CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: koboi

Cemburu Berdarah : Remaja Hamil Di Tikam 19 Kali, Disimbah Asid

  [Copy link]
Post time 20-12-2010 08:25 PM | Show all posts
dalam dunia yg aman x der peperangan...tp manusia disini tetap berperang jugak...kena sentiasa berjaga2 dgn malang yg x berbau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 09:05 PM | Show all posts
manusia gila semakin ramai.. scary!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 09:20 PM | Show all posts
kesian kat baby dalam perut...zalimnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:47 AM | Show all posts
zaman sekarang ni umo 42 x matang lagi...cth kwn aku yg nakal itu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 02:21 AM | Show all posts
malunyer pangai bapak mcm ni..da la bodo nak lubang bosia.pastu jeles mcm budak bongok,kendian tikam2 nak bunuh gitu..eiii bapak,laki sape la ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 07:25 AM | Show all posts
Doktor Gigih Selamatkan Nyawa Remaja Ditikam 19 KaliUtusan Malaysia, 21 Dis 2010

JOHOR BAHRU 20 Dis. - Walaupun peluang remaja yang ditikam sebanyak 19 kali dan disimbah asid, Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, untuk hidup agak tipis namun sekumpulan doktor pakar di Hospital Sultan Ismail (HSI) kini gigih berusaha untuk menyelamatkan mangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, setelah empat hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), keadaan Nur Ain yang cedera 75 peratus badannya, agak kritikal.
"Setelah menjalani rawatan kulit bagi membuang sel-selnya yang rosak dan mencuci kecederaan di tubuhnya, dia kini telah dikeluarkan dari bilik pembedahan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Saya dimaklumkan kecederaan yang dialami Nur Ain akibat simbahan asid telah menyebabkan pelbagai komplikasi, bukan saja kesan melecur kulit malah pada bahagian yang terkena tikaman," katanya kepada pemberita selepas diberi taklimat dan melawat Nur Ain di HSI hari ini.
Taklimat mengenai keadaan Nur Ain disampaikan Timbalan Pengarah Perubatan HSI, Dr. Khadijah Abu Bakar.
Dalam kejadian 9.15 pagi 16 Disember lalu, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi ditikam bertubi-tubi di beberapa bahagian tubuh termasuk kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki selain melecur 75 peratus akibat disimbah dengan asid.
Perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki berusia 42 tahun berasal dari Kampung Air Putih, Nam Heng yang dikatakan tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak selain perasaan cemburu.
Nur Ain yang mengandung lima bulan turut kehilangan anak dalam kandungannya kesan daripada tikaman tersebut.
Robia bagaimanapun menaruh keyakinan tinggi terhadap kepakaran para pegawai perubatan HSI untuk merawat mangsa sehingga sembuh, malah beberapa pakar telah ditugaskan untuk bersama-sama memberi rawatan terbaik kepada Nur Ain termasuk pakar kulit, bius, bedah dan psikologi.
Mengenai keadaan Nur Ain, Robia yang meluangkan masa selama 15 minit melawat mangsa petang ini berkata, keadaannya stabil tetapi masih kritikal.
Sementara itu, kakak mangsa, Suraidah, 27, berkata, keluarganya sentiasa berdoa supaya Nur Ain selamat, namun bersedia menerima apa juga kemungkinan apabila dimaklumkan peluang untuk Nur Ain pulih semula agak tipis.
"Kami sentiasa mengadakan bacaan Yassin dan sembahyang hajat bagi kesejahteraan adik dan kami berharap dia akan pulih.
"Saya yakin adik mampu melawan kesakitan kerana dia seorang yang kuat semangat seperti pada hari kedua dirawat, dia sedar dan mampu memberi tindak balas dengan menggerakkan tangan dan kakinya," katanya.
Nur Ain baru menjalani rawatan kulit pukul 2.30 petang dan masih belum sedarkan diri, malah ahli keluarga juga dilarang untuk menemuinya, katanya yang setiap hari menemani ibunya, Tuminah Samsuri, 54, melawat mangsa di hospital.
Katanya, Nur Ain mampu memberi respons dengan menganggukkan kepala tanda faham ketika ditanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2010 07:46 AM | Show all posts
Reply 186# koboi

moga nyawanya panjang....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 08:06 AM | Show all posts
itulah..
kalau dia pulih:
1. rupa dia sudah berubah (dek asid)
2. badan dia juga sudah beruba ...
koboi Post at 19-12-2010 18:58



    masyallah kesian nye dia, tapi kite tak tau citr sebaliknya, aper2 pun moga dia cepat sembut dan kuatkan semangat,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 09:46 AM | Show all posts
nape takde sape ckp ada hikmah disebalik kene simbah asid sume ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 10:06 AM | Show all posts
dugaan yg diberi tuhan kepadaku terasa amat berat.... tapi ada lagi manusia yg mendapat dugaan yg lebih berat dari ku........semoga dia cepat sembuh....amin...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 10:06 AM | Show all posts
semoga mendapat peluang kedua dan kalo dpt peluang kedua jgn la mensiakannya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 11:12 AM | Show all posts
nape takde sape ckp ada hikmah disebalik kene simbah asid sume ni
kenarikelabu Post at 21-12-2010 09:46



ada yg cakap
awk saje yg x baca betul-betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:05 PM | Show all posts
mg kesian to dat girl..kene tikam,smbah asid,baby gugur kan..tp rasenyer die ni jenis yg suke berzina sana sini sblm ni.ni mengundang kemurkaan Allah..mungkin ini balasan supaya die insaf, or kalau die mati nt, mungkin adalah kifarah di dunia...semoga jd pedomana..now zina makin bleluasa..org bangga plak tu buat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:27 PM | Show all posts
x tau nk kata apa dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:33 PM | Show all posts
ada jugak yang jenis tau ini balasa Allah whatsoever la pulakk
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:35 PM | Show all posts
Reply 193# tightcherry

Allah mmg bayar cash jek di dunia skrg ni..
bukan kita nak memadankan org.. tp dia masih muda, bayangkan klu tak terjadi insiden ni, adakah dia akan berterusan dgn gaya hidup mcm gitu sampai hari tua nya?
sebnarnya kejadian ni sepatutnya menyedarkan jugek ahli keluarganya.. bertanggung jawab lah skit pd anak gadis yg berumur belasan tahun.. dah masuk pusat pemulihan sejak 2008.. tak kan  nak simpan budak tu kat sana jek.. bila dah keluar, sejak bulan april, baru berapa bulan, dah bunting? mak bapak zaman skrg  ni, tolong lah bertanggung jawab skit dlm membela anak..
jgn harap kerajaan jek nak bantu.. detention kat pusat pemulihan ada had umur..  yg takde had tu, kat penjara jek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 12:37 PM | Show all posts
dia kena simbah pasal menolak cinta laki 42 tawun tu ker??? adoi,, takotah camni. takleh nak tolak cinta ler plak. naya tetiba.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:44 PM | Show all posts
Dah wat mcm onar dlm idup dan kena musibah mcm2 .......  masih lg tak mo akui kenyataan ini sumer musibah dr Tuhan............

Dasar manusia bodoh sombong............
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:53 PM | Show all posts
Reply 167# babydoll


    wlaupun dgn garpu trseksa jgk klau dh dtkam byk kali...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 07:31 PM | Show all posts
better dak pempuan ni meninggal dari terus hidup macam mayat hidup....seksa ooo hidup dalam keadaan yg x macam orang....  mak dan bapak dia pun payah nak jaga... kalo mak ngan pak dia masih hidup boleh lah jaga ..tapi kalo dah mati sok sape nak jaga budak pempuan tu...ishhhh kalo aku dr family diorg aku doakan je nyawa nye diambil Allah dari dia hidup menderita dengan trauma dan cacian masyarakat ....oohhhh tidakkkk pengajaran kepada semuaa ..jangan percaya dengan anak2 anda......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.188544 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list