CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32060|Reply: 125

Sejarah plat kereta Malaysia

[Copy link]
Post time 30-9-2010 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Sejarah plat kereta Malaysia
AWAL PLAT KERETA

Dalam dunia yang semakin canggih dan hebat ini pengangkutan memainkan peranan yang penting kepada mobilisasi manusia. Setiap hari kita menyaksikan ratusan ribu juta ratus kenderaan di jalanraya dengna plat kereta yang pelbagai sebagai mewakili sesebuah negeri atau negara. Pernahkah anda terfikir bagaiamana penentuan sesebuah plat kereta berdasarkan negeri itu ditentukan.

Di Malaysia (Tanah Melayu) sejarah pendaftaran kenderaan ini bermula selepas kedatangan British iaitu menjelang Perang Dunia 1. Pemberian no plat pendaftaran "A", "B", "C" atau "D" ditentukan berdasarkan kemampuan mana-mana penduduk sesebuah negeri pada masa itu untuk memiliki kenderaan.
Plat kereta negeri Perak bermula dengan huruf A adalah kerana penduduk di Perak merupakan pemilik pertama kenderaaan dan kebetulan pula negeri itu mencatat jumlah pemilikan kereta yang paling tinggi. Ia didorong oleh perkembangan ekonomi Perak yang lebih maju berbanding dengan negeri-negeri lain kerana bijih timahnya.

Kebanyakkan kereta-kereta ini dipakai oleh golongan pemerintah Inggeris yang bertugas di negeri tersebut. Bagaimana pun pemakaian kenderaan ini terbatas di kawasan Lembah Kinta hingga Taiping sahaja. Pada tahun 1914 jalanraya baru telah dibina untuk menghubung ke Kinta dan menyebabkan penggunaan kereta di Perak semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D). Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Begitulah awalnya nombor plat (pendaftaran) kenderaan, dan sekarang pergerakan nombor plat begitu pantas menunjukkan kenderaan semakin banyak. Sedar tidak sedar semalam huruf 'H' esok sudah 'J' cepat betul. Nanti sudah banyak apa huruf hendak diletak lagi? Letak gambar tuan punya kenderaan???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 09:51 AM | Show all posts
Perlis pakai "R" camna lak tu...tak ikut negeri tu...
Ke sebab sama ngan Penang??Any detail explanation??
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:54 AM | Show all posts
info best, thanks TT ;)
tapi kan, masa mula-mula org pertama guna keta, jalan dah wujud ke?
mesti jalan batu-batu lagi kan? x macam skang ni. jalan sket , bayar tol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 10:01 AM | Show all posts
Reply 2# danedzya


   Maaf, yang ini tak pasti pula. Rasanya, Pulau Pinang telah menggunapakai huruf P pada kenderaan yang didaftar dinegeri itu. Ataupun kedudukan negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri jajahan kolonial terawal. Kalau ada yang mempunyai info boleh tolong jawabkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 10:04 AM | Show all posts
Reply 3# rayyanrafael


   Kalau tak salah masih jalan 'tanah merah' kot... tiada jalan yag diturap dengan tar .... hanya dikawasan dalam bandar itupun menggunakan batu batan. Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 10:11 AM | Show all posts
mesti susah nak carik stesen minyak. kalo pakai stim, nak kena ada arang batu pulak.
seb baek kita di lahirkan pada zaman skang ni. Alhamdullilah. semua kesenangan ada.
just, hargai dan syurkur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2010 10:46 AM | Show all posts
sebut pasai kereta, bila pulak jalan yang diturap mula mula di turap di tanah melayu ? jalan apa yang mula mula diturap ? hehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 10:54 AM | Show all posts
Jalan kat KL dn kawasan pentadbiran utama mesti la dapat tar dulu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 11:06 AM | Show all posts
addekah jalan TAR yang memula sekali di tar kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 01:38 PM | Show all posts
singapore plak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:55 PM | Show all posts
Reply 1# nizhangg


    rasenyer cam x betul jer fakta ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:57 PM | Show all posts
addekah jalan TAR yang memula sekali di tar kan ?
winamp05 Post at 30-9-2010 11:06



    hahaaha.. tongong kan jalan TAR tu asal dr Jalan Tunku Abdul Rahman.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:59 PM | Show all posts
Mcm kat sabah, dia wujudkan no. pendaftaran knderaan dengan huruf ikut initial daerah:

Jesselton (KotaKinabalu): J
Sandakan: S
Tawau: T
Kudat: K
Beaufort: B
Keningau: U (Kudat dah ambik K)
Labuan: L
Lahad Datu: D (Labuan da ambik L).
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 04:43 PM | Show all posts
Mcm kat sabah, dia wujudkan no. pendaftaran knderaan dengan huruf ikut initial daerah:

Jesselton  ...
albob Post at 30-9-2010 15:59



    owh really? tak tahu la pulak..something new..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 04:45 PM | Show all posts
saper pakai no plate ayam "A1"...no plate pertama tuhhh...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 04:47 PM | Show all posts
kl paling last lah..."W"...tul ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 04:56 PM | Show all posts
Aku pakai plat kereta SDZ 1985 E Toyota Vios
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 05:05 PM | Show all posts
pakai plat singapore la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 05:54 PM | Show all posts
ada juga yg pakai plet modenas la, sukom la, putrajaya la, mcm2 ada pening aku..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 06:11 PM | Show all posts
aha.. yg pakai plet Bumblebee apa pulak maknanya tu..aku pun x paham...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.305638 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list