CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2756|Reply: 76

[Tempatan] Najib di penjara, tiada erti raya buat kami – Yana Najib

  [Copy link]
Post time 22-4-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – “Hari raya kali ini tiada erti buat kami sekeluarga kerana selalunya ayah sentiasa berada di sisi kami”.

Demikian luahan hati Nooryana Najwa yang juga anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosialnya berhubung suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Menurutnya, sambutan hari raya tahun ini disifatkan berbeza berikutan tidak dapat bersama bapanya selepas Najib terpaksa beraya di penjara.

“Setiap tahun hari raya disambut bersama keluarga tercinta. Tahun ini amat berbeza buat kami sekeluarga beraya tanpa ayah di sisi. Yana rindu untuk berkumpul bersama keluarga meraikan hari raya dengan cukup meriah.

“Yana amat terkesan apa yang berlaku terhadap ayah sehingga beliau terpaksa beraya keseorangan di penjara. Semoga Yana dapat bertemu ayah di hari raya pertama,” katanya pada hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Nooryana Najwa turut mengimbas kenangan memilih warna baju raya bapanya selain merayu untuk bertemu Najib pada hari raya pertama Syawal hari ini.

“Menjelang raya kebiasaannya Yana akan membantu memilih warna baju raya ayah. Kami sekeluarga juga akan mendapatkan kain sepadan warna. Ayah juga mengingatkan kami sediakanlah rendang kegemarannya, nak makan dengan lemang resepi Mak Wan dari Seremban belah ibu.

“Sebelum raya, kami semua tentunya akan menziarahi kubur atuk dan nenek. Di pagi raya, kami bersalaman memohon ampun maaf dan semestinya semua hadir bergambar sekeluarga. Tiada sudah tahun ini.

“Apakah erti raya bagi kami tanpa ayah, di mana kemeriahannya, gambar keluarga tahun ini. Raya tahun ini tidak bermakna kepada kami lagi,” katanya.

Selain itu, beliau turut meluahkan rasa rindu sekali gus mengharapkan dapat bertemu bapanya.

“Rindu, rindu yang tidak terkata. Di pagi raya Aidilfitri, apakah kami dapat bertemu. Yana merayu diberi peluang menziarahi ayah, Yana merayu dibenarkan meluangkan sedikit masa bersama, Yana merayu belas kasihan untuk bersama ayah di pagi raya.

“Yana merayu, Yana rindu kebahagiaan sekeluarga. Yana berpegang kepada secebis harapan yang ada, mendoakan sebaik-baiknya buat ayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2023 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
At least bapak kau hidup lagi. Si Bella tu nasib jauh lebih buruk dari kau. Sila bercukur count thy blessings.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2023 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bella yang didera Bainun ya. Bukan Bella bini Alip Ajis ka Bella Kak Nab ka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Yih betina ni. Your dad dah la banyak lbunoh orang... At least dia tak bersepai dibom n dibakar macam Altantuya Sharibu mahupun dibunuh n simen dalam tong macam Anthony.  Kevin Morias
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 23-4-2023 01:28 AM

Yana ni la kan yang kawen flower bouquet berlian..


Tak main laaa fresh flowers.

Masa menyonglap tak ingat dunia...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh.. bukan ke najib ni licik giler.. mastermind dan sangat hebat ketika merancang hilangnya MH370 semata mata nak divert perhatian rakyat dari pemenjaraan anwar..

Pastu sengaja bikin huru hara di lahad datu semata mata takut bubar parlimen untuk PRU13?

Licik ketika membunuh altantuya, teoh beng hock, kevin morais etc serta cuci duit dalam 1mdb

Tapi nape masuk dalam jel najib buat bodo je.. lepas kalah PRU14 pon selamber je letak jawatan dalam umno, pastu takde pon lari dalam bunker dan mulakan rusuhan bagai/world war 3 untuk elak dari dipenjarakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi bangkem tak heran pon kalau ada acik yang cuba connecting the dots bahawa perang russia ukraine tu najib yang rancang.. najib dan rosmah call putin, suruh serang ukraine supaya perang dunia ketiga meletus dan najib tak dipenjarakan

Tapi apakan daya, najib cuma merancang.. pihak amareka lebih cepat hidu strategi najib lalu mereka tak masuk campur secara langaung dalam perang.. maka putin pon serba salah nak mulakan ww3 dan guhurkan bom atom di malaysia semata mata nak divert perhatian rakyat malaysia sambil najib menyelinap keluar dari penjara kajang
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang maybe najib tengah cucuk2 negara china untuk serang taiwan.. tinggal ini je peluang najib untuk mulakan ww3.. nanti rakyat malaysia tengah sibuk tanam ubi kayu, najib boleh la keluar dari pintu belakang penjara kajang.. semoga rosmah dapat pujuk xi jinping cepat2.. itu hari time melawat negara china, mujur anwar dah bagi warning dekat jinping supaya jangan layan rosmah.. pak arab dah termakan pujuk rayu rosmah..maybe pak arab nak mulakan ww3 dengan tolak petrodollar

Begitulah kunun2nya konspirasi najib nak keluar dari penjara.. mana la tau ada yang lurus bendul percaya nukilan bangkem ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2023 02:46 AM | Show all posts
eh babi ko tengok tokselam tinmah tu dah 3-4 taon anak tak balik raya takde pon gegeh nak merintih meroyan elok redho jah kalo solident tu tak nak pulang beraya yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sori tak kesian..atleast bapak ko idop lagi..kalo kat prc,kaki sakau mcm bapak ko ni dah lama arwah kna tembak ngn senapang gajah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 05:24 AM | Show all posts
tak dak erti raya utk hg, sgt bererti buat kami
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama sangat. Salah bapak ko la, elok2 jadi pm tamak haloba.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh
Bapak ko kat dlm pun, korang sefamily tetap hidup mewah
Bkn melarat pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke kat penjara? I ols x pircaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 07:39 AM | Show all posts
macam la bapak dia sorang jer yang kena masuk penjara...  

dah buat jenayah, tanggung la, btw duit banyak jer berkepuk kan, ramai yang bapak kena penjara , anak bini punya sengsara nak hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts

cukup la 2/3 org kat forum meratib mcm org sewel tlg kesiankan apak ko tu.
hidup perlu diteruskan dekk...cukup masa keluar la dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hakim yg salahkan? Tu ke yg ko nak ckp sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tak yah meratib yana.
sebelum agong pencen, dia ampunkan lah kot.
mmg tkde ahli politik yg putih bersih.
dalam bapak ko menyakau adalah jugek jasa bakti dia. mak ko tu yana punca segala masalah bapak ko
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 22-4-2023 11:23 PM
Bella yang didera Bainun ya. Bukan Bella bini Alip Ajis ka Bella Kak Nab ka.

Baru nk tanya bella mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2023 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 23-4-2023 09:32 AM

X pelah yana...dh tu bahagian dia. Redha je. Jgn lupa lawat bapa ko selalu. Iols rasa byk2 anak najib, yana ni yg plg sayang dia
#freenajib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.108131 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list