CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ChildrenOfBodom

[Lain-Lain] WHAT MOVIES HAVE YOU SEEN RECENTLY?

     Close [Copy link]
Post time 9-12-2016 04:51 PM | Show all posts
grouper replied at 9-12-2016 12:26 PM
Cite ni mmg antara cite tom cruise yg paling best pada akula. Dgr cite dorg nak wat  prequel utk c ...

kalau ikut ending citer ni, tak pasti mimic tu mati ke tak sbb akhirnya bill kembali ke hari pertama dia dpt power tu. hopefully adalah sekuel dia. nak tau gak diorg berjaya ke tak akhirnye bunuh mimic tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 05:47 PM | Show all posts
Kubo and the Two Strings
Animation
101 min

Ringkasan:
Mengisahkan seorang budak - Kubo, yang hidup disebuah kampung bersama ibunya sehingga dia diganggu oleh makhluk jahat yang berdendam dengannya. Ia menyebabkan segala macam masaalah berlaku dimana Kubo cuba melarikan diri dari makhluk tersebut. Untuk hidup, Kubo terpaksa mencari kelengkapan senjata kepunyaan bapanya, seorang pahlawan yang telah hilang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 12:04 AM | Show all posts
Fack ju Göhte (2013) - German movieHighest grossing German movie of this decade katanyer!!!



Synopsis:

Seorang bekas banduan, Zeki Muller yang baru keluar penjara, cuba untuk dapatkan balik duit rompakan yang ditanam oleh aweknya.
Malangnya tapak tempat duit ditanam dah dibangunkan sebuah sekolah dan dia tak dapat access ke dalam gymnasium (tempat duit betul2 ditanam) melainkan dia salah seorang staf. Dia pun pergi temuduga nak jadi janitor tapi alih2 dapat jawatan cikgu. Sebab prestasi sekolah tu sangat teruk sampai tahap hampir semua cikgu resign dan sorang cikgu cuba bunuh diri. Ada seorang cikgu pompuan nerd (Ms Schnabelstedt) di sekolah tu yang betul2 skema dan semangat untuk ajar2 budak2 sekolah tu tapi dia asyyik dibuli bukan sahaja oleh student tapi juga oleh guru besar pompuan yang tak berapa betul.

Bermulalah kisah Zeki sebagai 'cikgu' untuk kelas paling nakal di seluruh sekolah tu, berbekalkan sijil palsu yang diphotoshop dari laptop Ms Schnabelstedt. Siang jadi cikgu, malam korek lantai gym untuk ambik balik duit. Keadaan makin teruk sampai dia dihalau dari rumah dan terpaksa tinggal serumah dengan Ms Schnabelstedt...

Apa terjadi selepas itu? Jeng jeng jeng....

Verdict:

Very entertaining tapi totally inappropriate for kids and teenagers. A lot of vulgarity and crude jokes.
Lead actor hensem, lead actress biasa2 jah tapi pandai berlakon.
Storyline predictable, tapi twists lebih kepada unexpected pranks and jokes that the kids do to the teachers, and eventually the teachers to the kids.
Message yg ingin disampaikan, bukan hanya orang yang pandai akademik yang berhak dapat kejayaan dalam hidup.
Dan membongkar kepincangan sistem pendidikan yang seolah2 dah dictate masa depan budak2 lemah akademik sebagai orang2 tak guna.

For me, 4/5 stars. (P/s: Sekarang kat astro tengah tayang sekuelnhya, channel 130 - Fack ju Gohte 2 shooting kat Thailand)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2016 09:06 PM | Show all posts
beta_carotene replied at 10-12-2016 12:04 AM
Fack ju Göhte (2013) - German movieHighest grossing German movie of this decade katanyer!!!

...

cam best, thanks for sharing nanti nak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2016 08:10 AM | Show all posts


malam td layan balik movie ni.

mengisahkan ttg sebuah pekan yg didiami oleh petani nak kene rampas oleh seorang pemilik syarikat penggalian. jd penduduk pekan tu pun dptkan la pertolongan dari seorang warrant officer bernama chischolm. chischlom tu pun start la kumpul lg 6 orang utk bantu dia. 6 orang tu mmg hebat dan pakar dalam bidang masing2 iaitu tembak menembak dan pelbagai bangsa plak tu (camne plak korean leh sesat dalam zaman wild wild west wallahualam).  

kalau sapa2 suka tembak2 mmg enjoyla tgk movie ni. walaupun mcm tak logik mcm tak habis je peluru diorg. dah mcm video game takde reload pun. cuma pada saat akhir tu, ingatkan chischolm tu betul2 ikhlas nk tlg penduduk pekan tu, rupe2nye die ada agenda dia tersendiri. akak kasi 3/5 bintang utk movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 08:41 AM | Show all posts
CASE 39 (2009)
Stars : Renée Zellweger, Jodelle Ferland, Ian McShane
Horror, Mystery-Thriller

4.5/5*

Filem ni mengisahkan seorang pekerja sosial, Emily yang banyak membantu kanak-kanak yang didera dan sebagainya. Pada satu hari, Emily menerima kes seorang kanak-kanak bernama Lillith yang disyaki didera oleh ibu bapanya.  Emily cuba sehabis mungkin untuk menyelamatkan Lillith dari cengkaman ibu bapanya.  Tanpa diduga, perkara misteri sebenarnya yang ada pada Lillith yang tidak disangka-sangka…

Filem dan plot yang menarik, pada mulanya kita akan rasa sangat simpati pada Lillith, tapi sedikit demi sedikit rahsia mula terbongkar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2016 02:37 PM | Show all posts
annehuda replied at 13-12-2016 08:10 AM
malam td layan balik movie ni.

mengisahkan ttg sebuah pekan yg didiami oleh petani nak kene r ...

Cerita macam ni, kena enjoy the movie jer. Logik tu, tak payah pikir sangat.

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 03:02 PM | Show all posts
Kill Command (Action, Sc-Fi, Thriller)


Ringkasan:
Pada masa hadapan, manusia mencipta robot pembunuh. Dengan latar belakang ini, satu unit tentera elit masuk ke pusat latihan disebuah pulau yang terpencil, untuk menguji keupayaan robot prototaip terkini. Mereka disertai oleh seorang hybrid (robot/manusia) untuk memantau situasi. Pada mulanya latihan berjalan lancar, dimana banyak robot dapat ditewaskan. Namun selepas itu, robot belajar dari peristiwa itu dan keesokan harinya mereka mendapati diri mereka menjadi sasaran latihan untuk robot pula. Akhirnya ia menjadi perjuangan untuk hidup sehingga mereka diselamatkan.


Verdict:
This is surprisingly good for a low budget movie. You can feel a bit of Predator/Alien in this. 7/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 02:12 PM | Show all posts
Edited by Jajabeans at 16-12-2016 02:17 PM


The Handmaiden (2016 - Korean Movie)
Cerita berkenaan seorang gadis bangsawan (puteri) yang kesuyian setelah kematian family. Puteri tu tinggal disebuah istana dan didiami oleh beberapa maid. Salah seorang maid telah dipecat maka pihak istana annouce untuk mencari pengganti. Future husband puteri tu telah berpakat dengan seorang gadis remaja ni untuk dia pegi bekerja di istana nun dan mencuri harta di sana tapi dengan syarat, dia perlu memujuk si puteri supaya berkahwin dengan nya (Si puteri tak suka akan future husband-nya). Setelah beberapa lama bekerja si gadis remaja mula jatuh cinta dengan si puteri dan lupa akan tujuan asal.

Rating 4/5

Citer ni sinematografi memang cantik la.. latar belakang golongan bangsawan di korea dahulu kala. tapi perlu diingatkan movie ni boleh dikatakan byk adegan lucah lesbian tanpa seurat benang. Watch at your own risk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2016 06:46 PM | Show all posts
scarlett-jo replied at 30-11-2016 12:37 PM
Like Stars on Earth (Taare Zameen Par) -2007
Stars : Darsheel Safary, Aamir Khan

My favourite too. Indeed very interesting movie.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
[quote]beta_carotene replied at 10-12-2016 12:04 AM
Fack ju G
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 10:00 PM | Show all posts
bridget jones's baby - renee zellweger, colin firth, patrick dempsey
3 bintang

citer simple sgt..bridget pregnant tapi dia tak tau sapa ayah baby dia sbb dia tidur ngan mark dan jack..ada la moment kelakar tpi mostly kat tempat kerja bridget..jack cuba utk jadi kelakar dlm citer ni tp iols rasa tak menjadi pun..dan diorg baru jer jumpa dan jack dah terus feeling2 ngan bridget..mcm dipaksa gitu..iols rasa lakonan patrick tak sampai or hauk kot..tapi boleh la citer ni biasa jer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:42 AM | Show all posts
Rogue One - Star Wars
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 02:20 PM | Show all posts
rogue one : cinematography best. permulaan cerita sgt la slow. but gradually ok la. cerita ni more to fill in the blanks utk Ep. 4 a New Hope and Ep 6 Return of The Jedi. its kinda like an 'ooooooooo... so THAT's how they did it' byk fan service and easter egg utk peminat Star Wars. Final 10mins was awesome.

Sing : best sangat. lawak sgt cerita ni. bab nyanyi2 tu tak over... mmg utk leisure, tak perlu nak stress2 ka apa ka. my anak super love this movie. esp tang nyanyi2 tu.. mata tak berkelip weh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 11:54 AM | Show all posts
Tinker Bell and the Legend of the NeverBeast (2015)

Baru je tonton animasi ni 3 hari lepas.

Mengisahkan tentang persahabatan Fawn (kawan tinker bell) dengan Gruff. Dalam cite ni tinker bell bukan watak utama.

Animasi yang sangat best (sad ending). Siapa2 yang hati tisu tu kalau nak tengok cite ni kena sediakan tisu siap2.

Lagu ost yang paling best: Strange sight reprise

saya bagi 5 bintang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 04:15 PM | Show all posts
Edited by peachauto at 22-12-2016 03:16 PM


The Island.

Movie kisah manusia klon yang terperangkap dalam dunia buatan manusia. Kesemua manusia yang tinggal di facility menunggu jemputan bertuah untuk ke "The Island" di mana mereka bebas menjalani hidup seperti di bumi. Jemputan adalah terhad berdasarkan kepada keadaan bumi yang tidak selamat untuk didiami kerana diancam pencemaran.
Jalan cerita mula bergerak laju dan cemas apabila watak utama iaitu Lincoln dan Jordan mengetahui mereka adalah klon kepada manusia kaya yang akan digunakan untuk pelbagai tujuan kelansungan hidup pemilik mereka.
3.7/5*






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 03:04 PM | Show all posts
Edited by peachauto at 22-12-2016 03:16 PM

The Italian Job.




Hujung minggu bosan memerap kat rumah godek2 iflix jumpa la cite ni. Nampak poster cam bosan rupanya makcik Charlize Theron dgn abam Jason Statham yg berlakon, trus happy walopon hero utama adalah pakcik Mark Whalberg.


Kisah tentang sekumpulan pencuri/penipu yang pro tahap world class baru lepas berjaya curi jongkong emas, on the way nak berpisah tu salah seorang dari ahli kumpulan ni iaitu Steve Frezelli (Edward Norton) belot dan telah membunuh kesemua ahli kumpulan lain tetapi yang betul2 mati adalah si John yakni si ketua aka mastermind yg juga merupakan ayah kepada Charlize Theron.


Fast forward Charlize Theron bekerjasama dgn ahli kumpulan yang dibelot untuk avenge kematian ayah beliau.
Depa banyak mengharungi kegagalan dan susah payah tetapi di akhirnya berjaya juga balas dendam dan rampas balik jonkong emas tu. Kendian memasing pencen dan hidup gembira aman damai.



3.9/5*

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2016 09:25 AM | Show all posts
Edited by leon_mclaren78 at 25-12-2016 09:28 AM



Directed by: Nitesh Tiwari
Produced by:
Aamir Khan
Kiran Rao
Siddharth Roy Kapur
Written by:
Nitesh Tiwari
Piyush Gupta
Shreyas Jain
Nikhil Meharotra
Based on: Mahavir Singh Phogat
Starring:        
Aamir Khan
Sakshi Tanwar
Fatima Sana Shaikh
Sanya Malhotra
Music by: Pritam Chakraborty
Cinematography: Sethu Sriram
Edited by: Ballu Saluja
Production company:
Disney World Cinema
Aamir Khan Productions
Distributed by: Walt Disney Studios Motion Pictures
Release dates: December 23, 2016
Country: India
Language:  Hindi
Trailer:




Personal review:

Film ni berkisar ttg penggusti handalan India (Mahavir) yg gagal mendapatkan pingat emas utk negara India. Setelah bersara dari sukan tersebut, beliau masih menyimpan cita2 mendapatkan pingat emas sukan gusti melalui anak2 beliau. Tp malangnya keempat2 anak Mahavir semuanya perempuan... sedangkan beliau bercita2 utk mendapatkan anak lelaki bagi merealisasikan impian emas tersebut. Dgn kelahiran anak ke-4, Mahavir menerima hakikat beliau tiada anak lelaki sebagai pewaris sukan gusti & sekali gus menguburkan impian beliau. Tanpa disangka2 kedua2 anak perempuan Mahavir, Geeta & Babita mewarisi kehandalan Mahavir dlm sukan gusti ini.

Sejak menyedari bakat Geeta & Babita, Mahavir gigih melatih anak2 perempuannya walopun dipandang serong oleh org kampung di Haryana. Ini kerana sukan gusti sinonim dgn lelaki. Geeta & Babita melalui saat2 yg cukup sengsara sepanjang berada di bwh latihan Mahavir. Geeta akhirnya berjaya menjadi juara dlm setiap pertandingan gusti dgn menewaskan peserta2 lelaki. Masa berlalu, Geeta berjaya menjadi juara hingga ke peringkat kebangsaan. Geeta akhirnya meminta kebenaran Mahavir utk mendaftar ke pusat latihan atlet2 di bandar kerana hanya dgn cara ini Geeta boleh mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Dgn berat hati, Mahavir membenarkan Geeta pergi. Di kampung, Mahavir masih melatih Babita seperti biasa.

Kehidupan di bandar byk mengubah Geeta. Beliau semakin lupa diri & menganggap teknik latihan yg diberikan ayahnya selama ini ketinggalan zmn. Kerana terlalu yakin dengan teknik latihan jurulatih baru, Geeta mengalami kekalahan demi kekalahan di setiap kejohanan antarabangsa. Sampai waktunya Babita juga turut mendaftaran diri di pusat sukan yg sama. Namun mujur Babita tidak lupa diri & menjadi pendamai krisis antara Geeta & ayah mereka. Utk membantu Geeta, Mahavir dtg ke bandar & menyewa sebuah bilik. Secara senyap2 setiap awal pagi Mahavir melatih Geeta & Babita seperti biasa sebelum mereka memulakan latihan di pusat sukan. Malangnya kegiatan mereka dpt dihidu jurulatih Geeta yg sememangnya bengang dgn kehadiran Mahavir yg seolah2 mahu masuk campur dlm urusan latihan. Geeta & Babita hampir dibuang dari pusat sukan tersebut, namun Mahavir telah merayu & berjanji tidak akan campurtangan lagi. Akibatnya Geeta & Babita x dibenarkan keluar dari pusat sukan tersebut & Mahavir juga x dibenarkan masuk ke sana. Keadaan ini x menghalang Mahavir dari terus memberikan teknik2 latihan kepada anak2nya melalui telefon.

Dgn mempraktikkan teknik2 drp ayahnya, Geeta akhirnya kembali menjadi juara dlm kejohanan2 di peringkat antarabangsa. Kemuncaknya pada sukan komanwel 2010 di Delhi, Geeta berjaya masuk ke final bagi penentuan pingat emas & perak. Dari tpt penonton, Mahavir sentiasa memberikan tips & panduan kpd Geeta. Ini menyebabkan jurulatih Geeta sekali lagi x puas hati & menggunakan taktik kotor utk menghalang Mahavir dari menyaksikan perlawanan akhir tersebut. Mahavir telah diperdaya & dikurung di dalam stor peralatan sukan sepanjang perlawanan akhir Geeta berlangsung. Geeta terpaksa mengharungi saat2 getir tanpa kelibat Mahavir. Berjayakah Geeta mencapai impian emas Mahavir? Jom layan kat wayang utk mengetahui kesudahan film ni.

Secara rumusannya, film ni nampak biasa, tp bagi mereka yg enjoy menonton film berunsur sukan, film ni mmg terbaik. Boleh dikatakan separuh dari film ni memaparkan scene pertarungan watak Geeta & lawan2 beliau di gelanggang. Pertarungan gusti yg mmg nampak realistik & mendebarkan... sewaktu menonton film ni, terasa mcm menonton perlawanan gusti sebenar (rs terlupa sekejap yg diaorg semua tgh berlakon film je!)... reaksi penonton pun masing2 begitu excited setiap kali Geeta berjaya menumbangkan lawannya. Ada few scene yg mampu menitiskan airmata... which related ttg kasih ayah terhadap anak2nya... ada juga few scene yg lawak & pendek kata setiap saat film ni x boring langsung. Film ni far better dari film gusti Salman Khan, Sultan. Timeline film Dangal ni mmg lebih realistik... rasa puas & terhibur menonton bagaimana Mahavir melatih Geeta & Babita sejak zmn kanak2.. timeline x di squeeze secara melampau sebelum both of them menginjak ke alam dewasa.

Ai bagi 4.5 / 5 stars.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2016 12:28 PM | Show all posts



family/comedy

movie ni based on novel terlaris dgn tajuk yg sama...

cerita mengenai Rafe Katchadorian, seorang remaja di middle school yang tak tahan dengan pelbagai peraturan di sekolah yang membataskan kretaiviti pelajar2. so dia pon buat plan untuk langgar peraturan2 sekolah.

3.5/5

sesuai utk ditonton seisi keluarga time cuti2 nie.
sapa yg suka movie Diary of a Wimpy Kid; Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day boleh la layan movie nies. best jugak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Street kings, tengok kat astro baru ni. Serius gempak keanu reeves kat situ. 4bintang!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.274754 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list