CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11685|Reply: 104

sah ke tak?

[Copy link]
Post time 8-9-2010 11:44 AM | Show all posts |Read mode

salam semua....ni liya nk mintak tlng skt la...coz liya ade problem..aritu liya dye rambut(tak halal)mase nk dye tu tak pikir plak yg owng pompuan kene mandi wajib tiap2 bln..so mase dlm kete nk blk tu bru la terpikir..so nk taye sah ke mandi wajib klu kite inaikan blk ...plzzz k tlng sangat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2010 11:47 AM | Show all posts
sila botak kan kepala anda...

dan sila lihat syarat sah mandi wajib.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 11:49 AM | Show all posts
tak yah mandi wajib..
uols bukan nak semayang pun  
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 11:50 AM | Show all posts
Reply 2# afja

Walaupun mcm kelakar tapi rasanya betul...kena botakkan kepala kut,sebab kalau benda tu tak halal,camne nak solat lagi dengan bawa benda tak halal bersama2?

Tapi mungkin kah,dye tu cepat luntur?Kalau cepat luntur Alhamdulilah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 11:52 AM | Show all posts
Soalan tentang hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Sehubungan ini ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.

Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.

Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.

Saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum. Amalan ini boleh dimasukkan di bawah tuntutan penjagaan rambut, sebagaimana dalam hadis di atas.

Selain itu menjaga keharmonian antara suami dan isteri sangat besar tuntutannya. Isteri tidak sia-sia, jika rambutnya yang putih itu tiba-tiba kelihatan hitam di hadapan suaminya. Bagaimanapun, wanita lebih suka memperlihatkan kecantikan dirinya kepada orang lain, bukan kepada suaminya.

Abd. Rahman ibn al-Jawzi (114-1201 M.) berpendapat, lelaki juga harus mewarnakan rambut ubannya dengan apa jua warna, termasuk hitam. Beliau menjawab hadis-hadis yang melarang mewarna rambut itu sebagai khusus kepada mereka yang bermotif untuk memelihara nafsu mudanya, sekalipun usianya sudah cukup tua, sehingga tiada tanda-tanda ingin insaf atau semangat kembali kepada cara hidup yang mengutamakan hari akhirat.

Sehubungan ini juga ada riwayat menyatakan, kaum Yahudi dan Nasara beranggapan mewarnakan rambut itu menjejaskan nilai-nilai agama dan ibadat seseorang manusia, justeru itu, kalangan agama dan paderi-paderi Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Anggapan ini dikira suatu keterlaluan dalam agama yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Baginda Rasulullah s.a.w. melarang umat Islam mencontohi Yahudi dan Nasara, sebaliknya mereka hendaklah menunjukkan cara hidup dan budaya yang berbeza dengan budaya mereka. Dalam konteks ini baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bersabda yang bermaksud: Kaum Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Warnakan rambut kamu supaya tidak menyerupai mereka.

Bagaimanapun, ulama sepakat berpendapat, mewarnakan rambut itu tidak wajib, ia hanya sunat sahaja. Sahabat-sahabat nabi yang arif tentang sunah seperti Ali ibn Abu Talib, Ubayy ibn Ka'b dan Anas ibn Malik tidak mewarnakan rambut mereka.

Saya lebih cenderung kepada pandangan Ibn al-Jawzi yang dinyatakan di atas, iaitu setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya sudah tiba untuk kembali bertaubat dan sentiasa ke masjid, sebenarnya orang ini masih belum sedarkan diri. Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua, perjalanan hidupnya mungkin lebih separuh usia telah berlalu.

Soalan selanjutnya, apakah jenis-jenis warna yang dibenarkan? Adakah meliputi semua warna seperti hitam dan perang atau warna-warna tertentu sahaja. Ulama berpendapat, orang tua yang rambut kepala dan janggutnya sudah beruban putih, tidak wajar lagi memilih warna hitam, kerana warna ini hanya sesuai bagi orang muda. Jika berminat, pilihlah inai bagi mewarnakannya.

Keharusan bagi orang tua, sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan, tetakala Abu Quhafah, iaitu bapa Abu Bakar al-Siddiq dibawa kepada nabi s.a.w. pada hari pembebasan Mekah, apabila baginda melihat rambut kepala dan janggutnya beruban putih, lalu bersabda: Warnakan rambut dan janggutnya, tetapi jangan pilih warna hitam. (Muslim: bilangan 2102). Warna hitam dilarang, kerana Abu Quhafah adalah seorang tua yang tidak lagi sesuai dengan warna itu.

Hadis ini menurut sesetengah ulama bermaksud, jika orang muda ditumbuhi uban pada kepala dan janggutnya, sedangkan ia masih pada usia yang biasanya belum lagi beruban, maka harus baginya mewarnakan rambut kepala dan janggutnya dengan apa jua warna termasuk hitam, lebih-lebih lagi jika jiwanya merasa keberatan menerima kenyataan bahawa ia beruban pada usia itu.

Hukum ini samalah dengan seorang yang cacat anggota, ia sangat malu dengan kecacatannya, maka Islam mengharuskannya memperbaiki kecacatan itu, supaya hidupnya lebih tenteram, perasaannya lebih tenang, kerana Allah tidak memberati seseorang, kecuali setakat termampu olehnya.

Sehubungan ini Imam ibn Syiba al-Zuhri menyatakan: Kami berpendapat harus memilih warna hitam, jika kulit muka seseorang itu masih belum berkedut, giginya masih belum goyang, maksud beliau ialah waktu umurnya masih muda. Antara sahabat yang berpendapat harus memilih warna hitam ialah, Sa'd ibn Abu Waqqas, Uqbah ibn' Amir, al-Hasan dan al-Husain, Jarir dan lain-lain.

Sebahagian ulama termasuk Imam Syafi'i berpendapat haram menghitamkan rambut uban, kecuali bagi tentera ketika perang. Tujuannya supaya musuh berasa takut dan keliru dengan usianya yang masih muda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Zarr al-Ghifari r.a. katanya: Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: Sebaik-baik pewarna bagi warnakan uban kamu ialah inai dan katam. Katam ialah pewarna yang diambil daripada sejenis pokok (Tirmizi: 1753. Abu Dawud: 4205). Hadis ini difahamkan warna inai hendaklah menjadi pilihan mereka yang ingin mewarnakan rambutnya.

Melihat kenyataan yang ada dalam masyarakat Islam hari ini, kalangan muda mudi Islam ada yang mewarnakan rambut mereka dengan warna perang, kerana meniru atau terpengaruh dengan orang Barat yang perang warna rambutnya. Sebahagiannya pula mewarna-warnikan rambut, kerana mengamalkan budaya punk kononnya. Fenomena ini tidak wujud pada zaman awal Islam, terutama ketika orang Barat belum dianggap sebagai bangsa yang maju di dunia.

Hukum Islam jelas dalam hal ini, iaitu melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang kafir. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kumpulan mereka. Tidak syak lagi, meniru budaya asing secara membuta tuli, tanpa memikirkan faedahnya, adalah suatu amalan yang salah dan membuktikan pendewaannya kepada bangsa yang dicontohinya.

Berbalik kepada soalan tentang bahan pewarna yang bertanda logo halal yang biasanya menunjukkan bahan itu bersih dan halal diguna. Saya kurang pasti sama ada pewarna itu untuk mewarna makanan dan minuman atau untuk mewarna rambut. Sepanjang pengetahuan saya, logo halal biasanya diletak pada makanan dan minuman sahaja. Barang-barang lain seperti pakaian dan alat-alat solek tidak diletakkan tanda itu.

Kita di sini berbincang soal halal haram bukan pada makanan, kerana makanan bergantung kepada sama ada suci atau najis sesuatu bahan yang hendak dimakan, sedangkan hukum mewarna rambut tidak kena-mengena dengan sama ada suci atau najis bahan itu, tetapi pada dalil, tujuan dan motif pewarnaan itu dilakukan.

Untuk pengetahuan TT yang bertanya juga, hukum mewarna rambut ini tiada kena-mengena dengan hukum mandi hadas dan wuduk kerana hukum mandi hadas dan wuduk ialah wajib meratakan air pada anggota badan yang wajib dibasuh. Jika bahan yang diguna bagi mewarnakan rambut itu menghalang sampainya air kepada anggota yang dibasuh maka hendaklah dibuang terlebih dahulu bahan itu, terutama sebelum wuduk dan mandi hadas.

Ini bermakna bukan semua pewarna menghalang sampai air, TT dengan mudah sahaja dapat membezakan antara pewarna yang menghalang dan tidak menghalang sampai air. Bahan-bahan seperti kunyit tidak menghalang, tetapi bahan seperti cat dan cecair getah tentunya melekat dan menghalang. Seseorang yang ingin mandi hadas atau berwuduk, hendaklah mempastikan diri atau anggota wuduknya bersih daripada bahan-bahan seperti cat dan getah terlebih dahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 11:54 AM | Show all posts
Reply 4# rikashi


persoalan x halal tu satu hal...

persoalan lain adalah air tu x sampai ke rambut sbbnya telah terhalang dgn dye tuh (sbb dye tu ada bahan kimia yg menghalang air meresap ke rambut) kan ke syarat sah mandi wajib meratakan air ke seluruh badan...


dulu kini dan selamanya x penah dye rambut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2010 11:54 AM | Show all posts
just google it out!
think before u do something.
anyways, selamat hari raya..semoga mendapat hidayah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 11:56 AM | Show all posts
Reply 5# nuryakmal


kalau ikut perenggan yg akhir2..... botak kepala adalah solusi terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2010 11:57 AM | Show all posts
abis klu yg dekat salon tu selalunye haram kan???
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:00 PM | Show all posts
if kat saloon how confident are u to know the dye that they are using is halal?
u dont know right?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:00 PM | Show all posts
Reply 6# afja

Betul tu afja..
Tiba2 tingat adik aku nak dye rambut ( yang halalnye ),tapi x pakai sarung tangan,last2 tangan dia lagi byk dye daripada rambut..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:02 PM | Show all posts
Reply 6# afja

very short n easy to understand.. gud job ;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:02 PM | Show all posts
Same here,aku rasa mmg kena botakla,coz apa lagi cara arr,kalau cat boleh la pakai tiner,kalau pewarna,ada ke peluntur yang ada jual eh?

Kesian lak aku kat TT nie...dahla dekat raya ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:03 PM | Show all posts
the main thing here is not halal/ haram like vavi/hanjing.. the question is bila nak mandi hadas, adakah ia akan menghalang air dari kena seluruh badan (inclusive rambut)
correct me if im wrong because tak pernah buat benda mengarut camni, bukankah dye tu macam cat.. its coating ur natural coloured hair...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:08 PM | Show all posts
ramai yg keliru antara DYE HALAL atau HARAM,
yg dikatakan HALAL adalah ramuan utk buat DYE tersebut !
bukannya HALAL utk pakai dirambut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:08 PM | Show all posts
Reply 13# rikashi


sila la bertudung siang dan malam....
sbb kepala botak...

nampak mcm remeh kan isu nih.... tp dia akan bersangkut dgn hal2 lain sampai sah ke x solatnya
(mmg la Tuhan je yg layak menghukum sah ke x tp kita diberi akal dlm membuat sbrg tindakan)

correct me if im wrong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2010 12:10 PM | Show all posts
Reply 15# saxoration


kalau nk bincang....isu dye ni panjang lebar tau...
sbb dia akan berkait pulak dgn hukum bertabarujj utk wanita
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:10 PM | Show all posts
m, next time..hopefully this minor2 things kena la take note..
walaupun remeh, tak sah wooo solat kita...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:11 PM | Show all posts
Reply 14# nuryakmal


exactly!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 12:13 PM | Show all posts
Reply 15# saxoration


  ouhh..gewd info..aku br pasan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.344206 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list