CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

ARTIKEL ARTIS KPOP DI MAG/PAPER MALAYSIA

[Copy link]
Post time 22-4-2011 09:22 AM | Show all posts
Wartawan ni harap internet je nak cari Info, diorang tak tahu itu gosip atau betul.
Yang aku tak puas hati, aritu wartawan tulis idola indon aku Dude Herlino dah kahwin ngan Naysila padahal itu cite dalam sinetron terbaru mereka. Ape ke bangang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2011 03:50 PM | Show all posts
dia ambil dr berita harian

Kuasa K-Pop
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2011/04/23

Artis Korea langkau sempadan bersama muzik popular

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, demam muzik popular Korea atau K-Pop di kalangan penggemar muzik di Asia semakin menjadi-jadi. Bahkan ia bagaikan sudah berbudaya di kalangan generasi muda hari ini. Negara kita tidak terlepas daripada terkena tempias pengaruh muzik artis solo mahupun berkumpulan dari Korea Selatan.
Ditambah dengan kewujudan media baru, pengaruh K-Pop makin cepat menular ke seluruh benua ini, bahkan sebahagian bakat dari negara berkenaan sudah pun melangkah lebih jauh hingga ke Amerika Syarikat dan Eropah. Rain dan Wonder Girls, umpamanya, sudah memahat nama mereka di persada seni Amerika.
Semuanya dikatakan bermula kira-kira 20 tahun lalu, dengan penubuhan kumpulan Seo Tai-ji & Boys pada 1992. Kewujudan mereka mengubah landskap muzik negara itu. Dengan mengetengahkan konsep rap rock dan tekno, kumpulan berkenaan mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik Korea ketika itu.

Dua dekad kemudian, pelbagai nama dan bentuk muzik menghiasi dunia muzik negara terbabit. Semuanya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, dek fenomena yang sememangnya banyak mendatangkan laba buat artis dan syarikat yang menaungi mereka. Kumpulan Big Bang, sebagai contoh, dilaporkan mampu memungut sekitar RM50 juta pada 2007.

Maka tidak hairanlah apabila syarikat besar seperti S.M. Entertainment, YG Entertainment, DSP Entertainment dan JYP Entertainment sanggup berbelanja besar untuk merekrut, melatih, seterusnya memasarkan produk menguntungkan ini.

Difahamkan, paling kurang syarikat terbabit mengambil masa selama dua tahun untuk mencipta seseorang bintang atau sesebuah kumpulan, bagi memastikan nama mereka benar-benar melekat di hati peminat sebaik saja single atau album mereka dipasarkan.
Walaupun impak K-Pop kuat dirasa di negara seperti Jepun, Thailand, Malaysia dan Singapura, pengaruhnya dikatakan turut dilihat sehingga ke Australia. Bahkan negara Afrika Utara dan Asia Barat tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya.

Tiga tahun lalu, kumpulan Wonder Girls muncul artis Korea pertama yang berjaya menempatkan diri dalam carta 100 Lagu terhangat Billboard di Amerika Syarikat menerusi single Nobody. Pada tahun lalu, artis solo, Taeyang dan sebuah lagi kumpulan yang dianggotai penyanyi perempuan, 2NE1, turut tersenarai dalam pelbagai carta di negara itu dan Kanada.

Pada tahun ini pula, album kumpulan Big Bang berjudul Tonight menjadi album K-Pop pertama yang menembusi kedudukan 10 terbaik dalam carta iTunes dan muncul satu-satunya album bukan Inggeris dalam senarai Top 100.

Dalam usaha mereka mengetengahkan lagi bakat dari negara terbabit, syarikat yang menaungi artis Korea ini menggunakan pendekatan kerjasama bersama artis luar. Di Amerika Syarikat umpamanya, artis Korea menyertai siri jelajah dengan beberapa kumpulan muzik terkemuka seperti Jonas Brothers, serta mengadakan kolaborasi bersama penerbit unggul termasuk will.i.am, Rodney Jerkins dan Kanye West.





gambo 2pm tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2011 04:53 PM | Show all posts
dia ambil dr berita harian

Kuasa K-Pop
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
201 ...
airwickss Post at 23-4-2011 15:50



    oh my...bile masa plak SuJu tukar nama jadi 2pm ni?  hahaha

aku rasa macam nk kmpl jek artikel2 yg salah psl artis kpop ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 05:06 PM | Show all posts
diorng xbleh bezakan muke orng korea kot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply 22# airwickss


    penat suju datang malaysia ntah dah bape kali, wartawan2 nih cuma tau muka justin bibir jek kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 09:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by airwickss at 24-4-2011 21:47

gambo kedit to fb redstar



elak bunuh diri akibat obses muzik korea...
tu gambo park yongha ka...

apa kaitan minat kpop dgn bunuh diri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2011 11:08 PM | Show all posts
gambo kedit to fb redstar



elak bunuh diri akibat obses muzik korea...
tu gambo park yongha ...
airwickss Post at 24-4-2011 21:38



    park yongha ke tu? apsal mcm lain jek? lgpun ape kene mengene park yongha ngan kpop? sah diorg ni tak tgk winter sonata.

aku tak penah dgr lg kisah ada fanboy or fangirl bunuh diri sbb kpop.  artis2 korea bunuh diri sebab mostly depression.  daripada ban kpop better diorg ban pengaruh artis hollywood kt malaysia ni. kurang2 artis kpop pandai gak jaga imej diri.  seseksi lee hyori tu ada gambar bogel mcm vanessa hudgens????
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 03:28 AM | Show all posts
Reply 26# airwickss

bangangnyer writer nih.... :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 08:23 AM | Show all posts
Reply 26# airwickss

ni paper maner neh>?? semuanya menyakitkan hati....
pesal la dok sebok sangat sal retis2 kpop neh???
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 08:32 AM | Show all posts
Reply 29# nzhass79


   paper semalam berita minggu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 08:39 AM | Show all posts
arghh..tak beli sokkabar....skrg mmg byk citer pasal kpop kt paper kan? dulu berita sikit je..skrg leh masuk 1 ms...menyampah lak ai...dr masuk retis industan ngan indon tu, baik masuk retis kpop...bagus jugak..takde lah seksi sgt pun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 08:41 AM | Show all posts
tetiba aku rasa nak keje jadik wartawan ganti diorang2 yang tak reti wat keje umah ni...  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 12:46 PM | Show all posts
woooh...
klau wartawan2 yg berkenaan terjenguk forum nih mau panas montot dorang...
ingat assignment ke men gugel pastu kopipes.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 01:31 PM | Show all posts
ni kbel x salahkan 100% penulis ni tapi disalahkan jugak pakar2 yg buat kajian ni....
apakah pakar2 ni x kaji hiburan lain mcm Indon entertainment juga...kenapa salahkan 100% Kpop bukan itu saja japan juga taiwan pun terkena tempias juga....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 06:37 PM | Show all posts
tetiba aku rasa nak keje jadik wartawan ganti diorang2 yang tak reti wat keje umah ni...
blankie Post at 25-4-2011 08:41



    aku setujuk!! kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:18 PM | Show all posts
wartawan di Malaysia ini sgt pemalas..apakah mereka ini makan gaji buta sahaja..

Saya juga baru membeli majalah KLIK..muka depan group band CNBlue..
tapi isi kandungan yg ada didalam nye cerita yang di copy paste..cuma bezanye di alih bahasa ke bahasa Melayu pasar.

Semua cerita bekaitan ahli2 group CNBlue, aktiviti mereka saya sudah membaca dia thread CNBlue yg sedia ada di internet ini
buat rugi wang saya sahaja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2011 10:24 PM | Show all posts
wartawan di Malaysia ini sgt pemalas..apakah mereka ini makan gaji buta sahaja..

Saya juga baru m ...
AprilNing Post at 25-4-2011 22:18



    diorg wat artikel taraf student uni wat assignment jek. main copy, paste n translate. tu pun kekadang translate leh salah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:28 PM | Show all posts
diorg wat artikel taraf student uni wat assignment jek. main copy, paste n translate. tu p ...
annehuda Post at 25-4-2011 22:24



  memalukan..
jika begitu cara mereka berkerja., saya pun boleh buat
tidak perlu belajar tinggi2..kalau sekadar cuma copy paste..
membuat untung diatas usaha orang lain..

Mereka ini tidak diajar tentang etika kewartawan kah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2011 10:33 PM | Show all posts
ni kbel x salahkan 100% penulis ni tapi disalahkan jugak pakar2 yg buat kajian ni....
apakah pakar2 ...
isabel Post at 25-4-2011 13:31



    mungkinkah pakar2 malaysia je satu2nye pakar di dunia yg leh kuarkan teori muzik k-pop adalah punca bunuh diri di kalangan muda-mudi. LOL
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 12:14 AM | Show all posts
google email writer nih keluar pulak blog ni...
fanz kpop gak
http://haefara.blogspot.com/2011 ... r-fanatik-kpop.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.273123 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list