CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2306|Reply: 0

Babor juara peringkat ke-4 LTdL

[Copy link]
Post time 26-9-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode

BABOR (tengah) muncul juara peringkat keempat dari Bukit Mertajam ke Meru Raya. FOTO Aswadi Alias

Ipoh: Walaupun dihalang dua pasukan, Bolton Equities Black Spoke dan Human Powered Health, ia tidak memberi masalah buat Daniel Babor mencelah untuk muncul juara di peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Bukit Mertajam ke Meru Raya sejauh 140.2 kilometer (km).

Babor yang mewakili Caja Rural mencipta sejarah menjadi pelumba Republik Czech pertama memenangi perlumbaan peringkat LTdL dengan catatan masa 3 jam 6 minit 5 saat (s).

Juara peringkat ketiga semalam George Jackson (Bolton Equities Black Spoke) menduduki tempat kedua, manakala Sasha Weemaes (Human Powered Health) hanya berpuas hati di tempat ketiga.

Bagaimanapun, Jackson berjaya merampas Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan) selepas mencatat masa 16:01.4s, diikuti pelumba Green Project-Bardiani CSF-Faizane (0:06s), manakala di kedudukan ketiga ialah Simon Carr dari EF Education-EasyPost.

Menurut Babor yang mencatat kemenangan kelima dalam kariernya berkata, mereka berjaya melakukan perancangan mantap hari ini dan mencapainya 100 peratus.

"Jadi bagi saya ia bukanlah tidak dijangka kerana saya mempunyai rakan sepasukan yang bagus. Saya tahu tidak berada pada keadaan baik namun saya mempunyai standard tersendiri.

"Kami berjaya melakukan kerja berpasukan dengan baik hari ini. Ia satu pencapaian besar kerana saya bergelut tahun ini namun menuju ke penghujung musim, saya berjaya memberikan kayuhan mantap buat diri sendiri dan pasukan," kata pelumba berusia 24 tahun itu.

Juara peringkat pertama Sabtu lalu Arvid De Kleijn (Tudor Pro Cycling Team) berjaya mengekalkan Jersi Jingga selaku Raja Pecut selepas mengumpul 30 mata, manakala Enrico Zanoncello (Green Project-Bardiani CSF-Faizane) di ketinggalan satu mata di belakang, diikuti Jackson (27 mata).

Sementara itu, Jersi Putih (Terbaik Asia) berjaya dirampas pelumba Thailand Continental Cycling Team, Ratchanon Yaowarat (16:01.16s), diikuti rakan sepasukannya, Thanakhan Chaiyasombat (16:01.20s) dan pelumba skuad kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rosli di kedudukan ketiga (16:01.20s).

Jersi Polka Dot (Raja Bukit) kekal milik pelumba Tudor Pro Cycling Team, Simon Pellaud yang gah dengan 20 mata diikuti dua pelumba Green Project-Bardiani CSF-Faizane, Luca Covili (12) dan Matteo Scalco (11) Peringkat kelima esok akan berlangsung dari Slim River ke Genting Highlands sejauh 126.4km.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... peringkat-ke-4-ltdl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 1.177852 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list