|
Post Last Edit by mixed at 28-12-2010 16:07
Hans Isaac Lupakan Kerja Seketika Demi Ibu
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Hans menyambut Hari Krismas di rumah ibunya di Ampang. Turut hadir: Datuk Sheila Majid dan suami. - Foto oleh SIA HONG KIAU
PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Hans Isaac terpaksa melupakan seketika kerja seninya demi memberikan perhatian kepada kesihatan ibunya, Carmina Isaac, 72, dalam dua hingga tiga bulan ini.
Namun bukan bermakna melupakan terus, sebaliknya tumpuan utamanya lebih diberikan kepada ibu berbanding kerjaya.
Katanya, ibu lebih penting dari segala-galanya dan tidak kisah untuk menghabiskan masa bersama-sama wanita yang menjaganya sejak kecil.
Malah dia menganggap penundaan teater muzikal Lat The Kampung Boy yang sepatutnya dipentaskan di Istana Budaya pada Disember ini kepada Mac 2011 sebagai suatu hikmah dari Tuhan.
揘ampaknya Tuhan sudah mengatur yang terbaik untuk saya dan memberikan petunjuk agar saya menjaga mak. Kalau saya teruskan untuk membuat teater itu mungkin tak dapat fokus.Bront Palarae, Elaine Daly dan Harith Iskander turut hadir memeriahkan majlis.
揝aya tetap bersyukur kerana ibu saya pun semakin pulih. Apa-apa pun, saya tetap akan menjaganya dan meluangkan masa kepadanya. Selepas itu, baru saya akan tumpukan kepada kerja. Saya juga bernasib baik kerana mempunyai pasukan (Tall Order Productions Sdn Bhd) yang bagus, Last edited by mixed on 13-8-2012 09:23 PM
Last edited by mixed on 13-8-2012 09:27 PM
Last edited by mixed on 14-8-2012 01:28 PM
|
|