CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
1234Next
Return Post new threads
Show: 9676|Reply: 77

Meriam Petoi Boga / Penggawa (Letupan Kedua)

[Copy link]

Post on 29-7-2010 05:57 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by nobito at 3-8-2010 17:10




Sejarah Negeri Selangor memang x boleh dipisahkan dengan Kuala Selangor..lebih tepat Bukit Selangor..kerana disitulah asal bertapaknya Melayu Selangor/Bugis di negeri tanah selat ini...

Saya mulakan dengan kisah Meriam Petoi Boga atau nama lainnya Meriam Penggawa yang merupakan satu kisah yang rapat dengan Rakyat Selangor dan sentiasa dikenang oleh setiap rakyat negeri ini...

Kisah Meriam Penggawa didalam thread ini adalah berdasar dari buku Sejarah Kuala Selangor yang ditulis oleh Dato' Dr. Haji Yusoff Bin Hassan.
Reply

Props Report

Post on 29-7-2010 06:09 PM |All posts
Post Last Edit by nobito at 29-7-2010 18:13

Alkisah...meriam ini adalah datangnya pada tahun 1961 dengan mengandungi beberapa cerita lama yang agak tidak dapat dipercayai oleh akal manusia di zaman sains dan teknologi ini. Walau bagaimanapun disebabkan perkara ini telah berlaku, dianggap itulah sejarah. Tambahan pula bukti-buktinya masih boleh didapati melalui mereka yang terlibat.

Adanya meriam misteri ini adalah dengan inisiatif Datuk Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor dengan bantuan beberapa orang kampung yang berminat di dalam bidang ini. Dari situlah meriam tersebut diberi nama Meriam Penggawa.
Reply

Props Report

Post on 29-7-2010 06:29 PM |All posts
Post Last Edit by nobito at 29-7-2010 18:53

Tragedi

Di antara lapan belas pucuk meriam yang masih ada di atas Bukit Selangor itu terdapat sepucuk darinya yang terpelihara dengan baik, malah meriam ini diberikan bangunan yang indah dan istimewa... Meriam ini pada mulanya terletak di atas tempat khas dibuat dari simen setinggi 3 kaki dalam sebuah pondok beratap zink...

Kini bangunan tersebut telah diperindahkan lagi..hampir menyerupai mimbar di dlm masjid... Meriam ini juga x pernah sunyi dr berselimutkan ngan kain berwarna kuning...

Ramai pelawat2 bertanya "Mengapa meriam tersebut diistimewakan sangat. Padahal bentuknya sama sahaja dengan meriam2 yg len?". Badan meriam itu sendiri telah terkopak2 menunjukkan telah begitu tua usianya...

Disebalik rupa yg buruk tersembunyi suatu sejarah yg x dpt dilupakn oleh beberapa orang tempatan n mereka yg hidup sezaman dgn kejadian itu... Meriam sepanjang 5 1/2 kaki dan garisan pusat muncungnya 7 inci ini sgt menarik ceritanya

Mengikut citer orang2 tua yg tahu mengenai hal ehwal senjata mengatekan meriam tersebut diperbuat dr besi kuning...

Percaya atau tidaknya mengenai cerita meriam ini adlh merupakn perkara kedua krn tragedi itu berlaku..di jaman negeri nie dah mencapai kemerdekaan dan dunia telah lama menyeberang ke zaman sains n teknologik... Kejadian ni gak telah disaksikan oleh beribu-ribu oghe penduduk Kuala Selangor n sekitarnye...

Di antara mereka name yg tercatat di bawoh ni benor2 terlibat lam kejadian ni...

Pertama.. YDH Datuk Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail, Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor.
Kedua.. En. Norbit bin Lakik, Jeram, bekas pekerja Majlis Daerah Kuala Selangor.
Ketiga.. En. Ab. Ghani bin Sulaiman, Ketua Kampong Jeram.

p/s..mereka merupakan sumber lisan untuk citew berikutnye...
Reply

Props Report

Post on 29-7-2010 06:59 PM |All posts
Citer sambung mlm nanti..k
Reply

Props Report

Post on 29-7-2010 10:39 PM |All posts
Meriam Meletup

    Pada awal tahun 1961, Istana Alam Syah Kelang telah siap dibina sebagai mengantikan Istana Mahkota Lama. DYMM Sultan Abdul Aziz ketika itu belum lagi ditabalkan menjadi Sultan Selangor, seterusnya akan merasmikan istana tersebut.

Di halaman istana lama dahulu telah memang sedia ada enam pucuk meriam sebagai perhiasan, tetapi baginda berkehendakan supaya meriam tersebut dicukupkan tujuh pucuk bilangannya...

Dgn itu baginda telah menintahkn Datuk Penggawa Kuala Selangor mengambil salah satu sepucuk meriam yg ada di atas Bukit Selangor tuk dibawe ke Klang. Datuk Penggawa sbg yg taatkn perintah raja pon menjunjong duli.

Setelah berunding dengan beberapa org pegawai k'jaan..salah sepucuk meriam dari tiga pucuk sederet di tebing pintu Kota Selangor itupun hendak dibawak ke Klang...

Meriam tigo sederet tu mempunyai name masing2.. Jika mendaki bukit nie bermula dari Umah Rehat..meriam pertama ialah.. Meriam Sultan Salehuddin..kedua Sultan Ibrahim..ketiga Sultan Muhammad




Istana Mahkota Lama sebelum dirobohkan dan diganti dengan Istana Alam Syah






3 pucuk meriam yg namanya mengikut nama Sultan awal di Kuala Selangor...
Reply

Props Report

Post on 29-7-2010 10:58 PM |All posts
Cuba teka meriam mana yg Datuk Penggawa amik?

Kalau tak jawab x mo bagitau..
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 30-7-2010 12:31 PM |All posts
mestilah meriam yg paling cantik dan terpulihara...

meriam yg aku nampak kt bukit malawati tu semua tulis VOC...
ngeh ngeh ngeh
Reply

Props Report

Post on 30-7-2010 01:00 PM |All posts
Ada meriam Melayu..dalm buku tu ada tulih pasal meriam Kuala Selangor...

Nanti aku tulis kat thread Meriam Lama...

Meriam VOC byk dah diamik gi Indon...

Meriam Melayu kat Kuala Selangor banyak dah bawa g Klang..macam kat Kota Darul Ehsan tu...
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 30-7-2010 04:26 PM |All posts
aku pegi klang rabu lepas, tersesat smpai masuk ke kaw istana alam syah ni
dak doh se
-kenangan ganu 09
Reply

Props Report

Post on 30-7-2010 04:34 PM |All posts
Aku orang Selangor tapi aku selalu sesat kat Klang...

Benci gi Klang... jalan berlubang, construction manyak, Indon manyak, lori n kete manyak,

Kalau g Klang mesti naik angin semacam jew..Sori kpd kawan aku yg selalu kene mare

Aku sayang Shah Alam
Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 30-7-2010 04:38 PM |All posts
Meriam Meletup

    Pada awal tahun 1961, Istana Alam Syah Kelang telah siap dibina sebagai mengan ...
nobito Post at 29-7-2010 22:39



macam bangunan sultan abdul samad
Reply

Props Report

Post on 30-7-2010 05:02 PM |All posts
Nama lain istana tu adalah Istana Mahkota Puri..aku suka lg istana yg lama..cantik...

Istana tu siap dibina tahun 1899..zaman Raja Sulaiman...
Reply

Props Report

Post on 30-7-2010 05:24 PM |All posts



    Gambor ni aku amik kat buku Klang  Twenty Centuries of Eventful Existence.. Kalau korang nengok betul2..uoals boleh nampak meriam-meriam...mungkin itu adalah 6 pucuk meriam asal...
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 30-7-2010 11:39 PM |All posts
menarik tread ni mcm kene mengena dgn aku ni
Reply

Props Report

Post on 30-7-2010 11:56 PM |All posts
Post Last Edit by nobito at 31-7-2010 00:04

Reply 14# SaktiSatima


    Terlibat ngan peristiwa tu ke?

Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 31-7-2010 12:13 AM |All posts
aku pernah seluk dalam mulut meriam tu....kononnya nak cari serpihan dia.........tapi dah kena sumbat mulut dia....

buang karen je...
warungjuraganmalam.blogspot.com
letseatpie.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 31-7-2010 12:26 AM |All posts
maaf nak tanya VOC tu menda apa....
Reply

Props Report

Post on 31-7-2010 12:29 AM |All posts
Reply 17# liyanur


    VOC tu singkatan dari bahasa Belanda tapi dlm bahasa Melayu nya...Syarikat Hindia Timur Belanda...
Reply

Props Report

Post on 31-7-2010 12:31 AM |All posts
Reply 16# juragan_malam


    Berani betul juragan

Nampak sangat mcm ada seseorang yg takut meriam tu meletup lagi...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 31-7-2010 12:33 AM |All posts
Reply 18# nobito


ooo...baru kutahu...thanx ea...
Reply

Props Report

Post on 31-7-2010 12:42 AM |All posts
Meriam yg terpilih tu adalah meriam yang tengah-tengah iaitu Meriam Sultan Ibrahim...
Reply

Props Report

Post on 31-7-2010 01:25 AM |All posts
Post Last Edit by nobito at 31-7-2010 01:29

Reply 21# nobito

Setelah persetujuan dicapai, Datuk Penggawa pon memilih Meriam Sultan Ibrahim... Meriam itu bakal dibawa ke  Klang keesokan harinya. Setelah mlm walaupon keadaan cuaca d Kuala Selangor baik, tenang dan tiada riak2 nak menunjukkan hari nak hujan, tiada siapa menyangka tiba2 kedengaran bunyi letupan...hmy3: KEBAABUUUUMMMMM!!!(camni kot bunyinye)

Letupan yang luar biase nie menggegarkn bbrape buoh bangunan disekitarnya. Serentak dgn itu jugak segala lampu letrik semuanya padam n Kuala Selangor menjadi gelap
   
Ketika tu x da sorang pon yg menyangka suatu perkara ganjil berlaku. Masing-masing menganggap guruh atau petir menandakan hari hendak hujan.:re::re:

Keesokan harinya Datuk Penggawa pagi2 lagi bersama2 lori sampah dr Lembaga Bandaran Kuala Selangor menuju ke tempat meriam yg nak dibawok ke Kelang itu.. Sampai  sahaja ke tempat yg dituju, Datuk Penggawa dengan keenam-enam org buruh semuanya terkejuthmy3:hmy3:hmy3:...

Mereka terkezut kerana mendpati Pokok Jati yg pangkalnya sebenarnya 2 pemeluk lebey itu telah ranap membaham tanah ngan dedaunnya hangus seperti terbakar. Pangkalnya yg sebesor itu putus seolah-olah dipanah petir...

Kehairanan itu bertambah pulok apabila bbrapa orang len sibuk memperkatakan semua pokok-pokok di kiri kanan jln dr Kuala Selangor ke Assam Jawa sejarak 4 1/2 batu, semuanya hangus seolah-olah dimakan api...hmy3:

Orang ramai mula membuat tafsiran msing-masing..tetapi titah Sultan pantang disanggah. Meriam pilihan tu terpakse dibawa jugak ke Klang... Ketika meriam ni dimasukkan ke dlm lori sampah..ramai di antaranya diselubungi dgn perasaan sedey..tambahan pula mendengar bunyi ia dicampakkan begitu rupa... Kedebukkk!!!

Dalam kesayuan n titisan air mata bbrape orang yg menyaksikan kejadian..meriam nie terus dibawa ke Klang untuk dijadikkan perhiasan istana. Tinggalah tapaknya shj kosong seolah-olah menunggu gantinya...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 31-7-2010 01:51 AM |All posts
Reply  juragan_malam


    Berani betul juragan

Nampak sangat mcm ada seseorang yg taku ...
nobito Post at 31-7-2010 00:31



   bukan apa.........kalu dapat serpihan dia leh buat ****************...........hahhahhhahhahhah
warungjuraganmalam.blogspot.com
letseatpie.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 31-7-2010 02:36 AM |All posts
so until now la ye ade lagi kat istana klang??
adeke angkat pakai lori sampah
callmecatchmeholdmekissme
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 31-7-2010 03:55 AM |All posts
aku ada simpan serpihan petoi boga tu .....
Reply

Props Report

1234Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 1-11-2014 12:22 AM , Processed in 0.141700 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top