CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zarqis

[MERGED] Ekzema, Enzima, Eczema

[Copy link]
Post time 28-9-2006 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 27-9-2006 02:10 PM
mase irfan kene dulu...

aku bagi pakai emollient bath gel -ade 2 brand yg aku pakai tp lupa lak plak..satu botol biru satu botol putih..
krim plak aku kasik Aqueous Cream..beli botol besar tu e ...


deli,

anak kita mmg sampai skang masih ada ekzema nie.. tp bila sapu dgn cream Econozine hilanglah... nnt bila ada waktu panas dier dtg balik... aku baca ko pakaikn pd irfan jenama kat atas tu.. pastu dier trus senang... betul ker??? ruam tu trus hilang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2006 02:19 PM | Show all posts
:hmm: ekzema nie bukan budak kecik jer biasa kena.. org tua pon kena juga...

alys biasa kena bila pegnen... habis segala pelipat dan leher naik bintik2 ruam merah dan gatal plak tu.. bila waktu panas lglah emmmm klo bleh nak berlenging tp opppsss :nyorok: kita perempuan hehehe... pakai cream mmg hilang tp kejap jer...mak cakap mungkin pembawakan budak... Betullah lepas bsalin ruam tu trus hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 02:26 PM | Show all posts
Masalah keturunan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

SETIAP kali melakukan kerja di tengah panas, ruam kecil akan muncul di tangannya. Gatalnya hanya tuhan yang tahu terutama apabila terkena peluh. Makin digaru, makin banyak pula yang tumbuh sehingga kadang kala menjadi kudis besar.

Bermacam ubat dicuba tetapi masalah kulit sensitif yang dialaminya masih tidak hilang. Selalunya ia mengambil masa satu hingga dua bulan untuk sembuh, itupun jika dia dapat menahan keinginan 'menggaru' dan sentiasa menyapu ubat pada bahagian yang gatal.

Gejala di atas adalah sebahagian daripada masalah keradangan kulit atau lebih dikenali sebagai ekzema. Ekzema adalah istilah umum kepada atopik dermatitis (alahan kulit) yang berlaku pada kebanyakan orang.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus penduduk dunia mengalami masalah alahan kulit yang bermula sejak kecil. Kajian mendapati hampir 10 peratus bayi berumur tiga hingga enam bulan mengalami ekzema, 40 peratus berlaku pada bayi yang berumur 18 bulan ke atas dan 60 peratus di kalangan remaja.

Menurut Pakar Kulit, Dr Ruban Nathan, masalah alahan kulit atau ekzema boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira umur dan pada bila-bila masa. Biasanya ia berlaku pada bayi seawal usia dua bulan dan kanak-kanak berumur dua tahun.

Hampir 75 peratus pesakit mula mengalami masalah ketika berumur enam bulan dan 90 peratus lagi mendapat ekzema selepas berumur setahun. Malah, ekzema juga kini sudah menjadi masalah biasa di kalangan kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa. Ramai individu yang mengalami ekzema turut mempunyai masalah alahan rinitis dan asma.

Apabila ekzema menyerang, kulit akan menjadi merah, kering, radang dan terasa amat gatal. Kawasan yang kerap dilanda masalah ialah tangan, pergelangan tangan, leher, muka, kulit kepala, siku dan kaki.

Bagaimanapun, dalam kes yang teruk ia boleh membabitkan seluruh badan termasuklah di kemaluan. Apabila digaru, ia menjadi semakin besar dan kadang kala boleh berdarah.

Gejala alahan kulit ini datang dan pergi. Masalah hanya akan timbul apabila seseorang itu terdedah kepada faktor yang merangsang alahan. Sehingga kini punca sebenar alahan masih belum diketahui tetapi ia dipercayai disebabkan tindak balas tidak normal sistem pertahanan badan terhadap persekitaran.

Ia adalah masalah keturunan dan individu yang mempunyai sejarah keluarga mengalami ekzema berisiko tinggi mendapat masalah yang sama. Walaupun rupanya agak buruk dan menakutkan tetapi ekzema tidak berjangkit serta mudah dirawat.

"Setiap orang mengalami alahan yang berbeza. Biasanya agak susah hendak menentukan faktor yang menyebabkan seseorang itu alah.

Pesakit perlu berjumpa doktor bagi memastikan masalahnya.

"Makanan biasanya bukan penyebab alahan kulit walaupun ramai yang kata mereka alah pada makanan laut. Jika seseorang itu alah pada makanan, dia akan mengalami masalah gatal-gatal dalam masa 20 hingga 30 minit selepas makan. Ada juga yang berasa gatal sebaik menyentuh makanan berkenaan," katanya.

Pencetus alahan

Ada banyak faktor yang boleh mencetuskan alahan kulit dan ia berbeza antara setiap pesakit. Pesakit boleh alah kepada banyak benda seperti sabun, habuk, sengatan serangga atau alat yang dibuat daripada logam.

Ada pesakit yang alah kepada nikel. Ini bermakna dia tidak boleh memakai sebarang alat yang dibuat daripada nikel termasulah tali pinggang atau lencana besi walaupun ia berlapik. Ini kerana serbuk nikel boleh terkena pada kain dan mencetuskan keradangan kulit.

Malah, ada individu yang tidak boleh bersentuhan dengan permukaan kasar seperti kain keras. Ini menyebabkan kulitnya berasa gatal. Masalah menjadi lebih buruk apabila individu berkenaan berpeluh kerana peluh mengandungi urea (bahan toksin) yang akan menyebabkan rasa lebih gatal.

Sekiranya langkah rawatan disenaraikan tidak berjaya mengurangkan masalah alahan kulit, Dr Ruban menasihatkan mendapatkan nasihat pakar. Ada beberapa ubat yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini seperti ubat sapu steroid dan imunomodulator, antibiotik dan antihistamin.

Malah, pengambilan pil makanan tambahan seperti probiotik (bakteria baik untuk sistem usus) juga terbukti membantu mengurangkan keradangan atau alahan kulit kerana ia meningkatkan sistem imun badan.

Kajian mendapati pengambilan probiotik ketika mengandung dan selepas melahirkan anak mampu meningkatkan daya ketahanan badan kedua-duanya serta mengelakkan masalah alahan pada si kecil.

"Paling penting ialah hentikan menggaru kulit yang gatal. Ia hanya akan memburukkan keadaan kerana apabila bakteria masuk ke dalam badan ia boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan walaupun menggaru itu boleh memberikan kelegaan sementara.

"Langkah pertama yang perlu diambil ialah berjumpa dengan pakar kulit. Ramai orang cuba mengubati diri sendiri dengan membeli ubat di farmasi tanpa mendapatkan pandangan dan panduan pakar. Ini langkah kurang praktikal kerana ramai yang tidak pasti dengan masalah mereka sendiri," katanya.

-Rawatan alahan

KATA Dr Ruban, cara yang paling berkesan ialah cuba mengelakkan alergen iaitu faktor pencetus alahan. Bagaimanapun, cara ini agak sukar dipraktikkan terutama jika seseorang itu alah terhadap makanan tertentu. Bahkan agak mustahil juga untuk mengelakkan diri daripada berada dalam persekitaran panas kerana iklim negara kita yang panas sepanjang tahun.

Antara cara yang boleh diamalkan ialah:

-Memakai losyen pelembab setiap kali selepas mandi. Ia bertujuan 'mengunci' air yang masuk ke dalam sel kulit ketika mandi untuk mengekalkan kelembapan dan mengelakkan keradangan atau kegatalan.

-Gunakan sabun yang lembut ketika mandi.

-Cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan bakteria.

-Pakai sarung tangan getah apabila membuat kerja rumah bagi mengelakkan kulit terkena bahan kimia dalam sabun atau serbuk pencuci.

-Pakai pakaian yang dibuat daripada kapas.

-Berhenti menggaru dan pastikan kuku sentiasa dipotong pendek. Pakaikan sarung tangan kepada bayi yang mengalami ekzema.

-Jangan pendam masalah. Ceritakan kepada kawan supaya masalah itu dapat diatasi. Jika masih tidak berjaya, dapatkan nasihat pakar supaya anda boleh mengendalikan tekanan dengan baik.

-Galakkan anak anda untuk meluahkan perasaannya.

-Belajar untuk bertenang dan berehat. Ini dapat mengurangkan tekanan dan risiko serangan ekzema.

-Letakkan ketulan ais atau air sejuk pada kulit yang gatal. Ia dapat mengurangkan keinginan untuk menggaru.

-Pakai pelindung setiap kali keluar rumah seperti payung, topi atau setidak-tidaknya memakai baju berlengan panjang bagi melindungi pancaran matahari yang terik.

-Bersihkan rumah sekerap mungkin. Elakkan penggunaan permaidani yang banyak dalam rumah.

Pencetus alahan

SECARA umumnya faktor pencetus alahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

-Jangkitan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 02:33 PM | Show all posts
anak nasdiyot pun ader kena jugak gatal2 nie......
masa kecik bawa gi jumpa pakar kanak2, dia kata ok...nanti bila beso hilang.
Tapi waktu tu dia hanya bagi cream sapu jer.
Kena minum banyak air masak, pastu jgn dekat ngan kucing, karpet....habuk.
Tapi bila dah setahun still x hilang dia punya gatal tu.....bila berpeluh mula la...garu sana...garu sini....
kesian tengokkan. Kekadang tu tolong garukan sekali.

Last 2 week, gatal2 dia tu makin teruk plak....keluar merah2.
Memula tu kat muka jer, mcm kena gigit nyamuk.
Bila dia bangun tido, muka dia dah bengkak, badan dia dah penuh merah2 tu mcm kena semobota.
Nasdiyot dah takut, then nenek dia suruh bawa mintak air tangkal la....tapi x jalan gak...
Bila bawak gi klinik doktor bagi 2 jenis ubat la. Lepas makan ubat hilang terus.... Pastu next day benda tu naik balik.
Nasdiyot bawa balik gi klinik, then doktor bagi lagi satu jenis ubat. Nasdiyot tanya la ader ubat sapu x?
Then doktor tu cakap kalau kena gatal nie kalau kite sapu ubat memang hilang, tapi dia akan berulang balik.
So kena makan ubat supaya dia boleh buang bakteria tu. Doktor tu pun ader pesan, kalau dah baik pun continue makan
ubat dalam 2 ~ 3 day.

Nie nasdiyot dapat nasihat dari doktor la.....
KALAU ANAK KITE X SIHAT, BAGI MAKAN UBAT.....KALAU DAH BAIK PUN....CONTINUE MAKAN UBAT TU DALAM 2 ~ 3 HARI. KALAU NAK ABISKAN TERUS UBAT TU PUN X PER...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 02:41 PM | Show all posts

Reply #20 Acun's post

iyer ker...?selain tuh rsnyer kat klinik ada lg satu krim nama dia efficort..nih rsnyer steroid dia rendah banding ngan elomet..kata dr tu ler...
neway keyword utk ekzema nih alway moisturize...setiap kali mandi ltk losen...tp jgn losen yg wangi2 tau!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 28-9-2006 02:41 PM
iyer ker...?selain tuh rsnyer kat klinik ada lg satu krim nama dia efficort..nih rsnyer steroid dia rendah banding ngan elomet..kata dr tu ler...
neway keyword utk ekzema nih alway moisturize...se ...


ejaan tak sure...1 fucicort satu lagi hydricot....utk letak kat muka je....elomet utk badan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2006 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by nasi^impit at 27-9-2006 10:42 PM


yup, mostly disebabkan alahan
mcm amna, i terpaksa tukar susu lembu kepada soya
all dairy food mmg tak leh, mesti dia muntah balik


baby,
elomet boleh beli kat farmasi..



thanks nasi. aku sudah beli smlm & pakaikan smlm gak. hari ni tengok pagi2 sudah baik la. happy, tak comot dah muka anak aku. mmg betul2 lega, sbb aku dah beli 4 cream semua tak jln, pastu dgn campur petua ubi kayu & lipstick pun sama tak jln.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by alysa79 at 28-9-2006 02:11 PM


deli,

anak kita mmg sampai skang masih ada ekzema nie.. tp bila sapu dgn cream Econozine hilanglah... nnt bila ada waktu panas dier dtg balik... aku baca ko pakaikn pd irfan jenama kat atas ...



alysa,

mmg sekang dah tak kene lagi eczema tu..alhamdulillah
dulu pantang berpeluh je merah2 belakang leher + badan...

tak tau la sebab krim tu bagus sgt ke or sebab bertukar susu ke
atau mmg dia dah allergic kat peluh dia lagi...

hopefully anak2 semua org kat sini pon will grow out of it macam irfan too...:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2006 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by alysa79 at 28-9-2006 02:19 PM
:hmm: ekzema nie bukan budak kecik jer biasa kena.. org tua pon kena juga...

alys biasa kena bila pegnen... habis segala pelipat dan leher naik bintik2 ruam merah dan gatal plak tu.. bila wakt ...



aku mase peknen naik biji2 kat perut
gynae aku tgk pon horror last dia kasik elomet..
dia kata kalau elomet tak jalan dia nak refer kat dermatologist (duit terbang lagik)

sakit otak asyik tergaru2 je perutt...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 04:02 PM | Show all posts
ader tak ubat yg sewaktu ngan elomet or fucicort or aper jenih cort lagi tetapi takder steroid.......aku risau esok besar jadi Ben Johnson plak anak aku nih..........
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 11:19 PM | Show all posts

Reply #30 mder's post

hehe..tuh lom campur kalo anak ko lelah teruk..sah kene sedut steroid...kalo elomet tuh ko sapu light jek..takyah myk2..nanti kopak wooo...ada lgk satu tk silap aku elidel ke haper..but ada cancer related laks...rsnyer ler..aku bc katner ntah last year...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by mder at 28-9-2006 04:02 PM
ader tak ubat yg sewaktu ngan elomet or fucicort or aper jenih cort lagi tetapi takder steroid.......aku risau esok besar jadi Ben Johnson plak anak aku nih..........

lol....kelakar la ko ni.......ko cuba gamat asli aloe vera gel brand Rojam....nak beli kat mana tu aku tak tahu sbb aku pegi langkawi aritu beli kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by baby102 at 28-9-2006 03:44 PM



thanks nasi. aku sudah beli smlm & pakaikan smlm gak. hari ni tengok pagi2 sudah baik la. happy, tak comot dah muka anak aku. mmg betul2 lega, sbb aku dah beli 4 cream semua tak jln, past ...


aku pun tumpang gumbira.. :love:
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:34 AM | Show all posts
My son 5 tahun pun ada exzema especially kat siku dan peha. Since bagi dia mandi guna Healing Gamat Based Body Shampoo sampai sekarang tak pernah ada exzema lagi :pray:
Jadi whole family guna sabun ni nak elakan my son guna sabun mandi lain.
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 29-9-2006 10:51 AM | Show all posts
my eldest son has eczema. what we normally do is after his bath terus sapu sorbolene lotion with 10% glycerin from Johnson&johnson.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 11:11 AM | Show all posts
eczema ni tak de cure..cuma boleh prevent saja. alahan memacam...doktor akan tanya..bukan setakat makanan apa....even sabun cuci baju jenis apa pun..sebab ade org alahan pada detergent. bila kulit kene dengan baju yg dicuci dengan detergent tu...kalu alergic bole naik gatal2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 10:42 AM | Show all posts
aku seniri pun ada ekzema......tak boleh silap sikit.....ape yg aku buat sekarang......muka aku letak Primrose E, body aku sapu balneum.....pastu tang spot spot ekzema aku sapu dgn elomet.....mandi aku guna Cetaphil cleanser sebagi sabun...mmg maintenance utk org ekzema ni agak mahal...tapi klu tak di buat...seksanye rasa menanggung kegatalan.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 11:33 AM | Show all posts
eczema.. cara nak rawat ada 2.. cara moden ngan cara kampung.

cara moden
--------------
- mandi pakai sabun cetaphil
- kalau teruk bubuh cream cortisone 1% lepas mandi. sapu rata sampai ilang.. buh cikit je.


cara kampung
----------------
- sapu bedak sejuk putih tu kat tempat yg gatal² tu.

selamat mencuba! petua nih gerenti menjadi sebab ira dah lalui benda ni semua. yg cara moden tu adalah recommendation dari Dr Angelina from SJMC...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:43 AM | Show all posts
cream cortisone 1% tu boleh beli dekat mana? sbb saleharr pun ada pi ke SJMC gak.....Dr.Khoo rasanyer.....dia recomend elomet cream.....
mmg ilang....but yg tk thn nye dia akan datang balik....mcm on and off......
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 28-9-2006 03:59 PM



aku mase peknen naik biji2 kat perut
gynae aku tgk pon horror last dia kasik elomet..
dia kata kalau elomet tak jalan dia nak refer kat dermatologist (duit terbang lagik)

sakit otak asyi ...


Deli,

Ko jgn garu2 perut.. rosak kulit perut ko nnt...
juz gosok sikit2lah... hehehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.099117 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list