CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37948|Reply: 112

Tun Mamat Tidak Pernah Jumpa Dengan Puteri Gunung Ledang???

[Copy link]
Post time 29-9-2010 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Assalam

Tuan mod, jika dah ada @ tak sesuai, silalah deletekan ye.

Pada pandangan dan kajian yang dilakukan, semasa Sultan Mahmud ingin meminang
Gusti Putri @ Puteri Gunung Ledang (PGL), banginda mengutuskan 2 laksamana handalannya
dan beberapa askar untuk melaksanakannya. 2 Laksamana tersebuat Adalah Hang Tuah
dan Tun Mamat.

Apabila sampai di kaki bukit Gunung Ledang, maka Hang Tuah menyuruh Tun Mamat
mendaki gunung dan mencari PGL seorang diri, kerana waktu itu, Hang Tuah sudah
terlalu tua dan sudah tiada kudrat lagi. Ketika tun mamat mandaki gunung itulah,
Hang Tuah telah membuang keris tamingsari ke sungai sambil berkata "jika timbul
keris ini, bermakna dia masih hidup, jika tenggelamnya keris itu maka bermaksud
dia telah tiada lagi"

Mengikut pendapat beberapa orang pengkaji sejarah, Tun Mamat sebenarnya
tidak pernah berjaya mencari dan berjumpa dengann PGL. Oleh kerana Tun Mamat
takut sultan akan murka, maka dia menyatakan yang sultan kena tunaikan beberapa
jenis permintaan mengarut dari PGL jika ingin mengahwininya. Antara permintaannya :

1. Jambatan Emas Dari Melaka Ke Gunung Ledang
2. 7 dulang hati nyamuk
3. 7 dulang hati kuman
4. 7 tempayang air mata anak dara
5. Semangkuk darah anakandanya.

Dan sejarah telah tertulis bahawa semua permintaan telah ditunaikan sehinggalah
yang terakhir, iaitu darah akandanya sendiri.

Jika menggunakan teknologi sekarang,
dapatkah seorang sultan itu menunaikan dan melaksanakan semua permintaan itu?

Kesimpulannya, Tun Mamat tidak pernah berjumpa dengan PGL.
Syarat-syarat yang diminta hanyalah ciptaan Tun Mamat sahaja supaya
sultan tidak akan menyuruhnya lagi untuk meminang PGL.

Kemana Hang Tuah menghilang???
HAng Tuah adalah seorang yang amat mentaati sultannya. Dan sanggup membunuh
saudaranya, Jebat kerana perintah sultan. Jika benar Tuah tidak larat memanjat
gunung, kenapa dia perlu hilangkan diri???

Apa akan Tuah lakukan bila Tun Mamat tidak boleh dan tidak dapat mencari
PGL untuk melaksanakan perintah sultan???

Mungkin untuk menutup ceritanya, maka terjadi sengketa antara Tuah dan Mamat
yang mungkin tiada dalam catatan sejarah. Oleh kerana masa tu, Hang Tuah sudah
terlalu tua, maka dia telah tertewas di tangan Tun Mamat.

Jika keris Taming Sari telah tenggelam seperti kata-kata tuah, macammana pula
boleh berada di Muzium Melaka? Replika kah???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 11:35 AM | Show all posts
Some people says
HISTORY = HIdden STORY


Mungkin sahaja Tun Tuah mengahwini Putri Gunung Ledang kerana ketika Tuah berkunjung ke kerajaan Majapahit, pastinya beliau tahu sedikti sebanyak budaya masyarakat Jawa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:51 AM | Show all posts
Keris Taming Sari sebenar ada dengan Sultan Melaka yang bersemayam di Gombak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 12:05 PM | Show all posts
keris taming sari nie pon sebenarnyer mitos jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 12:16 PM | Show all posts
cakap pasal keris taming sari, aku agak hairan mengapa masih tidak disimpan sehingga kini oleh masyarakat Melayu terdahulu.

Sejarah yang bersimpang-siur..

Sedangkan pedang Nabi Muhammad S.A.W, pedang para sahabat yang lain masih disimpan dgn baik sehingga kini inikan pula keris Hang Tuah yg jaraknya tak sampai beberapa kurun jika dibandingkan dgn zaman Nabi & para sahabat..

Sekiranya dahulu Melaka sebua empayar, bermakna ia sudah mempunyai sistem. Apabila sesbuah intitusi itu sudah mempunya sistem, pasti keris itu dijumpai dan disimpan hingga ke hari ini?

Atau kisah Hang Tuah itu sekadar mitos semata-mata?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 01:40 PM | Show all posts
sukar untuk dipercayai samada semuanya mitos atau kebenaran sejarah.
Jika mitos, tak akan benda ni tercatit dalam buku sejarah, dan jika ianya
betul, tak ada pula buktinya.

adakah semuanya disebabkan propaganda penjajah yang memerintah
tanah melayu dahulu hilangkan semua bukti untuk menjatuhkan martabat melayu
dan juga untuk mengucar-kacirkan melayu dan nusantaranya???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2010 01:41 PM | Show all posts
abis tu bagaimana pulak dengan perigi hang tuah? ada buktinya kan?

keris tu benda kecik, mobile, senang dibawak ke mana2 dan dicuri..sebab tu lah mungkin mudah bertukar tangan kot..

kalau pedang nabi muhammad s.a.w tu, pewaris2 dan sahabat2nya ada untuk memeliharanya..

ataupun mungkin benar apa yang diperkatakan..hang tuah 5 bersaudara cuma mitos yang digembar gemburkan untuk menunjukkan kekuasaan kerajaan melayu melaka masa tu..

tapi mungkin jugak hang tuah 5 bersaudara memang wujud..pernah jugak beberapa perkara yang menarik perhatian aku melalui pembacaan..antaranya ialah

1. cerita pasal hikayat hang tuah jugak popular di indonesia (palembang kot kalau tak salah aku) hinggakan ada universiti kat sana yang dinamakan dengan nama hang tuah
2. hang tuah jugak kalau tak salah aku dikatakan ceritanya berkisarkan di tempat area utara (kedah kot tak salah aku) sebab kat sana ada tempat yang dinamakan pulau melaka..mungkin kejadian tu berlaku di pulau melaka..bukan di melaka yang sebenarnya..
3. yang paling popular ialah citer pasal hang tuah 5 bersaudara berada di negeri melaka..(ini semua orang tau)...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 01:56 PM | Show all posts
keris tu benda kecik, mobile, senang dibawak ke mana2 dan dicuri..sebab tu lah mungkin mudah bertukar tangan kot..


bro billion.. pendapat peribadi aku, Melaka ketika kurun ke-14 merupakan sebuah empayar. Ini bermakna ketika itu MElaka sudah pun mempunyai sistem di dalam perkara-perkara pentadbiran, pemuliharaan dan sistem sosio-ekonomi mahupub budaya.

Tambahan pula pedagang yang datang daripada pelbagai benua.. Hatta Daulah Turki Uthmaniyyah sendiri pasti tahu akan kewujudan kerajaan Islam Melaka..

Faktor saiz dan sekeliling memainkan peranan dalam hilangnya keris Taming Sari... atau
bak kata bro rayyan

propaganda penjajah yang memerintah
tanah melayu dahulu hilangkan semua bukti untuk menjatuhkan martabat melayu


1. cerita pasal hikayat hang tuah jugak popular di indonesia (palembang kot kalau tak salah aku) hinggakan ada universiti kat sana yang dinamakan dengan nama hang tuah

2. hang tuah jugak kalau tak salah aku dikatakan ceritanya berkisarkan di tempat area utara (kedah kot tak salah aku) sebab kat sana ada tempat yang dinamakan pulau melaka..mungkin kejadian tu berlaku di pulau melaka..bukan di melaka yang sebenarnya..


Inilah yang aku katakan sejarah kita 'bersimpang-siur' sehingga apabila dikaji dgn teliti, mungkin kita dapat lihat akan pertentangan bukti fizikal, bukti lisan dan bukti tulisan antara satu sama lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 02:52 PM | Show all posts
Reply 3# alphawolf


    hahah lwak

baginda siap dpt petunjuk dlm mimpi nk cari keris ni hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 03:44 PM | Show all posts
chop! keris taming sari yg kat sultan perak tu versi yg mana plak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 04:08 PM | Show all posts
Reply 10# JodoKast


    versi yang ada terlalu banyak dan bercanggah.
jalan penyelesaian cuma satu sahaja iaitu mengambil balik segala
manuskrip dan bukti yang ada dalam simpanan bekas penjajah dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 04:48 PM | Show all posts
Reply 5# thekatyusha


penah ko dgr citer pedang nabi, waris dia sibuk perasap tiap2 mlm jumaat?? hhahahah... jawa2 kat tanah melayu ngan kat indon je yg kemaruk perasap keris lama2 ni. alasan klu x perasap nt takut keris tu mintak darah katanya...hahahaha... keris2 cmni yg waris dia pun takut nk simpan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 04:55 PM | Show all posts
penah ko dgr citer pedang nabi, waris dia sibuk perasap tiap2 mlm jumaat?? hhahahah... jawa2 kat tanah melayu ngan kat indon je yg kemaruk perasap keris lama2 ni. alasan klu x perasap nt takut keris tu mintak darah katanya...hahahaha... keris2 cmni yg waris dia pun takut nk simpan.


Aku setuju dgn ko.... Umat Islam Nusantara ini sahaja sibuk dok perasap senjata.....
Aku kira kerana telah berlaku pencampur-adukan antara amalan Islamiyyah dgn amalan khurafat pada zaman pasca Hang Tuah.. (atau sebelumnya?)

p/s: Di Timur Tengah, upacara asap-mengasap ini utk majlis keraian.. Cam kat Iran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 05:31 PM | Show all posts
pada aku Hang Tuah tu cuma semangat utk org melayu jer..dlm konteks zaman skrg aku menyebelahi Jebat.

p/s - dengar la lagu ''Jebat'' nyanyian progresif rock tahun 80'an kump. - Belantara.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 07:19 PM | Show all posts
ade kebenaran tak pasal citer 5 hang bersaudara nie .?
citer nie mitos ker rekaan untuk sejarah melayu jer ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 07:20 PM | Show all posts
ade kebenaran tak pasal citer 5 hang bersaudara nie .?
citer nie mitos ker rekaan untuk sejarah melayu jer ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 08:22 PM | Show all posts
kalau ikut majalah ujang PGL tak lawa. Malu jika berpermaisurikan wanita yang x seperti yang digambarkan, tun mamat reka2 cerita part hantaran tu. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 08:34 PM | Show all posts
mengarut ajele cerita ni. melayu memang kuat menipu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 08:46 PM | Show all posts
mengarut ajele cerita ni. melayu memang kuat menipu.
abangbikerz Post at 29-9-2010 20:34



    lu jangan main-main dengan merujuk pada sentimen perkauman. :@:@:@
Jika kaum melayu tidak terlalu mengutuk kaum cina, india dan sebagainya,
kenapa kaum lain hendak mengutuk dan menyalakan api kemarahan kaum
melayu. Nak kata kau x suka, tapi kau gunakan bahasa melayu, ko dok
kat thread melayu.
kenapa ko x dok kat thread bahasa inggeris @ cina @ tamil @ dsb???
nama ko pun guna bahasa melayu,
ko guna "abangbikerz". apasal x gunakan "mrbikerz" @ "brokbikerz"..???
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 09:18 PM | Show all posts
Reply 19# rayyanrafael


    aku melayu le bukan cina bukan india. sumpah wallahi. cuma aku melayu yg urban dan tak terikat dgn kepercayaan karut marut org melayu dulu2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.202831 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list