CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77898|Reply: 518

antara Haq dan Batil

   Close [Copy link]
Post time 23-12-2010 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by kikyou at 4-2-2011 11:06

salam warahmatullah.
asyik baca cerita org je, hari ni kikyou nak share jugak segala pengalaman yang pernah terjadi kat kikyou ni. biar kikyou mulakan dari masa kikyou awal mengandungkan anak pertama. (memang ada sorang je pon anak kikyou ni).

sewaktu awal mengandung, tak ada apa yang menarik sangat. cuma bila masuk pertengahan bulan(usia kandungan cecah 5 bulan ke atas) mcm2 perkara pelik jadi kat kikyou.

masa tu suami kikyou kerja shift. asalkan sahaja waktu malam bila suami tak ada, kikyou cepat2 masuk bilik. buat2 tido. nak dijadikan cerita suatu malam tu, kikyou baru mamai2 nak lelapkan mata. dan pada tu jugak kikyou nampak suami kikyou (bukan dia sebenarnya) tendang pintu bilik dan meluru laju ke arah kikyou. tapi Allah tu sentiasa ada bersama orang yg mengingatinya, jelmaan suami kikyou tak dapat nak apa2kan kikyou. mulanya kejadian tu kikyou diamkan je.

dan malam seterusnya (juga sewaktu suami kerja shift malam), kikyou alhamdulillah dapat tidur. tapi kikyou mimpi sesuatu. dalam mimpi tu, kikyou pergi pasar malam dengan suami bersama perut yg boyot. dah beli segala barang makanan, kitorang naik kereta, suami masuk dalam satu kawasan rumah untuk pusing kereta(tak dapat ayt sesuai, harap faham ye ;)). waktu tu kikyou nampak seorang perempuan lingkungan 30an pakai baju kebaya ketat warna biru kuar dari umah dia. dia tgk kikyou lain macam. pastu kikyou suruh suami drive kete kuar dari kawasan tu cpt2.


yg menariknya, walaupun suami kikyou drive laju, pompuan tu boleh kejar kete suami kikyou. sampai satu kawasan (jalan mati), suami kikyou secara automatik pengsan. perempuan tu dah ada kat sebelah kikyou(luar kereta) dia ketawa and nak masuk dalam kereta tu ambik anak dalam perut.


waktu tu kikyou hanya berserah pada Allah. dan waktu tu juga kikyou nampak banyak sangat huruf alif memenuhi ruang kereta suami kikyou. (kikyou ingat lagi, kat situ kawasan kebun getah). pastu kikyou beranikan diri kuar dari kereta tu. berdepan dengan perempuan tu. pelik, perempuan tu berubah jadi org tua dan pakai tongkat. kikyou kuatkan menyebut nama Allah. dan pada ketika itulah, kuasa Allah berlaku di depan mata. sepasang anak panah besar, warna putih berkilat datang dari arah kanan kikyou terus meluru ke arah wanita berkenaan.


"zuuupppp" terus dia terbakar.


esok nya kikyou call abah. abah cakap, hati2 sikit sebab ada makhluk lain nak anak kikyou dalam perut ni. kikyou kena kuat kalau tak nak anak tu hilang...


P/s, nanti kikyou sambung lagi cerita ni. sehingga ke pengakhiran. sebab kikyou dah tau bahawa itu adalah tanda2 "sesuatu"..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 10:07 PM | Show all posts
Reply 1# kikyou

salam TT...

sambung la lagi...................
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:43 PM | Show all posts
check in..

masa 'hubby' tt tu meluru, tt dah tdo ker atau jaga...berani gak tt... klu aku tak tau la..keluar semua silat ker kungfu ker .....mcm mn 'hubby' tu tak dpt buat apa2..dia tak boleh hampir ke..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 08:53 AM | Show all posts
apa yg seterusnya????tak sabar nak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:00 AM | Show all posts
saspen sungguh cerita ni. xsabar nk tggu sambungannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 10:12 AM | Show all posts
Reply 3# ninja9


   a ah dia tak boleh nak datang dekat. masa tu saya dalam keadaan separuh sedar. tidur tapi tak berapa nak tidur lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2010 10:22 AM | Show all posts
nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:35 AM | Show all posts
Ouwww... Citer yang sangat mendebarkan dan skeri . Kalau saya dah pengsan ataupun menjerit sambil lari kuar umah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2010 10:36 AM | Show all posts
Reply 2# halimi78


   salam halimi. awak suka kamen rider ye?!!hehehe. sama ngan suami kikyou. mcm2 koleksi kat umah ni. saya dari tak minat, leh minat lak kamen rider. off topic sat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 10:37 AM | Show all posts
Ouwww... Citer yang sangat mendebarkan dan skeri . Kalau saya dah pengsan ataupun menjerit sam ...
fff_cat Post at 24-12-2010 07:05



   kikiki. tak de lah skeri mana, dik. kalau kita sentiasa bersama Allah, tak de apa yg perlu ditakutkan. saya lagi takut manusia ni. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 10:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by kikyou at 24-12-2010 07:36

salam warahmatullah...

kikyou nak sambung lagi ni. (tengah kemaruk nak menulis)

pagi tu lepas suami kikyou balik keje, tgk muka dia pucat sangat. kikyou agak mungkin dia letih, yelah keje malam.

usai dia mandi, saya ajak dia makan sarapan. pastu saya tanyalah, "abang, kenapa muka pucat sangat ni?" saya tgk muka dia makin berkerut.

"entahlah, sayang. abang rasa sakit belakang dari subuh tadi lagi," saya mcm nak tergelak pun ada jugak. tapi sebab kesian pun ye jugak. kebetulan dia pon kena paksa dengan saya ambik "ilmu putih" dari abah saya. jadi saya sarankan dia kuatkan balik dengan zikir menyebut nama Allah.

"mungkin dari situ abang akan tahu sebab apa yang buat abang sakit belakang tu" kata saya. dia dah lain macam tgk saya. raut wajah dia mcm berat je nak buat. pastu saya cakap, bukan masa sekarang ni. tapi lepas abang dah bangun dari tidur. buat petang ni pon tak pa. barulah, muka dia kendur balik. hehehehe.

~~petang tu, suami saya buat macam lupa2 pulak. yelah benda baik ni selalu kita malas je nak buat. saya biarkan jelah. dia tak nak buat tak apa. nanti jangan berani ngadu kata sakit belakang lagi.
untuk pengetahuan, suami kikyou ni ada belajar silat dari ayah dia. pastu ayah dia ada turunkan la ilmu sikit2. mcm pendamping. ayah dia pernah cakap kat suami kikyou, kalau masuk hutan tu, kalau rasa semacam, sebut je nama ayah dia. (sebenarnya kikyou tak suka dengan keadaan ni. baik bergantung terus pada Allah. lagi selamat)

bila usia kandungan dah cecah akhir 7 bulan, suami saya still jugak tak buat saranan tadi. saya pulak waktu ni hadapi lagi banyak rintangan dalam mengandung. saya tak berapa nak boleh jalan. rasa sakit sangat. entahlah, kan. org dulu2 kata kalau banyak berjalan senang bersalin. tapi saya ni, disebabkan banyak berjalan lah langsung tak leh berjalan .. dan disebabkan keadaan saya macam tu, suami saya htr balik kampung.


malam jumaat, kawan2 abah kikyou datang rumah. smua guru2 agama. bangga sangat saya sebab dapat keluarga macam ni. alhamdulillah. pastu ada sorang pakcik ni dia tengok kikyou dah lain macam. (dia memang pandai berubat cara Islam)... dia suruh kikyou ambik air paip dia nak "buat "(mcm baca ayat2 quran) ~~**nak tahu sebab apa amek air paip? sebab air paip tu belum di masak. masih ada roh dia. kalau buat jampi, pasti menjadi**~~<<informasi berguna.


dah siap jampi, kikyou minum air tu. kikyou tak rasa apa2 pun. tapi pak cik tu la. dia tanya abah saya, ada tak saya g berubat dengan bomoh mana2. abah cakap ada. tapi bukan berubat. cuma naikkan perut je. sebab perut (kandungan tu ) macam nak jatuh. pak cik tu terangguk2. dia kata dah ada menumpang kat tulang belakang saya. nama mende tu, bidan tujuh keturunan. memang waktu tu saya dah kurang zikir. cuma sesekali. sebab tak larat sngt.


dia cakap, kalau nak berubat, biarlah diri sendiri yang ubati sakit ni. (alamak, manalah saya tau nak berubat).. pastu pak cik tu suh saya amalkan solat taubat. 14 rakaat 7 salam sementara dia boleh pantau dari umah dia. (sebenarnya air jampi tu ibarat connection antara pesakit dengan pakcik tu) dia boleh tau kalau kita tak buat solat taubat tu.


~~nanti kikyou sambung.. dak kecik ni sibuk nak menaiiiipcppm)I
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:04 PM | Show all posts
sambung la lagi TT....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:18 PM | Show all posts
best plak baca cite akak ni..
nak tanye,abah akak pun bole ngubat org ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 02:42 PM | Show all posts
Reply 13# richard303


Jap lagi saya sambung.nak bagi dak ni tdo dulu. kang dia plak nyebok taip.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 02:44 PM | Show all posts
Reply 14# melinda_gordon

abah akk tak ubat org. kalau org datang mintak ubatkan, abah suh balik wat taubat. hehehe. pastu baru datang jumpa abah balik. baru abh bagi air. (kadang2 sbb kesalahan kita sendiri, kita dapat penyakit tu.)
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 02:53 PM | Show all posts
Reply 16# kikyou


    owh..tapi bagus jugakla dapat abah mcm abah akak tu..
kalau ade case emergency bole refer kat die je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 03:49 PM | Show all posts
Reply 15# kikyou

nanti anak dah tido omaknya sambung la menaip ya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 04:19 PM | Show all posts
sabar menanti sambungan TT
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 04:21 PM | Show all posts
Reply 19# kikyou



we want more.... we want more...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2010 04:37 PM | Show all posts
ni pulak, cerita di malam pertama saya sbg ibu di hospital. ~~

~~tepat pukul 9.03 minit pagi anak saya selamat menjadi umat di dunia syahadah ni. waktu nurse tu jahit, saya boleh tertido. letih sangat. hehehe.

~~malam pertama tu, kalau org lain, dia kata mcm2 pengalaman seram kat hospital. lagipula badan kita tak bersih. memang benda tu ada pon. hehehe. waktu tu ada dalam pukul 12 lebih kot, saya bangunkan anak saya nak bagi susu. (mujur waktu pregnant, saya rajin buat urutan buah dada, dan hasilnya susu keluar agak memuaskan)
~~anak saya ni cool gile, rileks je, bila dengar ada baby nangis. dia pun nangis, tapi cara tu lain. dia kuatkan suara membatasi suara baby yg nangis tu. bila baby tu diam, dia sambung menyusu balik. hehehe cute je. waktu ralit bagi dia menyusu, saya nampak seekor lembaga duk mencangkung kat kepala katil saya. rambut dia terjurai duk pandang saya bg susu. saya nak gelak pun ada gak. pasai tak sopan sungguh duk mencangkung gitu..

~~bila saya tengok betul2 pepat(secara tepat) dia hilang. pastu saya letakkan anak kat sebelah saya. tepuk2 dia bg tido balik. lagi sekali saya nampak hanya tangan sebelah dengan berbulu hitam cuba ambik anak saya. waktu tu baru saya rasa seriau. ibu mana yg sanggu kehilangan anak kan?? terus saya peluk anak saya. sepanjang mlm saya tak tdo. bimbang anak hilang. hehehehe

~~nanti saya sambung pasal gangguan ketika berpantang~~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.430319 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list