CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1865|Reply: 2

[Lain-Lain] Arab Saudi larang tayangan filem baharu Doctor Strange

[Copy link]
Post time 27-4-2022 05:45 AM | Show all posts |Read mode

Filem terbaharu Doctor Strange memaparkan watak America Chavez (kanan) ada menyebut mengenai ‘dua ibunya’. – Marvel Studios

Arab Saudi larang tayangan filem baharu Doctor Strange


JEDDAH – Kerajaan Arab Saudi mengharamkan tayangan filem adiwira terbaharu keluaran Marvel Studios, Doctor Strange kerana memaparkan dialog yang mempromosikan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), lapor portal berita MailOnline semalam.

Filem edaran Disney itu memaparkan satu babak selama 12 saat yang memaparkan seorang pelakonnya menyebut bahawa dia mempunyai ‘dua orang ibu.’

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, Disney perlu memotong babak tersebut sebelum ia diberi kebenaran untuk ditayangkan di negara itu.

“Namun, buat masa ini Disney menolak permintaan kami untuk menyunting babak di mana karakter lesbian, America Chavez, merujuk kepada ‘dua ibunya’.

“Ia cuma watak Chavez seorang yang bercakap mengenai ibu-ibunya kerana dia mempunyai dua ibu. Di rantau Asia Barat, agak sukar untuk kami meluluskan sesuatu seumpama ini.

“Disney memberitahu kami bahawa mereka tidak akan menuruti permintaan untuk menyunting babak tersebut,” kata Penyelia Utama bagi Klasifikasi Pawagam Arab Saudi, Nawaf Alsabhan.

Sementara itu, Nawaf turut menjelaskan mengenai laporan bahawa filem adiwira yang bakal ditayangkan pada awal Mei itu telah diharamkan tayangannya di Arab Saudi.

“Ia tidak pernah diharamkan dan tidak akan diharamkan. Tiada alasan untuk mengharamkan filem itu.

“Ia cuma suntingan mudah dan setakat ini, mereka (Disney) enggan melakukannya. Namun, kami tidak akan berputus asa dan masih mencuba (agar Disney menuruti permintaan),” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan sebuah pawagam di Arab Saudi semalam memberitahu bahawa tayangan filem ‘Doctor Strange in the Multiverse of Madness’ itu telah ditarik balik. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... aru-doctor-strange/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lesbo cat dinding tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:23 PM | Show all posts
Laa aku pun tak perasan mak si America ni Nippon Paint...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056208 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list