CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

[Lain-Lain] Bukti filem tempatan mampu atasi filem Hollywood - Yusof

[Copy link]
Post time 30-6-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Bukti filem tempatan mampu atasi filem Hollywood - Yusof


Datuk Yusof Haslam

Kuala Lumpur: Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 69, berbangga dengan kutipan filem Polis Evo 3 yang berjaya mengatasi filem besar dari Hollywood yang ditayangkan serentak dengan filem terbabit.

Menurutnya, pada peringkat awalnya dia melihat Polis Evo 3 sukar bersaing dengan filem 'gergasi' Hollywood ini.

"Mulanya saya berharap Polis Evo 3 dapat pulang modal jangan rugi. Tapi itulah semuanya berlaku dengan izin Allah SWT apabila filem ini capai kutipan RM51 juta.


"Ini membuktikan filem tempatan juga boleh bersaing dengan filem luar dan kita dah buktikan. Yang paling saya terperanjat, filem kita boleh mengatasi filem Mega Hollywood.


"Satu perubahan yang saya nampak bagus untuk industri filem," katanya kepada Harian Metro.

Yusof bagaimanapun tidak mahu mana-mana pihak yang terbabit dalam filem ini riak kerana menganggap ia adalah rezeki Allah buat mereka.

"Dulu pun zaman saya, saya buat 10 filem sukses pecah panggung tapi saya tak pernah anggap benda itu kerana saya hebat. Itu semua dengan izinNya.

"Isteri saya, Datin Patimah kata, Yus orang lain pun buat filem yang baik juga tapi rezeki mereka tiada. Jadi, kejayaan saya disambung pula oleh anak-anak saya yang tak pernah saya termimpi.

"Saya jadi pengarah, anak tak semestinya jadi pengarah, tapi Allah izinkan. Anak-anak pula bekerja keras. Kebetulan mereka ada bakat dan pergi sekolah filem. Saya pula 'old skool' berdasarkan pengalaman," katanya.

Yusof berkata, dia selalu berpesan kepada anak-anaknya Syamsul dan Syafiq agar jangan menganggap mereka yang terbaik.

"Apa yang kita dapat ini kita syukuri nikmat. Ia datang dengan sokongan penonton. Saya melihat filem Polis Evo 3 macam filem Mat Kilau juga.

"Kita dapat buktikan kepada rakyat Malaysia, kepada dunia bahawa filem tempatan boleh mengatasi filem Mega Hollywood yang kosnya ratusan juta. Ini seakan-akan sama kita mendekati Korea.

"Dimana dulu, orang Korea jarang tengok filem sendiri. Satu ketika penggiatnya berusaha perbaiki kandungan dan kualitinya. Akhirnya filem mereka mengatasi filem luar.

"Rakyatnya lebih gemar tengok filem tempatan berbanding filem luar. Harapnya perkara ini akan berlaku di Malaysia. Orang lebih suka tengok filem tempatan berbanding filem luar," katanya.

Menurutnya, prosesnya mungkin bukan berlaku sekarang kerana penghasilan filem memerlukan modal dan bukan calang-calang kerana ia satu pertaruhan.

"Kita tak boleh ramalkan filem yang akan dapat sambutan. Kalau ramal pun hanya secara rambang. InsyaAllah saya doakan suatu hari agar filem Melayu Malaysia akan jadi tuan di negara sendiri," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... lem-hollywood-yusof

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.071949 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list