CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214465|Reply: 2479

NUR KASIH[PART IX]

   Close [Copy link]
Post time 17-10-2010 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 18-11-2015 10:51 PM

Post Last Edit by hijau88 at 11-4-2011 12:15

                                                     ASSALAMUALAIKUM.

                                   MARI LA SAMA2 MEMERIAHKAN RUMAH BARU NI.

                                             

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2010 09:08 AM | Show all posts
DIVA INTERAKTIF
Remy-Tiz mula pegang-pegang
KELIBAT Remy dan Tiz berpegang-pegang dilihat umum ketika mereka sama-sama menyaksikan acara Moto GP yang diadakan di Sepang pada 10 Oktober lalu. Berkasihankah mereka?



BERGANDINGAN di televisyen sudah, di filem pun sudah. Nampak keserasian dan jelas ikatan kimia itu sudah terjalin dengan baik. Tapi ini bukan hal bergandingan dalam naskhah drama Nur Kasih atau produksi lain, ada sumber yang mendakwa terserempak Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bergandingan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP pada tanggal 10.10.10 baru-baru ini.
Sudah adat mata melihat pastilah ingin menyaksikan pemandangan yang indah. Menurut sumber Diva, sedang dia asyik memerhatikan awek-awek yang menarik di sekitar acara Moto GP, dia terpandangkan seorang gadis putih gebu berpegangan tangan dengan seorang lelaki perkasa. Bila ditilik-tilik, rupanya dia kenal benar dengan dua jasad yang berada di depannya.
Terus dia terimbaskan kembali ikatan kasih sayang Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam kisah Nur Kasih. Tidaklah dapat dipastikan sama ada mereka berdua ini sudah mendapat nur untuk membina perhubungan cinta. Tetapi kata sumber Diva, aksi berpegangan tangan mereka sudah jelas menunjukkan mereka seperti berada dalam sebuah perhubungan yang suci.
Setahu Diva, Tiz dan Remy memang sudah bersahabat baik sejak sama-sama menjadi tunjang drama berkenaan, lantas persahabatan itu terbawa hinggalah ke luar lokasi dan selalulah mereka bertanyakan khabar jika jarang bertemu.
Mata Diva masih lagi nampak mereka sebagai teman baik. Tetapi apabila diberitakan tentang acara berpegangan tangan di bawah sinaran cuaca matahari yang terik Ahad lalu, tak mustahil juga, itu kata hati Diva. Tak salah pun kalau mereka ini mahu berkasihan kerana masing-masing tidak ada komitmen. Tetapi nasihat Diva, kalau benar mereka bercinta janganlah berahsia. Takut pelbagai cerita keluar nanti.
Sebelum ini Remy pernah dikaitkan dengan beberapa wanita dan Tiz pula pernah menempa kontroversi dengan kekasih orang, jadi Diva tidak mahu nama mereka kembali keruh.

Diva: Tahniah buat Remy kerana dilantik duta produk Dashing.

credit to: kosmo online.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 09:15 AM | Show all posts
Check In Umah Baru dgn lagu Kalau Berpacaran - Boleh Pandang2, Jangan Pegang2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 09:28 AM | Show all posts

wah... berita gembira ni... aku rsa la...
SHOUT! AWARDS 2010




                    18 oktober - 11 november -> sms
                              18 OCTOBER 2010 -> ONLINE



RAJIN2 KAN LA JARI JEMARI ANDA UTK MENGUNDI K. TQ.

                                         



Voting ends on the 20th of November. The Shout! Awards will be held on the 20th of Nov at Putra Stadium in Bukit Jalil at 8:30 pm




SILA LA KE WEBSITE NI K UTK MAKLUMAT LANJUT;
http://www.shoutawards.com.my/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 09:35 AM | Show all posts
welcome kuneng.
wakkaka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 09:35 AM | Show all posts
wah....di pagi hari ahad ni....
ade umah baru...citer pun baru....
cukup menyenangkan hati woooo..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2010 09:39 AM | Show all posts
Tiada sengketa
Oleh Zaidi Mohamad

2010/10/17

Khabar angin mengaitkan dua pelakon kononnya tidak persefahaman akibat gosip 'rampas kekasih'

BENARKAH pelakon Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz bermasam muka atau jauh sekali tidak bertegur sapa? Itu telahan yang timbul tahun ini berikutan timbul cerita kononnya Tiz cuba menagih cinta daripada Fizz. Dramatis muda, Almy Nadia selaku kekasih Fizz turut menerima tempias.
     Semuanya bermula apabila bertebaran khabar angin mengatakan Tiz rapat dengan kekasih Fasha Sandha yang dikenali dengan panggilan Jejai. Rentetan daripada itu, melarat pula versi cerita dengan plot sama mengaitkan Fizz yang dikatakan bermasam muka dengan Tiz gara-gara Tiz dikatakan mahu ‘mencaras’ Almy.
     Ternyata telahan itu jauh tersasar kerana sesi fotografi yang berlangsung bersama B*POP baru-baru ini, membabitkan Tiz dan Fizz membuktikan sebaliknya. Dengan dua persalinan tajaan WANPA termasuk sut krim Lord’s Tailor yang dibawa Fizz, lagak mereka dalam foto cukup menarik dan mempesonakan.

    Entah dari mana kuasa dan magis yang datang, karakter Fizz yang humor serta merta berubah serius. Sekali pandang, aksi pelakon bernama penuh Mohd Fairuz Zainal Abidin ini tak tumpah macam gaya supermodel. Sesekali, Fizz tak boleh membuang sifat semula jadinya mengusik Tiz yang sedikit kekok pada awal fotografi.

     Penampilan Fizz yang terbaru ini agak berbeza. Maklumlah berat badannya sudah berkurangan daripada 71 kilogram menjadi 67 kilogram. Akui Fizz, dia rajin melakukan senaman di gimnasium. Jadi selepas ini jangan harap, Tiz dan kru filem Nur Kasih yang lain boleh mengejeknya berperut gendut lagi.

    “Hubungan kami (merujuk kepada pelakon filem Nur Kasih) amat rapat sewaktu penggambaran berlangsung. Jadi memang tidak tepatlah kalau ada yang berprasangka saya dan Tiz bersengketa gara-gara gosip yang timbul itu. Kami boleh berlawak dan bertepuk tampar di set penggambaran dan apa yang kelihatan ketika fotografi ini bukan propa,” katanya membuka bicara.
     Baik Fizz mahupun Tiz, mereka tidak mengambil kisah mengenai gosip terbabit. Masing-masing sedar, mereka yang bernama manusia boleh terus menghakimi tanpa mengetahui isi sebenar yang terjadi. Jelas tiada sengketa antara mereka.

    “Tiada istilah hubungan kami tak baik. Tiada benda sebenarnya yang terjadi. Apa yang terjadi hanya cerita yang digembar-gemburkan. Saya sendiri hanya mampu gelak dengan apa yang timbul. Lagipun semua gosip itu timbul ketika kami sibuk di lokasi penggambaran filem Nur Kasih,” celah Tiz Zaqyah.

     Ketepikan sementara kisah itu, kerana fokus sebenar yang perlu diberi perhatian ialah kerjaya dua bintang ini yang cukup beruntung menerima impak daripada filem Nur Kasih arahan Kabir Bhatia itu. Fenomena yang dicipta tahun lalu asalnya dari versi drama jelas sudah meledakkan populariti mereka.

     Selepas disiarkan di TV3 sejak 29 Mei tahun lalu hingga mencecah rating hampir lima juta penonton, peminat pastinya tidak sabar untuk melihat karya yang sama diangkat ke pentas filem. Jangkanya filem yang menjalani penggambaran di Jordan termasuk Malaysia itu akan ditayangkan kepada umum pada Mac 2011.

     “Untuk versi filem, konflik yang cuba dipaparkan pengarah lebih berat termasuk watak Aidil yang dipegang saya sendiri. Aidil perlu berdepan perasaan apabila kehilangan orang tersayang, hati ibu dan adik sendiri. Perasaannya antara Nur Amina juga ada sedikit tempias terutama ketika di Jordan,” kata Fizz sambil memberitahu proses memasukkan suara bagi filem itu termasuk penggambaran poster sudah selesai dijalankan.

    Sewaktu fotografi ini dijalankan Fizz sedang melunaskan baki penggambaran telefilem Semua Nak A Juga untuk slot cerekarama di TV3. Turut sama berlakon ialah Nabil Raja Lawak yang berganding dengannya buat kali kedua selepas drama Labu Labi.

    Menurut pelakon yang akan genap 31 tahun pada 22 Oktober ini, versi filem Labu Labi akan dilaksanakan tahun depan dan ia akan ditangani Adlin Aman Ramlie selaku pengarah. Selain itu, Fizz juga akan melunaskan penggambaran telefilem Selamat Pulang Anak-Anakku untuk slot Cerekarama bersama Rita Rudaini dan Noorkhiriah.

    “Alhamdulillah rezeki berlakon saya makin murah. 2009 memberi sinar kepada pacuan kerjaya saya kerana hadirnya karya Nur Kasih yang cukup bermakna dalam hidup saya. Drama itu buat pertama kali melayakkan saya tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.

    “Sebagai pelakon, saya mengharapkan impak yang sama pada tahun ini dan tahun mendatang sebagaimana dirasai tahun lalu. Bukan semudah memetik jari untuk mendapat karya mahupun cerita berjiwa dan boleh menarik tonton ramai. Ia seperti keajaiban yang datang tanpa diduga,” katanya yang khabarnya kini menunggu pengesahan terbabit dalam dua filem lagi arahan dua pengarah hebat.

Nur Amina lebih menderita

TIZ Zaqyah yang turut berkongsi tarikh lahir dengan Fizz pada bulan ini  turut berkongsi debaran menanti kehadiran filem Nur Kasih. Penangan versi drama terus mencatat kejayaan peribadi kepadanya kerana watak Nur Amina melayakkannya menggenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) 2009.

     Cuma selepas diingati dalam drama Nur Kasih dan kejayaannya dalam anugerah kebanggaan Berita Harian itu, nama Tiz bagaikan hilang sengat. Sekalipun ada produk baru seperti drama Asmaradana dan Spa Qistina, Tiz dilihat seperti gagal untuk menyinar lagi.

     Sesekali namanya hanya terpercik dek tempias beberapa deretan gosip yang berlalu begitu saja. Ternyata hingga saat ini belum ada karya yang mampu membuatkan Tiz kembali menyinar. Katanya, ketika ini dia sibuk menghadiri uji bakat untuk drama dan filem.

     “Saya akui biarpun muncul dengan drama lain, saya masih dibayangi dengan watak Nur Amina. Cuma kebelakangan ini, saya mula sedar, khalayak mula menyedari kehadiran nama Tiz seadanya tanpa karakter lain yang pernah saya bawakan sebelum ini.

    “Saya tahu jangkaan peminat selepas ini lebih tinggi menanti karya yang lebih hebat daripada Nur Kasih. Saya hanya mampu menunggu keajaiban itu datang lagi. Barangkali peminat saya boleh bersabar dan menanti hasil filem Nur Kasih pada tahun depan sebagai ukuran baru untuk kerjaya seni saya,” kata Tiz yang mula berlakon pada 2006.

    Ditanya mengenai filem Nur Kasih, Tiz menjelaskan senario berbeza yang akan dipersembahkan berbanding drama. Jika dulu, drama lebih cenderung mempersoalkan apa yang kita sanggup lakukan demi cinta. Bagaimanapun, versi filem mengubah paksi cinta itu kepada Yang Maha Esa.

    “Ironinya, versi filem lebih padat kerana ia akan ditayangkan dalam durasi masa, satu jam setengah. Jika drama, Nur Amina lebih bersifat menurut apa saja tetapi ia berubah sekelip mata dalam filem. Nur Amina lebih menderita di samping diuji dengan cabaran serta ujian daripada Tuhan,” katanya yang masih bergerak sendiri tanpa bantuan pembantu peribadi atau pengurus.

     Dalam sisi lain, Tiz Zaqyah sebenarnya sudah melebarkan sayap sebagai penyanyi. Sebagai permulaan dia sudah merakam kembali lagu tema Nur Kasih bersama Yasin sebelum menjalani penggambaran filem itu. Malah difahamkan wujud perancangan pihak tertentu untuk menggandingkannya dengan penyanyi lain.

    “Lagu itu asalnya dinyanyikan Yasin untuk versi drama Nur Kasih. Bagaimanapun, tak semena-mena saya mendapat peluang untuk berduet bersama Yasin. Bila dapat peluang ini daripada pihak produksi, saya rebut saja. Kalau nak tahu hasilnya kenalah tunggu apabila lagu itu dimainkan kelak.

    “Sejujurnya, saya boleh anggap permulaan ini sebagai batu loncatan untuk saya meneroka bidang nyanyian pula selepas ini. Kalau ada tawaran yang cenderung ke arah itu, kenapa tidak saya mencuba. Saya memang minat menyanyi dan hampir kebanyakan kita memang sukakan perkara itu,” katanya.

Fizz Fairuz

Buat pertama kali terbabit dalam iklan komersial minuman kesihatan Long Jack Orang Kampung yang diarahkan Ghaz Abu Bakar.

Selain berlakon, Fizz turut bergelar usahawan dalam bidang penternakan lembu  melalui perkongsian syer syarikat Kasih Tania Enterpises miliknya selain turut, mengorak langkah mengusahakan restoran Nur Kasih di Ketari, Bentong, Pahang yang dibuka sejak 6 Jun lalu. Menurut Fizz, restoran yang sama akan dibuka cawangannya di Kuala Lumpur.

Sempat diaju soalan peribadi yakni perkahwinan dan kata Fizz yang sudah hampir lima tahun menjalinkan cinta dengan Almy Nadia, dia memberitahu sudah merancang untuk menamatkan zaman bujangnya sekitar tahun depan. Sambil tersenyum, Fizz berkata Insya-Allah.

Tiz Zaqyah

Bernama penuh Tiz Zaqyah Abdul Razak dan akan genap 22 tahun pada 25 Oktober ini.

Filem Nur Kasih menjadi filem sulungnya.

Turut mendapat tunjuk ajar dan mempelajari etika nyanyian daripada penyanyi Yasin ketika terbabit dalam proses merakamkan lagu Nur Kasih yang dicipta  Yasin dan isterinya Eena Houzyama.

Tiz mengakui sejak kebelakangan ini dia sudah jarang bersosial dan melakukan aktiviti berhibur di sebelah malam bersama kawan seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini. Kata Tiz, dia lebih selesa menghabiskan masa di rumah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya.

Penghargaan

Solekan dan dandanan: Tiz Zaqyah oleh Syarified by Syahrul Mazlan () dan Fizz Fairuz (Chot)
* Busana tajaan: WANPA (019-6690719 dan 012-2386148   
         

credit to: bpop online.

p/s jgn ada yg jeles suda la. kena bli berita minggu ni. mayb ada pic yg lbh menarik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 09:39 AM | Show all posts
patutnye bagi si RI ngan TZ ni dengor lagu KALAU BERPACARAN...
jdi xde sape yg tau...haaa, kan dah kantoi....
sile jwb lah yer.....klu ler betul....korang mesti suker kan..kan....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2010 09:39 AM | Show all posts
welcome adifrs.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 09:47 AM | Show all posts
aku rsa drama asmaradana tu popular jgk... cuma jrg digembar-gmburkan oleh phak media.
mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 10:14 AM | Show all posts
bila nak keluar panggung, tak sabar nak gi tengok! jgn macam hampeh dah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 10:50 AM | Show all posts
Reply 2# hijau88

wah..mmg benar2 masin mulut korg nih....pesal aku lak yg sonok nih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 11:06 AM | Show all posts
salam selamat pagi...Alhamdulillah pagi yg ceria hatiku hapi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 11:08 AM | Show all posts
ASSALAMUALAIKUM.
                                   MARI LA SAMA2 MEMERIAHKAN RUMAH BARU NI.{:1_15 ...
hijau88 Post at 17-10-2010 09:03



    Wa'alaikomsalam hijau88....rumah ini akan jadi lebih meriah..Insha'Allah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 12:19 PM | Show all posts
DIVA INTERAKTIF
Remy-Tiz mula pegang-pegang
KELIBAT Remy dan Tiz berpegang-pegang dilihat umum ket ...
hijau88 Post at 17-10-2010 09:08



    Pergghhhhhhhhhhh.....

"Cinta adalah anugerah yang kuasa, bila terasa betapa indahnya..sungguh lemah diriku..tak beerti hidupku..bila tak ada dirimu"..radja(aku ada kerana kau ada)......spesel dedication to tutttt

hikhikhikk
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 01:58 PM | Show all posts
Reply 15# cinta11


    wahh.... adif....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2010 02:00 PM | Show all posts
Wa'alaikomsalam hijau88....rumah ini akan jadi lebih meriah..Insha'Allah
suri21 Post at 17-10-2010 11:08



    semestinyer............
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 02:02 PM | Show all posts
bila nak keluar panggung, tak sabar nak gi tengok! jgn macam hampeh dah!!!
lizaliza Post at 17-10-2010 10:14



    bln 3 kot...rase marbeles punye pilem....pecah panggung punyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 02:04 PM | Show all posts
welcome adifrs.
hijau88 Post at 17-10-2010 09:39



    maceh ijo....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 03:37 PM | Show all posts
penat mencari, dah pindah sini!!!
aidil dan adam bersama nur amina.
aidil pun pegang kuat si nur cam adam.
byk betul berita adam dan nur sekarang. Good. Very good.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.121822 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list