CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1672|Reply: 7

Bang Yong Guk hentikan konsert seketika, bagi peluang penonton solat Maghrib

  [Copy link]
Post time 21-7-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode


MEMAHAMI kepelbagaian budaya dalam kalangan peminat di Malaysia, penyanyi Bang Yong Guk bertindak menghentikan seketika persembahan bagi menghormati waktu solat Maghrib.

Yong Guk berbuat demikian ketika tampil sempena konsert The Colors of Bang Yong Guk yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Penyanyi itu yang memulakan persembahan pada lewat petang secara tiba-tiba meminta waktu rehat bagi memberi laluan kepada peminat untuk menunaikan solat.

Malah dia sendiri yang mengumumkan telah masuk waktu Maghrib di atas pentas dengan bantuan seorang penterjemah.

"Sekarang kita ada masa untuk sembahyang, kita akan mulakan semula sebentar lagi," katanya ketika di atas pentas.

Dalam masa sama, dia juga turut menerangkan kepada penonton yang hadir tentang keperluan untuk berehat pada waktu tersebut bagi peminat di Malaysia.



Difahamkan ucapan tersebut juga dibuat atas permintaan Yong Guk sendiri yang daripada awal sudah sedia maklum mengenai budaya tempatan.

Video ucapan Yong Guk itu mula mendapat perhatian di laman sosial dan rata-rata peminat kagum kerana bekas anggota B.A.P ini tahu menghormati waktu solat.

"Dia tidak perlu berbuat demikian, tetapi tetap melakukannya. Dia seorang lelaki budiman sejak awal kemunculan.

"Yong Guk ada standard tersendiri.

"Bagusnya hormat waktu solat, bertambah hormat saya pada Yong Guk," komen netizen.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2023 03:41 PM | Show all posts
handsome macam rain ninja
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 03:50 PM | Show all posts
bagus la die sebab study dulu budaya tempat yang dia pegi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2023 12:55 PM | Show all posts
koko12 replied at 21-7-2023 03:50 PM
bagus la die sebab study dulu budaya tempat yang dia pegi



tau takpe..tak macam matty kat sepang tu..bodoh tak tau hormat adab negara orang
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
makin lurve dekat Bang Yongguk ni

heols memang wise pon, dari zaman BAP lagi nampak bijak. Dengan Himchan pon heols cut tie awal2 lagi masa ada rumour pasal kes sexual assault tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 22-7-2023 12:55 PM
tau takpe..tak macam matty kat sepang tu..bodoh tak tau hormat adab negara orang

ye, panas betul dengan si Matty tu. Tak boleh ke perform je tak payah sibuk nak komen macam2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
iols pergi Dream haritu pon dorang habis konsert jam 8. Takde maknanya nak bagi solat break

tapi okay la sebab pukul 8 pon sempat je solat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yongguk ni dah familiar dgn culture Malaysia sbb dah brp kali dtg travel & perform dgn member B.A.P sblm ni....respect Yongguk ni sbb aware dgn sstgh peminat Muslim yg nak solat maghrib....dari awal kemunculan pun perangai elok....cuma syg betul group B.A.P dibawah company yg mana bukan ja kecik tapi kerah depa habis2...dibayar ciput lagi....last2 dah bungkus company tu...yg xbleh blah siap jual trofi yg depa menang kt music show kt atas talian #sajarajintaippanjangharini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075321 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list