CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7417|Reply: 50

Anggota tentera bukan-Melayu dijadikan kuda tunggangan

[Copy link]
Post time 3-12-2010 09:14 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa masyarakat bukan-Melayu tidak berminat menceburi kerjaya di dalam bidang ketenteraan kerana kurang semangat patriotisme. Beliau nampaknya begitu cetek pemahamannya tentang sumbangan orang Cina, orang India dan saudara-saudara kita dari Malaysia Timur. Pandangan beliau adalah bersifat perkauman.

Orang Cina dan India telahpun berkorban untuk negara serta menunjukkan taat setia mereka sejak sebelum Zahid dilahirkan lagi. Askar pertama yang dianugerahkan Pingat Gagah Berani adalah seorang Cina, Sarjan Chong Yong Chin dari Regimen Persekutuan Pertama.

Penerima pertama Pingat Gagah Berani di Kongo adalah Leftenan Lee Ah Pow yang memperlihatkan keberanian yang patut dicontohi. Seorang wira muda Cina yang lain, Leftenan David Fu Chee Meng yang beraksi di pertempuran Tanah Hitam juga adalah pemegang Pingat Gagah Berani. Adakah mereka-mereka ini tidak cukup patriotik untuk Zahid?

Photo courtesy of writer. Click to enlarge

Malah bapa saudara isteri saya pun pernah dianugerahkan Pingat Gagah Berani. Nama beliau ialah Sarjan Choo Woh Soon, (lihat gambar) lelaki pendek yang berdiri di tengah kumpulan. Gambar ini pula menunjukkan ahli-ahli Kinta Valley Homeguards (yang diwakili orang Cina kesemuanya) yang giat menentang Parti Komunis Malaya.

Wira berbangsa India juga menangani ancaman komunis tatkala Darurat. Kapten Shanmuganathan dan Leftenan (II) Panir Chellvum a/l Velaithan kedua-duanya memenangi Pingat Gagah Berani manakala Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan yang terkorban dalam suatu kempen militer pada umur 24 tahun telah dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

Kapten Mukhtiar Singh a/l Sodagar Singh berkhidmat selama 29 tahun di dalam tentera dan polis, namun beliau tidak diberikan pencennya atas sebab tidak menghadiri kursus program senjata dan taktik. Apa yang boleh dipelajari seorang veteran dalam kursus latihan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berusia setahun jagung?

Di dalam bala tentara lain yang manapun di dunia hari ini, mereka sudah pasti mengangkat nama seorang askar gagah seperti Mukhtiar Singh untuk diberi penghormatan. Akan tetapi beliau adalah berketurunan India, dan Zahid tidak akan berani menyangkal bahawa bangsa India didiskriminasi di Malaysia.

Kekurangan yang ada pada orang seperti Ahmad Zahid Hamidi ialah beliau tidak kenal dengan orang Cina dan India yang bersedia menggadai nyawa demi negara. Orang Cina dan India hanya mengkehendaki layanan adil di negara ini. Situasi sekarang seakan-akan bahawa sekelompok warganegara mempunyai hak yang lebih berbanding warga lain.

Sekiranya ditinjau fakta sejarah, jumlah kaum minoriti dalam angkatan tentera adalah cukup ketara ketika penjajahan Jepun di Malaya, Darurat, Konfrontasi dan zaman pemberontakan komunis sehinggalah ditandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Parti Komunis Malaya.

Anggota tentara bukan-Melayu tidak menerima layanan yang setara dengan anggota tentera Melayu. Tidak dinafikan bahawa diskriminasi ras dan agama memang wujud. Bahkan petugas yang berasal dari Sabah dan Sarawak, meskipun bumiputera, masih didiskriminasi kerana kebanyakan dari mereka adalah Kristian.

Sebagai seorang bekas ahli tentera, saya melihat dengan mata sendiri betapa gigihnya askar-askar yang berasal dari Sabah dan Sarawak ini. Mereka berkhidmat dalam unit kombat. Maka saya hairan bukan kepalang kenapa untuk sekian lamanya tiada pula di kalangan orang Sabah dan Sarawak yang layak dilantik sebagai jeneral?

Sarawak Rangers

Hanya pada bulan September tahun ini, selepas Barisan Nasional tewas pilihan raya kecil Sibu, Sarawak, barulah seorang Iban, Stephen Mundaw, dilantik sebagai jeneral (buat pertama kalinya bagi seorang dari Malaysia Timur). Orang Malaysia Timur harus menuntut supaya setidak-tidaknya Jeneral 4-bintang dilantik dari antara kaum Iban yang begitu ramai gugur kerana menyahut panggilan ibu pertiwi. Keberanian mereka tiada tolok banding.

Anak-anak bukan-Melayu didiskriminasi berdasarkan ras dan agama lalu mereka ketinggalan kerana tidak berpeluang dinaikkan pangkat tinggi sementara anak-anak bukan-Melayu yang lebih muda serta kurang pengalaman dan kemahiran dengan semena-menanya dilonjatkan ke kedudukan lebih atas.

Sekiranya semua dilayan secara adil dan saksama, tengok sama ada orang bukan-Melayu tidak merebut-rebut untuk masuk tentera.

Hakikatnya, orang bukan-Melayu pada lazimnya boleh naik sampai pangkat Major saja dan janganlah berharap lebih daripada itu. Orang bukan-Melayu yang berkhidmat di dalam angkatan tentera tidak diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang setimpal dengan bakti yang dicurahkan oleh mereka. Kenaikan pangkat bukanlah berdasarkan keupayaan atau pencapaian.

Misalannya, sewaktu saya aktif bertugas dengan angkatan tentera, semua kursus dijalankan dalam bahasa Inggeris. Mahupun ada rakan yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, namun mereka tetap berjaya menjadi Jeneral -- memandangkan ini, anda pandai-pandailah gunakan otak sendiri.

Seperkara lagi yang kurang menyenangkan ialah askar bukan-Melayu dijadikan sasaran dakwah. Usaha memujuk yang bukan-Melayu untuk memeluk Islam bermakna para pendakwah sebenarnya tidak menghormati si askar itu serta pegangan agamanya yang sedia ada. Sekiranya mereka begitu sering menyarankan supaya kepercayaan agama anda disisihkan, maksudnya mereka memandang rendah dan mengganggap iman anda begitu rapuh sekali.

Diskriminasi ras dan agama kerapkali tidak dapat dipisahkan.

Orang bukan-Melayu, tanpa banyak soal dan tanpa ragu-ragu, akan pasti tampil ke hadapan untuk melunaskan tanggungjawab mempertahankan negara sekiranya mereka dianggap bagai warga Malaysia dan bukannya sebagai dzimmi dan warganegara kelas dua.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi telah menyinggung perasaan golongan bukan-Melayu tetapi kita juga harus dipersalahkan dalam hal ini kerana kita sendiri yang mengundi Barisan Nasional memegang tampuk kerajaan, yang seterusnya menjunjung beliau sebagai menteri.

Kita yang tetap membuang undi kita bagi MCA dan MIC sebenarnya menjamin BN kekal berkuasa and terus bersombong. Zahid ialah Ahli Parlimen untuk Bagan Datuk, Perak. Namun jika anda perhatikan, majoriti undi yang diperolehi Zahid sudah menyusut. Nescaya rakyat menendangnya keluar dari Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang, maka Zahid akan diberi pengajaran yang wajar.

Selalu beringat.

____________________________________________________________

Versi Inggeris rencana ini berjudul 'In the military, the non-Malay is ridden like a horse'

(Ringkasan serta terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh CPI)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 10:20 PM | Show all posts
zaman bila yg kau cakap , dan zaman bila yg zahid cakap , yg kau cakap berapa orang , , yg melayu yg berjuang kat kawasan zon hitam kat bukit kayu hitam berapa orang pulak . berapa ramai org melayu jd askar zaman darurat tu , dan berapa ramai yg cina jd komunis zaman darurat dulu ? bandingkan lak dngan yg di singapore , ada ke org melayu pegang jawatan tinggi , takde pun , walaupun ramai org melayu join askar singaporte , kenapa tak nak highlight kan .
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 10:23 PM | Show all posts
bila zahid ckp ttg bukan melayu , dia merujuk kepada org cina dan india , bukan bumiputera sabah dan sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 08:02 PM | Show all posts
berapa kerat jiwa melayu yang hilang mempertahankan tanah air berbanding cina ? majoritinya melayu dan bumiputera ....

cina pada tahun 1511 yang membantu portugis menyerang dan menewaskan melaka ... kalau nak ikutkan dari peristiwa tu layak ka cina dikagumi ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 08:18 PM | Show all posts
Reply 3# hyazinth79
Reply 4# joe_sniper

Baca betul-betul artikel. Faham?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 08:28 PM | Show all posts
tertekan ke ??

cina memang perlu membalas balik budi baik melayu menerima mereka walau pun mereka pengkhianat pada perang portugis-melaka .... mereka memberi kapal yang bergeladak tinggi supaya peluru meriam sampai ke kota melaka ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2010 06:39 PM | Show all posts
The Fall of Malacca was caused by the ungrateful Chinese: Soi Lek's hopeless attempt to manipulate history

By Terrence Fernandez, Malaysia Instinct

We are not at all surprised when DAP starts questioning the decision to make History a core subject and a must pass for SPM.  揥hy brought the matter in the UMNO Assembly?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:58 PM | Show all posts
Damn Tunku for admitting the chinese as citizens ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 09:25 PM | Show all posts
zaman bila yg kau cakap , dan zaman bila yg zahid cakap , yg kau cakap berapa orang , , yg melayu yg ...
hyazinth79 Post at 3-12-2010 22:20



Aku setuju apa yang diperkatakan...itu zaman dulu dimana segenap bangsa dan masyarakat berganding bahu mempertahankan tanah air(tanah melayu pada ketika itu) dari anasir2 luar dan amat berbeza sekali konteks dengan zaman sekarang dimana boleh dilihat majoriti daripada askar2 adalah dari anak2 melayu yang akan menggadai nyawa demi keselamatan negara...dan sebaliknya yang lain lebih berminat untuk menjadi jurujual di pasaraya ataupun menjawat jawatan yang tidak memerlukan mereka berpanas dibawah cahaya matahari ataupun meredah hutan rimba
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:17 PM | Show all posts
Bukan ke melayu2 cecai Dap dari golongan Parti Auta Semalaysia pun kena kuda tunggang ngan cina ke? Siap baring tengah jalan lawan sultan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 10:49 AM | Show all posts
dia org terlupa tu...
maklum lah, terlalu sibuk mengata org terlupa pulak diri sendiri pernah golek2 atas jalan
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 11:21 AM | Show all posts
Raja adil raja disembah Raja zalim raja disanggah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 01:52 PM | Show all posts
sepupu aku lakinya askar..dia ckp ramai jah yg berpangkat india dan cina..racist nehh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 02:09 PM | Show all posts
Ni semua racist statement. Langsung tak pandai jaga hati kaum lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 02:23 PM | Show all posts
Memanglaa sekarang ni kan cina2 komunis dan pencacai2 depa tengah dok ligat perjatuh melayu Islam. Macam2 cara depa buat untuk spin. Tulis artikel la, tulis kat forum la dlln. Depa dah macam kaki batu api laga2 kan melayu sesama melayu, sesama bangsa lain. Golongan semacam ni akan sentiasa ada dalam dunia ni. Tapi Allah maha kuasa; bila depa stat api permusuhan, Allah akan padam balik. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 04:55 PM | Show all posts
Reply 15# apam
Aku setuju, skang nie .... makin menjadi-jadi dgn permintaan luar biasa dr mereka semua. Mereka mahukan kesaksamaan dgn org Melayu, bercerita tentang biasiswa, projek kerajaan, subsidi dan sebagainya mahu sahaja di samakan dgn org Melayu. Semahu-mahunya mereka mempamerkan mereka golongan yg ditindas oleh kerajaan. Ditambah pula dgn org Melayu yang seolah2 lupa asal usul bersorak memenangkan mereka. Pernahkan di tanya/soal perasaan anggota pertahanan negara polis/tentera dan sebagainya ?? Lihat heboh diperkatakan kpd mereka mengenai rasuah, racis, kaki pukul dan sebagainya. Pernahkah kita fikirkan mereka menjaga kita 24 jam .... dgn gaji yg lebih kecil berbanding mereka yg menjual cd cetak rompak/penjual hp2 dihypermarket.
Baru-baru ini apabila heboh hal Datuk Zahid didebatkan mereka tiada sesiapa yg berani membentengkan diri utk Datuk Zahid. Lalu apabila Tan Sri Muhiyyidhin mengeluarkan kenyataan akan menggunakan kuota bahwa polis/tentera akan diambil mengikut kuota kaum. Terus sunyi sepi perkara ini. Fikirkanlaaa keikhlasan mereka !!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 05:02 PM | Show all posts
Ekonomi cina dah pegang 83% pun marah bila gomen tolong melayu sikit. nak apa lagi? Nak halau melayu dengan penyapu macam malam 12 Mei?

baca lah blog kaum ni...baru dapat Penang 2 tahun dah nak suruh keluar dari Malaysia macam Singapore. Baru menang pilihanraya Sibu, Sarawak buat pertama kali dah nak tukar nama ke nama cina.

minggu lepas Cina sambut ulangtahun Dr Sun Yat Sen kat Penang, kononnya pejuang kemerdekaan....Dr Koh Su Koon pun ada! Tak habis-habis nak berkiblatkan Tanah Besar Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 05:09 PM | Show all posts
lagi bangang sebab ada org melayu yg sokong tindakan depa semau....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 07:49 PM | Show all posts
nasib baik kita ada Rejimen Askar Melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 07:53 PM | Show all posts
MEREKA TAK SENANG SBB ORG MELAYU DAH MULA MASUK BIDANG EKONOMI , DULU BRP KERAT JE YG MASUK INDUSTRI NI , SEKARANG DAH RAMAI , MCM MCM PRODUK BUATAN ORG MELAYU . bg mereka org melayu hanya layak membeli  , bukan menjual , ekonomi biar mereka yg pegang , sbb tu marah ekonomi baru yg bnyk bantu naikkan ekonomi melayu ni .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.064442 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list