CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2139|Reply: 3

[Tempatan] Kena lagi, MB Selangor pula tuntut RM10 juta dari Sanusi

  [Copy link]
Post time 10-8-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 10-8-2023 10:09 AM

Menteri besar sementara Selangor Amirudin Shari telah menghantar surat tuntutan undang-undang kepada rakan sejawatannya dari Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan fitnahnya ketika berkempen di Jitra, Kedah baru-baru ini.

Ini selepas pemimpin PAS itu menuduh Amirudin terlibat dalam skandal bersama pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.

Menurut pejabat Amirudin, surat itu disampaikan kepada Sanusi pada 7.36 malam hari ini.

Antara lain, Pengerusi PH Selangor itu mahu Sanusi menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam atas kenyataannya itu, serta membayar pampasan RM10 juta atas dakwaan "palsu dan berniat jahat."

Semalam, Amirudin berkata dia akan meneruskan tindakan menyaman Sanusi bagi mempertahankan kredibilitinya sebagai menteri besar Selangor.

Sanusi ketika berucap pada majlis ceramah Jelajah Mega PN Best Sayangi Kedah Sejahtera di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Amirudin dan Tan, yang mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Amirudin berkata tuduhan Sanusi itu sebagai langkah terdesak untuk mengalihkan perhatian daripada skandalnya sendiri di Kedah.

Isu itu telah dijawab di DUN Selangor sebelum ini, jelas Amirudin lagi.





Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 22 Users voted

Poll is finished

12.00% (3)
64.00% (16)
24.00% (6)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 10:36 AM | Show all posts
koyak...  mcm kau sekor je reti saman fitnah.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 11:50 AM | Show all posts
Chegu Bard pon nk saman hang MB Cokia tak cukup inci oiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
laju saman....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.066281 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list