CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 83927|Reply: 231

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

    [Copy link]
Post time 28-7-2010 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by B.K at 29-7-2010 17:38

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat  kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang  akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita  di bawah ini)


1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi  membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.


2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari  kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj  atau rampasan.


3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan  sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk  dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.


4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera  Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan  di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).


5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran  laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa  peristiwa konfrantasi dahulu.


6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di  Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera  Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood,  maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.


7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera  Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada  pihak Singapura.


8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di  cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang  melibatkan Singapura.


9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan  peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.


10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah  ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu  dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya  sangat cekap.


11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an  dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan  oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di  soal siasat oleh polis Bukit Aman.


12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs,  untuk kegunaan pasukan PASKAL.


13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet  pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.


14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia  di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan,  TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada  ketika itu.


15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar  melalui sistem peperangan elektroniknya dari 1979 sehingga sekarang.
16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila  ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di  sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai  contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika  dahulu.


18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC,  aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment  lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat  disahkan)


19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila  untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu  Komando yang pergi ke filipina utk curi dokumen rahsia adalah SB.  Mahathir bagi cash RM100k kpd beliau utk buat model Istana Malacanang  (di Pahang kalau tak silap). Setiap hari beliau praktis utk curi dokumen  tersebut. Ketika kejadian sebenar, 100% komando Malaysia dikerah berada  di Sabah bersedia utk menyerang filipina, sekiranya berlaku kesilapan  kpd SB tersebut. Duta Malaysia dan rakan2 sudah lama cabut lari (takut  beb). Tapi Alhamdulillah dokumen tersebut berjaya dicuri dan Sabah milik  Malaysia sehingga Kiamat , insya ALLAH.....(Fakta tidak dapat disahkan)


20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya  menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang  dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.


21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas  PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program  itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman  komunis yang telah menang di Vietnam.


22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar  dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan  Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.


23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert  (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear  pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin  Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat  ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada  penulis satu ketika dahulu).


24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM,  "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita.  Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu  mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.


25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat  dahulu. senjata yg di gunakan RPG 2 (search kt google)


26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal  Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak  melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).


27. Kapal peronda TLDM KD Perak  karam di Laut China Selatan akibat  cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.


28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an)  pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan  pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di  Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya  temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).


29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara  Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru  berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera  malaysia pada meja pegawai tinggi . tujuannye kerana mbalas dendam  kerana jet singapore sering ceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan  tugas itu 1 hari je tanpa d kesan. kakitangan komplek pertahanan  singapore yg  trlibat telah d pecat kerana insiden itu

http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/02/29-rahsia-negara-yang-anda-patut-tahu.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 12:14 AM | Show all posts
perghhh bang mana dapat segala inti sari nih?? dari mulut ke mulut or dari sumber bertulis??
hebat btul komando malaysia kiter nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:28 AM | Show all posts
dapat dari militaryofmalaysia lah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 01:42 AM | Show all posts
Reply 1# B.K


    Fakta yang ke-10 tu aku rasa aku pernah dengar.Individu yang ditahan tu kalau tak salah aku menyandang jawatan sebagai Setiausaha Politik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 02:31 AM | Show all posts
yg no 6 je aku tahu
-yg lain tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 02:35 AM | Show all posts
salam.. hang tak tido lagi ke?tengah boring keja mlm.jom sembang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2010 08:12 AM | Show all posts
Ko cilok dari blog shahpaskal ek?

Komen aku....
#1. pernah dengar dan satu lagi kita ada bukak pusat latihan bagi mengajar tentera US selok belok peperangan hutan/gerila

#2. Even masa kejadian berlaku da kata kes rampasan...cuma masih tak clear siapa punya kerja

#3. Pun pernah dengar jugak...geng2 HANDAU (sekarang PASKAU) punya kerja

#4. Kalau memang berlaku pun, mutiny tak tersebar ke public, kena pulak depa kena tindakan dalam mahkamah tentera

#5. Betoi...tapi KD Selangor dah bersara (ke pindah APMM?)

#6. Biasa la Hollywood...takkan nak tunjuk depa diselamatkan selain dari orang2 depa sendiri?

#7. Macam kes #4 jugak kot

#8. Sebab kita tak nampak dalam airbase Kuantan dengan Butterworth takleh nak confirm..tapi itu kebiasannya dalam mana2 negara.

#9. Yep dan aku dengar cerita Hornet pun dah standby kat Butterworth.

#10. Kes Siddiq Ghouse, setiausaha Tun M masa tu, tahun 81. 3 'diplomat' Soviet aka pegawai KGB diistihar PNG dan dihantar pulang ke Moscow.

#11. Entah?

#12. Mini sub ni cinoni aje...muat dlam 2-3 orang aje

#13. Acah mengacah ni perkara biasa.....

#14. Selat Melaka mmg laluan utama kapal2 Soviet masa tu dan satu squadron P-3C Orion ditempatkan di Butterworth

#15. Tak caya? Ni pun kira biasa ler....silap2 kita pun sama mengacah

#16. Toksah kata masa exercise, masa PT-91M baru sampai untuk perbarisan Merdeka pun ramai pelancong nak ambik gambar.....

#17. Itu pasal Korea Utara bengang bila Korea S buat exercise dengan US...

#18. Tapi kalau kita tahu depa pasang, kita boleh cabut balik la kan?

#19. Kalau betulla...sayang tak kebas dokumen Pulau Batu Putih jugak....

#20. Rasanya Indonesia pun berjaya jugak halang PKI

#21. Mangkuk ayun punya jerung!!!!

#22. Wallahualam...tapi boleh check hape......

#23. Banyak jugak dengar cerita ni.....

#24. Ni pujian taw bukan penghinaan

#25. Berlaku tahun 1976 di Sarwak...14 orang terkorban.

#26. Yep...kira tak heran la Pakistan tak masuk Black Hawk Down.....

#27. Kejadian berlaku tahun 80an (dan bukan la rahsia sebenarnya...hehe)

#28. Nak kira sebarang pesawat yang tidak ketahui biji butirnya adalah UFO...heheh. Tapi tahun 50-70an mmg panas kes UFO ni serata dunia.

#29. Pun pernah dengar cerita ni...kat stesen radar Bukit Bedok.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 08:34 AM | Show all posts
yes!!! the best info...mesia hebat!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 08:35 AM | Show all posts
Gue tambahin ....

30.  Tun Abdur Rachman merengek-rengek kepada British, Australia dan New Zealand untuk membantu dia menyatukan pulau Sumatra dengan Malaysia, tapi rengekan tersebut ditolak dan TAR diperolok-olek oleh British agar berusaha sendiri jika ingin mimpi-mimpi besarnya tersebut terealisir ......  (dikutip dari berbagai sumber) .....   
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 09:08 AM | Show all posts
Gue tambahin ....

30.  Tun Abdur Rachman merengek-rengek kepada British, Australia dan New Zealan ...
jf_pratama Post at 29-7-2010 08:35


pehal ko indon?? dengki erk kt mesia..ke ko perisik tentera indonesia??:@
xreti nk hormat org langsung.. duk menghina2 mesia nih, x sedar ke da byk mn mesia tolong korang??
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 09:51 AM | Show all posts
Gue tambahin ....

30.  Tun Abdur Rachman merengek-rengek kepada British, Australia dan New Zealan ...
jf_pratama Post at 29-7-2010 08:35


untungnya m'sia x bersatu dgn indon bangsat...Alhamdulillah..apa yg ko leh banggakan dgn indon..??
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 09:58 AM | Show all posts
indon ni mana2 ada je datang nak buat onar, datang malaysia orang bagi nak cari rezki tapi buat benda tak elok..orang buka thread takda nak cari psl then tiba2 nak cari pasal..gua rasa lu ada masalah mental laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:21 AM | Show all posts
Gue tambahin ....

30.  Tun Abdur Rachman merengek-rengek kepada British, Australia dan New Zealan ...
jf_pratama Post at 29-7-2010 08:35



    spelling nama TAR pon tak betul, ade hati nak komen. bangsa tak sedar diuntung. huh.

btw, bile baca psl tudm, rasa bangga sgt sbb mak saya air-woman di bworth suatu ketika dulu. skrg dah pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:25 AM | Show all posts
Lho kok anda-anda jadi marah dan sewot  .... Silakan baca dong buku David Easter - Britain and the confrontation with Indonesia, 1960-1966 dan buku Konfrontasi: the Indonesia-Malaysia dispute, 1963-1966 oleh  J. A. C. Mackie, Australian Institute of International Affair ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:29 AM | Show all posts
Lho kok anda-anda jadi marah dan sewot  .... Silakan baca dong buku David Easter - Britain and the c ...
jf_pratama Post at 29-7-2010 10:25



eh? buat ape kitaorg nak marah? u tu bukan penting pon bg kami.
kenyataan dan fakta2 yang tertulis bisa diputar-belit. get it?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:51 AM | Show all posts
Jangan dilayan anjing kurap indon tuh.....:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 10:53 AM | Show all posts
29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yan ...
B.K Post at 28-7-2010 22:40



Boleh tak nak tambah yg ke 30?    

Pernah sembang dgn sorang arkitek dari India yg mengaku bahwa dia turut terlibat dlm kerja2 pembinaan ruang bawah tanah... tapi dah tak ingat kat mana.. Sri Perdana? Masa tu masih under Tun. Atau mungkin hanya mitos semata2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:00 AM | Show all posts
Aku selalu bersimpati dengan Sukarno wannabe ni...iyelah hasrat nak tubuhkan Indonesia Raya tak kesampaian......
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:25 AM | Show all posts
Nak tambah boleh tak?

1) Askar Melayu pernah terlibat perang dunia pertama membantu British berperang dengan kerajaan Othmaniah Turki. Sumber tak pasti. Kalau siapa ada fakta tolong sahkan....tq.

2) Malaysia pernah hantar 1 batilion tentera dalam perang falkland bantu British berperang dengan Argentina. Fakta atau Auta?? Ada sesiapa boleh tolong??
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:38 AM | Show all posts
aku macam pernah dengar Komando ATM pernah melatih pemberontak mindanao di sabah.. betol ke..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.297860 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list