CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
12345678Next
Return Post new threads
Author: Denise_Najwa

Faizah Elai make up buruk dlm melodi semalam

  [Copy link]

12

Threads

4

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
16-11-2006
Post on 21-12-2010 12:02 PM |All posts
minah ni seksi semcm je

0

Threads

0

Fans

718

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
12-3-2009
Post on 21-12-2010 12:15 PM |All posts
cute ke minah nie???? Heloo................... tak de maknanye.

0

Threads

0

Fans

537

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
22-9-2010
Post on 21-12-2010 12:51 PM |All posts
agaknya mekap tu nak cover jerawat dia kot,..aku tgk mcm ada jerawat yg timbul kat pp dia...

29

Threads

0

Fans

734

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
13-10-2010
Post on 21-12-2010 01:54 PM |All posts
alah biarlah dia, mak bapak dia tak kisah pun...kite ni nak menambah dosa je, bercerita hal org lain..dia yang dapat pahala..saya bukan la peminat dia tapi pelik setengah org suka sangat besarkan hal yang tak sepatutnya..

2

Threads

0

Fans

2323

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
19-8-2005
Post on 21-12-2010 05:37 PM |All posts
Reply 76# reenz013

Bakal2 pornstar kekdahnya khennn?
Aku tak sokong pluralisme!

147

Threads

6

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
28-4-2006
Post on 21-12-2010 05:46 PM |All posts
biodata nyer

Nama: Noor Faezah Elai
Panggilan: Faezah
Tempat Lahir: Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1982
Umur: 28 tahun
Status: Bujang
Adik-beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Hobi: Mendengar muzik
Kerjaya: Pelakon, pengacara dan model
Filem: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Tolong Awekku Pontianak, Senjakala dan Mantera.
Drama: Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Miah Oh Miah dan Asmara.
Iklan: ****x, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom
Pengacara: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3)
Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Gorgeous People majalah Female.

147

Threads

6

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
28-4-2006
Post on 21-12-2010 05:46 PM |All posts
gegeh bercerita dalam melayu kini

DI saat namanya memuncak dan mula menjadi sebutan, tiba-tiba timbul cerita kurang enak membabitkan Noor Faezah Elai.

Heboh kini Faezah, 28, dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pengarah Heykal Hanifah, 37, dengan isterinya, gara-gara dituduh terjebak dengan skandal. Bukan itu saja, pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Otai itu dikatakan turut diserang isteri Heykal, Rosmanizawani Nadzir atau Jaja, 37, yang juga warga industri muzik.

Ditemui pada sesi fotografi khas bersama Rap, baru-baru ini, Faezah dengan tenang menjelaskan ini pertama kali namanya dipalit kontroversi yang cukup mencengkam sejak tiga tahun bergelar pelakon. Lebih menyedihkan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini, mendakwa ia tidak benar sama sekali.



¡°Saya sudah menjelaskan kepada isteri pengarah itu (Jaja) gosip yang dihebohkan itu tidak benar. Tapi biasalah siapa yang nak percaya dengan cakap saya tapi saya yakin kebenarannya akan terbukti satu hari nanti,¡± katanya.

Ahad lalu, Melodi TV3 menyiarkan kenyataan pelakon filem Ngangkung, Azad Jazmin, 34, yang mendakwa Faezah cuba berdolak-dalik apabila mengaitkan dirinya dalam gosip itu. Sebelum ini Azad dikatakan menjadi pihak yang membawa mulut atau menyampaikan cerita skandal itu kepada Jaja.

Menjelaskan lebih lanjut, Faezah berkata, dia mendapat tahu daripada sumbernya sendiri Azad yang memaklumkan gosip itu kepada Jaja.

¡°Tak sangka pula cerita ini jadi besar sehingga saya pula sekarang dikatakan tergila-gilakan Azad! Saya masih simpan semua mesej yang diberikan Azad kepada saya termasuk mesej cinta, tapi saya tak pernah layan semua itu. Niat saya hanyalah hendak bantu Azad mencipta nama dalam dunia lakonan kerana kami sama-sama berasal dari Pulau Pinang. Itu saja. Memang benar saya juga pernah membuat laporan polis pada 2009 kerana dulu banyak ugutan saya terima daripada Azad termasuk membabitkan maruah keluarga saya.

¡°Malah Heykal juga menjelaskan kepada saya isterinya sendiri beritahu Azad yang menceritakan kononnya kami ada skandal. Malah sewaktu kami berjumpa di rumah seorang penyampai TV, ramai lagi orang ada menjadi saksi. Saya dituduh datang berdua sedangkan ayah saya yang hantar ke rumah itu,¡± jelasnya.

Faezah turut menegaskan dia jadi keliru dengan isu yang ditimbulkan itu kerana apabila dia bertanya sendiri kepada Azad (yang kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Eira Syazira), Azad mula memutarbelitkan fakta.

Faezah juga mendakwa, Azad yang sebenarnya ada masalah peribadi dengan Heykal menyebabkan terbitnya cerita yang tidak benar. Bagi Faezah, isu itu seolah-olah berkait-kait.

¡°Terus terang, saya tak mahu lagi ambil pusing mengenai gosip yang diperkatakan itu kerana ia jadi semakin rumit dan berbelit. Namun, saya percaya, kontroversi seperti ini akan datang dan pergi. Tak lama lagi kalau orang dah tahu cerita sebenar, ia akan hilang dengan sendiri,¡± katanya.

Bercerita lanjut, Faezah tidak menafikan gosip mengatakan dia cuba merampas suami orang, sedikit sebanyak membuatkan dirinya kecewa dengan industri sehingga pernah terlintas di hati untuk mengundur diri.

¡°Bagaimanapun, keluarga saya minta saya bersabar. Mereka menasihatkan saya supaya menjadi lebih kuat dan faham semua ini adalah asam garam dunia artis. Mendengarkan kata-kata keluarga, saya kembali semangat.

¡°Bayangkan saya tinggal dengan ibu bapa. Bukan itu saja, ke mana saya pergi pasti ada ahli keluarga menemani. Saya jarang keluar berseorangan. Apabila habis penggambaran saya akan terus pulang ke rumah. Jadi bila pula masanya saya pulang pagi dan menghabiskan masa dengan pengarah terbabit. Cerita seperti ini sangat memalukan,¡± katanya.

Faezah menegaskan, gosip membabitkan hal peribadi seperti itu bagaimanapun tidak boleh menandingi ¡®kata penghinaan¡¯ yang diluahkan seorang wartawan hiburan kepadanya pada awal pembabitan dalam lakonan.

¡°Sewaktu membintangi filem Otai, selepas majlis majlis previu, seorang wartawan datang kepada saya dan berkata kemunculan saya merosakkan filem itu. Mendengarkan kata-katanya membuatkan saya rasa sangat sedih dan geram.

Malah kenyataannya membuatkan saya trauma sehingga enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

¡°Saya akui pada awal kemunculan di layar filem lakonan saya memang teruk. Tapi saya mahu buktikan kepada diri sendiri bahawa saya boleh berubah dan maju ke depan,¡± katanya.

Akibat daripada ¡®kata penghinaan¡¯ itu, Faezah hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai pengacara. Malah banyak tawaran berlakon filem diterima waktu itu, tetapi ditolak.

Untuk memulihkan kembali keyakinan, Faezah kembali memulakan karier lakonan dari bawah dengan membintangi drama sebagai watak pembantu dan bekerja dengan pengarah berkaliber, antaranya Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Kabir Bhatia. Dia turut mencuba pelbagai watak termasuk antagonis dalam siri Asmara dan Tomboy dalam slot Sutera Maya.

Paling meninggalkan kesan di hati penonton apabila dia menjadi anak yang dianiaya ibu sendiri dalam telemovie Miah Oh! Miah. Lebih membanggakan apabila drama arahan Pierre Andre itu turut dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung 24 Disember ini.

¡°Saya bersyukur apabila segala susah payah yang dilalui berbaloi. Syukur kerana bakat saya sudah mula mendapat perhatian. Mungkin inilah kesan daripada ¡®kata penghinaan¡¯ itu. Saya banyak belajar. Setiap ilmu yang saya peroleh dalam lokasi penggambaran saya kutip dan belajar daripada pengarah dan pelakon senior.

¡°Waktu sama saya bersyukur kerana keluarga juga menjadi pengkritik setia agar melakukan lebih baik dalam setiap drama mahupun filem yang dibintangi. Ibu saya bertindak sebagai ¡®badan penapis¡¯ dan menentukan skrip mana yang bagus dan tidak. Berkat sokongan keluarga dan tunjuk ajar pengarah yang pernah saya bekerja sebelum ini membolehkan saya terus maju dalam bidang lakonan. Terima kasih juga kepada wartawan yang pernah menegur saya. Kalau tidak, saya masih berada di takuk lama,¡± katanya Walaupun sudah membintangi banyak drama dan filem, ada satu impian Faezah yang belum lagi tertunai. Bintang utama filem Tolong Awekku Pontianak itu mahu berlakon teater suatu hari kelak.

12

Threads

4

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
16-11-2006
Post on 21-12-2010 05:51 PM |All posts
Reply 80# jejakamiang

hehehehe

88

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
23-12-2008
Post on 21-12-2010 06:35 PM |All posts
biler makeup lawa....kalau tak makeup cam biase jerr.....anak mami pinang yerk die nihh
Never, never, never quit.
mea  

131

Threads

6

Fans

410k

Points

Conqueror

Mama Faiz

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
12-5-2004
Post on 21-12-2010 06:48 PM |All posts
tadi ada tgk ulangan..pink karer gituh....
レo¡Ìر  キo³ßر¡Ìر³ß

1

Threads

0

Fans

768

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
11-11-2010
Post on 21-12-2010 07:27 PM |All posts
hampehhhh...........

40

Threads

0

Fans

777

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
18-11-2010
Post on 21-12-2010 07:50 PM |All posts
nape la seksi sgt....

26

Threads

7

Fans

5092

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
10-3-2009

Moderator

Post on 21-12-2010 07:51 PM |All posts
aku terkujat tengok aksi Azad balas statement pergg piyau!
minds under construction

0

Threads

0

Fans

136

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
12-3-2010
Post on 21-12-2010 08:23 PM |All posts
ni yg aku tgk gadoh2 kt melodi hr 2..poning pale la tgk artis gadoh2 ni..aiyaa...cube la hidup ngn aman sejahtera

0

Threads

0

Fans

3504

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
11-7-2010
Post on 23-12-2010 11:21 AM |All posts
bukan mekap dia yg teruk
tapi sbb dia punya kulit muka kan bermasalah
tu yg kena mekap tebal kay pipi
dia ni cantik tapi syg kulit muka tak bersih

6

Threads

1

Fans

1440

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
17-3-2008
Post on 23-12-2010 11:30 AM |All posts
masa kat melodi tu asben aku cakap 'pasal apa la dia ni pakai baju smpai nak nmpk kopek.....untung wartawan tu leh tengok free'........hahahaha

24

Threads

2

Fans

9048

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
29-7-2005
Post on 23-12-2010 11:46 AM |All posts
hish .. tak bercinta .. teman p klinik sakit puan jah!!! teringat kes saper btau ader reti ...
samshik Post at 20-12-2010 04:55 PM



    SAPEKAH RETIS TU?
PASAH dan PROPA berpisah tiada

112

Threads

2

Fans

2894

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
23-2-2010
Post on 23-12-2010 11:48 AM |All posts
kulit muka dia yang teruk ...... aku tengok mengerutu je sebelah pipi dia ..... so dia kenalah mekap cam tu nak tampal lubang-lubang kat muka dia .... tapi baju dia pakai ..... dah macam porn star dah ......... tapi tak pa lah sbb direstui oleh bapa dia kat sebelah .... gigih promosi keseksian anak dia

3

Threads

0

Fans

436

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
28-8-2006
Post on 23-12-2010 11:49 AM |All posts
baru2 ni ada tgk citer ntah apa tajuk dia b'lakon..pakai baju ketat, sekali dia duduk,..selambak perut mcm org dh beranak 4..

2

Threads

0

Fans

2323

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
19-8-2005
Post on 23-12-2010 12:19 PM |All posts
Reply 93# cruisekeanu

Alah boleh sterika!
Aku tak sokong pluralisme!

18

Threads

1

Fans

3121

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
16-6-2010
Post on 23-12-2010 12:43 PM |All posts
Aku suka die ni..
*HAPPY 2ND ANNIVERSARY TO MY HUSBAND AND ME*
WINK

3

Threads

4

Fans

4714

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
1-4-2009
Post on 23-12-2010 02:04 PM |All posts
pizah..pizah..awat hang jd lagu ni??wakakakka...seksi seksa tu kira trend laa nak laku cepat...

0

Threads

2

Fans

9629

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
27-8-2009
Post on 23-12-2010 03:08 PM |All posts
masa dalam melodi hari tu...nampak kulit dia gelap....
http://anggunleyya.blogspot.com

3

Threads

7

Fans

4825

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
27-11-2010
Post on 23-12-2010 09:23 PM |All posts
org secantik dia xkan jadi bughok hanya gara2 salah make up...yg cantik tetap cantik....xde aku kisahkan punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......................

3

Threads

0

Fans

384

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
7-9-2010
Post on 23-12-2010 11:01 PM |All posts
Faezah ni ckp bermotifkan Bukti...
tp Azad...........??? haram kejedah.....cakap je lebih!!!!!!
12345678Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-5-2013 07:26 PM , Processed in 0.172540 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top