CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7371|Reply: 21

umur aisyah ketika bernikah nabi Muhammad

[Copy link]
Post time 14-8-2010 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by hujanhijau at 14-8-2010 22:00

telah banyak tulisan yang membicarakan mengenainya umur sebenar Aisyah. Di bawah adalah di antaranya dan kita juga boleh merujuk kepada tulisan yang saya link kan dibawah sebagai bahan bacaan tambahan. Semoga memberi manfaat pada kita semua.

Beberapa fakta ringkas boleh dikongsikan di sini.

Sebenarnya, riwayat yang menerangkan mengenai pernikahan Aisyah dengan Rasullullah hanya bersumber pada satu-satunya perawi iaitu Hisyam bin 'Urwah. Hisyam telah mendengar dari ayahnya dan dialah satu-satunya perawi yang pernah menyuarakan tentang umur pernikahan 'Aisyah r.a

Hadis ini mula diutarakan Hisyam ketika beliau mula bermukim di iraq ketika umurnya 71 tahun.

Mengenai Hisyam ini, Ya'qub bin Syaibah berkata: "Apa yang dituturkan oleh Hisyam sangat terpercaya, kecuali yang disebutkannya tatkala ia sudah pindah ke Iraq."

Syaibah menambahkan, bahwa Malik bin Anas menolak penuturan Hisyam yang dilaporkan oleh penduduk Iraq. (Ibn Hajar Al-Asqalani, Tahzib al-Tahzib. Dar Ihya al-Turats al-Islami, Jilid II, hal. 50)

Di sebut pula dalam buku tentang kehidupan para perawi Hadits, ketika Hisyam berusia, ingatannya sangat menurun (Al-Maktabah Al-Athriyah, Jilid 4, hal. 301). Kesannya, riwayat umur pernikahan Aisyah yang bersumber dari Hisyam ibn 'Urwah, tertolak.

Menurut kajian terperinci hadis yang diriwayatkan  oleh Hisham berdasarkan bukti-bukti daripada kitab-kitab ‘Saheh Bukhari’, ‘Saheh Muslim’, ‘Sunan Abu Daud’, ‘Jami’ Tirmizi’, ‘Sunan Ibnu Majah’, ‘Sunan Darimi’ dan ‘Musnad Humaidi’. Selepas menelaah kitab-kitab tersebut, sesuatu kemusykilan telah timbul. Sebahagian perawi mengatakan riwayat tersebut sebagai kata-kata oleh Aishah r.a., sedangkan setengah yang lain  mengatakannya sebagai kata-kata Urwah r.a. Yang pastinya , ia bukan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Ia sama ada kata-kata ‘Aishah r.a. ataupun kata-kata Urwah r.a. yang merupakan seorang ‘tabiin’  iaitu anak kepada seorang sahabat ( Zubair bin Awwam r.a ) dan juga anak kepada kakak Aishah r.a sendiri ( Asma binti Abu Bakar r.a ) . Jika riwayat ini adalah kata-kata Urwah, ia tidak mempunyai apa-apa nilai dalam syariah. Dan, kita juga tahu bahawa apabila berlaku perbezaan pendapat sama ada suatu riwayat itu  ‘Muttasil’ (bersambung)  ataupun ‘Mauquf’ (terputus) , ulama hadis  pada amnya   akan mengatakan ianya sebagai ‘Mauquf’ (terputus) . Berdasarkan prinsip ini, bolehlah disimpulkan bahwa riwayat ini adalah cerita sejarah oleh Urwah ( dan bukannya hadis); dan tidak berdosa untuk menolak kata-kata Urwah.

Seterusnya, Menurut Al-Thabari, keempat-empat anak Sayidina Abu Bakar ra. telah dilahirkan pada zaman Jahiliyah.

Mari kita lihat rentetan sejarah di bawah:-

Sebelum tahun 610 M : Zaman Jahiliyah

Tahun 610 M : Permulaan Wahyu turun
Tahun 610 M : Islamnya Sahabat-Sahabat Terawal termasuk Saidina Abu Bakar r.a.

Tahun 613 M : Dakwah Nabi secara terang-terangan

Tahun 615 M : Hijrah pertama Umat Islam ke Habsyah

Tahun 620 M : Aisyah r.a dinikahkan

Tahun 622 M : Hijrah ke Madinah
Tahun 623/624 M : Aisyah tinggal bersama Nabi sebagai suami isteri



Jika 'Aisyah dinikahkan ketika umurnya umur 6 tahun, ia bermakna 'Aisyah telah lahir pada tahun 613 M. Ia bertentangan dengan Al-Thabari yang menyatakan bahawa keempat-empat anak Abu Bakar ra. lahir pada zaman Jahiliyah, yaitu sebelum tahun 610.



Selain dari itu, beza umur Aisyah dan kakanya Asma adalah 10 tahun (At-Thabari, Tarikh Al-Mamluk, Jilid 4, hal. 50).



Ibu Hajar pula menyatakan bahawa Asma meninggal pada tahun 73 atau 74 Hijriyah ketika berumur 100 tahun (Al-Asqalani, Taqrib al-Tahzib, hal. 654).



Ini bermakna ketika hijrah, umur Asma’ ialah 27 atau 28 tahun. Dan Ini bermakna umur Aisyah pada peristiwa hijrah ialah 17-18 tahun. Ini juga bermakna, Rasullullah mula tinggal serumah dengan Aisyah sebagai suami isteri pada umur 19-20 tahun.



Untuk bacaan lanjut, para pembaca bolehlah merujuk kepada


http://images.emjayjb.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RWRJPQoKCk0AAG8FDBM1/umur_aisyah.zip?nmid=15190457



attachment di atas adalah tulisan yang dibuat oleh al-Marhum al-Allamah Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi



Tulisan asal adalah di dalam bahasa Urdu. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang berusaha menterjemahkannya. Semoga kalian dirahmati Allah.



Semoga kajian di atas memberikan sedikit tambahan ilmu buat kita agar kita lebih menghampiri apa yang dibuat oleh Nabi berdasarkan ilmu dan iman, bukan tafsiran tanpa kajian.



http://www.ustazamin.com/2010/03/sekilas-34-benarkah-umur-aisyah-ra.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2010 10:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:47 PM | Show all posts
thanks for d info...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 09:06 AM | Show all posts
Jika menurut hadith berkenaan, ia sahih kata-kata yang datang dari Aisha r.a.  Tetapi kemungkinan umur Aishah r.a. pada masa itu adalah lebin tua dari apa yang disebutkannya.  Sebabnya, kita tak tahu Aishah r.a. mengira unmurnya berdasarkan peristiwa apa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 10:26 AM | Show all posts
Jika menurut hadith berkenaan, ia sahih kata-kata yang datang dari Aisha r.a.  Tetapi kemungkinan um ...
ibnur Post at 15-8-2010 09:06

oh....hmm..interesting yess...you make me think...oh orang dulu kira umur berdasarkan peristiwa lah   oh sebab tu depa cakap like "12 rabiulawal Tahun Gajah" cam tu  kan...they based on events...i see.. i see..relative pada peristiwa lain tu..okay..kalaikut musim tu saya tahu like it has been 4 summers , etc etc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2010 03:17 PM | Show all posts
Jika menurut hadith berkenaan, ia sahih kata-kata yang datang dari Aisha r.a.  Tetapi kemungkinan um ...
ibnur Post at 15-8-2010 09:06


ada pendapat yg mengatakan bkn aishah yg silap sebut, tp yg silap ialah penyampaian hadith tu dr mulut ke mulut yg secara tak sengaja tersilap sebutan tanpa 'ashar' (sepuluh) yg menukarkn umur aishah dr 16 (sittah ashar) ke 6 (sittah) tahun.... wallahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2010 12:53 AM | Show all posts
Aku beriman kepada Allah dan Rasulnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 02:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 16-8-2010 03:24

Reply 7# zamkumis

hehe, sy juga. tetap beriman pada Allah dan rasulnya.

walo bagaimanapun, kajian yg dibuat adalah bagus atas nama pencerahan ilmu kerana Allah.

namun sebenarnya, tak kira la umur aisyah berapa pun, tidak menjejaskan apa2 tentang kebenaran ISlam atau kredibility rasul.

kerana perkahwinan di umur muda tidak pernah dipandang hina pada zaman dahulu ,kerana ia adalah ikatan sah tanpa paksaan, diuruskan dengan perkahwinan seperti biasa.

dan ianya berlaku di seluruh dunia, bukan pada bangsa arab saja. dan ada bangsa2 di eropah yg konservatif masih mengamalkannya.

sejak bila ia menjadi janggal????

sejak orang2 yg mementingkan kehidupan duniawi menjadikan pendidikan sebagai alasan sehinggakan umur manusia melangsungkan perkahwinan semakin hari semakin meningkat.

sehingga timbul undang2, siapa kawin tak boleh belajar.

siapa yg bagi dalil agama utk semua ini ?

sehingga zina berleluasa, hanya kerana pendidikan demi dunia materialistik.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2010 04:06 PM | Show all posts
isu ni tidak menyentuh pn soal iman, kerana umur sbenar tidak dsebut didalam alquran, nabi sdiri pn x pnah sbut umur aisyah...yg sebut tntg umur aisyah ialah anak kepada sahabat nabi yg diragui ketepatanny kerana sifat die yg uzur time die sbut pasal umur aisyah ni..

bkn apa, sy sedih ble melihat sesetengah umat islam yg menggunakan isu umur isteri nabi ni sebagai alasan memaksa anak mereka yg kecil berkahwin n katanya ingin mengikut sunnah...padahal umur sbenar aisyah masih dperbahas shingga kini..tp kt malaysia x la, sume ikut je...kita sepatutny kene turut serta mengkaji n memahami perkara2 sebegini agar lebih lengkap ilmu, bkn hanya turut ikut je..

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 06:37 PM | Show all posts
Reply 9# hujanhijau


seandainyaada unsur paksaan, perbetulkan mereka dgn memberitahu  mereka bahawadgn memaksa  itu bukanlah sunnah rasul. langsung tidak tidak bolehsandarkan ia pada sunnah rasul lantaran wujudnya unsur2 paksaan itu.

pada masa yg sama kita tidak boleh memandang serong perkahwinan di usia muda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 07:01 PM | Show all posts
bila Aishah ra dilahirkan? nanti boleh dapat jawapan anggaran umur Aishah ra
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 07:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 17-8-2010 07:54

ni sy amik dari blog http://hafizhilmi89.blogspot.com ... syah-ra-semasa.html

Proof 1:

Bila kah Siti Aisyah dilahirkan?

Semua ke 4 anak Saidina Abu Bakar bersama 2 orang isterinya lahir sebelum kedatangan Islam "Saidina Abu Bakar (ra) berkahwin dengan 2 wanita yang bernama Fateelah binti Abd Al Aza dan Ummi i Rooman dizaman jahiliah. Abu Bakar mendapat 4 orang anak dari perkahwinan tersebut, 2 lelaki dan 2 perempuan.Isteri pertama Fateelah melahirkan Abdullah dan Asma`. Isteri kedua Umm i Rooman melahirkan Abd al Rahman dan Siti Aisyah.Tabrani mengatakan Siti Aisyah lahir sebelum tahun 610 Masehi, sehingga Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun.


Proof 2:

Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal."Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud.....Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak."Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b," Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;

1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.

2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610

3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun


Proof 3:



Pertunangan Siti Aisyah

Menurut sejarah dari Tabrani; Saidina Abu Bakar waktu hendak berhijrah ke Habsyah pada tahun 615 Masehi, (7 tahun sebelum Hijrah ke Medina pada tahun 622 Masehi) beliau telah pergi ke rumah Mut`am. Abu Bakar meminta Mut`am mengambil Siti Aisyah menjadi isterinya. Mut`am yang telah menjadi tunangan Siti Aisyah menolak permintaan Abu Bakar disebabkan Abu Bakar telah memeluk Islam. Mut`am kemudian memutuskan pertunangan dengan Siti Aisyah. disaat Siti Aisyah berumur 6 tahun, maka kita akan dapati Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad pada 623 Masehi, maka umur Siti Aisyah telah menjangkau 14 tahun. ( umur 6 tahun + 7 tahun hijrah = 13 tahun + 1 tahun hijriah ).


Possibility 4:

Siti Aisyah masuk Islam

Muhammad saw menjadi nabi pada tahun 610 Masehi. Menurut sejarah Siti Aisyah adalah orang ke 21 atau 22 yang masuk Islam pada tahun pertama Nabi saw berdakwah iaitu pada tahun 610 Masehi. Maka jika Siti Aisyah masuk Islam pada tahun 610 Masehi maka umur beliau paling rendah waktu kahwin dengan Nabi Muhammad saw adalah 19 tahun.Jika kita mengambil umur Siti Aisyah paling rendah 6 tahun waktu masuk Islam maka kita dapati beliau dilahirkan pada tahun 604 Masehi ( 6 tahun sebelum Islam )


Possibility 5:



Surah Al QamarDiriwayatkan oleh Bukari didalam Kitab Tafsir nya:" Siti Aisyah (ra) mengatakan " Aku adalah seorang gadis" ketika surah Al Qamar - Surah 54 diturunkan. "Mengikut sejarah surah Al Qamar diturunkan pada tahun 613 Masehi. ( 9 tahun sebelum Hijrah). Ini menunjukkan bahawa Siti Aisyah lahir sebelum kedatangan Islam, iaitu sebelum tahun 610 Masehi.Jika Siti Aisyah lahir sebelum 610 Masehi maka paling rendah umur beliau kahwin dengan Nabi Muhammad saw pada 623 Masehi adalah 14 tahun


Possibility 6:



Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur Fatimah (ra) {Menurut Ibnu Hajar didalam kitabnya: Al-isabah fi tamyizi'l-sahabah, Ibn Hajar al-Asqalani, Vol 4, Pg 377, Arabic, Maktabatu'l-Riyadh al-haditha, al-Riyadh, 1978}"} Fatimah (ra) dilahirkan ketika Kaaba di perbaiki. Ketika itu Rasulullah saw berumur 35 tahun...dan Fatimah (ra) adalah 5 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah (ra) "Rasulullah lahir pada 570 Masehi.Rasulullah saw berumur 35 tahun pada 605 Masehi ( 570+35=605 M) Rasulullah saw berumur 53 tahun pada 623 Masehi ( Fatimah berumur 18 tahun )Umur anak Rasulullah saw, Fatimah pada 623 Masehi ada lah 18 tahun Umur Siti Aisyah pada 623 Masehi adalah 13 tahun ( 5 tahun lebeh muda dari Fatimah )Berdasarkan fakta ini kita dapati;Umur Siti Aisyah waktu kahwin dengan Rasulullah saw pada tahun 623 Masehi ialah 13 tahun Siti Aisyah dilahirkan pada tahun 610 Masehi


Possibility 7:

Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654," Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah "Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372," Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah. {73 Hijrah = 695 Masehi} 695 Masehi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masehi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah - 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masehi/2 Hijrah à Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun


Possibility 8:

Bilakah Siti Aisyah (ra) wafat?

Siti Aisyah wafat pada tahun 678 Masehi maka kita akan dapati ;

1. Umur Siti Aisyah pada 678 Masehi ada lah 73 tahun

2. Aisyah berumur 27 tahun pada waktu Nabi Wafat pada tahun 632 M (678-632=46) = 73 - 46 = 27 tahun, sehingga à
3. Aisyah berumur 17 waktu kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 Masehi




Tambahan ana.. apa yang kita dengar ialah aisyah berkahwin masa umur 6 tahun atau 9 tahun.. sesetengah pendapat mengatakan penyelewangan fakta sejarah bahawa umur sebenar Aisyah r.a semasa berkahwin ialah 16 tahun atau 19 tahun.


Golongan syiah cuba untuk menaikkan martabat Saidina Ali r.a dan menjatuhkan martabat khalifah arrasyidin yang lain malah mengkafirkan mereka. Aisyah r.a merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar r.a..maka tidak mustahil golongan ini ingin memburukkan keluarga Abu Bakar r.a dengan membuat penyelewengan berkenaan umur Aisyah r.a semasa berkahwin. wallahualam..


* sebelum ni hanya tau umur saidatina Aishah kawin 9 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 08:09 AM | Show all posts
my sister pun cakap Aisyah kahwin umur 9 tahun....tapi kan tak kisahlah sayiditaina kahwin umur berapa  tu  daripada satu segi sebab

my god...She is married to a prophet  ..i mean.....itulah sebaik baik sesempurna lelaki yang guaranteed to heaven.....tak paa laaaa


ni masa sekarang ni ya allah hm ntahlah....rasanya lain benar kualiti  warga Adam hari ni....
pelik sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 09:54 AM | Show all posts
Alhamdulillah for the info.. tp betul lah kata no matter what we still love Allah and Rasulullah SWT!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 12:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 18-8-2010 01:49

Salamun 'alaikum,


Tidaklah mengikuti oleh kebanyakkan mereka itu kecuali sangkaan, sesungguhnya sangkaan itu tidak berguna dari kebenaran akan sesuatu pun, sesungguhnya ALLAH itu mengetahui dengan apa yang sedang mereka kerjakan 10:36

Itulah umat yang sungguh telah berlalu, bagi mereka apa yang mereka usahakan dan bagi kamu apa yang kamu usahakan, dan tidak lah kamu akan di tanya dari apa yang adalah mereka itu kerjakan 2:141



Persoalan umur aisyah dsbnya...adalah isu yg remeh temeh... ianya takkan di persoalkan di hari akhirat besok... yg sepatutnya kita pikirkan ialah: mengapa org islam maseh membuang bayi ketika di bulan ramadhan al-mubarak? adakah di sebabkan wujud nya hukum yg "memandai-mandai" mengharamkan perkahwinan kanak-kanak? itulah manusia, benda yg "halal" sibuk di pertikai kan.. benda yg haram, sikit pun tak nak ambik pot... so kesudahannya, siapa kah yg lebih zalim? sudah tentulah pd hari ini, org islam lebih zalim berbandeng non muslim... nah! fikirlah sendiri..



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 09:47 AM | Show all posts
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pun masih ada berita tentang kanak-kanak/remaja umur 10 tahun dan awal belasan tahun sudah melahirkan anak. Jangan terkejut kalau google "youngest mother" (Youngest confirmed mother in medical history) tu seawal 5 tahun.

Sejak dari dulu tiada riwayat yang mempertikaipun, tapi kajian ilmiah terkemudian masih bermanfaat jika dibuat dengan keikhlasan. Jikalau terdapat bukti yang lebih kuat berkenaan umur Aisyah sekitar 14-19 tahun ketika bernikah, masih lagi tiada isu yang patut diperbesarkan kerana terdapat perempuan yang mencecah baligh pada umur yang sangat muda dan sudah matang untuk berumah tangga. Lagipun riwayat pernikahan Aisyah RA itu tiada unsur paksaan.

Namun pendedahan secara ilmiah itu adalah baik dari segi menyampaikan yang benar dan mungkin sedikit sebanyak boleh mengubah persepsi orang pada hari ini.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2010 10:34 AM | Show all posts
Bagaimana status orang-orang yang bercerita mengenai dengan perkahwinan Nabi SAW (termasuklah umur isteri baginda) apabila ditimbang dengan hadis Nabis SAW yang melarang berdusta atas nama Nabi SAW? Adakah mereka ini dikira berdusta apabila cerita tersebut tidak tepat faktanya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 06:21 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Persoalan umur aisyah dsbnya...adalah isu yg remeh temeh... ianya takkan di persoalkan di hari akhirat besok... yg sepatutnya kita pikirkan ialah: mengapa org islam maseh membuang bayi ketika di bulan ramadhan al-mubarak? adakah di sebabkan wujud nya hukum
sirrikhafi Post at 18-8-2010 00:33


ya, sy tahu iany isu yg remeh, sbab itulah sy kata ia tidak melibatkn iman, ianya hanya sebagai ilmu tambahan..

kenapa org islam membuang bayi? bknkah ianya jelas kerana didikan agamanya yg lemah? cuba lihat masyarakat kita sekarang, ilmu agamanya teramat lemah, hinggakan ramai yg sudah berkahwin pn masih x tahu bagaimana mengerjakan solat, jika keluarga yg sebegini mempunyai anak, raseny bagaimana pendidikan agama anak tersebut?

ya, memang betul tidak salah berkahwin muda, tp mesti ada syarat2nya seperti mesti mampu menyediakan nafkah zahir n batin kepada isteri, mesti mampu memikul tanggungjawab etc. secara ringkasnya mesti matang dan berilmu. jika hanya berkahwin kerana nafsu semata2 pun tetap takkan dapat menyelesaikan masalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 06:26 PM | Show all posts
Bagaimana status orang-orang yang bercerita mengenai dengan perkahwinan Nabi SAW (termasuklah umur i ...
AwgSagi Post at 18-8-2010 10:34


hmmm..bg saya berdusta ialah apabila si pencerita tu tahu n sedar yg perkara yg diceritakan tersebut adalah tidak benar...jika hanya membincangkan yg mane benar n yg mane salah, ianya hanya menjadi pendapat sahaja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 06:30 PM | Show all posts
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pun masih ada berita tentang kanak-kanak/remaja umur 10 tahun  ...
mnm77 Post at 18-8-2010 09:47


btolx3
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.241280 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list