CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zizadin

(Part 2) RITA RUDAINI VS AIDIL ZAFUAN (belum bercerai update post 1816)

     Close [Copy link]
Post time 6-10-2010 02:13 PM | Show all posts
so kiranya dia dah bersedia lah dgn segala kemungkinan, telan je lah walaupun pahit macam mana ...
delia3003 Post at 6-10-2010 14:11



sebab da tak larat nak telan la tuh duk kehulu kehilir masuk paper..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 02:15 PM | Show all posts
Ape pun perbincangan kat sini harap ada orang sampaikan kat Aidil, n tolong la berfikiran matang bila buat keputusan jgn terburu2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:15 PM | Show all posts
bukan nak masuk campur hal umah tangga dorg. Tapi aku sebagai perempuan, sebenarnye kesian jgak kat si rita ni. Dari mula kawin sampai la da ader anak, org tetap nak cari salah dia. Kalo baca sume statement (pihak laki)  kt media, sumenye salah kan dia, xde plak salah kan anak diaorg. (kalo aku salah betul kan)

*Takde plak statement nak pertahan kan dia. Laki dia pun senyap jer aku tgk. (kalo laki korung cm tuh ape korung rase?)

Rasenye sebelum Ayu buat statement pasal restu-restu ni, xde plak kan citer2 ni timbul? Tp bila dia kua statement cm tuh, timbul la citer kurang enak ni.

Tp bagi aku, hal umah tangga tak payah la nak diheboh kan 1 malaysia. Tak pasal2 lain plak yang jadi.

Untuk Ayu plak, kalo family da bg restu tak payah la nak ko nak heboh 1 malaysia. Macam ko perli je Rita tuh.

*aku bukan la fan Rita or Ayu. Nak ikut kan aku tak gomar sgt dua-dua tuh, cume as perempuan aku mmg kesian ngan Rita.

Dari sumber yg dipercayai:

Ayu da bertunang xsilap aku, cume xdiheboh je. Kawinnye insyallah bulan 1. Dirahsia kan atas sebab-sebab tertentu. Almaklum la, laki dia kaki pompuan takut ramai plak yg dtg tanpe diundang. :p ssyhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:28 PM | Show all posts
Reply 223# t-pah


tapi part artis keluar statement keluarga merestui bila nak kawen tu dah biasa sangat
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by TanyaSamaPokok at 6-10-2010 14:32

Meh baca yg ni pulak. Sumber Berita harian bertarikh 3 Oktober 2010. Link:
http://www.bharian.com.my/bharia ... yataanRita/Article/

Bapa tunggu Aidil, tak mahu ulas kenyataan Rita

SEREMBAN: “Biarlah apa pun yang dia nak cakap,” kata Abd Radzak Salleh dalam reaksi balas terhadap kenyataan menantunya, Rita Rudaini Mokhtar yang mendakwa rumah tangganya kini goyah akibat campur tangan individu tertentu, termasuk keluarga mentua.

Sambil reda dengan jodoh Rita dan Mohd Aidil Zafuan, 23, kerana ia ketentuan Tuhan, Abdul Radzak, 61, berkata mereka sekeluarga tidak tergamak bertindak sesuatu atau memburukkan pelakon berkenaan dan buat masa ini beliau dan keluarga tidak mahu mengulas lanjut pendedahan Rita yang disiarkan Berita Harian, semalam.

Saya tak mahu ulas kenyataan pelakon itu (Rita) kerana sehingga kini pun kami tak dapat apa-apa maklumat daripada Aidil (Mohd Aidil Zafuan) yang kini ada di Vietnam bersama skuad bola sepak kebangsaan.
“Ada baiknya kami ahli keluarga berbincang dulu, terutama dengan Aidil kerana ia membabitkan kepentingan rumah tangga mereka. Biarlah dia (Rita) yang buat kenyataan atau apa juga yang dia nak cakap... kami perlu ambil masa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rashibah Indah, Sikamat di sini, semalam.

Semalam, Berita Harian menyiarkan kenyataan Rita, 34, mendakwa rumah tangganya bersama Aidil, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah, banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentua. Mereka yang berkahwin dua tahun lalu dikurniakan cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin.

Abd Radzak yang kelihatan kurang sihat kerana penyakit paru-paru berkata, beliau perlu mendapat maklumat jelas daripada Aidil bagi mengelak kenyataan yang tidak benar dan memalukan keluarga, selain tidak mahu tumpuan anaknya terhadap karier dan tanggungjawab bersama pasukan bola sepak negara dan Negeri Sembilan terganggu.

“Kami belum dengar apa-apa daripada Aidil, malah sebelum ini pun kami tak pernah pergi ke rumah mereka di Kuala Lumpur dan tidak tahu hal rumah tangga mereka. Laporan yang kami dihalau ketika berkunjung ke rumah mereka juga tidak benar kerana memang kami tidak pernah ke sana, kecuali ketika Rita melahirkan Airit,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa Aidil sudah lama tidak menjenguk Rita dan bayi mereka, termasuk meraikan Aidilfitri lalu bersama keluarga masing-masing, beliau berkata, setiap kali selesai perlawanan bola sepak, Aidil pulang ke Kuala Lumpur.

“Aidilfitri lalu, Aidil baru selesai dengan tugasannya bersama skuad bola sepak kebangsaan di luar negara. Dia ada cuti singkat kerana terpaksa memberikan komitmen kepada skuad Negeri Sembilan pula bagi menghadapi perlawanan dengan Kelantan di Kota Bharu.

Kami tidak campur tangan dalam jadual Aidil. Jika dia nak berhari raya di mana pun, terpulang kepadanya,” katanya yang turut kesal dengan dakwaan Rita bahawa Aidil melarikan Airit untuk bertemu keluarga pemain bola sepak itu.

"Wajarkah tindakan Aidil membawa anaknya bertemu datuk dan nenek dituduh sebagai melarikan anak?" katanya.


*** Pokok repek ayah Aidil enggan komen pape.... tunggu ke kenyataan Aidil nanti... Bayangkan perasaan org tua tu... Pokok betul2 simpati
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:32 PM | Show all posts
Reply 223# t-pah


iols tak paham la nape c ayu tuh tak leh nak canang yg diatuh bakal menantu yg direstui?
benda yg menghepikan camtuh aper salahnye dia nak kongsi ngan peminat2 dia?
sebab aper plak yg c ayu tuh nak kena sebok2 jaga ati c rita tuh smpai tak leh masuk paper bagai?
yg c rita tuh plak yg nak terasa nape?
kalau ko tak dapat restu PIL, orang lain pon tak bole dapat restu same ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2010 02:34 PM | Show all posts
Meh baca yg ni pulak. Sumber Berita harian bertarikh 3 Oktober 2010. Link:


Bapa tunggu Aidil, t ...
TanyaSamaPokok Post at 6-10-2010 14:29



dua kali terguris, memaafkan mungkin boleh tapi melupakan..................
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:35 PM | Show all posts
Reply 220# delia3003


    yela tgk jugakla apa nak telan...kalau diri dipijak2 diinjak2...di tuduh mcm2...buleh bertahan lama mana?
nama pun artis...org keliling duk ckp mcm2 lagila tensen.hoho
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 02:35 PM | Show all posts
ai bkn fan sape2 cuma ai tk bleh blah tau bila kita duk ckp mati2 tknak la anak kita kawin mcm rita n aidil kawin lari la bla.bla.bla. esok2 anak kita jadi mcm tu ni, jgn ko..ckp mcm tu esok2 tak pun kejap je tuhan nak bayar cash yg ko tk suka n tk nak tu la akan jadi percaya la...aku dah tgk mcm2 dah jd dr duk canang kata anak org itu ini last2 jadi akt anak sendiri

malu beb malu jgn sembang kencang sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:38 PM | Show all posts
Reply 229# selendangemas


    pastu keluarkan ayat 'selamat menjanda kali ke 2' kui2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by TanyaSamaPokok at 6-10-2010 14:40
Reply  t-pah


iols tak paham la nape c ayu tuh tak leh nak canang yg diatuh bakal menantu yg di ...
LoveSungmin Post at 6-10-2010 14:32


Pokok rasa bila seseorang artis tu cakap hubungannya direstui keluarga... tu kira ayat standard la... biasalah kalo nak kawin, kita bercerita tentang bab2 restu-merestui ni...

kalau hubungan rita dgn Aidil DIRESTUI... Pokok rasa bila Ayu Raudhah cakap dia direstui tu takkan jadi isu pun...

Cuma kebetulan Rita-Aidil tak direstui, so bila Ayu-Zaquan cakap mereka direstui, bengkerk la rita kan...

No issue la actually... Press je saje nak bikin SENSASI...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:40 PM | Show all posts
Reply 226# LoveSungmin


    aku rasa rita bukan marah ayu sb ayu canang dia menantu pilihan..dia tak peduli kot?yg aku rasa dia teramat bengang sb dia tau si ar duk menjaja fitnah citer psl dia..sb tu dia warning kain koyak rabak jgn sibuk hal lain.
ar nak canang dia terpilih ka apa ka..tu dia punya hal la kan.cuma nya aku rasa menatu pilihan / or ayat direstui bakal mertua tu wartawan yg tulis..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:40 PM | Show all posts
Reply 228# kate_lost


pijak ler balik, ada apa hal tapi perlu ke nak bagitau 1malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by selendangemas at 6-10-2010 14:43
Reply  selendangemas


    pastu keluarkan ayat 'selamat menjanda kali ke 2' kui2..
kate_lost Post at 6-10-2010 14:38



sebenarnya jadi janda tk salah dunia skrg org tk pandang pun cuma jgn la mengaibkan diri sendiri duk pertahan dgn prinsip tak nak itu tak nak ni last2 ko telan ludah ko sendiri, jenis muka kulit ....... sure tkkan malu la..buat bodo kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:41 PM | Show all posts
Pokok rasa bila seseorang artis tu cakap hubungannya direstui keluarga... tu kira ayat standard  ...
TanyaSamaPokok Post at 6-10-2010 14:38



kheenn..
iols pun tak nampak aper isunye..
cume orang yg tak direstui jer terasa ngan citer sensasi wartawan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:42 PM | Show all posts
Reply 231# TanyaSamaPokok


    setuju..itula apa masyarakat baca..bila baca bab menatu direstui bagai ni
...dunt say la u baca tetiba tak terpikir psl rita tak direstui tu..semua ayat wartawan nak sedapkan cita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 02:42 PM | Show all posts
Reply 233# delia3003


    dah kalau dia pijak balik..mestila 1 mesia tau gak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:44 PM | Show all posts
Reply 234# selendangemas


    tp kalau jd kat diri sendiri bukan org tau pun ..hehe diri sendiri jela yg tau.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:44 PM | Show all posts
Reply 232# kate_lost


so, kat mane yg c ayu raudhah ni dok pitenah dia?
iols pon nk tau gak aper yg c ayu ni pitenah c rita tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:44 PM | Show all posts
Reply 231# TanyaSamaPokok


    agaknye la kan Pokok..   tunggu je la ape yg jadi pasni.. Hopefully bukan citer sedih la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.065541 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list