CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52599|Reply: 256

Zarina & Ismail Rancang Kahwin 2 tahun lagi!

  [Copy link]
Post time 15-11-2010 12:53 PM | Show all posts |Read mode










Mengenangkan usianya yang semakin menghampiri angka 30 tahun, penyanyi dan pelakon Zarina Zainordin, 26, kini terpaksa akur hubungan cintanya yang terjalin baru tiga bulan lalu merupakan sebuah hubungan yang serius.


Walaupun baru kali pertama digandingan dengan pelakon yang baru meningkat naik, Ungku Ismail Aziz dalam drama Syurgamu Ramadan, yang popular di TV3 pada bulan puasa lalu, kini hati Zarina benar-benar terpaut pada jejaka tinggi lampai itu serta sudah merancang untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.
"Saya boleh katakan hubungan kami masih dalam peringkat awal dan masih mengenali hati budi masing-masing. Cuma saya dapat rasakan hubungan cinta saya kali ini lebih cool, lebih matang dan tak terlalu ikutkan hati masing-masing serta lebih senang membiarkan masa yang menentukannya.
"Apa yang pasti buat masa terdekat ini kami akan stabilkan hidup masing-masing dan soal kahwin saya jangkakan selewat-lewatnya dalam dua tahun lagi kerana saya mahu pastikan sebelum umur 30 saya sudah mendirikan rumah tangga.


"Lagipun kami sudah pun berjumpa orang tua masing-masing bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara dua pihak," kata Zarina ketika ditemui dalam satu sidang media drama seram, Saka Jentayu kelmarin.


Sama seperti Zarina, Ismail juga tidak menafikan yang dirinya jatuh cinta pada pertama kali bertemu dan mengakui senang dengan sikap dan perwatakan gadis itu.


"Saya juga tak menyangka pertemuan kali pertama kami ketika sama-sama menjayakan drama Syurgamu Ramadan telah membuatkan saya terpikat padanya. Dia seorang gadis yang ringkas, sempoi dan berdikari serta seorang perempuan yang pandai membawa dirinya ke mana sahaja.
"Saya suka cara dia membawakan dirinya kerana dia seorang mudah adapt dalam satu-satu situasi. Jadi saya rasa senang untuk berkawan dan bercakap pelbagai topic dengannya," kata Ismail yang turut ditemui dalam sidang media yang sama.


Menurut Ismail lagi yang juga mempunyai ijazah dalam jurutera mekanikal ini, dia berhasrat untuk mencapai cita-citanya terlebih dahulu sebelum memperisterikan Zarina.


"Mungkin dalam bidang lakonan saya sudah mencapai apa yang saya mahu kerana saya menganggap lakonan sebagai pekerjaaan sampingan saya. Namun saya mempunyai cita-cita saya sendiri sebagai seorang jurutera kerana saya juga ingin berjaya dalam perniagaan jurutera satu hari nanti.
"Oleh itu, saya rasa lebih baik saya stabilkan hidup saya terlebih dahulu sebelum saya memikul tanggungjawab untuk menyara anak dara orang satu hari nanti. Insyalah saya mensasarkan dua tahun lagi untuk mengambil Zarina sebagai isteri saya," jelasnya lagi.


Zarina dan Ismail telah dipertemukan kali kedua sebagai seorang kekasih dalam slot seram TV3, Saka Jentayu. Drama bersiri seram ini akan mengusul bagi menggantikan drama seram Durja Ningsun pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam mulai 25 November ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 12:55 PM | Show all posts
Putih gebu ismail nie dlm citer " Antara Garisan"...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 12:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by cikieda at 15-11-2010 13:00

Tak takut Ungku dirampas




DIA tidak pernah serik untuk menjalinkan hubungan cinta sesama rakan artis. Begitu juga dengan hubungan 'cinta lokasi' apabila bintang program realiti Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zarina Zainordin, 26, dikaitkan pula dengan pelakon Ungku Ismail Ungku Abd Aziz.

Mereka dipertemukan ketika berlakon Syurgamu Ramadan, bukan satu rahsia lagi tetapi kata Zarina soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

"Bukannya soal saya percaya atau tidak dengan cinta golongan artis ataupun cinta lokasi. Hakikatnya, memang saya tidak percaya dengan semua itu sebelum ini.

"Tetapi apabila saya bertemu dengan pelakon Ungku Ismail di lokasi penggambaran, barulah saya mempercayainya.

"Kali pertama, kami bertemu ketika berlakon dalam Syurgamu Ramadan yang disiarkan di TV3 menerusi slot Samarinda. Dalam siri arahan Shahrulezad Mohameddin itu, saya membawa watak Aishah sebagai suami isteri dengan Ismail yang membawa watak Yassin.

"Selepas berlakon sama, hubungan kami menjadi semakin akrab. Kami juga bergandingan sekali lagi dalam drama bersiri 13 episod, Saka Jentayu arahan Abdul Azizi Awang Ghazali juga untuk TV3," katanya.

Dalam kesempatan bertemu pasangan itu ketika pelancaran Saka Jentayu, Zarina dan Ungku Ismail menjadi tumpuan media untuk bertanya hubungan cinta mereka.
Akui Zarina, dia dan Ungku Ismail kini sudah menjalinkan hubungan selama tiga bulan.

Katanya, hubungan mereka serius tapi masih di peringkat awal lagi.

"Saya juga tidak melihat perbezaan usia setahun sebagai penghalang hubungan kami. Sekalipun Ungku Ismail baru berusia 25 tahun, dia seorang yang cukup matang.

"Saya tertarik dengan ciri-ciri yang ada pada dirinya, lemah lembut, menghormati orang tua dan sangat komited terhadap karier," katanya.

Soal kahwin pula, kata Zarina, dia memberikan tempoh dua tahun lagi untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Saya juga tidak mahu main-main lagi dalam soal kahwin kerana usia bakal mencecah usia 27, tahun depan. Namun, buat masa ini, kami masih dalam proses mengenali hati budi.

"Saya juga tidak takut jika ada orang yang ingin merampas Ungku Ismail dari saya kerana saya percaya dia akan menunggu sehingga saya sudah bersedia untuk berkahwin.

"Lebih bermakna, keluarga kami juga merestui hubungan kami. Apapun, saya juga mengharapkan hubungan kami berakhir ke jenjang pelamin," katanya.

Ungku Ismail pula berkata, dia selesa berkawan dengan Zarina kerana dia pandai membawa diri dalam apa juga keadaan. Akuinya, Zarina bukanlah cinta pertamanya kerana pernah putus cinta sebelum ini tapi bukan dari kalangan artis.

"Insya-Allah, jika ada rezeki dan jodoh, kami akan mengakhiri hubungan ini dengan perkahwinan. Sekalipun bercinta, kami memang tiada masalah untuk berlakon sama. Contohnya dalam Saka Jentayu kami cukup profesional di lokasi penggambaran dan tahu tanggung-jawab masing-masing," katanya.

Menurut Ungku Ismail yang juga pemegang ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti of Strathclyde, Glassgow, Scotland ini juga sudah berkecimpung dalam bidang seni, selama empat tahun.

"Saya memang minat bidang muzik, sejak kecil lagi. Berlakon cabang seni yang diminati, sejak dulu. Buat masa ini, fokus saya juga hanya pada bidang lakonan dulu.

"Saya berlakon kerana minat dan bukan untuk mengejar glamor semata-mata. Jika saya sudah bergelar jurutera pun satu hari nanti saya tetap tidak akan tinggalkan bidang lakonan yang diminati ini.

"Saya percaya, boleh melakukannya kerana Zarina juga buat dua kerja dalam satu masa kerana selain berlakon, dia menceburi bidang nyanyian," katanya yang berasal dari Johor Bahru.

Antara drama lakonan Ungku Ismail sebelum ini ialah Sutun 2, Dunia Baru, Suspek, tetamu Rindu, Amirah Zulfa, CID, Madu Oh Madu dan Antara Garisan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 12:58 PM | Show all posts
ensem lar...mmg padan dia orang berdua...harap sampai ke jinjang pelamin...jgn kang hujan ditengah hari pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 12:59 PM | Show all posts
wahhh..ini ke pakwenye..ensem..slalu gak nampak die menempel kat mane2 drama
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:00 PM | Show all posts
ensem la dia nie~ dlm citer antara garisan tu. moga2 ade jodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2010 01:09 PM | Show all posts
mamat neh "skipping" fluently..patutler..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:30 PM | Show all posts
ermmm...ok gak couple nih..
Hope hajat tuh tercapai untuk berumah tangga nanti dan
semoga ia kekal hingga akhir hayat..Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 01:33 PM | Show all posts
minah ni aku jumpa ari tu..dah rohpa bohsia..dgn suar pendek amoi & merokok...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:35 PM | Show all posts
ahakan.. sedap dengar dia cakap ompotih..
tapi si zarina tu aku nampak ketot sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:36 PM | Show all posts
mamat ismail tu aku sokaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:39 PM | Show all posts
nmpk elok jer bergambo takde peluk... hik
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:41 PM | Show all posts
suka meka berdua................
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:43 PM | Show all posts
nape haku tgk mcm tak padan lak derang ni ek..patut aaa haku tgk rembes gile mamat ni kalo belakon. english berabuk. haku igt mamat ni loyer ke apa, rupanya engineer. padanla...mmg hensem..bijak lak tu..good catch zarina!

wah stetmen kelesss tak kisah and tak takut semail carik lain, sbb yakin dia akan tgu ko yek. wah kite tgk lg 1-2 thn yek, jgn jadik cam nabilporn+irma lak ye..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:44 PM | Show all posts
minah ni aku jumpa ari tu..dah rohpa bohsia..dgn suar pendek amoi & merokok...
gogoi Post at 15-11-2010 13:33


haku jumpa dia kt jusco seri kembangan ngan suar pendek amoi tu jgk+spageti. serabai mcm xmandi pagi. muka dia ms tu teruk mcm kawah gunung berapi. skang ni dia gi facial kot..bf kan kayoooo huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:46 PM | Show all posts
rosma bangkhai mesti jeles kalau dorang ni jadik kawin haha. tell u, this one really good catch yooo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 01:48 PM | Show all posts
harap2 si ZArina tu ubah2la perangai2 buruk tu...takkan nak maintain ngan perangai lama...letihlah....dah dapat boyfriend ok, follow la stail dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 01:48 PM | Show all posts
cam x ssuwai je 2 org ni sbab aku xsuke tngok muke zarina ni... hahahaaaa.... jahat aku..
mase mamat ni mule2 blakon ingat ex aku... muke sjibik... tinggi plak tuh.. tp tngok nama bukan rupenye... hehehhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 02:00 PM | Show all posts
sama comel........padan padan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 02:06 PM | Show all posts
hadeh statement..lg 2 tahun la buat...kang jd nabil irma lak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.084801 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list