CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 7

[Tempatan] Waduh-waduh....Rakyat Indonesia terkejut Malaysia beri tol percuma ketika raya

[Copy link]
Post time 27-4-2023 05:45 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan


Rakyat Indonesia terkejut Malaysia beri tol percuma ketika raya

PETALING JAYA – Seorang warganegara Indonesia meluahkan perasaan terkejutnya apabila dapat mengetahui kerajaan Malaysia memberikan tol percuma selama empat hari ketika sambutan hari raya hujung minggu lalu.

Melalui satu perkongsian di TikTok Sari Ting Ting yang terkenal dengan klip video reaksi rakyat Indonesia terhadap kehidupan di Malaysia menunjukkan seorang warganegaranya terkejut ketika mengetahui kerajaan Malaysia memberikan tol percuma ketika musim hari raya.


Tangkap layar pengakuan seorang rakyat Indonesia berkenaan tol percuma di Malaysia.


Jelas lelaki tersebut yang dilihat memandu sebuah kenderaan di Malaysia, tempoh pemberian percuma selama empat hari itu juga adalah satu tempoh yang cukup lama.

“Jika anda ingin tahu, kerajaan Malaysia bagi tol percuma selama empat hari bagi rakyatnya untuk menyambut lebaran. Bukan hanya satu tol tetapi kesemua tol di seluruh negara.

“Jika di Indonesia juga ada tetapi hanya di 11 tol yang masih dalam pembinaan, bukan seperti di sini. Aku amat terkejut,” jelasnya yang menunjukkan paparan tol percuma di sebuah plaza tol Malaysia.

Pendedahan tersebut juga turut mendapat pelbagai komen oleh rakyat Indonesia dan ramai yang menyatakan begitu bertuah rakyat Malaysia kerana banyak menerima bantuan daripada kerajaan.

“Empat hari tu satu tempoh yang lama, sebelum ini aku ada dengar juga Malaysia memang bagi tol percuma setiap kali tibanyanya perayaan besar. Bagus pemimpin mereka,” Ujar Salawat7 Pelangi.

“Kita (Indonesia) juga ada percuma tetapi di beberapa plaza tol yang masih dalam pembinaan, ternyata plaza tol seperti ini jarang orang lalu,” tulis Hermanian. – KOSMO! ONLINE.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... ercuma-ketika-raya/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha...
Mari sini dong ramai ramai ..
Meriahkan plaza toll kami
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Indo ni semua benda kena bayar mahal
Sek bayar, univ bayar
Gaji ciput
Org Malaysia rmai x bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon kt sini lg untung, gaji kongsi kong rm200 sehari tp x perlu byr cukai 1sen pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 27-4-2023 07:21 PM
Indo ni semua benda kena bayar mahal
Sek bayar, univ bayar
Gaji ciput

Dan housing loan depa max cuma 15 thn je ya dan interest rate lg melampau dr msia (dan juga normal disana, rumah majority average 550sq ft je spt di summarecon agong, grand dhaka city,don mogot city etc..sbb populasi jakarta terlalu ramai dan limited tanah)
Bukan loan smpi 30-35 thn mcm kat msia ni
So syukur je la duk msia ni walau BNM & local banks sume kdg2 mcm hanat ya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2023 08:22 PM | Show all posts
caca_eric replied at 27-4-2023 07:21 PM
Indo ni semua benda kena bayar mahal
Sek bayar, univ bayar
Gaji ciput

tu  yang berduyun-duyun datang malaysia cari kerja...


walaupun sbb itu kita ada source buruh indon yang murah, tetapi kita kena beringat, kita dah bergantung kepada mereka,  ... dan kita dah lama didik dan ada dasar yang menyebabkan rakyat kita tak boleh kerja 3d job. .. nak tak nak, kita sebenarnya dah terikat dengan pekerja asing ini buat selama-lamanya... jika ianya berhenti ianya bererti keadaan yang sukar bagi malaysia..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dipersilakan bawa balik Anwat ke negara korang.... Jadikan dia Presiden di sana. Di Malaysia ni kami dah meluat tengok janji2 manis yg dicapatinya. Janji nak hapuskan tol, tapi bila dah berkuasa dia hapuskan tol untuk 4 hari sahaja.... Penipu no 1 dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:36 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-4-2023 08:44 PM
Dipersilakan bawa balik Anwat ke negara korang.... Jadikan dia Presiden di sana. Di Malaysia ni kami ...

meluat sebab tak dapat tebok atap ..OR...layak angkat sampah depan raja petra ke tu walaun?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.177545 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list