CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN BY RUHIL AMANI ~ SEASON II~ TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 21-9-2010 03:44 PM | Show all posts
sambung lagi bunick

dah lama tak masuk WR, akak dah kemaruk nak baca cerita baru
sang_arjuna Post at 21-9-2010 15:00



apa kata akak pon letak cte baru kt WR ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2010 03:47 PM | Show all posts
isk isk isk budak 2 org nie... macam2 hal...
mikoodette Post at 21-9-2010 15:06



ko membebel kat sape ni miko?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 03:48 PM | Show all posts
Oh hari ni belum ada n3
lambat lagi ke akak nak terima adik2 ipar baru ni
qimi08 Post at 21-9-2010 15:17



dh ada n3 kak wpun ciput
on going dh ni kak, dh boleh siap2 tempah baju nk g kenduri dh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 03:54 PM | Show all posts
sib baik ade n3 dr bunick ari ni
kalau x kempunan den nak makan epal hijau
hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:08 PM | Show all posts
he..he...
kesain chengkeh kena usik dgn pak guard..
tapikan..hadiff cooool je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:16 PM | Show all posts
ko membebel kat sape ni miko?
bunick Post at 21-9-2010 15:47


ko dgn chengkeh aaa...
waaaa!!! best2.. ade n3 baru... tersenyum jek aku baca plot2 ko tu bunick.. mcm pernah berlaku jek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2010 04:19 PM | Show all posts
ko dgn chengkeh aaa...
waaaa!!! best2.. ade n3 baru... tersenyum jek aku baca plot2 ko tu bunic ...
mikoodette Post at 21-9-2010 16:16



ha ah kan, deja vu kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 04:20 PM | Show all posts
sib baik ade n3 dr bunick ari ni
kalau x kempunan den nak makan epal hijau
hehehee
iwimz Post at 21-9-2010 15:54



akak, epal ijo sangat bagus utk menu org diet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2010 04:21 PM | Show all posts
he..he...
kesain chengkeh kena usik dgn pak guard..
tapikan..hadiff cooool je...
cerry_ice Post at 21-9-2010 16:08



sesuai la cerry, sorang sengal sorang cool
jdlah secoolllll
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:25 PM | Show all posts
ha ah kan, deja vu kot
bunick Post at 21-9-2010 16:19


yel.. btol2... deja vu ke telepati ke... boleh laa dua2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:26 PM | Show all posts
sesuai la cerry, sorang sengal sorang cool
jdlah secoolllll
bunick Post at 21-9-2010 16:21


amboi!!! sedapnye mengata org yek... ewwah2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:53 PM | Show all posts
Reply 61# bunick
cerita lama baru je habis
kena tunggu dua tiga bulan lagi... nak cari idea
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by chengkeh at 21-9-2010 17:00

Kenapa? Kalau tak dapat kahwin dengan saya, awak sanggup ke nak kahwin dengan guard kat pejabat awak tu?” Hadiff sudah mengekek ketawa bila melihat Chengkeh yang menjeling marah padanya.


geram aku ngan hadif neh....ada ke usik aku ngan pak guarg tuh....
aku tengah bengang dia bleh plak gosipkan aku ngan pak guard tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 05:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 21-9-2010 17:01
geram aku ngan hadif neh....ada ke usik aku ngan pak guarg tuh....
aku tengah bengang dia bleh plak ...
chengkeh Post at 21-9-2010 16:56



chengkeh, no worries dh pasni
konfem pak gad tu x kaco ko dh
ala, hadif saje jek nak bermanja tu....

gigih tul ko kopi pes balik ayat tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 05:00 PM | Show all posts
Reply  bunick
cerita lama baru je habis
kena tunggu dua tiga bulan lagi... nak cari idea
sang_arjuna Post at 21-9-2010 16:53



x pyh cr idea jauh2 kak, ambik je idea yang bersepah dekat2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 05:08 PM | Show all posts
chengkeh, no worries dh pasni
konfem pak gad tu x kaco ko dh
ala, hadif saje jek nak bermanj ...
bunick Post at 21-9-2010 17:00


tapi aku memang sakit ati dia gosipkan aku ngan pak guard neh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 05:11 PM | Show all posts
chengkeh, no worries dh pasni
konfem pak gad tu x kaco ko dh
ala, hadif saje jek nak bermanj ...
bunick Post at 21-9-2010 17:00



mana ko tahu aku gigil???
pandai la ko neh....
gigil sbb tahan marah....
marah kat pak guard  bengang kat hadiff...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 05:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 21-9-2010 17:24

Ternyata kedua orang tua Chengkeh tiada halangan untuk menerima kedatangan keluarga Hadiff Iman bagi merisik bunga yang sedang mekar di taman mereka. Chengkeh itu satu-satunya anak mereka, jadi masing-masing merasa begitu sedih bercampur gembira bila bunga yang sekian lama dibajai dengan penuh kasih sayang akhirnya akan berpindah hak milik.

Kehadiran keluarga Hadiff Iman bersama rombongan peminangan sebanyak lima buah kereta ternyata membuatkan kedua orang tua Chengkeh merasa terkejut. Manakan tidak, dikhabarkan kepada mereka bahawa ini hanyalah majlis merisik sahaja, tetapi melihatkan dulang hantaran yang di bawa ahli rombongan keluarga Datin Suziyah itu bisa sahaja membuatkan Pak Sudin terkena serangan jantung.

Majlis merisik sekaligus meminang Chengkeh berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya keluarga Chengkeh agak kelam kabut menerima kunjungan tetamu yang telah mengupgradekan hajat mereka secara mendadak. Dan kini, Chengkeh tersenyum bahagia setelah selamat bergelar tunangan kepada CEO AKUBINA HOLDINGS. Siapa sangka, perkenalan yang bermula dari satu roadblock JPJ telah membawa mereka ke alam yang lebih manis kini.

Berkilauan cincin berlian permata satu di jari manis tangan kiri Chengkeh. Rasa bahagia menyelinap di hati setelah kedua pihak sudah memeterai janji untuk menyatukan pasangan yang berdarah manis ini dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Hijjaz Amin tersenyum gembira bila melihat abang kembarnya sudah selamat menempuh fasa baru di dalam perhubungannya dengan Chengkeh. Esoknya, giliran dia dan Miko pula akan bersatu di alam pertunangan. Datin Suziyah tidak mahu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Pahang banyak kali, jadi sudah diputuskan bahawa mereka akan bertandang pula ke rumah Miko dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur esok. Keluarga Miko juga bersetuju untuk melakukan acara merisik dan bertunang secara serentak. Tidak perlu ada dua tiga majlis yang berbeza untuk maksud yang sama itu.

Hijjaz menebarkan pandangannya di jendela Hyatt Regency Kuantan Resort. Geli hati bila dia mengingatkan kembali reaksi Miko bila dia memberitahu hajat mamanya untuk meminang Miko esok.

“Bertunang? Takde, takde….sape nak bertunang dengan awak?” Miko mencerlung mata ke arah Hijjaz sewaktu mereka sedang menikmati makan malam di Restoran Nelayan seminggu yang lepas.

“Kita la yang nak bertunang. Takkan mama saya pulak yang nak bertunang degan ayah awak. Tak pasal-pasal jadi keluarga 69 pulak kalau macam tu.” Hijjaz masih sempat melawak. Sikit pun dia tidak gentar dengan keadaan Miko yang bila-bila masa sahaja akan bertukar menjadi Shewolfe.

“Awak ingat nak bertunang ni macam pergi jamuan hari raya ke? Mana sempat saya nak buat apa-apa. Awak ni memang la kalau buat apa-apa tak pernah nak berbincang dengan saya. Kalau macam tu, awak tunang je la sorang-sorang.”

“Miko, awak ni kalau tak bertekak dengan saya tak boleh ke? Macam mana nak jadi isteri solehah kalau asyik melawan cakap saya je.” Hijjaz dah mula naik angin.

“Eh, saya punya suka la. Tekak saya, bukan tekak awak pun. Sape suruh awak pandai-pandai telefon mak ayah saya kat kampung senyap-senyap. Bingit telinga saya ni bila dengar diorang membebel tau tak.”

“O….awak marah sebab saya call mak ayah awak la ni ye? Habis tu, kalau nak tunggu awak cakap pasal ni kat mereka, raya puasa tahun depan pun tak tentu lagi orang tua awak tau pasal kita ni. Apa yang susah sangat nak bagitau lelaki handsome macam saya ni dah jadi kekasih awak?”

“Apa? Handsome? Handsome pun tak guna kalau tak reti-reti nak bawak berbincang…” gumam Miko lagi.

“Jadi awak mengakulah yang saya ni handsome ye?” Hijjaz sudah tersenyum lebar.

“Haah, handsome macam Sarip Dol!”

“Miko, can I ask you something?” Tiba-tiba je Hijjaz menukar ton suaranya. Miko cepat-cepat sapu kedua tangannya, mana kan tidak meremang bulu romanya bila dengar Hijjaz bersuara romantik seperti itu.

“Apa dia, cakaplah…”

“Boleh tak kita jangan gaduh-gaduh lagi lepas ni. Awak tak penat ke, setiap kali kita jumpa mesti kita gaduh. Kadang-kadang benda kecik pun kita boleh bertekak macam langit nak runtuh. Saya tak nak sikap mudah melenting kita ni terbawa-bawa sampai kita kahwin. Boleh kan?”

Miko menundukkan wajahnya ke lantai restoran. Kakinya dikuis antara satu sama lain. “Saya pun tak tau apa masalah kita berdua ni. Ada je benda yang tak kena setiap kali kita jumpa. Saya sendiri pun dah letih bila asyik bertelagah dengan awak.”

“So lepas ni, no more fight okey?” Hijjaz menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Miko.

Cepat-cepat Miko sambar napkin atas meja dan buat lapik tangan untuk bersalam dengan Hijjaz. Bukan muhrim, mana boleh bersentuhan kulit.....Belum sempat Hijjaz buka mulut untuk marah Miko, dia dah terlebih dulu bersuara. “ Tak nak gaduh-gaduh kan?”

“Okey,you win this time…”

“I’ll make sure I’ll win all the time mamat eksyen….”

“We’ll see minah kerek…”

Dan kedua-dua mereka saling tergelak bila mengingatkan kembali detik pertemuan pertama mereka yang penuh dengan perasaan benci dan dendam itu.

“Hai dik, tak habis-habis lagi berangan? Sabar dik, esok giliran adik pulak.” Suara Hadiff mengembalikan Hijjaz ke alam nyata.

“Tak sangka kan bang, kita dah bertambah dewasa sekarang ni. Adik bersyukur sebab akhirnya ada jugak orang nakkan kita berdua ni….”

Meletus ketawa dari mulut Hadiff bila dengar lelucon Hijjaz. Ada-ada sahaja adik kembarnya ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 05:21 PM | Show all posts
ko dgn chengkeh aaa...
waaaa!!! best2.. ade n3 baru... tersenyum jek aku baca plot2 ko tu bunic ...
mikoodette Post at 21-9-2010 16:16



aku pun asyik sengeh jek miko...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 05:24 PM | Show all posts
geram aku ngan hadif neh....ada ke usik aku ngan pak guarg tuh....
aku tengah bengang dia bleh plak ...
chengkeh Post at 21-9-2010 16:56



sabo biras ku sabo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.059678 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list