CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN BY RUHIL AMANI ~ SEASON II~ TAMAT

[Copy link]
Post time 21-10-2010 09:07 AM | Show all posts
hahahaha....
kan btol...aku dah cakap kia...
aku neh bukan la sengal seperti yang
dikataka ...
chengkeh Post at 21-10-2010 08:01


elehh... kak kay tu puji ade makna tu... tp, ko mmg ttp sengal... terigt kisah The Mines n Towel ajaib ko tu... ahahahhahahahahhaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 09:07 AM | Show all posts
alolololo....bucuk miko..sayang intan payung...(amik ayat kak kay)
chengkeh Post at 21-10-2010 08:02


aku dah mandi laa... mane ade busuk... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 01:21 PM | Show all posts
aku dah mandi laa... mane ade busuk...
mikoodette Post at 21-10-2010 09:07


kalo setakat mandi tapi tak sabun...tak wangi gak.......aku tulun jwb bg pihak chengkeh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 02:07 PM | Show all posts
kalo setakat mandi tapi tak sabun...tak wangi gak.......aku tulun jwb bg pihak chengkeh tu. ...
kaypo Post at 21-10-2010 13:21


ewwah kak..... kalo miko yg mandi konpem wangi.. bukan stakat sabun... siap sembur perfume antarabangsa lg tau.... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 02:38 PM | Show all posts
ko x percaya ekk.. tggu ko dah balik mesia nnt... ko tgk laa sendiri the truth of "chengkeh"...  ...
mikoodette Post at 21-10-2010 09:05



   eh.. aku caya..... apa lak tak caya...cuma tak caya chengkeh 'sopan' orgnye jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 02:48 PM | Show all posts
wah!!!
kak kay datang membela aku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2010 02:53 PM | Show all posts
eh.. aku caya..... apa lak tak caya...cuma tak caya chengkeh 'sopan' orgnye jer
Kia_picanto Post at 21-10-2010 14:38



kia!!!
terimalah kenyataan....
asal ko susah sangat nak terima kenyataan yang aku neh memang bersopan???
neh bukan aku yang cakap tau...kak kay yang cakap...
ko tarik nafas slow2..in n out....
ko tampar2 sket pipi kiri n kanan....
tarik nafas panjang2...dengan satu kali laungan,satu nafas,kerahkan seluruh tenaga dan suara ko...
pastuh ko laung kuat2.....
"YA!!!MEMANG CHENGKEH SOPAN ORANGNYA!!!!!!!"
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 03:04 PM | Show all posts
wah!!!
kak kay datang membela aku...
chengkeh Post at 21-10-2010 14:48


akak dah datang bela.......mana pengerasnya..laporrrrr ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 03:11 PM | Show all posts
kia!!!
terimalah kenyataan....
asal ko susah sangat nak terima kenyataan yang aku neh memang ...
chengkeh Post at 21-10-2010 14:53



   chengkeh.. siyes tak de keje aku nak jerit tetibe tauaku tak la sengal cam ko nak jerit2 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 03:11 PM | Show all posts
akak dah datang bela.......mana pengerasnya..laporrrrr ni
kaypo Post at 21-10-2010 15:04



   dah agak... kene suap kay nih... kay.. dia gula2 kan ko ngan ape nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 03:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 21-10-2010 15:28

Majlis perkahwinan Kia berlangsung dengan meriahnya. Majlis itu bertambah serinya apabila si pengantin baru itu diapit oleh ketiga-tiga teman baiknya. Walaupun perasaan gembira melingkari hati Kia, namun dia tidak dapat menafikan ada rasa sedih di lipatan jiwa bila mengenangkan yang dia bakal berpisah dengan adik-adik talian hayat kesayangan. Mereka banyak berkongsi suka duka bersama, baik di kala susah mahu pun senang. Dan kini, separuh dari hidup dan dirinya akan diabadikan untuk Jihad Ikhmal.

Bunick pula, tetap sahaja tegar menyimpan kisah duka di antara dia dan Alex. Sedikit pun tidak dikhabarkan tentang Alex yang akan ditugaskan semula di tanah kelahirannya itu. Sengaja dia tidak mahu mencacatkan suasana yang begitu bermakna dalam hidup Kia. Akan dimaklumkan juga berita itu kepada teman-temannya, tapi hanya selepas majlis perkahwinan Kia ini berakhir. Warna tema majlis perkahwinan Kia sedikit sebanyak meragut ketenangan di wajahnya. Manakan tidak, Kia memilih warna hijau epal sebagai warna tema. Sedikit sebanyak, warna itu akan mengingatkannya kepada Alex kerana pertemuan pertama dulu pernah dilatari dengan kisah epal hijau.

Kehadiran Alex pada majlis perkahwinan Kia juga tidak menimbulkan sebarang syak wasangka di hati Kia, Miko dan Chengkeh. Pada hemat mereka, Bunick dan Alex pasti baik-baik sahaja tanpa sebarang masalah. Hanya Bunick dan Alex yang mengetahui konflik yang melanda hubungan mereka, dan pastinya mereka tidak mahu menghebahkannya pada waktu yang amat tidak sesuai ini.


Dua hari selepas majlis perkahwinan Kia berlangsung di Rembau, menyusul pula acara resepsi di pihak Jihad Ikhmal. Majlis resepsi itu berlangsung dengan penuh meriah memandangkan keluarga Jihad Ikhmal bukan calang-calang orangnya. Kedua pengantin baru itu nampak sepadan di atas singgahsana Palace Of The Golden Horses. Tampak jelas riak gembira di pasangan mempelai itu setiap kali menerima ucapan tahniah dari tetamu yang hadir. Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibir Jihad, maklumlah si teruna kini sudah dapat memiliki hati dara idaman yang diimpikan sekian lama. Kia pula tetap sahaja tertunduk malu setiap kali dihujani usikan dari teman-teman.


Bunick, Miko dan Chengkeh hanya memandang sayu bila Kia selesai mengangkat kotak terakhir dari dalam biliknya. Masing-masing hanya diam membisu, tiada sesiapa pun yang bersuara. Mungkin bimbang air mata perpisahan akan mengiringi setiap patah kata yang meluncur dari bibir mereka. Jihad hanya menunggu di luar rumah, mungkin tidak mahu menyaksikan episod sayonara di antara isterinya dan temah serumah.


“Korang, nanti jangan gaduh-gaduh tau. Aku dah tak boleh nak jadi jaksa pendamai dah lepas ni.” Kia akhirnya bersuara, bergetar suaranya menahan sedih yang menghimpit dada. Bertahun mereka berkongsi suka duka di dalam rumah teres dua tingkat ini. Siapa sangka, dia orang yang pertama akan meninggalkan rumah ini.


“Kia, jangan lupakan kami tau…” Bunick sudah menangis teresak-esak. Entah kenapa dia rasa berat untuk melepaskan Kia dari rumah itu. Kia bagaikan Kak Long mereka bertiga, segala masalah mereka bertiga akan dirujuk kepada Kia tidak kira kecil atau besar.


“Aku takkan lupakan korang semua, korang kan adik-adik aku.” Kia juga sudah tidak mampu membendung airmatanya. Miko dan Chengkeh sudah basah dengan hujan airmata.


“Chengkeh, aku amanahkan kau untuk tolong tengok-tengokkan Bunick dan Miko. Jangan dengan kau sekali bertumbuk sudah.” Kia masih sempat membuat lawak kebangsaan walaupun air mata masih laju menuruni pipi. “Aku nak minta korang halalkan kalau aku ada termakan, terminum, terambil apa-apa harta korang. Aku nak minta maaf kalau aku ada tersengaja buat korang marah kat rumah ni.” Sambung Kia lagi.


“Kami pun sama Kia, kalau kami ada terhutang apa-apa dengan kau, kami semua mintak halal. Tapi kalau kami boleh trace kau masih ada hutang dengan kami semua, jangan lupa bayar tau.” Chengkeh senyum dalam tangisan yang masih bersisa. Dia mendepangkan tangannya untuk memeluk Kia. “Aku gurau je Kia, tapi kalau kau betul nak bayar kami ambik je….”


Bunick dan Miko tergelak bila dengar Chengkeh cakap macam tu. Orang tengah sedih pun sempat lagi Chengkeh buat lawak.


“Miko,aku ada pengakuan berani nak buat kat engkau ni.” Kia berjeda seketika. Dia bagaikan mengumpul kekuatan yang bukan sedikit untuk berterus terang pada Miko.


“Kau ada buat salah kat aku ke Kia? Tadikan dah minta maaf.” Miko mengesat air mata di hujung mata. Dia sedikit kehairanan dengan tingkah Kia.


“Sebenarnya, cadar cotton Egypt kau tu aku yang simpan. Aku dah tak tahan tengok kau dengan cadar tu. Siang malam kau dok bercakap dengan cadar tu sampaikan aku pulak yang rasa bersalah kalau tiba-tiba je kau dah tak betul.” Kia menarik nafas lega.


“Nah, aku pulangkan balik cadar kau ni…” Kia menarik satu beg besar dari timbunan kotak-kotak yang akan dibawa ke rumah Jihad.


Miko bagaikan terkaku bila mendengar pengakuan Kia. Tidak disangka Kia yang menyembunyikan cadar kesayangannya selama ini. Sungguh tidak diduga Kia pandai berpura-pura tidak mengetahui misteri kehilangan cadar itu suatu waktu dahulu.


“Kau marahkan aku ke Miko? Kan aku dah minta maaf tadi…” Lirih sekali suara Kia. Bunick dan Chengkeh diam tidak berkutik, takut kiranya mereka tersalah bicara lantas memutikkan bunga-bunga sengketa antara Miko dan Kia.


Miko pula hanya membatu seribu bahasa. Dia membiarkan Kia terkepung dengan rasa bersalah, terus menantikan hujah pembelaan dari Kia kenapa perlu dia menyorokkan cadar itu secara diam-diam.


“Aku tau aku salah sebab sorokkan cadar kau tu. Tapi aku kesiankan cadar tu je bila tengok kau selalu sangat dok belek cadar tu tak kira pagi petang siang malam. Sorry ye Miko…” Kia masih belum berpuas hati selagi tidak mendengar kata-kata pengampunan dari Miko.


“Sebenarnya Kia, aku dah tau kau yang sorokkan cadar tu. Sebab tu aku pun tak bising-bising pasal cadar tu dah. Aku rasa almari sauna aku tu pun dah nak runtuh dah. Jadi, apa salahnya kalau kau tolong simpankan cadar tu kat dalam almari kau.” Miko sengih lebar pada Bunick dan Chengkeh.


“Cheh, hampeh sungguh korang berdua. Aku dah takut korang nak wrestling kat sini je…” Chengkeh mengurut dadanya, lega kerana tiada yang akan tercedera lepas ni.


“Eh, Kia kan referee. Mana boleh dia yang wrestling!” Sampuk Bunick pula.


Keempat-empat mereka akhirnya tergelak. Terungkai sudah misteri kehilangan cadar cotton Egypt Miko. Rupanya cadar itu selamat bermastautin di dalam almari Kia. Nasib baik juga mereka tidak sempat membuat laporan polis.


“Sorry girls, kami kena gerak sekarang. Senang-senang nanti datang rumah kami.” Jihad muncul setelah agak lama menanti di luar rumah.


“No worries Jihad, tak jemput pun kami datang jugak.” Bunick sudah bertukar kepada genre asalnya.


“Korang, jaga diri baik-baik tau.” Pesan Kia sebaik sahaja bersalaman dan berpelukan dengan Bunick, Miko dan Chengkeh.


Perlahan-lahan dia menapak ke arah kereta Jihad, libang libu hatinya saat kakinya melangkah meninggalkan rumah bujang yang pernah menjadi istananya untuk beberapa tahun ini. Selamat tinggal dunia bujang…..ucap Kia di dalam hati.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 03:20 PM | Show all posts
dah agak... kene suap kay nih... kay.. dia gula2 kan ko ngan ape nih
Kia_picanto Post at 21-10-2010 15:11


gula gula daddy boleh tak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 03:23 PM | Show all posts
eh.. aku caya..... apa lak tak caya...cuma tak caya chengkeh 'sopan' orgnye jer
Kia_picanto Post at 21-10-2010 14:38


bagus2.... harus ko kena percaya.. byk lg insiden2 sengal die yg elok lekat kat memori kepala otak aku nie kia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 03:24 PM | Show all posts
wah!!!
kak kay datang membela aku...
chengkeh Post at 21-10-2010 14:48


dtg bela ada makna tu......... ko penpaham laa sendiri sudah laa chengkeh... ahahahhahaha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 03:29 PM | Show all posts
amboi korang, sakan ye bergebang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 03:29 PM | Show all posts
eh.. aku caya..... apa lak tak caya...cuma tak caya chengkeh 'sopan' orgnye jer
Kia_picanto Post at 21-10-2010 14:38



kia, chengkeh memang 'sopan' orangnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2010 03:30 PM | Show all posts
wah!!!
kak kay datang membela aku...
chengkeh Post at 21-10-2010 14:48



macam bela antu raya plak nih
tp ni antu galah kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 03:31 PM | Show all posts
akak dah datang bela.......mana pengerasnya..laporrrrr ni
kaypo Post at 21-10-2010 15:04



bukan slalu akak ke yg jd pembekal menu kat WR nih?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 03:48 PM | Show all posts
waaaaaaaaaaaaaaa....

sedeynye dah kena berpisah dgn kia...... sib baik dah jumpe balik cadar cotton akku tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 03:51 PM | Show all posts
kia, chengkeh memang 'sopan' orangnya
bunick Post at 21-10-2010 15:29


ahahahhaa... bunick, aku stujuk dgn ko......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.110847 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list