CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4437|Reply: 21

11 jenis manusia didoa Malaikat[/b]

[Copy link]
Post time 21-11-2010 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jejaka88 at 25-11-2010 12:49

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Peringatan. Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat. Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2010 03:45 PM | Show all posts
cuba tulis 7 jenis manusia yang akan dimalukan di khalayak ramai di akhirat nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 05:30 PM | Show all posts
thx utk info...tmbah pgthuan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 11:24 PM | Show all posts
cuba tulis 7 jenis manusia yang akan mendapat seri di khalayak ramai di akhirat nanti...?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 09:00 PM | Show all posts
terimakasih atas segala info.semoga dpt diamalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 10:57 PM | Show all posts
good info..terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2010 12:38 PM | Show all posts
alhamdulilah dapat gak ilmu...tq for share...ada lagi x info lain....suka baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2010 06:51 PM | Show all posts
sama2...info yg lain akan dtg dari semasa ke semasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2010 07:52 PM | Show all posts
nice info...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 10:34 PM | Show all posts
nice info...mudah2an kita semua mendapat doa para malaikat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 12:09 AM | Show all posts
aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 09:55 AM | Show all posts
Reply 1# Jejaka88


    kat sini aq nak share ilmu .....

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA


Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.



Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.



Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .  Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba  itu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2011 01:43 PM | Show all posts
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 01:55 PM | Show all posts
tidur dlm keadaan bersuci tu tidur dlm keadaan berwudu' ke?klau seorang perempuan tu didatangi haid,kiranye dia tidur dlm keadaan x bersuci ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 02:31 PM | Show all posts
good one
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply  Jejaka88


    kat sini aq nak share ilmu .....
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
Doa-doa Ya ...
MakYung Post at 26-11-2010 09:55


tanda doa dimakbulkan - kalau merasa meremang satu badan tgh berdoa, kira macam menggeletar ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 09:25 PM | Show all posts
tidur dlm keadaan bersuci tu tidur dlm keadaan berwudu' ke?klau seorang perempuan tu didatangi haid, ...
shiraloveyou Post at 25-10-2011 13:55


tidur dalam keadaan berwuduk maksudnya tu... orang pempuan dalam haid pun boleh ambik wuduk tidak dilarang tapi tak boleh solat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 09:18 AM | Show all posts
tidur dalam keadaan berwuduk maksudnya tu... orang pempuan dalam haid pun boleh ambik wuduk tida ...
kupia Post at 25-10-2011 21:25



    owh,baru phm..thanx 4 da explanation
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 03:42 PM | Show all posts
ermm...nak tanya tapi well i am bit shy ,

dalam pakaian?  really?


sumber rujukan kat mane ye?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:02 PM | Show all posts
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhlu ...
Jejaka88 Post at 21-11-2010 14:04



   semoga ALLAH pilih saye dan kite semua termasuk dalam golongan ini..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.077316 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list