CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5608|Reply: 0

Lelaki kematian isteri berisiko mati awal

[Copy link]
Post time 29-3-2023 06:31 AM | Show all posts |Read mode

Apabila seorang lelaki yang berusia antara 65 hingga 69 tahun kematian isteri, dia adalah 70 peratus lebih cenderung untuk mati dalam tahun berikutnya. – Shutterstock

Lelaki kematian isteri berisiko mati awal

COPENHAGEN –  Satu kajian di Denmark mendapati lelaki  yang kematian isteri  cenderung lemah semangat dan  berisiko menemui ajal dalam waktu yang singkat, lapor agensi berita United Press International semalam.

Kajian tersebut melibatkan hampir 925,000 warga emas di Denmark. Ia mendapati  suami berisiko mati lebih awal selepas isteri mereka meninggal dunia berbanding isteri yang kematian suami.

Menurutnya, apabila seorang lelaki berusia antara 65 tahun hingga 69 tahun kematian isteri, kemungkinan untuk dia meninggal dunia pada tahun berikutnya adalah 70 peratus berbanding cuma 27 peratus untuk golongan balu.

Penulis kajian berkenaan, Alexandros Katsiferis berkata, pasukan penyelidiknya masih tidak pasti mengapa perkara itu berlaku.

“Balu  yang kematian suami  mungkin mempunyai  keupayaan lebih kuat untuk menghadapi tekanan termasuk tekanan dalam menjaga suami yang sakit bersama keperluan lain.

“Berbeza dengan lelaki, kesihatan fizikal dan emosi mereka bergantung kepada kesanggupan pasangan untuk menjaga mereka. Jadi, apabila si isteri meninggal dunia, mereka hilang arah,” katanya.

Sementara itu, Ketua bahagian Perubatan Penjagaan Paliatif Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt, Dr. Mohana Karlekar berkata, kesedihan akibat kematian pasangan berlaku pada lelaki dan juga wanita.

“Ia boleh mengakibatkan pelbagai keadaan seperti keresahan atau depresi yang kemudian membawa kepada penyakit seperti  sakit kepala,  susut berat badan, sukar tidur atau sakit sendi,” ujarnya.

Tambahnya, wanita  lebih cenderung untuk bersosial dan lebih mudah meluahkan perasaan mereka. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... berisiko-mati-awal/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051170 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list