CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12057|Reply: 0

Lelaki bersenam 8 jam sehari alami radang sendi

[Copy link]
Post time 26-3-2023 09:20 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki itu mengalami radang sendi akibat bersenam secara berlebihan.- Getty Images/Unsplash+

Lelaki bersenam 8 jam sehari alami radang sendi

BEIJING – Seorang lelaki berusia 60 tahun di China mengalami penyakit radang sendi yang teruk sehingga hampir tidak dapat bergerak kerana bersenam selama lapan jam sehari, lapor laman berita Oddity Central.

Akhbar Shanxy Daily baru-baru ini memaparkan kisah seorang lelaki dari bandar Zhengzhou, wilayah Henan yang mula bersenam secara berlebihan pada usia awal 40-an.

Lelaki itu dilaporkan bersenam selama dua jam setengah pada setiap pagi dengan berjalan, berlari dan melakukan pull up (bergayut pada besi).

Selepas itu, dia akan berenang selama dua jam, melakukan 800 kali sit-up, ratusan tekanan tubi dan bermain badminton.

Tidak jelas sama ada rutin itu dijalankan pada setiap hari kerana ia kelihatan mustahil melainkan dia adalah seorang jurulatih kecergasan atau penganggur.

Rutin itu dilakukan oleh lelaki tersebut selama 20 tahun. Namun, sejak beberapa minggu lalu, lutut dan sikunya menjadi sangat sakit sehingga dia tidak mampu bergerak.

Keluarga lelaki itu membawanya ke Hospital Ortopedik Luoyang di wilayah Henan selepas sakit sendinya menjadi sangat teruk.

Doktor mengesahkan lelaki itu mengalami artritis degeneratif yang sangat teruk, hiperplasia (pengembangan tisu) dan radang sendi siku yang disebabkan oleh senaman berlebihan

Pengarah Hospital Ortopedik Luoyang, Lian Jie mengingatkan orang ramai untuk bersenam secara sederhana, bermula dengan rutin mudah dan mencari sukan yang digemari.

Bagi kebanyakan orang, kekerapa bersenam sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama satu jam atau satu jam setengah sehari adalah masa yang optimum. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... alami-radang-sendi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.177822 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list