CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3090|Reply: 0

Laluan LTdL di Terengganu paling dinantikan

[Copy link]
Post time 21-9-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode

PERLUMBAAN LTdL. FOTO Agensi

Kuala Lumpur: Walaupun baharu dua tahun Le Tour de Langkawi (LTdL) tidak memasuki Terengganu, rindu peminat setia perlumbaan berbasikal terulung Asia itu dijangka membuak-buak terutama dalam kalangan rakyat negeri berkenaan.

Edisi ke-27 LTdL yang akan membuka tirai Sabtu ini di Terengganu boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang kerana sokongan padu peminat berbasikal di negeri berkenaan sentiasa tidak mengecewakan terutama dengan kehadiran pasukan bertaraf benua Terengganu Polygon Cycling Team (TSG).

TSG yang berpangkalan di negeri berkenaan bukan sahaja menjadi siulan atau bualan rakyat Terengganu malah turut diangkat menjadi ikon dengan kehadiran pelumba tempatan bertaraf antarabangsa.

Sebut sahaja Mohd Harrif Saleh dan Mohamad Nur Aiman Mohd Zarif ia sudah cukup untuk membuatkan rakyat Terengganu teruja dan tidak sabar melihat kelibat kedua-dua pelumba berkenaan yang mempunyai kepakaran berbeza iaitu pakar pecutan dan pakar pendakian.

Turut mencuri tumpuan dalam pasukan TSG kali ini ialah seorang lagi pelumba kelahiran Terengganu, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki yang cemerlang di Sukan Sea Kemboja Mei lalu selepas berjaya meraih emas.

Sokongan padu rakyat Terengganu juga dijangka bakal terarah kepada pasukan kebangsaan yang menampilkan seorang lagi pelumba kelahiran negeri berkenaan iaitu Shaiful Adlan Mohd Shukri.

Seorang lagi pelumba kelahiran negeri Pantai Timur itu ialah Muhamad Afiq Huznie Othman yang menyarung jersi pasukan benua Indonesia, Nusantara Cycling.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL 2023, Emir Abdul Jalal, beliau menjangkakan cabaran menarik bakal dihadapi pelumba bermula dari peringkat pertama lagi yang akan melalui persisiran pantai.

"Kami menjangkakan bakal berlaku penamat beramai-ramai di peringkat pertama dari Kerteh ke Kuala Terengganu, pasukan gergasi akan memberi laluan kepada TSG dan pasukan kebangsaan melakukan pemecahan.

"Aiman Zarif ada peluang untuk hari pertama kerana akan melalui 'kampungnya', jadi dia akan terus melakukan serangan sejak hari pertama lagi. Sebab dia sudah tentu mahu mengutip mata di zon pendakian.

"Ia tidak mudah tetapi saya rasa dia akan menggunakan strategi mengutip mata sebanyak mungkin sebelum sampai ke pendakian paling beprestij iaitu di Genting Highlands (peringkat kelima)," katanya.

Aiman adalah penyandang Raja Bukit untuk dua edisi berturut-turut dan dijangka mula melakukan gerak kerja di negeri kelahirannya yang membabitkan dua peringkat iaitu pertama dan kedua.

"Dia sudah tentu akan mengumpul mata awal di Terengganu, dengan peringkat pertama mempunyai dua zon pandakian berstatus Cat 4, begitu juga di peringkat kedua dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Mengikut rekod, LTdL 2023 yang berstatus ProSeries akan menyusuri 11 daripada 12 negeri di Semenanjung dengan jarak keseluruhan sejauh 1,278.1 kilometer (km).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-paling-dinantikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055386 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list