CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN BY RUHIL AMANI ~ SEASON II~ TAMAT

[Copy link]
Post time 21-10-2010 03:52 PM | Show all posts
gula gula daddy boleh tak...
kaypo Post at 21-10-2010 15:20



   aku ingat hang mintak steak ke... gule je ker...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 03:53 PM | Show all posts
waaaaaaaaaaaaaaa....

sedeynye dah kena berpisah dgn kia...... sib baik dah jumpe balik cad ...
mikoodette Post at 21-10-2010 15:48



   lepaih tu hang buat2 kaberina konon dah tau aku yg sorok
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:29 PM | Show all posts
lepaih tu hang buat2 kaberina konon dah tau aku yg sorok
Kia_picanto Post at 21-10-2010 15:53



laaa.. aku x nak laa gaduh2 dgn kak long kan.. nnt x dpt merasa mskkan kak long yg sedap2 kan.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:34 PM | Show all posts
laaa.. aku x nak laa gaduh2 dgn kak long kan.. nnt x dpt merasa mskkan kak long yg sedap2 kan. ...
mikoodette Post at 21-10-2010 16:29



   hehehe... pandai tul ko nak amek ati aku ek....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:49 PM | Show all posts
hehehe... pandai tul ko nak amek ati aku ek....
Kia_picanto Post at 21-10-2010 16:34



eh...x betol ke ape yg aku taip tu..ko mmg pandai msk kan kak long...  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:00 PM | Show all posts
eh...x betol ke ape yg aku taip tu..ko mmg pandai msk kan kak long...
mikoodette Post at 21-10-2010 16:49



    dalam citer mmg la pandai..
real life fail terus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2010 05:03 PM | Show all posts
dalam citer mmg la pandai..
real life fail terus
Kia_picanto Post at 21-10-2010 17:00


ye laa fail... aku tgk kat mukabuku semuanye sedap2 jek mskkan ko tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:12 PM | Show all posts
ye laa fail... aku tgk kat mukabuku semuanye sedap2 jek mskkan ko tu...
mikoodette Post at 21-10-2010 17:03



   nampak je sedap... rasanye???lagipon itu sumer percubaan tah kali ke berapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 05:19 PM | Show all posts
huhuhu part sedih ler plk bunick....
bila lg yg 3 tu nak tamat zaman bujang...
cepat ler rasanya diorg tu dah x sabar lg tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:31 PM | Show all posts
nampak je sedap... rasanye???lagipon itu sumer percubaan tah kali ke berapa
Kia_picanto Post at 21-10-2010 17:12


x pe.. practice make perfect kia....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 05:45 PM | Show all posts
x pe.. practice make perfect kia....
mikoodette Post at 21-10-2010 17:31



   tak leh nak praktis selalu.. takde tukang perabis kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:12 PM | Show all posts
tak leh nak praktis selalu.. takde tukang perabis kat sini
Kia_picanto Post at 21-10-2010 17:45


x pe.. bile ko balik sini.. ko prektis lg.. ramai yg willing nak jd tukang abihkan mknan yg ko msk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 10:47 PM | Show all posts
x pe.. bile ko balik sini.. ko prektis lg.. ramai yg willing nak jd tukang abihkan mknan yg ko m ...
mikoodette Post at 21-10-2010 21:12



   tak mo aku... kat mesia tukang kritik lagi ramai dari tukang perabih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 07:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 22-10-2010 07:40

“Miko,kau perasan tak Bunick lain macam je sekarang ni?” Chengkeh menyuarakan rasa was wasnya kepada Miko ketika mereka sedang dalam perjalan pulang dari mengikuti kursus nikah di Kuala Lumpur.

“Mak aku marah kalau aku perasan.” Offhanded Miko menjawab. Serentak, tangan Chengkeh sudah mendarat di atas bahu Miko.

“Aku serius la ni Miko. Walaupun dia tak cakap dengan kita apa masalah dia, tapi aku yakin sangat dia ada masalah besar sekarang ni.” Chengkeh memperlahankan kelajuan keretanya bila melewati Jalan Tun Razak yang sudah mula sesak itu.

“Aku pun rasa macam tu jugak. Bunick ni pun satu, ada masalah bukan nak cakap dengan kita.” Rungut Miko sambil menggosok-gosok bahunya yang perit ditampar oleh Chengkeh tadi. “Tapi sakit siot kau tampar bahu aku ni. Aku report kat Hadiff baru tau!”

“Hang nak habaq kat Hadiff pasai apa plak? Hadiff tu bukan laki hang pun!” Marah Chengkeh pada Miko yang sedang tersengih.

“Yela, aku habaq kat dia la pasai tangan bini dia macam ketam kayu tau. Biaq dia beringat sikit bila dok dengan hang.” Miko pun turut layan bila Chengkeh menggunakan loghat utara.

“Eh,kita cakap pasal Bunick tak habis lagi ni kau dah tukar topik pulak.” Chengkeh kembali kepada tajuk asal perbualan mereka tadi.

“Takpelah,balik nanti kita ambush je Bunick tu. Kalau dia tak nak cakap jugak, kita geletek je dia. Mana tau dia terlatah pasal masalah dia ni ke.” Miko sudah merangka plan nakal di dalam kepala dia yang sungguh bergeliga kalau masuk bab nak mengenakan orang.

Sampai sahaja di rumah, Miko dan Chengkeh terus sahaja mendapatkan Bunick yang masih bertapa di dalam biliknya. Mereka berdua merempuh masuk bilik Bunick seolah tentera Amerika menyerang bumi Gaza sahaja lagaknya.

“Korang ni tak reti nak ketuk pintu ke sebelum masuk?” sergah Bunick sambil mengesat sisa air jernih yang bertakung di pelupuk mata.

“Kau nangis ye Bunick?” soal Miko tanpa menghiraukan sergahan Bunick sebentar tadi.

Bunick hanya mendiamkan diri, langsung tidak mengiyakan soalan Miko. Sebaliknya, dia terus menyelak helaian novel yang kebetulan berada di sisinya.

“Kau ada masalah ke Bunick? Ceritalah dengan kami. Sejak bila pulak kau jadi penyimpan mohor besar rahsia raja-raja ni?” Chengkeh sudah bersila di atas katil Bunick sambil memeluk patung Pooh yang besar sedikit dari saiz Bunick.

Bunick masih tidak mempedulikan soalan Chengkeh. Dia hanya membisu, sebenarnya dia tidak tahu untuk menyusun ayat bagi memberitahu berita kepulangan Alex ke Norway.

“Bunick,kau nak kami cucuk kau sampai pengsan ke baru kau nak cerita?” ugut Miko sambil menarik novel yang berada di tangan Bunick.

“Kalau kau cucuk aku sampai pengsan, confirmlah aku tak boleh cakap dah.” Bunick senyum tawar pada Miko.

“Ye tak ye jugakkan. Dah tu, baik kau bagitau sekarang sebelum aku yang pengsan dok cucuk kau.” Miko cepat-cepat cover ayat dia tadi.

“Ceritalah Bunick, kan ke tiada rahsia antara kita. Kau buat macam kami ni bukan kawan baik kau je…” Chengkeh buat ayat sedih untuk menarik perhatian Bunick yang masih enggan bercerita.

“Alex nak balik Norway…” itu sahaja yang terkeluar dari mulut Bunick.

Demi sahaja mendengar ayat itu, Miko dan Chengkeh terus terdiam. Patutlah Bunick jadi seorang yang penyedih kebelakangan ini, rupanya Alex bakal meninggalkan Malaysia. Dan Miko yang bekerja satu pejabat dengan Alex langsung tidak mengetahui tentang berita itu.

“Kau biar betul Bunick. Aku tak dengar apa-apa pun pasal Alex nak balik Norway kat pejabat.” Miko menyoal Bunick yang sudah bergenang air mata.

“Betullah. Minggu lepas dia bagitau aku pasal ni.” Bunick menyeka air mata yang bila-bila masa sahaja akan jatuh.

“Maknanya dah seminggu kau tau pasal ni? Kenapa tak cakap dengan kami? Tapi hari tu aku tengok kau dengan Alex okey je masa wedding Kia.” Giliran Chengkeh pula menghamburkan soalan yang bertalu-talu pada Bunick.

“Aku tak nak rosakkan mood happy korang, lagipun takkan aku nak menangis meraung kat wedding Kia pulak.”

“Kot ye pun, habaq mai la kat kami ni. Tak dak la hang dok teriak sorang-sorang.” Chengkeh kembali melantunkan loghat utara. Entah kena sampuk hantu galah singa utara mana Chengkeh ni.

“Dia nak kami nikah sebelum dia balik Norway, then aku kena ikut dia balik sana. Tapi aku tau sangat sarjan pencen kat kampung tu takkan bagi kami menikah koboi macam tu je. Lagipun, mak aku mesti tak sanggup nak lepaskan aku ikut Alex balik Norway. Aku sendiri pun tak bersedia nak hidup kat tempat orang.”

“Habis tu kau dengan Alex macam mana sekarang ni? Dah putus ke?” Soalan Miko membuatkan Bunick hilang kata.

Apa status hubungannya dengan Alex sekarang ni? Kali terakhir dia berjumpa dengan Alex sewaktu majlis resepsi perkahwinan Kia tiga hari lepas. Dan selepas itu, mereka sudah tidak berhubung antara satu sama lain lagi. Masing-masih sudah tenggelam di dalam ego yang menggunung. Dan kesudahannya, dia tercampak di dalam lohong kesedihan yang kian menyeksakan. Bagaimana dengan Alex agaknya? Apakah dia juga sama seperti Bunick? Atau pun dia nekad untuk pulang ke Norway dan melepaskan Bunick begitu sahaja?

“Bila Alex nak balik Norway?” Suara Chengkeh menghalau jauh lamunan Bunick.

“Malam ni…” pendek sahaja jawapan Bunick. Namun jawapan itu membuatkan Miko dan Chengkeh berdiri serentak. Bunick memandang tingkah kedua teman serumahnya itu dengan penuh musykil.

“Kau buat apa lagi tercegat kat situ?” Soal Miko sambil menarik tangan Bunick.

“Eh, korang nak pergi mana ni?” Bunick juga sudah berdiri bila Miko menarik kuat tangannya.

“Pergi airport la. Mana tau flight Alex masih belum berlepas lagi. Ish, lampi sungguh kau ni Bunick.”

Miko dan Chengkeh terus berlari menuruni tangga sambil menarik Bunick yang masih terpinga-pinga dengan gelagat mereka. Nasib baik sahaja Bunick tidak tersadung di anak tangga terakhir rumah itu. Miko cepat-cepat mengunci pintu rumah manakala Chengkeh pula terus sahaja menekan remote kereta dan menolak Bunick masuk ke tempat duduk belakang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 07:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 22-10-2010 07:50

“Korang,aku nak ambik purse aku dulu. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap dengan polis.” Bunick cuba membuka pintu kereta dari dalam namun Chengkeh lebih pantas menangkap tangan Bunick dari bergerak. Miko yang baru masuk di tempat duduk penumpang hadapan mengarahkan Chengkeh mengundurkan kereta dari garaj.

“Kalau polis tahan, taulah kami jawab nanti.” Sanggah Miko pada Bunick yang masih tidak berpuas hati.

Chengkeh menekan rapat pedal minyak dan kereta Persona itu terus bergerak pada kelajuan yang paling maksimum. Alah, kalau kena saman pun RM300 je. Nanti dia akan mintak Alex yang bayar saman tu….

Setelah hampir setengah jam mencilok, akhirnya mereka sampai juga ke KLIA. Miko terus menarik tangan Bunick menuju ke tempat perlepasan antarabangsa. Dia melihat papan elektronik yang menyenaraikan penerbangan pada malam ini. Pandangannya meliar mencari penerbangan ke Oslo, ibu Negara Norway. Nah, matanya kini sudah dapat menangkap masa berlepas. Pukul 8.30 malam. Dia mengerling pada jam di tangannya, namun hanya keluhan hampa yang terkeluar bila dia mendapati jarum pendek sudah pun berada di angka sembilan. Maknanya, Bunick sudah tidak ada peluang untuk menemui Alex kerana penerbangan ke Oslo sudah pun berlepas hampir setengah jam yang lepas.

“Sorry Bunick, aku tak mampu nak tolong kau jumpa dengan Alex…” perlahan saja suara Miko menampan pendengaran Bunick.

Bunick hanya menahan sendu yang kian mengasak dada. Alex sudah pergi, tanpa pamitan terakhir. Tanpa sebarang pesan. Inikah akhirnya jalinan hati antara mereka berdua? Perlahan-lahan Bunick menyandarkan badannya ke dinding yang berhampiran. Hilang sudah perasaan malunya pada Miko yang masih tegak memerhatikan dia tenggelam dalam lautan kekecewaan. Air mata makin laju menuruni pipi. Sedu sudah melatari tangisan yang semakin kuat.

Hancur luluh hati Bunick bila mengenangkan Alex yang begitu tega meninggalkannya. Dia sayangkan Alex sepenuh hati, dan kini rasa menyesal mula menghantui dada kerana terlalu ego mempertahankan pendiriannya yang tidak mahu mengikut Alex kembali ke Norway.

“Bunick!” suara itu seolah dekat sekali dengan hatinya. Dia cuba menghalau jauh imaginasi yang mungkin hanya ingin mempermainkannya. Suara Alex yang cukup dia kenali itu di usir dari pendengaran. Dia tidak mahu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Alex sudah pergi meninggalkannya. Alex sudah pun terbang dalam pekat malam, membawa bersama hatinya yang telah Bunick kecewakan.

“Bunick….” Suara itu sekali lagi bergema di cuping telinga. Dia membuka matanya yang terpejam, dan demi sahaja dia melihat figura yang sedang berdiri menghadapnya,dia terus jatuh terjelupuk di atas lantai.

Bermimpikah dia?

“Dear, please don’t cry. I won’t leave you honey…” Alex sudah bertinggung di sisi Bunick. Tangannya menyeka air mata Bunick yang masih berlumba-lumba menuruni pipi.

Bunick masih lagi termangu, cuba memastikan apakah Alex yang sedang berada di sisinya kini. Bukankah Alex sudah terbang ke Oslo setengah jam yang lepas? Macam mana pula dia masih berada di sini?

“Dear,are you okey?” soal Alex sekali lagi bila melihat Bunick masih tidak memberikan respon kepadanya.

“Is it you Ariff?” soalan Bunick membuahkan senyum di bibir Alex. Bunick masih tidak percaya yang dia sedang menatap wajah Alex kini.

“Yes I am. This is Ariff, your hot green apple.” Alex mengenyitkan matanya pada Bunick yang masih lagi menangis. “Please stop crying honey. I’m not going anywhere. I’ll stay with you, forever...” pujuk Alex.

Miko dan Chengkeh hanya memerhatikan sahaja lagak Alex yang sedang memujuk Bunick. Mereka berdua juga tidak menyangka yang Alex sanggup membatalkan penerbangannya semata-mata hanya kerana Bunick. Dan yang lebih menggembirakan lagi, berbaloi-baloi usaha mereka membawa Bunick ke KLIA pada malam ini.

Suasana di rumah Haji Salim sudah bertukar rupa. Sesiapa pun tidak menyangka yang sarjan pencen itu bersetuju untuk menikahkan Alex dan Bunick dalam jangka masa terdekat ini. Bahkan, dia juga yang bersusah payah menguruskan segala keperluan baik yang wajib mahupun sunat dalam memastikan majlis perkahwinan anak bongsunya itu berjalan dengan lancar.

Keluarga Alex dari Oslo juga sudah pun berada di Kota Bharu bagi sama-sama menyaksikan majlis perkahwinan anak lelaki mereka. Sedikit pun mereka tidak membantah bila Alex memberitahu bahawa hatinya sudah terpaut pada gadis dari tanah serendah sekebun bunga itu. Bagi mereka, agama, bangsa, warna kulit tidak pernah menghalang rasa cinta yang berputik sesama manusia. Dan mereka menghormati keputusan Alex untuk terus menetap di Malaysia.

“Tak sangka ye Bunick dulu yang kahwin. Aku pun dah tak sabar-sabar nak kahwin ni Miko.” Chengkeh merapikan bedak di muka Bunick ketika mereka sedang menunggu upacara akad nikah yang akan berlangsung sebentar nanti.

Bunick yang mendengar celoteh Chengkeh hanya tersenyum. Ya, tiada siapa pun menduga yang Alex sanggup melepaskan jawatannya di Norway hanya kerana untuk terus bersama-sama dengan Bunick. Dari jauh, Bunick dapat menangkap pandangan Alex yang begitu segak berbaju melayu rona putih ketika rombongan pihak lelaki mula memasuki masjid.

Alex pula semakin berdebar-debar untuk menghadap Haji Salim yang akan menikahkan sendiri anak perempuannya itu. Biarpun sudah beratus kali dia berlatih membaca akad malam tadi, namun hatinya tetap sahaja dirodok dengan perasaan takut.

“Alex, don’t be too rush. Just cool and relax…” masih terngiang-ngiang lagi nasihat Hijjaz Amin kepadanya malam tadi sewaktu mereka sedang minum-minum di coffee house Renaissance Hotel.

Rasa tenang sedikit sebanyak mula menghampiri bila dia sempat mengerling Bunick yang ayu bersimpuh dalam persalinan putih bersih itu. “Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku.” Doa Alex di dalam hati. Janganlah nanti dia tergagap-gagap melafazkan akad. Hajat untuk memiliki Bunick sudah semakin tercapai, dan dia harus yakin untuk melafazkan akad dengan sempurna sebentar nanti.

Akhirnya,dengan sekali kali lafaz sahaja Bunick telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Ariff Bin Abdullah. Bahagia yang bersarang di hati Alex dan Bunick terserlah melalui senyuman mereka. Biarpun hubungan mereka hampir roboh diterjah badai yang menggila, namun istana mereka tetap kukuh berdiri bila Alex sanggup mengorbankan kerjaya yang begitu diinginkannya semata-mata untuk berkahwin dengan Bunick.

Majlis persandingan Bunick dan Alex berlangsung selepas upacara akad nikah selesai.Kedua mereka disandingkan lewat azan Zuhur berkumandang dari masjid yang menjadi saksi termeterainya ikatan antara mereka. Dalam persalinan warna hitam putih, Bunick dan Alex tidak pernah lekang dengan senyuman kepada setiap tetamu yang hadir.

Kehadiran Kia dan suaminya, Jihad juga membuatkan Bunick merasa berbesar hati. Apatah lagi, Miko dan Chengkeh turut sama memeriahkan majlis ini. Tidak lupa juga, tunangan Miko dan Chengkeh si kembar tua itu menawarkan diri untuk menjadi pengapit pengantin lelaki secara bergilir-gilir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 07:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 22-10-2010 08:17

Kia dan Jihad sudah pun bergelar pasangan suami isteri. Bunick juga sudah selamat mengikut jejak langkah Kia. Dan kini Miko dan Chengkeh pula yang bakal menyusul untuk bertukar status. Baik Chengkeh mahupun Miko, kedua-duanya saling bertukar pendapat mengenai persiapan perkahwinan mereka. Bunick dan Kia pula tidakpernah jemu menjadi pengkritik tetap setiap kali bakal isteri kembar tua itu meminta pendapat dari mereka berdua.

Bunick merupakan orang yang kedua melangkah keluar dari rumah teres dua tingkat yang pernah dihuni bersama-sama dengan tiga sahabat baiknya itu. Alex telah pun membeli sebuah rumah di pinggir bandaraya Kuala  Lumpur demi memudahkan Bunick untuk berulang alik ke tempat kerjanya. Manakala Alex pula telah berjaya mendapat pekerjaan di salah sebuat syarikat Oil & Gas yang terletak di menara KLCC.

Majlis di rumah Miko akan berlangsung sebulan dari sekarang manakala majlis di rumah Chengkeh pula akan diadakan dua minggu selepas itu. Seminggu kemudian pula, majlis resepsi untuk Hijjaz Amin dan Hadiff Iman akan diadakan di Kuala Lumpur. Tidak cukup tanah rasanya Datin Suziah membuat persiapan bagi menyambut kehadiran dua orang menantu pada masa serentak. Nasib baik juga segala-galanya sudah diserahkan kepada wedding planner yang telah ditugaskan untuk menjayakan majlis resepsi anak bujangnya. Dia hanya perlu mengeluarkan idea dan wang sahaja, selebihnya terserah kepada wedding planner untuk merealisasikan majlis resepsi itu.

Sebulan selepas Bunick selamat diijabkabulkan dengan Alex, giliran Miko dan Hijjaz Amin pula bakal menyusul. Walaupun sudah bergelar isteri, Kia dan Bunick tetap juga bersemangat menawarkan khidmatnya dalam membantu Miko membuat persiapan perkahwinan. Hubungan mereka berempat tetap utuh seperti dahulu. Kia tetap juga berperanan sebagai Kak Long kepada Bunick, Miko dan Chengkeh setiap kali ada pertelagahan di antara mereka bertiga.

Miko tetap juga berperangai sedikit gila-gila walaupun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dia akan bergelar isteri kepada pilot muda yang pernah menjadi kegilaan ramai gadis. Siapa sangka, pertemuan yang bermula dengan pertengkaran itu bakal berakhir di jinjang pelamin.

Tingkah gila-gila Miko bertukar menjadi debaran kencang sebaik sahaja Hijjaz Amin bersila di hadapan kadi yang akan menikahkan mereka berdua. Tiada lagi memek muka yang melucukan pada wajah Miko, bahkan dia seakan berpeluh di tengah kedinginan air cond di dalam masjid yang bakal menyaksikan penyatuan dua hati ini. Malam yang langsung tidak berangin itu bagai menambahkan lagi gejolak yang kian menggila di dada Miko dan Hijjaz Amin.

Hijjaz Amin juga tidak mampu melindungkan debaran di dada apabila kadi menanyakan beberapa soalan fardhu ain kepadanya. Walaupun semua itu sudah dia ketahui, namun rasa gementar tetap juga ada saat berhadapan dengan kadi. Dan dia makin menggigil sebaik sahaja kadi menghulurkan tangan kanannya untuk melakukan akad. Merenek peluh di dahinya bagaikan hujan. Walaupun sudah semalaman dia berlatih melafazkan akad nikah malam tadi, segalanya kini sudah hilang berterbangan entah ke mana.

Kali pertama tersangkut lafaz akad, Hijjaz Amin masih kelihatan tenang. Namun setelah lima kali tangannya di jabat oleh oleh kadi, lidahnya tetap juga bergulung mengalahkan ombak di musim tengkujuh. Suaranya seakan tersangkut dikerongkong dan baju melayu kain satin yang dipakai seakan lencun. Sudah terdengar bisik-bisik nakal dari tetamu yang hadir, namun dia pekakkan telinganya yang kian menipis.

Hadiff Iman menghulurkan segelas air putih  kepada Hijjaz, diberikan isyarat supaya Hijjaz meminum air tersebut. Mungkin Hijjaz terlalu gemuruh sehinggakan tidak mampu untuk melafazkan akad nikah dengan baik. Semoga air penerang hati yang sempat diminta dari Jihad Ikhmal itu dapat membantu Hijjaz melafazkan akad dengan lancar selepas ini.

Alex yang turut berada di samping Hijjaz Amin menyungging senyum. Namun ditahan gelak yang bila-bila masa sahaja akan tercetus. Manakan tidak, sewaktu pernikahannya dulu bukan main lagi Hijjaz Amin memberikan tips kepadanya. Dan sekarang, tuan penasihat pula yang berpeluh-peluh mengulang akad di hadapan kadi.

Miko yang diapit oleh Bunick dan Chengkeh sudah mula gelisah bila melihatkan bakal suaminya itu kelihan begitu berhempas pulas untuk melafazkan akad nikah. Kia pula tidak lekang dengan tisu bagi mengelap wajah Miko yang turut berpeluh gementar. Mengayat perempuan bukan main hebat lagi, nak lafaz akad nikah takkan sampai enam tujuh kali kot. Sempat lagi Miko membebel di dalam hati. Namun begitu,dia tetap juga gusar dengan situasi yang sedang berlaku ini. Macam mana kalau Hijjaz Amin tetap juga tidak dapat melafazkan akad pada hari ini? Dan kini diapula yang tidak senang duduk.

“Saya dah sedia…” Hijjaz Amin menghulurkan tangannya kepada kadi sebaik sahaja dia habis meneguk air putih yang diberikan oleh Hadiff sebentar tadi. Dia menarik nafas panjang dan memohon kepada Allah semoga dipermudahkan hajatnya untuk memperisterikan Miko. Akhirnya Hijjaz Amin berjaya juga melafazkan akad dengan satu nafas tanpa tersangkut-sangkut seperti lima kali sebelumnya. Dia menarik nafas lega sebaik sahaja kadi menghenjut tangannya dan saksi-saksi mengatakan sah.

“Alhamdulillah, semua dah selamat.” Kadi tersenyum pada Hijjaz yang bagaikan baru lepas berlari seratus meter.

Miko akhirnya mampu tersenyum bila Hijjaz melangkah ke arahnya untuk upacara membatalkan air sembahyang. Nasib badanlah dapat suami kacak tapi gagap macam Hijjaz ni. Cover senyum Miko, pengantin mana boleh senyum lebar. Miko rasa macam nak gelak je dengan lawaknya sendiri.

Majlispersandingan di rumah Miko berlangsung keesokan harinya dengan penuh meriahsekali. Empat buah kanopiberwarna biru turquoise digandingkan dengan warna putih menambahkankeindahan pelamin dari rona senada. Kedua mempelai juga tampak begitu anggun dan berseri bila mereka mengenakan busana pengantin yang begitu cantik sekali. Terserlah riak bahagia di wajah Miko dan Hijjaz Amin.

Walaupun puas digiat oleh tetamu tentang penyakit gagap dan gemuruh yang dihadapi oleh Hijjaz sewaktu melafazkan akad nikah malam tadi, Hijjaz tetap juga tersenyum manis. Masih terbayang di matanya reaksi kadi yang bagaikan memperlekehkannya bila dia kehilangan suara untuk mengikut lafaz akad yang diucapkan. Nampaknya, lepas ni dia terpaksa pula menebalkan telinga mendengar usikan dari Miko dan rakan-rakan yang lain pula. Ah, semua itu sudah tidak penting lagi. Miko sudah menjadi hak mutlaknya, itu yang paling penting sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2010 08:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 22-10-2010 08:48

Datin Suziyah sudah boleh menarik nafas lega bila salah seorang dari anak kembarnya itu sudah selamat menikah. Namun,masih ada tanggungjawab besar yang menantinya. Majlis pernikahan Hadiff Iman masih tinggal seminggu sahaja lagi, dan selagi majlis resepsi perkahwinan anak kembarnya itu tidak berlangsung, selagi itulah dia tidak boleh tidur dengan lena.

Kurang dari seminggu sebelum Hadiff Iman dan Chengkeh diijabkabulkan, tanpa disangka-sangka satu tragedi telah merebut secebis kegembiraan yang baru bertapak di hati pasangan yang sedang berdarah manis itu. Panggilan telefon dari Kuantan pada pagi Sabtu itu bagai melumpuhkan seluruh semangat Chengkeh untuk bergelar isteri kepada Hadiff Iman.

“Chengkeh, mak nak Chengkeh balik sekarang jugak. Ayah kemalangan pagi tadi.” Itu sahaja yang sempat ditangkap oleh pendengaran Chengkeh sebelum telefon bimbitnya bertukar tangan kepada Hadiff. Selebihnya, dia hanya menurut segala kata Hadiff sehinggalah mereka menjejakkan kaki di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

“Hadif, pakcik minta jagalah Chengkeh baik-baik. Pakcik serahkan tanggungjawab ini pada kamu. Bimbinglah dia untuk jadi isteri yang solehah. Pakcik rasa pakcik dah tak sempat untuk menjadi wali Chengkeh.” Tersekat-sekat suara Encik
Hassan. Namun, dia tetap juga ingin menghabiskan amanat terakhirnya kepada Hadiff Iman.

“Ayah, jangan cakap macam tu. Chengkeh yakin ayah akan selamat. Chengkeh tak nak kahwin kalau ayah tak ada…” Chengkeh sudah mengongoi sambil memeluk ayahnyayang
terbaring di atas katil hospital.

“Chengkeh,janji dengan ayah apa pun terjadi Chengkeh kena teruskan perkahwinan ini. Janjidengan ayah nak…” Encik Hassan menggenggam kuat tangan anak tunggalnya itu.

“Pakcik, Insyaallah semua akan selamat. Kita sama-sama berdoa semoga pakcik akan sembuh.” Hadiff Iman tetap juga optimistik bakal mertuanya itu akan selamat.

“Hadiff, pak cik nak Hadiff bernikah dengan Chengkeh walaupun pakcik dah tak ada. Teruskan perkahwinan ini…kamu mesti bernikah minggu hadapan.” Encik Hassan tetap juga bertegas dengan pendiriannya. Sesekali percakapannya terganggu bila nafasnya naik turun dengan laju. “Tolong tengokkan sekali makcik kamu lepas pakcik tak ada. Mereka berdua dah tak ada sesiapa selain dari kamu Hadiff. Pakcik harap sangat kamu jagalah anak dan isteri pakcik dengan baik. Pakcik amanahkan mereka berdua pada kamu Hadif…” sayu sekali kedengaran suara Pak Hassan itu.

“Mengucap bang....mengucap.” Puan Laila sudah pun berada di hujung kepala suaminya itu. Dia bagaikan mengerti bahawa hayat suaminya tidak panjang. Perlahan-lahan dibisikkan kalimah syahadah di telinga suaminya. Terkumat kamit mulut Encik Hassan mengikut kalimah syahadah yang bertiup mesra di telinganya itu. Kalau setakat ini sahaja peluang yang Allah berikan pada suaminya untuk menumpang dibumi ini, dia redha.

Chengkeh sudah meraung saat ayahnya menghembuskan nafas panjang untuk kali terakhir dan selepas itu tiada lagi pergerakan turun naik di dada ayahnya.

Innalillahi wainna ila hi rojiun…..

Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada Nya jua kita kembali. Itulah janji Allah kepada setiap hamba Nya. Encik Hassan pergi menghadap Ilahi setelah mengalami kecederaan serius di dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta itu. Kalau tadi semangat Chengkeh bagaikan lumpuh ketika mendapat perkhabaran duka itu, kini semangatnya sudah hilang sama sekali saat menatap batang tubuh ayahnya yang sudah terbujur kaku.

Chengkeh dan Puan Laila bagaikan hilang arah, tidak sanggup untuk menerima hakikat bahawa lelaki yang memayungi mereka selama ini telah kembali kepada Penciptanya. Kegembiraaan yang bakal dihirup sudah bertukar menjadi tuba kepada Chengkeh. Tidak dihiraukan Hadiff yang ke hulu ke hilir menguruskan jenazah arwah ayahnya. Dia masih dibelenggu kesedihan akibat pemergian ayahnya secara mengejut itu. Langsung dia tidak berkeinginan untuk bertanyakan tentang mangsa kemalangan yang lain.

“Chengkeh, sabar ye sayang. Mak tau Chengkeh sedih, mak pun sedih. Tapi kita kena redha nak. Kita kena terima qadha dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah. Kasihan roh arwah ayah kalau Chengkeh terus meratap macam ni.” Puan Laila memeluk mesra anaknya itu. Walaupun perasaan sedih begitu menekan dada, namun dia harus kuat di depan Chengkeh.

“Chengkeh minta maaf mak, tapi Chengkeh tak boleh terima ayah tinggalkan kita macam tu je.”

“Kita kena bersyukur sebab masih sempat jumpa ayah sebelum dia pergi. Ayah masih sempat tinggalkan pesan sebelum dia menutup mata tadi. Sekurang-kurangnya kita lagi bernasib baik dari mereka yang pergi tanpa sempat berjumpa dengan keluarga mereka.” Pujuk Puan Laila lagi. Sayu hatinya tidak terkira bila melihat Chengkeh yang sudah longlai dalam pelukannya. Namun, dia tidak boleh memperlihatkan kesedihannya di hadapan Chengkeh. Dia tidak mahu menambahkan beban kesedihan yang ditanggung oleh Chengkeh ketika ini.

Miko dan Hijjaz Amin merupakan orang yang pertama sampai di rumah Chengkeh sebaik sahaja Hadiff Iman memaklumkan berita pemergian ayah Chengkeh kepada mereka berdua. Selang sejam kemudian, Bunick dan Alex pula sampai bersama-sama dengan Kia dan Jihad. Chengkeh terus sahaja menangis di pangkuan sahabat-sahabat baiknya itu sambil diperhatikan oleh ibunya. Hati ibu mana yang tidak walang melihat kegembiraan anak gadisnya bagaikan direntap di saat detik bahagia bakal menjelang tiba. Bertambah rusuh hati ibu tua itu bila mengenangkan suami tercinta di jemput Ilahi dan anak yang ditatang sejak dari kecil bakal menjadi hak milik orang lain.

Miko, Kia dan Bunick mengambil keputusan untuk terus menemankan Chengkeh di Kuantan sehingga hari pernikahan Chengkeh menjelang tiba. Mereka tidak betah untukmeninggalkan Chengkeh berdua dengan ibunya mengharungi saat-sat yang menyedihkan ini. Mereka harus membantu Chengkeh mendapatkan semula semangatnya yang telah hilang.

“Aku rasa aku tak boleh kahwin dengan Hadiff sekarang…” luah Chengkeh pada Miko, Kia dan Bunick sebaik sahaja majlis tahlil untuk malam ketiga berakhir.

“Chengkeh,kau tak boleh macam ni. Kau kan dah janji dengan arwah ayah kau untuk nikah dengan Hadiff. Lagipun, itukan permintaan terakhir arwah ayah kau. Tak baik menghampakan harapan orang yang dah tak ada Chengkeh.” Bunick memandang tepat pada anak mata Chengkeh. Dia tau Chengkeh masih berkabung di atas pemergian arwah ayahnya, dan dia tau amat berat untuk Chengkeh meneruskan pernikahan yang bakal berlangsung tiga hari sahaja lagi. Kad jemputan sudah diedarkan, lembu sudah pun tertambat di belakang rumah. Segala-galanya sudah tersedia kini, amat mustahil untuk membatalkan majlis pernikahan Chengkeh dan Hadiff Iman sekarang.

“Aku faham perasaan kau Chengkeh, tapi kau kena fikir jugak keluarga Hadiff. Kalau kau batalkan majlis pernikahan ini, Miko dengan Hijjaz pun tak boleh nak teruskan majlis sebelah keluarga lelaki tau.” Kia cuba menyedarkan Chengkeh tentang implikasi yang akan berlaku sekiranya dia berhasrat untuk membatalkan pernikahannya dengan Hadiff.

“Err,aku tak kisah sebenarnya Chengkeh. Yang penting kami dah selamat nikah.” Miko pantas menyanggah pendapat Kia.

“Aku minta maaf sebab dah susahkan korang semua. Aku betul-betul tak tau apa yang patut aku buat sekarang ni.” Chengkeh sudah kembali menangis. Beratnya ujian untuk dia terima, seakan tidaktertanggung sudah rasanya.

“Chengkeh, istighfar banyak-banyak. Buatlah istikharah, semoga Allah tunjukkan jalan yang patut kau pilih. Kami sokong apa sahaja keputusan yang kau buat. Lagipun, kami tak pernah rasa susah.Kita kan kawan, apa gunanya kawan kalau tak boleh sama-sama tanggung sedih. Takkan nak kawan masa gembira je…” Miko mengelus bahu Chengkeh perlahan.

“Thanks ye korang. Aku bersyukur sangat sebab dapat korang jadi kawan aku.” Chengkeh senyum pada ketiga-tiga kawan baiknya itu. Terima kasih Allah sebab hadiahkan aku dengan sahabat seperti mereka bertiga….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2010 08:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 22-10-2010 08:52

Chengkeh akhirnya akur kepada permintaan terakhir arwah ayahnya. Setelah berfikir dengan semasaknya, dia bersetuju untuk meneruskan majlis pernikahannya dengan Hadiff Iman. Namun,telah ditegaskan pada ibunya bahawa dia tidak mahu majlis besar-besaran seperti yang telah dirancang. Cukuplah sekadar majlis kecil dan malamnya pula hendaklah diadakan majlis tahlil kepada arwah ayahnya.

Berguguran airmata Chengkeh saat Hadiff Iman melafazkan ijab kabul dengan hanya berwakil walikan hakim kepada bapa saudaranya. Masih terbayang di tubir mata figura arwah ayahnya yang begitu beria-ia membawa balik borang nikah untuk dilengkapkan olehnya sebulan yang lepas. Sayang, arwah ayahnya tidak sempat melihat saat dia mengecap kemanisan bergelar isteri kepada Hadiff Iman.

Dalam persalinan warna ungu, Chengkeh dan Hadiff Iman kelihatan begitu sepadan bergandingan. Walaupun tiada pelamin yang menghiasi rumah Chengkeh, majlis perkahwinan itu tetap berjalan seperti yang dirancang. Atas permintaan tuan rumah yang masih berkabung juga, tiada acara persandingan diadakan pada hari tersebut. Namun, majlis itu tetap meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai Chengkeh.

Dia kehilangan seorang ayah, tetapi kini Allah menggantikan dia dengan seorang lelaki sebaik Hadiff Iman untuk menjadi ayah kepada bakal anak-anaknya kelak. Biarlah roh ayahnya bersemadi dengan aman di sana. Dia harus redha bahawa umur ayahnya setakat ini sahaja, dia sudah tidak mahu memanjangkan kesedihan yang masih bersisa. Tidak guna menangisi orang yang telah pergi, dia seharusnya mengingati arwah ayahnya dengan menghadiahkan bacaan Yassin dan surah-surah Al Quran yang lain kepadanya. Bukannya terus meratib sendu seolah-olah tidak redha dengan janji Allah tentang ajal, maut,jodoh dan pertemuan.

Majlis resepsi di sebelah keluarga Hadiff Iman dan Hijjaz Amin akhirnya selamat dilangsungkan setelah dugaan yang menimpa keluarga Chengkeh. Ternyata, Chengkeh dan Hadiff Iman berjaya mengharungi ujian Allah itu dengan hati yang tabah.

Datin Suziah tersenyum bahagia bila melihat dua pasangan pengantin tampak begitu gah bersanding di atas pelamin yang berkonsepkan perkahwinan di dalam taman itu. Pujian harus diberikan kepada wedding planner yang ditugaskan untuk menguruskan majlis anak kembarnya ini. Lega rasa di hati kerana telah selamat menunaikan amanah arwah suaminya. Tinggal kini Hidayah Amani sahaja yang masih belum berkahwin.

Episod duka semakin berlalu pergi dari hidup Chengkeh, dia harus berdepan dengan realiti yang sedang menunggunya di hadapan. Hadiff Iman melayannya dengan begitu baik, dan itu sedikit sebanyak menawarkan duka pemergian arwah ayahnya.

Sudah dua tahun berlalu dan kini Miko, Bunick, Chengkeh dan Kia kembali memerhatikan rumah lama mereka yang sudah pun dihuni oleh orang lain. Banyak kenangan mereka berempat di dalam rumah ini. Tapi kini, mereka sudahpun mempunyai hala tuju yang berbeza. Namun, hubungan persahabatan antara mereka tetap erat terjalin. Kesibukan sebagai suri rumah tangga dan wanita berkerjaya tidak pernah membataskan mereka untuk terus bersahabat baik.

Miko sedang sarat mengandungkan zuriat Hijjaz Amin yang pertama ketika ini. Bunick pula baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidupnya dengan Alex. Kia sudah pun mempunyai sepasang cahaya mata yang hanya selang setahun umurnya. Produktif sungguh ustaz handsome dan Kia ni. Manakala Chengkeh pula baru beroleh rezeki untuk memanjangkan zuriat tanda cintanya dengan HadiffIman.

Garis masa dan perubahan waktu tidak pernah merubah erti kawan di antara mereka. Persahabatan mereka akan terus terjalin biarpun mereka berempat sudah dimamah usia kerana erti kawan pastinya akan berkekalan sampai bila-bila.


~TAMAT~
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 08:58 AM | Show all posts
lagik la bunick!!!
sedehnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 09:00 AM | Show all posts
banyaknya dugaan untuk aku ngan hadiff...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.454403 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list