CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166587|Reply: 1261

AKASIA : CHINTA

  [Copy link]
Post time 27-8-2010 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 12-11-2010 01:29

Mainan emosi Chinta   
Oleh MURSHID EUNOS

2010/08/08
        
                  
ENAM tahun menjadi pelakon dengan deretan anugerah serta pengiktirafan, ini kali pertama aktres Fasha Sandha berdepan ketakutan yang amat sangat. Rasa takut dan seram itu bukan disebabkan watak hantu atau jalan cerita menakutkan, sebaliknya watak terbaru lakonannya, Chinta.

         
Teraju utamanya yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min.

Fasha yang menangis setiap kali membaca skripnya hasil tulisan Azlina Pa' Wan menyifatkan watak ini sebagai paling mencabar dalam karier seninya.

Bukan kerana Chinta memaksanya beraksi lasak atau berdepan cabaran ngeri, sebaliknya watak ini diselongkar terlalu dalam daripada aspek permainan emosi dan naluri peribadinya.

"Penat rasanya setiap kali saya menghayati perwatakan Chinta kerana mainan emosinya terlalu dalam hingga membuatkan saya rasa takut dan seram. Chinta bukan lagi berdepan konflik cinta sesama manusia atau rasa benci kepada seseorang, sebaliknya perasaan dendam seorang gadis terhadap takdir dan Tuhan dijadikan subjek utamanya. Mana tidak, saya menggigil acap kali meneliti ucapan yang perlu saya lontarkan ketika di set penggambaran.

"Bayangkan, saya masih merasai tekanan watak Chinta walaupun di luar set penggambaran. Chinta bagai menghantui saya dan mengarahkan gerak hati untuk menyelongkar perwatakannya dengan lebih dalam.

"Alhamdulillah selepas seminggu membawakan watak ini, saya semakin serasi dan dapat membawa watak ini dengan lebih ringan dan selesa," katanya yang berada di pulau legenda itu selama sebulan sebelum pulang menyambung penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pula.

Drama Chinta yang bakal menemui penonton pada hujung September depan ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.

Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri l(akonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

Jelas Fasha yang kini lakonannya ligat ditayangkan di slot legenda TV3 iaitu Duyung Aridinata, dia tidak berfikir dua kali untuk merembat peluang dan kepercayaan diberi ini bagi meningkatkan lakonannya ke tahap lebih baik.

Meskipun terpaksa bertarung dengan kemelut rasa takut dan kerisauan yang tidak pernah lekang daripada kotak fikirannya, Chinta adalah sesuatu yang baru untuk lapangan lakonannya.

"Kepercayaan diberi kepada saya adalah sesuatu yang istimewa hingga ia boleh disifatkan sebagai cenderahati buat karier lakonan yang belum menampakkan isyarat berhenti ini, walaupun badai yang datang bukan sekali menghempas nama saya ke tepi.

"Chinta adalah hadiah buat peminat setia saya untuk melihat transformasi Fasha Sandha secara maksimum," katanya.

Bagaimanapun, bagi penerbit eksekutifnya yang sebelum ini menerbitkan rangkaian drama popular seperti Asmaradana, Bella dan Na-O-Mei iaitu Jalena Rejab, Chinta bakal menghidangkan satu rencah istimewa kepada penonton setia TV3 selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Selain yakin dengan pemilihan pelakon yang dirasakan terbaik menggalas watak masing-masing, Jalena yang mesra disapa Kak Jai mengharapkan penonton dapat mengikuti drama bersiri ini dengan penuh penghayatan kerana segala maksud tersirat tersembunyi di sebalik babak ditampilkan.

"Chinta adalah karya segar yang bukan setakat sebuah jalinan plot cerita biasa. Saya yakin drama ini dapat memberi kelainan yang benar-benar tersendiri kepada peminat drama televisyen yang sentiasa inginkan pembaharuan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2010 09:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 10:22 PM | Show all posts
pergh..siap nanges bagai.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 12:50 AM | Show all posts
Mcm sinopis OMBAK RINDU jaaahhhh.......cliche...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 01:30 AM | Show all posts
apasal tajuk2 samarinda, lestary nih semua lebih kurang jah??
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 02:15 AM | Show all posts
fasha - ezany??? again cam citer NATASHA gak....
and one thing lagi......fasha suka tul terima watak2 cam nih kan....

sinop cam best tp have to wait & see first the story nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2010 12:35 AM | Show all posts
apasal tajuk2 samarinda, lestary nih semua lebih kurang jah??
beta_carotene Post at 28-8-2010 01:30


Samarinda=more to matured love
Lestary=young
Akasia=campur2
Zehra=islamik
Lagenda=tahyul/mistik?? hehe
Aksi=aksi lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:53 AM | Show all posts
sinopsis cam best jerk...hero plak ady putra not bad gak die ngan fasha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 05:02 PM | Show all posts
oleh sbb ada ady putra..harus aku gagah tuk tgk cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 02:31 PM | Show all posts
nextweek start dah cite ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 05:11 PM | Show all posts
Tengok utube jelah nanti. Tu pun kalu ada sapa2 sudi donload.
Dlm citer ni FS kena rogol kan.. dia ni baper byk citer asyik nak rogol dia je.. aduiiii... tak trauma ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 02:12 PM | Show all posts
nanti amar tuh mati,mse otw nk gi nikah.
pastuh pasha jd jahat balek,then kene tangkap basah
pastuh bila dia nk carik peguam,dia jumpe peguam muka mcm amar,nmenye rasul iman.alim2 sket.pasha suke kt die
mcm best cite nih,tapi clash ngan cinta kirana la plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 03:57 PM | Show all posts
harus d tgk sbb de ZAIN SAIDIN...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 04:05 PM | Show all posts
nanti amar tuh mati,mse otw nk gi nikah.
pastuh pasha jd jahat balek,then kene tangkap basah
pastu ...
shania88 Post at 25-9-2010 14:12



    macam best kan... tp kalau Chinta tu bukan FS lagikkkk beshhhh!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2010 07:13 PM | Show all posts
Reply 1# Syd



Akasia: Chinta, mulai 27 September, Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, 28 episod

Pelakon: Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz

Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.




Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.


Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang bodyguard kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta. Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain. Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka.

Setahun Chinta mengurungkan dirinya kerana belum bersedia untuk menghadapi dunia yang telah merampas cinta miliknya. Chinta kembali menjadi Puteri dari Kayangan yang menghiasi mimpi indah para jutawan tetapi dia bersumpah untuk tidak lagi membiarkan dirinya mengharungi kesakitan yang diharungi setelah kehilangan Amar.


Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat. Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar.


Cuma bezanya Rasul Iman bersongkok dan lebih kepada keagamaan. Chinta nekad, dia harus memiliki Rasul Iman yang dianggapnya sebagai peluang kedua untuk dirinya mengecapi kebahagiaan sebagai seorang isteri yang halal. Tapi bagaimana?


Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 08:10 PM | Show all posts
Reply  Syd



Akasia: Chinta, mulai 27 September, Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang, 28 episo ...
Syd Post at 25-9-2010 19:13



ada jue aziz ek dlm citer chinta nie....sinopsis yg memula tu x de mention pun nama die.... watak tempelan la tu kot ek....tp sebab ada jue aziz....kena la aku tgk jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 09:10 AM | Show all posts
sinopsis mcm best jer, blh laa tgk lepas balik keje
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 04:22 PM | Show all posts
waa...sinopsis die best gak...krenyer ady putra belakon 2 watak la...amar ngan rasul iman...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 06:28 PM | Show all posts
1 minit lg nk start
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 06:48 PM | Show all posts
elfira loy dgn adik badik ada berlakon dlm ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.072783 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list