CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86124|Reply: 135

Mohamed Ya'cob kekal digantung atas kesalahan membunuh Along SPOON!!

 Close [Copy link]
Post time 3-11-2010 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Mohamed Ya'cob kekal digantung
Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my



PUTRAJAYA 2 Nov. - Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati kekal menjalani hukuman gantung atas kesalahan membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Sabi'ul Malik Shafiee atau Along, hampir 11 tahun lalu setelah rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa keterangan ikut keadaan yang disandarkan pendakwa raya kukuh untuk mensabitkan perayu atas tuduhan membunuh.

Mahkamah sebulat suara berpendapat, keterangan-keterangan tersebut juga mencukupi untuk menolak andaian kononnya penyanyi kumpulan remaja itu diculik dan dibunuh oleh individu lain.

Ini kerana Mohamed Ya'cob, 44, merupakan orang terakhir dilihat bersama Along pada malam kejadian manakala penemuan mayat mangsa dalam guni di tempat yang sama mereka ditinggalkan, menguatkan lagi kes pendakwaan.

Sehubungan itu, beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berpuas hati bahawa tiada sebab bagi panel tersebut menolak penemuan hakim bicara ketika mensabitkan perayu.

Dengan itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 10 April 2002 yang mensabitkan anggota polis tersebut serta Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya pada 29 Ogos 2008.

Sebelum prosiding ditutup, Hakim Zaki memberitahu Mohamed Ya'cob bahawa peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik telah mengemukakan hujah yang kuat dan bernas tetapi mahkamah membuat keputusan berdasarkan fakta serta undang-undang.
Perayu yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999.

Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999. Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Hakim Abdull Hamid ketika membacakan keputusan itu menjelaskan mengapa panel tersebut menerima keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwa raya sewaktu mensabitkan perayu.

Beliau menyatakan, keterangan saksi pendakwa ke-13 (SP13) iaitu rakan perayu menyatakan dia diarah oleh Mohamed Ya'cob memandu kereta melalui jalan yang sunyi sebelum diminta oleh perayu meninggalkannya bersama-sama Along di situ, jelas menunjukkan perayu merupakan orang terakhir dilihat bersama Along.

Sekembalinya saksi berkenaan, perayu dilihat berseorangan dan menyatakan "Biarkan dia" apabila ditanya oleh SP13 kenapa Along tiada bersama.

Perayu juga menyatakan "Apa-apa hal saya tanggungjawab" ketika kehilangan Along disiarkan dalam akhbar.
Pada hemat Hakim Abdull Hamid, panel itu berpuas hati dengan keterangan bahawa wujud perasaan cemburu di hati perayu menyebabkan dia berulang kali bertanya kepada Along bagi mendapat kepastian sama ada mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Beliau selanjutnya berpuas hati dengan hujah Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud bahawa hakim bicara tidak tersalah arah ketika menerima masuk maklumat yang membawa kepada penemuan mayat Along (P32).

Pada hemat beliau, maklumat di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan itu relevan dan mempunyai kaitan langsung dengan kes pendakwaan.

Beliau turut menyatakan, mahkamah menolak hujahan peguam bela bahawa perayu dinafikan hak mendapat perbicaraan yang adil walaupun alasan penghakiman ditulis selepas tempoh lima tahun lima bulan.

Hakim Abdull Hamid berpendapat, bukan semua kelewatan boleh membatalkan prosiding mahkamah kerana rayuan perlu didengar berdasarkan merit kes.

Menurut beliau, lagipun perbicaraan tamat dalam tempoh sebulan empat hari sahaja sebelum keputusan diumumkan pada 10 April 2002.

Pada akhir prosiding, Hakim Abdull Hamid menolak hujahan bahawa kemungkinan Mahkamah Rayuan mengambil kira percakapan beramaran perayu (ID31) ketika mencapai keputusannya kerana alasan penghakiman yang dikeluarkan tidak langsung merujuk kepada dokumen tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2010 12:33 PM | Show all posts
pengajaran dlm kes ni kalau rasa2 tak nk kena campak dlm gaung jangan lah kacau isteri orang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:38 PM | Show all posts
pergghhh

11 tahunnn...................
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:40 PM | Show all posts
nih leh sambung rayuan lagik 11 tahun tak..? buang masa bagi makan penjenayah jer
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:40 PM | Show all posts
mana kubur c Along Spoon ni?......
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:47 PM | Show all posts
family dia yakin along masih idup lagi kan....semoga roh nye ditempatkan didlm golongan org y beriman...amin...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2010 12:52 PM | Show all posts
laaa ingat dah lama KO polis ni....kes lama ni....kira puaslah jugak dia hidup 10 tahun lebih dlm penjara tu....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:54 PM | Show all posts
dunia balas dunia...alfatihah to Sabi'ul aka Along..amin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 12:54 PM | Show all posts
jgn kacau bini orang lagiiii:@mati sia2
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:57 PM | Show all posts
jgn celup pan*** bini org..........
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:59 PM | Show all posts
asal aku tak tau pasal kes ni ekk
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:59 PM | Show all posts
aku ingtkan die dah matik kene gantung..rupenye idop lg ek
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 01:06 PM | Show all posts
punyalah lama duk dlm jel..last2 kena gantung jgk
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 01:06 PM | Show all posts


ni gambo polis itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 01:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 01:47 PM | Show all posts
dalam islam membunuh orang yang berzina & mengacau isteri kita .... adakah berdosa dan di perlu di hukum bunuh ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 02:04 PM | Show all posts
nak marah kan lelaki tu..patutnya bini sendiri ditegur..dimarah...jangan membabi buta bunuh orang lain..kalau bertepuk sebelah tangan takkan menjadi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 02:40 PM | Show all posts
lama sangat kes ni apa nama pmpuan tuh, salina ke apa, tak ingat apa cerita pempuan tuh skang?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 02:45 PM | Show all posts
ada pernah keluar artikel pasal ayah along dah dah dpt menerima kematian along
pastu dia siap citer sepjg dia tak dpt menerima kejadian tu, byk la duit dia berhabis cari bomoh bagai nak cari anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 03:11 PM | Show all posts
Bini dia gak yg untung. dah puas ngan laki dia dah. Dpt rasa skandal ngan along, penyanyi trkenal woooo...
Skarang dah janda dpt peluang rasa laki baru.
2 org lelaki hancur hidup kerana dia sorang. Tu belom campur keluarga along esp bapaknya yg x keruan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.086845 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list