CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80784|Reply: 264

‘Terpaksa pinjam duit untuk makan’- Ako Mustapha

    [Copy link]
Post time 22-8-2010 05:23 PM | Show all posts |Read mode


Oleh Zul Husni Abdul Hamid

2010/08/22      

TERLALU banyak dugaan terpaksa ditempuhi Ako Mustapha sepanjang tahun lalu. Ekoran tiada tawaran berlakon, pelakon itu kehilangan punca pendapatan hingga pada satu peringkat terpaksa meminta bantuan keluarga untuk menampung perbelanjaan kehidupan hariannya.

Ako atau nama lengkapnya, Muhaizat Ahmad Mustapha, 38, mengakui hidupnya ketika itu penuh tekanan. Tiada apa yang mampu dilakukan kecuali berusaha keras mencari jalan keluar kerana sebagai suami, Ako enggan membebankan isterinya, Katrina Shuaib Abdullah atau Tina.

Ketika berdepan situasi sukar itu, kata Ako, cuma Tuhan mengerti betapa dia sebagai ketua keluarga sering bertanya dirinya sendiri apa lagi mampu dilakukan untuk mengubah takdir yang tertulis. Namun akuinya, Tuhan itu Maha Penyayang. Setiap kesulitan diberi kelapangan. Dugaan pahit itu bertukar menjadi episod hidup yang manis dengan kelahiran anak sulungnya, Merissa Tempawan pada 21 Disember lalu.    Kehadiran yang secara tidak langsung kata Ako, memberi kelapangan kepada kehidupan mereka sekeluarga apabila dia mula diberi kepercayaan untuk kembali berlakon.

“Sejak Mac lalu, penerbit mula memberikan tawaran. Perlahan-lahan saya mendapat peluang untuk kembali menggilap nama dengan tawaran watak utama.  Sebelum ini, kehidupan saya dan isteri agak sempit. Disebabkan tiada tawaran berlakon, kami terpaksa meminta bantuan keluarga untuk meneruskan hidup.

“Saya tidak kisah jika hanya saya yang tidak makan. Tetapi apabila melihat wajah orang yang tersayang hidup menderita, saya tertanya sendiri apa tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga untuk membahagiakan isteri dan anak,” katanya mengakui pernah menjalankan perniagaan jualan langsung dan hasil perniagaan itu sedikit sebanyak membantu menampung perbelanjaan harian mereka.

Bagaimanapun, kelahiran Merissa ternyata memberi cahaya baru kepada dirinya dan Tina. Sejak itu, tawaran berlakon untuknya kembali terbuka dan pengarah juga sudah berani menawarkan watak utama dan lebih mencabar.

“Sebelum ini ramai teragak-agak memberikan tawaran kerana bimbang nama saya tidak diluluskan oleh stesen televisyen. Saya berterima kasih kepada penerbit yang berani mengambil risiko. Lebih membuatkan saya terharu, ada yang sanggup menelefon stesen televisyen untuk bertanya apa kedudukan sebenar saya. Kesungguhan mereka memberi saya kekuatan untuk kembali meneruskan aktiviti lakonan. Saya perlu berusaha keras kerana saya kini tidak lagi hidup sendirian.

“Saya sudah mempunyai keluarga dan menjadi tanggungjawab saya untuk bekerja keras serta memberi keselesaan kepada isteri dan anak,” kata Ako yang ditemui B*Pop, baru-baru ini.
   
Situasi kini juga, kata Ako, membantunya untuk melangsaikan sedikit demi sedikit wang yang dipinjam daripada mereka yang dekat dengannya ketika dia berdepan kesusahan dulu.

“Saya tiada pilihan lain ketika itu. Mahu atau tidak saya tebalkan muka meminjam kerana saya perlu memberi keluarga makan.
Saya tidak sampai hati membebankan isteri yang sedang mengandung ketika itu. Disebabkan ia kehamilan pertama Tina, doktor menasihatkannya supaya tidak boleh terlalu aktif.

“Dalam situasi itu, Tina masih mahu membantu meringankan beban. Saya sendiri tidak memaksa kerana faham dengan keadaannya.

Saya tidak mahu mengeluh kerana di sebalik semua dugaan ini, Tuhan memberikan kesempatan untuk bersama Tina dan anak ketika mereka memerlukan saya,” katanya.

Seperti mana ibu bapa lain, Ako dan isteri juga mengharapkan Merissa yang kini berusia tujuh bulan akan membesar menjadi insan berguna bila dewasa nanti.

“Senyumannya pada awal pagi memberi kebahagiaan kepada saya. Merissa jarang menangis, malah suka jika ada orang yang memberi perhatian kepadanya. Hubungan kami cukup rapat, mungkin kerana saya sering memanjakan dia. Dulu jika saya keluar bekerja, susah untuk dia melelapkan mata. Tetapi Alhamdulillah, Merissa sudah mula dapat menyesuaikan diri apabila saya tiada,” kata Ako.   
      
(source:BiPoP)




........ sian jugak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2010 05:27 PM | Show all posts
ako ni dulu zaman tgh top (2002 - 2007) mana pegi duit dia byk2? bukan ke semua drama dia watak utama...masuk abp setiap thun....satu drama bersiri let say ada 13 episod...mau seepisod dia dpt dalam RM5K...mana pergi?

contoh retis yg mmg patut kene laha oleh seripah eni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 05:29 PM | Show all posts
Reply 2# makhluk


    kan mamakh..duit lakon sepanjang hayat dia tu tak simpan ker....sajer je nak mintak lahar sipah aini ngan ctpi neh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 05:36 PM | Show all posts
Reply  makhluk


    kan mamakh..duit lakon sepanjang hayat dia tu tak simpan ker....sajer je na ...
mea Post at 22-8-2010 17:29



khenn?? sebagaimana selamah semail pernah kene laha di era 80an dulu khuennn???

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 05:38 PM | Show all posts


seripah eni, sila amik perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 05:39 PM | Show all posts
bohong la.......bukan bapak dia businessman ker...xkn la snggup tgk anak kebulur merempat....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2010 05:43 PM | Show all posts
ingat-ingat bila senang nanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 05:50 PM | Show all posts
duit berlakon + modeling dulu abis buat berjoli kot. bila takde job baru nak sedar ada anak isteri di rumah..alahai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2010 05:54 PM | Show all posts
Adoiiii..... AKO, dulu bapak soh belajo tetinggi, ko memain.
Sekarang baru kau tau susahnya idup jadik artis ni. Langit
tak selalu biru........
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 05:56 PM | Show all posts
leh caya keww ni ko ako..propa jerr
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 06:01 PM | Show all posts
huh..dulu senang bukan main bangga kata b*bi tu makanan kegemaran..lah ni dah tak berduit, beringat2 lah siket ye Ako oi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 06:03 PM | Show all posts
ako ni dulu zaman tgh top (2002 - 2007) mana pegi duit dia byk2? bukan ke semua drama dia watak utam ...
makhluk Post at 22-8-2010 17:27



dah namenye retis...
konpem belanje pun besar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 06:06 PM | Show all posts
heols kan dari keluarga berada
mak pak x hulur bantuan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 06:09 PM | Show all posts
memula berlakon dulu ako kapel dgn rita rudaini...sweet sgt masa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 06:29 PM | Show all posts
bapak sedara heolss ex-PM khen..so....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 06:39 PM | Show all posts
Reply 15# mea

tu la.. iols ade terbaca psl heols related dgn ex-pm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2010 06:41 PM | Show all posts
Reply 16# ayumi_takashi


   a'ahh........betul tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 06:46 PM | Show all posts
Reply 15# mea


    mek pun hade related dgn pak sedara dia tu tp xda pun kena dpt bantuan ke hape
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2010 06:50 PM | Show all posts
Reply  mea


    mek pun hade related dgn pak sedara dia tu  tp xda pun kena dpt bantuan ke h ...
jingga007 Post at 22-8-2010 06:46 PM



   uolsss kena pinjam duit utk makan ke mek......
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 06:54 PM | Show all posts
Reply 19# mea


    ohh kalo nk pinjam ngan pak sedara dia tu , kena xda duit makan ek choyyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.077620 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list