CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 46959|Reply: 52

Asal usul nama tempat/daerah di Malaysia

[Copy link]
Post time 8-10-2010 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by nizhangg at 8-10-2010 11:10

Info dipetik dari website, untuk dikongsi bersama.

CHERAS
Nama "Cheras" dikaitkan dengan kehebatan Tok Perimbun yang mendiami kawasan itu pada zaman dahulu. Tok Perimbun merupakan guru silat yang gagah perkasa dan pandai bersembunyi. Hanya dengan beberapa rumpun serai sahaja yang melindungi dirinya, dia dapat bersebunyi daripada musuh. Itulah sebabnya dia dikatakan sebagai Tok Perimbun menyorok di rimbunan pokok serai. Pokok serai banyak di kawasan Sungai Serai sekarang ini. Kehebatannya terletak pada kekuatan kakinya berjalan dan mengayuh sampan kerana pada masa itu tidak ada basikal. Bunyi dia berjalan akan mengeluarkan bunyi 'cheruh cheras cheruh cheras' oleh geseran seluar silat yang berwarna hitam itu. Sesiapa yang berselisih dengan Tok Perimbun ketika berjalan, akan mendapati Tok Perimbun sudah berada di tempat yang ditujui itu Bukit Enggang.Hajatnya hendak menangkap burung enggang yang banyak di situ. Pengikutnya hairan bagaimana Tok Perimbun boleh sampai terlebih dahulu sedangkan mereka yang lebih dahulu pergi. Namun dalam perjalanan pulang, apabila dia sampai di sebuah bukit, Tok Perimbun tidak berupaya lagi kerana makanannya telah dicampur dengan sembilu buluh. Ilmu silat yang dimilikinya boleh luntur dan ghaib. Tok Perimbun terpaksa dipapah dan didukung. Maka tempat itu dinamakan Bukit Dukong . Tok Perimbun terpaksa menggunakan sampan di Sungai Sekamat. Sungai Sekamat merujuk kepada keramat Tok perimbun.



Bangi
Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telor Jawa. Bukit UKM pada peringkat awal penerokaannya ialah sebuah hutan tebal yang diduduki orang halus. Pada waktu senja, bau wangi akan mencucuk hidung dan semua wanita dan kanak-kanak akan masuk ke rumah kerana orang halus hadir berhampiran mereka. Menurut buah mulut orang ramai, Dr Harun Din telah membaca jampi di kawasan hutan UKM dan membawa orang halus dalam sebuah bas ke hutan negeri Pahang. Boleh jadi tempat baru mereka ialah di Pahang. Salah seorang ustazah di Semenyih yang menjadi murid Dr Harun Din turut mengesahkan cerita tersebut.




Balakong
Nama Balakong berasal sebab dulunya kawasan ini terdapat pelabuhan yang mengumpul balak. Dalam bahasa cina pelabuhan adalah "kong". Oleh itu, lama-kelamaan tempat ini dinamakan balakong.

Semenyih
Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau. Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud ' sembunyi '. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan. Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.


Akan disambung lagi, kalau ada info lain berkenaan topik sila kongsi bersama. Terima kasih.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2010 01:24 PM | Show all posts
sambungan...


SERENDAH
Serendah ialah sebuah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Di Serendah terdapat tempat yang menarik untuk dilawati, antaranya ialah Perigi Tujuh Serendah dan Air Terjun TemplerKai. Perigi Tujuh Serendah di bina pada zaman dahulu bertujuan untuk mencegah banjir yang besar dari berlaku di kawasan rendah di sini. Antara sebab mengapa serendah mendapat nama. Tempat yang rendah ini sering mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku. Sehubungan dengan itu sebuat empangan kecil di bina oleh pihak pengusaha lombong bijih timah yang berada di bahagian rendah kawasan ini untuk mengelakkan banjir dari berlaku. Ada yang berpendapat empangan ini di bina untuk menjadi kunci air utama kepada limpahan air sungai yang mengalir dari bahagian hulu dan terus bertakung di bahagian tasik buatan bahagian atas empangan kecil yang dinamakan Perigi tujuh ini. Mitos pila menyatakan dimana, ada ketikanya empangan ini akan dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang akan turun bersiram (mandi) di kawasan Perigi tujuh ini. biasa nya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itu lah Puteri-puteri kayangan ini akan turun bersiranm (mandi).

BERANANG
Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 'berenang'. Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangka cetek , rupa-rupanya dalam dan arusnya deras . Setelah Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, ir sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin Lidah Hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 02:15 PM | Show all posts
Kalau nama-nama tempat di Kedah sudah tentu perlu dirujuk dari bahasa Siam. Nama Raja Kedah yang terawal pun daripada bahasa Siam. Bah kan masyarakat Melayu yang bertutur dalam bahasa Siam masih wujud di beberapa tempat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Ada pengkaji yang menggelarkan mereka ini sebagai etnik Sam Sam.

Mungkin ada yang tidak sedap hati dan memohon nama tempatnya ditukar, seperti Kg Mani (mai sini) minta ditukar kepada Kg Manis, Sungai Ma (sungai anjing) ditukar kepada sungai Mas. Pendekatan Linguistik dapat menjelaskan hal-hal tersebut. Berikut nama-nama yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu daripada mereka yang arif dan fasih dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai).

Merong Maha Wangsa- Naga pembesar bangsa Harimau
Jitra-Berhenti rehat Pendang- senapang berbunyi (ada mengatakan Pendang adalah dari perkataan pendiat, namun ia masih kurang tepat)
Sik-empat
Nami - muka beruang
Changloon - gajah jatuh (gajah duduk)
Gurun - gerun, ngeri
Tajar - Pengkalan gergasi
Jerai /Che rai - nama apa?
Kokbah - pulau gila
Kokdiang - pulau merah
Chenang - nama puteri
Arau - kami
Perlis - bedak
Kangar -betis patah
Tobiar - heboh maklumkan
Ayuthiya, (Ayuthiya di Thailand dan Ayodhiya di India) - istana

Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah 1060 Hijrah didapati banyak kata pinjaman dari bahasa Siam seperti:

Kweng - pegawai
Raja Tui Yangkam Yukbad - Raja ynag derhaka enggan serah kuasa
Ka - Bunuh
Menura - kesenian


Yang pertamanya kita harus ingat jatidiri kita. Jangan cepat melatah dengan nama-nama tempat yang pelik-pelik ni. Setiap nama tu pasti ada sejarah. Namun banyak sejarah bangsa dan tanah air kita dipadam oleh pihak penjajah. Umpamanya pada tahun 1821 tentera Thailand dinasti Chakri (bukan Siam dinasti Ayuthiya) membakar habis habisan naskah-naskah Hikayat Merong Mahawangsa kerana hikayat itu mendakwa Kedah yang mengasas Benua Siam (Ayuthiya 1350M-1767M).

Antara faktor lainnya menurut orang tua-tua ialah wujudnya ancaman bunuh daripada pihak penjajah jika ada orang kita yang berbicara soal sejarah Melayu. Objektif kekangan yang diatur penjajah ternyata berkesan apabila hari ini ramai yang tidak kenal sejarah tempat sendiri. Berapa ramai tau wilayah Setul/Satun dulu hak Kedah?.

Kedah pernah digelar negeri Saiburi (Bangsa Pelayaran). Di Thailand orang masih memanggil Kedah sebagai Meang Sai (Saiburi). Menariknya sungai Saiburi terletak di Thailand, bahkan jauh, nun di sana utara lagi dari Cangwat/Wilayah Patani. Sejarawan pun pernah mengatakan Kedah dahulunya lebih luas dari yang ada sekarang hingga ke perbatasan Beruas. Kemungkinan besar juga raja-raja dan rakyat jelata Kedah dulu bertutur dalam bahasa Siam sebelum datangnya pengaruh bahasa Melayu di zaman Srivijaya.

Ikut cerita orang tua-tua Sultan Badlisyah pun berbahasa Siam ketika menziarahi adik-beradiknya di Mukim Tajar. Perlu diingat di sini, bahasa Siam di Kedah sangat berbeza dengan bahasa Thai sekarang. Mungkin di situ kita boleh beza dan bertemu kembali dengan bahasa tok nek kita....

Nama-nama tempat semacam bahasa Siam di sini dulu saya cuba terjemah daripada orang tua-tua. Mereka bagitau, saya salin ja. Betul kah tidak Wallahuaklam... sekadar tinjau-tinjau... Orang terdahulu berpesan “Nya Pein Kiat Jou Tai Keperok” (Jangan jadi Katak di bawah tempurung).

Naka – bendang lengkuas
Nako Nambua – bendang rumpun padi air mata air
Nawa – bendang keriang
Kuala Muda (Mua Dat) – himpun belerang
Kethon – jeram
Tekai & Tokai – saudagar
Sik – empat
Padang Sanai (Ser nai) – tentera dalam negeri
Tanjung Dawai (Than Wai) – pertahanan awal
Choras – mashyur bersemanyam
Palantik – bawa pindah tempat
Jit Niang – berhenti diam
Bedong – riuh rendah
Kokhap – minta lauk
Kurong Hitam – Kreang Hitam (lopak air tempa besi)
Burma (sekarang ditukar kepada Myanmar) – puak pendatang
Derga – yang hukum pancung
Pengkalan Kakap – saya menyanyi/berzanji
Baling (Banling) – kampung kera
Siung – empat ekor Dekan/Panda?
Maha Podiset – pembesar lelaki terbaik
Ban Nai – Kampung dalam/ kampung penghulu
Bedor – riuh di sana
Kampar – langkah hutan Beruas – puak kaya
Lenggong - turun duit
Gangga - persisiran perniagaan
Kangsar - tepi harimau/tentera/laksamana

http://www.mykedah.org/Menjejak-Sejarah/nama-tempat.html
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 02:17 PM | Show all posts
Jalan Harimau Tarum :

Tempat Sultan Ibrahim menembak seekor HARIMAU BERWARNA BIRU.....

kat situ laa trus jadi name Jln. Harimau Tarum
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 04:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by nazhidd at 8-10-2010 16:55

sejarah name kampung boleh ke?
hehehe..

KG SG MERAB..

dlu kat kampung ni banyak pkok terap kat area tepi sungai..dan pengasas kg kalo tak silap aku 'tok morah' ni name kn kampung ni sebagai sg merab..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:12 PM | Show all posts
dari citer yg aku dgr...asal nama sabak bernam adalah sahabat berenam..tp citer detailnya aku dh xingt. ada sapa2 tau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2010 05:24 PM | Show all posts
Aruah mak aku kata kg Semabuk kat Melaka tu asal dari Sir (pegawai British) yang selalu mabuk. Bila dia mabuk, dia akan mengamuk dan menyerang orang kampung, jadi bila dia mengamuk, prang kampung akan beri amaran " Sir mabuk! Sir mabuk!" Lama2 melekat lah nama Semabuk!

Kalau sapa2 tau asal nama Semabuk tu lain dari citer aku, tolong betulkan!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 06:05 PM | Show all posts
nama kampung aku agak unik skit...kampung sungai balai darat...aku teringin nak kaji camnelah boleh muncul balai dalam sungai, darat tu dari mana la plak...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 06:08 PM | Show all posts
Kulim - pokok Kulim . (nama saintifik Scorodocarpus borneensis Becc)

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 06:14 PM | Show all posts
Reply 6# Alxeydiena3699


    saya pon x ingat sgt tapi saya try yer......


dulu ader ujan lebat kat saner......nak dijadikan citer sg perak hampir melimpah keluar, pastu pokok lak tumbang kat sg sampai air sg tu sebak.......lpas tu ader enam sahabat nih alihkan pokok tue supaya supaya air sungai tu tak sebak lagi......

jadi lar tempat tu namer sabak bernam.......ini ikut citer arwah ayah say dulu lar.....tak accurate sgt sbab saya dengar skali jer maser kecik2 dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 07:26 AM | Show all posts
bandar Kluang Johor

masa baru diteroka, kawasan ni ada banyak spesis kelawar pemakan buah yang dipanggil Keluwang

nak pendekkan jadi lah kluang...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 09:13 AM | Show all posts
Reply  Alxeydiena3699


    saya pon x ingat sgt tapi saya try yer......


dulu ader ujan leb ...
shahaizat Post at 8-10-2010 18:14



    ooo...byk versi rupenya..coz yg sy dgr lain skit..sy xingt la
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 12:56 PM | Show all posts
asal usul nama rembau pula dikatakan berasal dari nama sebatang pokok yg tinggi nama pokok tu rembau, jadi dari situ la daerah rembau dapat nama...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 02:02 PM | Show all posts
alor setar asal dari pokok setar yg banyak disekitar situ

setar tu bukan bermaksud bintang mcm yg org dok anggap
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 05:50 PM | Show all posts
bukit mertajam lak diamik dari nama pokok mertajam. dan ada sebuah bukit kat situ yg byk pokok mertajam. so jadi bukit mertajam
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 07:35 AM | Show all posts
Pasir Gudang - dapat nama dari gudang pasir yang ada kat sini di awal penerokaannya dulu. Wujud seawal tahun 1918. Hah... ada wilayah PG yang dah jadi Singapore pun i.e Kg. Pulau tekong. (SIAPA TAHU CAMNE PULAU TEKONG bleh dapat kat Singapore?)

Pada tahun 1977 PKENJ telah mengambil alih tanah di sini dan dimajukan, wujudlah pelabuhan, kilang-kilang dan taman-taman perumahan. Malah Pasir Gudang telah mencatat sejarah menjadi PBT pertama yang diswastakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2010 12:19 PM | Show all posts
asal usul nama sebuah pekan di daerah segamat,johor..
Labis(di ambil dari facebook Anak Anak Labis)

Kononya berpuluh-puluh tahun dahulu,Labis belum lagi dikenali sebagai nama 'Labis' sehinggalah menurut cerita orang tua-tua bahawa asal nama tempat ini adalah daripada perkataan 'labi-labi'.Pada masa itu kawasan Labis masih diliputi hutan tebal.Binatang-binatang liar masih berkeliaran.Dan disitu kawasan paya terdapat banyak labi-labi.Labi-labi ialah sejenis binatang yang mempunyai bentuk badan serupa dengan kura-kura dan tuntung.

Menurut cerita daripada orang-orang dahulu,kawasan yang menjadi tumpuan labi-labi ialah Sungai Paya Merah.Pada ketika itu,Sungai Paya Merah ini ditumbuhi sejenis rumput yang berupa seperti pokok tebu kecil setinggi tiga ela.Tetapi yang menghairankan,rumput ini hanya tumbuh di tepi sungai tanah paya itu dan tidak terdapat di tepi sungai lain.Jenis rumput ini menjadi makanan kegemaran labi-labi.Anehnya,apabila rumput ini hampir mati layu ia akan bertukar menjadi warna merah.Selepas layu,ia akan terendam ke dalam sungai,warna merah yang ada pada tumbuhan ini akan meluntur keluar dan mewarnai air sungai menjadi merah seperti darah.Daripada sinilah orang kampong menamakan sungai itu sebagai Sungai Paya Merah dan kampong merka sebagai Labi-labi.

Kira-kira pada kurun kesembilan belas,orang putih melawat Kampong Labi-labi.Mereka hairan dan terperanjat melihat banyak labi-labi merayap lalu bertanya akan nama binatang tersebut.Penduduk disitu pun menjawab,Labi-labi tuan, berulangkali.Tetapi pegawai orang putih itu menggelengkan kepala seolah-olah tidak faham.Kemudian pegawai itu pun berfikir sejenak dan tersenyum,Labis, oh these are Labis.Pada pendapat orang putih kata jamak perkataan labi-labi dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Labis.Maka nama Labi-labi yang digunakan kemudian ditukarkan kepada Labis atas nasihat pegawai inggeris itu.

Maka,orang ramai pun datang beramai-ramai membuka penempatan di sekitar paya itu.Sawah padi telah dibuka.Rumput merah yang dikenali oleh penduduk kampuing dibersihkan dan labi-labi yang banyak itu kehilangan sumber makanan utama.Selepas kejadian itu,bilangan labi-labi kian berkurangan.Akhirnya labi-labi tidak lagi kelihatan di Labis sehinggalah sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 08:26 AM | Show all posts
Kg.Changkat Tualang, Perak & Tualang Sekah, Perak

Crite ni dgr dari bapak aku sendiri.. betul ke idak, wallahualam..
Changkat = Busut (mungkin perkataan ni menyatekan bahawe busut ni besar..

Sebatang pokok tualang besar yg tumbuh diatas changkat/busut (ataupun changkat/busut tu naik selepas pokok ni tumbuh).
Sebabkan saiz pokok ni mengerunkan, kn ni dinamakan sempene pokok tu.. (Tualang diatas Changkat - Kg. Changkat Tualang)
Pokok ni kononnye telampau tinggi.. Nak dijadikan cerite, pokok ni kene panah petir kat bahagian atas.. Pokok ni sekah (patah bahagian atas) jatuh melayang.. angin tu terbangkan bahagian yg patah td jatuh ke satu kawasan.. Kawasan tu jadi name Kg.Tualang Sekah.
jauhnye 2 kmpung ni dlm 30km rasenye....

kalo crite ni betul, bayangkan la besar mane pokok ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 08:28 AM | Show all posts
Ipoh

Asalnye bandaraye ni dari kawasan perkampungan..
kg ni lak dpt name sebab kaw kg ni banyak pokok ipoh..
xde ape crite mitos pasal ipoh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 08:33 AM | Show all posts
Batu Gajah

Kononnye, tempat ni Sang Kelembai pernah lalu time die mengembare..
Die sampai kat Sg.Kinta tuk minum air, ternampak gajah dan anak gajah mandi (mgkin berendam) kat tgh sungai..
Ditegonye gajah2 tersebut dan jadilah batu..
Kononnye ade lg batu ni kat sg.kinta tu..
(Sang Kelembai ni terkenal dgn crite dongeng yg mampu mengubah sesuatu menjadi batu hanye dgn menegur)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.515643 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list