CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345678910Next
Return Post new threads
Show: 27195|Reply: 246

Cemburu Berdarah : Remaja Hamil Di Tikam 19 Kali, Disimbah Asid

  [Copy link]

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-12-2010 05:32 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Sumber: Hmetro dan Bharian


JOHOR BAHRU: Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, mangsa 19 tikaman dan disimbah asid akan menjalani rawatan membuang sel kulit mati Isnin ini selepas 70 peratus bahagian badan termasuk mukanya melecur teruk.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Johor, Senator Datuk Sharifah Azizah Syed Zin, berkata keadaan mangsa semakin stabil dan masih perlu menerima rawatan susulan berikutan kecederaan teruk yang dialaminya.

Nur Ain sudah sedar dari komanya dan boleh membuka matanya. Malah, ketika menegurnya, dia memberi maklum balas yang positif dan faham apa yang sedang berlaku ke atasnya.

Ini satu perkembangan yang baik dan saya berharap dia akan cepat sembuh seperti sedia kala, katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Katanya, Pergerakan Wanita UMNO negeri akan sedia membantu Nur Ain apabila sembuh kelak termasuk memberi bantuan kaunseling serta pertolongan lain yang sewajarnya bagi membantu mangsa meneruskan kehidupannya.

Saya sedih perkara sebegini boleh berlaku. Saya dan ahli Wanita UMNO yang lain berdoa supaya Nur Ain cepat sembuh kerana usianya masih muda dan perjalanannya menuju alam dewasa juga masih jauh.

Saya juga berharap keluarganya bersabar dalam menghadapi dugaan yang melanda dan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya dapat mengharunginya dengan mudah, katanya.

Sharifah Azizah sebelum itu turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa bertujuan meringankan beban yang ditanggung mereka.

Akhbar semalam melaporkan Nur Ain yang mengandung enam bulan koma, manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram, dekat sini Khamis lalu.

Mangsa diserang seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai akibat menolak cinta lelaki terbabit. Suspek dikatakan mengenali mangsa sejak dia berusia 12 tahun lagi malah, suspek juga dipercayai adalah anak angkat kepada keluarga mangsa.

Mangsa dilaporkan parah selepas ditikam 19 kali kebanyakannya di bahagian perut selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki.



p/s: apa nak jadilah manusia-manusia zaman sekarang.
:&
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 19-12-2010 05:42 PM |All posts
kesiannya dia.. semoga tabah dan sihat kembali...
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 19-12-2010 05:47 PM |All posts
Post Last Edit by Risma at 19-12-2010 17:50

dia hamil kannnn................ dah kawen ke.....rasanya belum kot.... hu hu... memacam budak sekarang.........

ris terbaca kat mana entah, katanya suspek tuh selalu belikan barang utk budak nih, apa saja budak nih nak dia tunaikan.......... tapi budak nih ada pakwe lain....... hu hu tu yang jadi kes cemburu kot......... ko nak apa2 mintak dengan aku, tapi bagi tubuh badan kat orang lain .... sadis tul
Jangan ada benci
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-12-2010 06:02 PM |All posts
itulah ceritanye
:&
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 19-12-2010 06:04 PM |All posts
ada tulis ke belum kawin?
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-12-2010 06:07 PM |All posts
ada tulis ke belum kawin?
easy81 Post at 19-12-2010 18:04


x tulis
tp x de jugak tulis cerita pasal suami dia
so, x leh la nak teka teka
sangka baik jalan terbaik
apatah lagi nasib dia sedang malang dan diuji sebegitu rupa
walau siapapun dia, x patut sangat ada manusia yg tergamak hukum dia sebegitu rupa
:&
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-12-2010 06:09 PM |All posts
Malang tol jumpe dgn org saiko camni...ciann budak ni...:(


(posted by mobile)
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-12-2010 06:13 PM |All posts
Malang tol jumpe dgn org saiko camni...ciann budak ni...


(posted by mobile)
diamondvii Post at 19-12-2010 18:09


itulah
kita yg akan teruskan hidup ni perlu amik iktibar
kdg kdg tindakan kita kecik aje
tp bila tindakan tu kena kat org psyco, tindak balas depa sukar nak kita jangka
mintak Allah jauhkan kejadian sebegini jadi pada kita dan keluarga kita
:&
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 19-12-2010 06:22 PM |All posts
Ya Allah apalah nak jd ....macam2 je
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-12-2010 06:22 PM |All posts
Astaghfirullahalazeem...apa ni?  Tak boleh nak digest keganasan dan kebodohan yang melampau macam ni berlaku di kalangan orang Islam di negara Islam Malaysia.
The traveller's wife...
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 19-12-2010 06:28 PM |All posts
makin ramai org mereng kat malaysia ni.. bahaya2..
AnsinaMask
Reply

Props Report

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Post on 19-12-2010 06:33 PM |All posts
Reply 1# koboi

ya allah ...makin ramai yang sakit mental sekarang ....
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 19-12-2010 06:34 PM |All posts
bapa kpd bayi dlm kandungan tu xnak muncul n dakwa suspek ke?
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 19-12-2010 06:37 PM |All posts
ganas sgtla..

suka sgt simbah asid2 ni...

time cmni kalo tgh marah setan duk api2kan lagi..tu yg jd kejam tu..

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-12-2010 06:38 PM |All posts
tua tak sedar diri...
rasanya budak tu pun tak sangka jantan kertu tu nakkan dia...
tup2 kena serang je...
Jason Statham - Born to Kill
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-12-2010 06:43 PM |All posts
pergh..skg ni asal  xpuas ati ja kasi tembak,tikam,curah asid..jahat gila weh..hahahaha
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 19-12-2010 06:45 PM |All posts
ngerinyer tgk........... adoiii, senak perut memikirkan peel org2 skarang ni, laju aje tangan nak nyimbah2 asid la, tikam2 la....
[every leaf speaks bliss to me, fluttering from the autumn tree]
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-12-2010 06:46 PM |All posts
dengan muka dan badan yg kena asid,
walaupun dia sembuh dari 16 tikaman tu
masa depan budak perempuan ni sudah gelap
dan memerlukan bantuan banyak pihak untuk meneruskan hidup
:&
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-12-2010 06:47 PM |All posts
Astaghfirullahalazeem...apa ni?  Tak boleh nak digest keganasan dan kebodohan yang melampau macam ni ...
KakFie Post at 19-12-2010 18:22


itulah
kita rasa persekitaran kita aman
tp saban hari didedah dengan cerita org bunuh org, org pukul org, org simbah asid kat org
ya Alllah, ya Rabbi...
takutnya mengenangkan
:&
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-12-2010 06:48 PM |All posts
sapakah bapa bayi iyu???
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-12-2010 06:52 PM |All posts
sapakah bapa bayi iyu???
cintalara Post at 19-12-2010 18:48


menurut surat khabar Metro hari ini, keluarga budak perempuan itu membisu.
ini artikelnye:


Keluarga Senyap

JOHOR BAHRU: Keluarga remaja perempuan berusia 17 tahun masih membisu siapa bertanggungjawab terhadap kehamilan anaknya yang masih berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas ditikam 19 kali dan disimbah asid oleh seorang lelaki dikenali, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, hingga kini pihaknya juga masih tidak menerima sebarang maklumat mengenai pasangan mangsa terbabit.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya terdapat keperluan, ia menjadi tugas pihak hospital bagi menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurutnya, pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat mendakwa suspek berusia 44 tahun ditahan kelmarin mempunyai sebarang kaitan dengan kandungan enam bulan mangsa yang disahkan meninggal dunia selepas remaja perempuan itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

"Mengenai soal sama ada suspek bertanggungjawab ke atas kehamilan mangsa, hanya dapat diketahui sekiranya ada ujian DNA dilakukan terhadap janin itu kerana hingga kini keluarga tidak memberi maklumat.

"Malah polis masih meneruskan siasatan berkaitan kematian kandungan mangsa itu," katanya yang enggan mengulas sama ada mangsa sudah berkahwin.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan kisah malang seorang bakal ibu berusia 17 tahun yang hamil terpaksa bertarung dengan maut di ICU akibat ditikam 19 kali serta disimbah asid oleh seorang lelaki dikenali di rumahnya di Kampung Baru Sungai redan, Ulu Tiram, di sini, pagi kelmarin.

Sumber: HMetro, 19Disember2010
:&
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 19-12-2010 06:54 PM |All posts
tak boleh ku bayangkan trauma budak ni..sakit kena tikam 19 kali, sakit kena simbah asid lagi, ditambah lagi ngan sakit keguguran!!!! Dahlah kebanyakkan tikaman tu kat perut...efek rahim tu..harap2 dia masih lagi boleh mengandung di masa akan datang..
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-12-2010 06:58 PM |All posts
tak boleh ku bayangkan trauma budak ni..sakit kena tikam 19 kali, sakit kena simbah asid lagi, ditambah lagi ngan sakit keguguran!!!! Dahlah kebanyakkan tikaman tu kat perut...efek rahim tu..harap2 dia masih lagi boleh mengandung di masa akan datang..
judygee Post at 19-12-2010 18:54


itulah..
kalau dia pulih:
1. rupa dia sudah berubah (dek asid)
2. badan dia juga sudah berubah (dek asid)
3. ada lagi ke rahim dia? (dek tikaman bertubi-tubi pada rahim)
4. emosi dia juga mungkin cacat (dek kesan kejadian yg sangat hebat)


justeru, apa yg dia mampu buat selepas ini?
:&
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-12-2010 07:00 PM |All posts
huii.. tikam sampai 19 kali tuu.. kebanyakannya di bhgn perutt.. Allah swt masih panjangkan umurnye..
secret
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 19-12-2010 07:04 PM |All posts
Post Last Edit by mbhcsf at 19-12-2010 19:54

i dunno laaaaaa.....if this lady ada ada conversion  disorder  i forgive her laaaa
such a horrible experience to endure

ya allah terimakasih ....

sebab ujian yang dia bagi kita . adalah  yang termapu kita tanggung

i tak tahu nak kata apa ngiluuu  sengilu  ngilunyer
able was I ere I saw Elba
Reply

Props Report

12345678910Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 22-9-2014 06:08 AM , Processed in 0.140240 second(s), 35 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top