CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2360|Reply: 0

Skuad takraw mara separuh akhir

[Copy link]
Post time 26-9-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN takraw berpasukan muncul juara Kumpulan B. FOTO Persatuan Sepaktakraw Malaysia

Hangzhou: Skuad takraw lelaki mengesahkan slot ke separuh akhir acara berpasukan dengan bergaya selaku juara Kumpulan B apabila menumbangkan Korea Selatan 3-0 pada aksi terakhir kumpulan di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua, sebentar tadi.

Selaku juara Kumpulan B, Malaysia yang dibimbing Ahmad Jais Baharun itu akan bertemu naib juara Kumpulan A, Laos bagi aksi separuh akhir di venue sama, esok.

Regu pertama negara yang dibarisi Farhan Adam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Muhammad Haziq Hairul Nizam tidak berdepan masalah merakam kemenangan 21-15, 21-11 ke atas trio Jeong Ha Sung, Kim Youngcheol dan Lee Jaeseong dalam tempoh 48 minit.

Malaysia bagaimanapun cemas apabila regu kedua dibarisi Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi tumbang 17-21 pada set pertama namun bangkit 21-18 pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan berlangsung sengit namun menjadi milik negara apabila trio negara menoktahkan kemenangan 21-19 ke atas Seonwoo Youngsu, Kim Jungman dan Lim Taegyun untuk mata kedua negara.

Regu ketiga negara iaitu Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Hairul Hazizi Haidzir melengkapkan kemenangan Malaysia dengan keputusan 21-10, 21-12 ke atas Lee Junuk, Lee Minju dan Lee Woojin.

Aksi separuh akhir dijadual berlangsung di venue sama, esok dengan satu lagi aksi separuh akhir menemukan antara Thailand berdepan Korea Selatan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mara-separuh-akhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080754 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list