CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: john_pablo

1st time tgk susuk melalui X-RAY

  [Copy link]
 Author| Post time 10-12-2010 04:47 PM | Show all posts
ati2 ngn laki indon..rmai yg pkai susuk..hahaha..
p/s: ada x susuk bg ayat manis?heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2010 06:09 PM | Show all posts
umang aiiiihhhh....susuk tu tak karat ke ? takde effect ape2 ke?
seram lak aku...tercucuk pung dah sakit apelagik pakai susuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2010 06:16 PM | Show all posts
dgq kata susuk ni dia pkai logam mcm perak,emas..so x karat..kalo pkai besi biasa mau karat..lh kena tetanus(kancing gg)wakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 06:53 PM | Show all posts
Reply 43# john_pablo


    wakakaka...nak pulak kalu indon pakai...dah la kat sana takde cucuk kancing gg cam kita time form 3 dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 10:40 AM | Show all posts
camni kot...


Salam,

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya berjumpa pesakit yang memakai susuk. Mungkin artikel ini agak santai. Sesuai dengan fikiran saya yang serabut dua-tiga minggu ni kerana nak uruskan kuih raya.

Tuan-puan, kalau anda fikir susuk itu benda yang terlalu ajaib. Ia mungkin betul.

Tetapi pada pandangan seorang doktor marhaen seperti saya, ia tak ubah dari sejenis alat bendasing (foreign body) yang dimasukkan ke bawah kulit.

Niat seseorang yang memakai susuk itu, adalah urusan di antara dia dengan Allah. Yang pentingnya, ada yang ingin bertaubat dan datang untuk membuangnya.

Kisah pertama saya adalah ketika saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur dahulu.

Ketika itu seorang lelaki yang sudah berumur datang berjumpa pakar di klinik saya bertugas. Apabila diambil x-ray, maka nampaklah susuk-susuk yang melekat-lekat di sekeliling tengkoraknya.

Beliau sebenarnya ingin menunaikan haji dan berharap pakar tersebut dapat membuang susuk tersebut. Beliau dengan nada sedih dan akhirnya menangis teresak-esak kerana terasa sangat -sangat menyesal dengan keadaan itu.

Beliau telah berjumpa dengan dukun-dukun susuk dan ustaz-ustaz pakar untuk cuba membuangnya, namun ia tetap di situ dan masih kelihatan di dalam x-ray. Dukun yang memasukkan susuk tersebut telah pun meninggal dunia.

Beliau sendiri berharap susuk itu dapat dibuang sebelum beliau meninggal dunia.

Dia dalam keadaan susuk yang banyak dan berselirat itu, mustahil pakar bedah dapat membuangnya. Lagipun x-ray muka adalah gambar 2 dimensi. Oleh itu kedalaman yang sebenar, susuk tersebut terbenam di dalam kulit tidak dapat diukur. Ini merumitkan walau hanya ingin membuang hanya satu susuk sahaja. Ia boleh mengambil masa berjam-jam..!

Di dalam keadaan pesakit tersebut yang menangis, pakar menasihati agar berdoa kepada Allah dan mohon Allah ampunkan dosa. InsyaAllah Allah akan menerima taubat hambanya yang sedar dan insaf.

Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada pakcik itu selepas berjumpa dengan pakar. Saya doakan beliau selamat pulang daripada haji. Lagipun ini cerita 3 tahun dulu.

Cerita kedua kisah seorang lelaki Indonesia yang datang dengan sakit perut. Daripada ceritanya kemungkinan besar beliau mengalami batu karang.

Apabila x-ray buah pinggang dan pundi kencing diambil untuk mengesahkan batu karang, kelihatan susuk yang berselirat di kawasan abdomennya.

Apabila ditanya kepada saudara mara, seorang pun tidak mengetahui. Akhirnya pesakit sendiri mengaku bahawa meliau memakai susuk. Rahsia yang disimpan bertahun-tahun terbongkar apabila diambil x-ray.

Apapun susuk bukan menjadi masalah utamanya sekarang kerana beliau sedang sakit kerana batu karang di pundi kencingnya. Saya ada mengambil gambar x-ray nya tetapi tidak dapat memuatkannya di dalam blog ini... maaf lah.

Susuk adalah manifestasi seseorang yang tiada keyakinan diri. Mereka mempercayai bahawa dengan bantuan kuasa ghaib yang diposesi oleh susuk itu, maka impian dan tujuan seseorang itu akan tercapai. Pedulikan segala jenis amalan khurafat dan syirik asalkan apa yang dihajatnya itu termakbul.

Seseorang yang mempunyai keyakinan bahawa Allah adalah tempat memohon perlindungan dan memohon hajat tidak akan memakai susuk.

Sekiranya anda berhasrat memakai susuk, maka fikirlah implikasi yang akan berlaku sekiranya anda sudah tua dan susuk tersebut dibawa bersama mayat anda ke liang lahad.

Wallahu Alam.

sumber : http://drazwan.blogspot.com/2009_09_01_archive.html
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 10:41 AM | Show all posts
huu
menarik2...pkai susuk sbgai plaris...
giler tol...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2010 11:40 AM | Show all posts
nk share pengalaman aku la..dlm tahun 2009 aku kena posting kt hospital taiping jabatan kecemasan..
...
john_pablo Post at 8-12-2010 12:57



    agaknye dah abis power kot sebab tu dah x manis
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 12:00 PM | Show all posts
nak bg manis .. tambah gula !! susuk oooo  susuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2010 12:07 PM | Show all posts
teringat cite susuk yg tayang kat tv3 dulu... orang tuh pakai susuk kerbau jantan tuk kekuatan seksual... btol ke ape yg die tayang tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 12:01 AM | Show all posts
betul ker orang kata walaupun susuk itu menggunakan ayat2 Al-quran tapi, jika kita terlalu taksub dengan ayat al-quran tersebut  sbagai pencantik wajah, jin akan mndampingi orang itu..... walaupun menggunakan ayat al-quran......{:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 11:56 AM | Show all posts
baru saya tau..rupa2nya susuk ni boleh ditengok melalui x-ray...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 12:00 PM | Show all posts
apa yang saya tau...tak semua orang akan nampak si pemakai susuk ni menarik...
saya ada kenalan yang mengaku memakai susuk..pada hemat saya.. muka dia biasa2 je..
tapi pada orang lain..orang lelaki khususnya (kawan saya ni perempuan)..semua tengok dia lawa sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:11 AM | Show all posts
salah satu pantang sipemakai susuk ialah
lalu bwh penyidai kain
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 02:39 AM | Show all posts
susuk ni dia pkai logam mcm perak,emas..so x karat..kalo pkai besi biasa mau karat..lh kena tetanus(kancing gg)wakakakakka
john_pablo Post at 10-12-2010 18:16



    lawak pulak statement TT ni.. tak leh tahan nak gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 02:44 AM | Show all posts
salah satu pantang sipemakai susuk ialah
lalu bwh penyidai kain
R2D2 Post at 13-12-2010 00:11



    ada jugak cakap, org pakai susuk tak boleh makan sate.. betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 09:40 AM | Show all posts
x silap....blh mkn satay, tp kena cara gigit daging satay dr batang satay.....bg aku pakai susuk nie,nyeksa badan jea....even kena cucuk dek jarum pun sakit......pe tah lg nk benam2 susuk nie dlm badan.....ngilu oooo!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 11:49 AM | Show all posts
paste je kt sini,
xde si indon tu nk saman ko..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:38 PM | Show all posts
org popoan tgk baru nmpk manis kot.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:54 PM | Show all posts
retis ramai jah pakai susuk..siap claimed cantik sbb amik air semayang dan sebab teknik solekan lagi uols {:2_76:}
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 02:13 PM | Show all posts
zaman skg x yah pakai susuk.. guna  botok ajer...lagi mengacam.. nak bibir tebal mcm ngero pun boleh  lku nak  ..   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.348531 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list