all posts
headline awani.... SUBSIDI PETROL TURUN 5 SEN..   SUBSIDI GULA TURUN 25 SEN...

hehhehe... perkataan TURUN tu yg mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:22 PM | Show all posts
menipu rakyat la...bodoh punya wolang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2010 05:22 PM | Show all posts
senang cito ,,,kera   jaan malaysia ni macam2 buek,,boros...main bilion...satndet la tu..ayat tak nak kalah gerombolan ni...pastu doit dah tak de mula nyusahkan rakyat,,,rakyat bersama kami...hahahahahahahahakkkkkkkkkkkkktuihhhhhhhhhhhhh aku ludah atas muka bijan hahahahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:22 PM | Show all posts
dimana kebebasan media nih...

kemerdekaan telah diragut!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2010 05:26 PM | Show all posts
manipulative biatch!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:26 PM | Show all posts
ye la aku perasan.. lagi satu banyak guna term ekonomi yang semua orang tak paham.. psikologi gak ni

tinjauan rambang astro awani ada buat... semua tak setuju
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:26 PM | Show all posts
apsal lak tak leh? ker, diorg imagine 'barang' lain yg naik
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:27 PM | Show all posts
mana ada kebebasan media kt mesia ni...kalau ada tarak la kartun zunar kena banned...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:30 PM | Show all posts
media kite masih dikawal ketat.. tiada kebebasan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:31 PM | Show all posts
terima kasih najib.....
selamat jalan najib di pru13.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:35 PM | Show all posts
so dlm CI kena pakai perkataan "pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”, baru la totok berani mencelah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:40 PM | Show all posts
salam satu Malaysia Semua,

Maideen yakin dengan pelarasan harga barangan ini yang mencerminkan keberanian YAB Perdana Mentri kita, dana yang cukup akan terhasil bagi membolehkan pembinaan hospital hospital, perustakaan perpustakaan awam, pusat pusat serenti, balai balai bomba, dsbnya di bina untuk kemudahan rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2010 05:45 PM | Show all posts
"rasionalisasi subsidi"

what......

pueh la pacit macit kt ulu2 tu bukak kamus nk memahamkan pekataan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:50 PM | Show all posts
BIASA LA ... BN
RASUAH DITUKAR KOMISYEN
BARANG NAIK TUKAR LA JUGAK NAK COVER!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:54 PM | Show all posts
najib ni orang pahang...orang pahang ni bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 06:00 PM | Show all posts
ayat cover......utk org bangang mcm dia boleh la percaya........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.314844 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list