CARI Malay Forums

 Forgot password?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
View: 34288|Reply: 245

Sistem Ujrah PTPTN ade helah tersembunyi??

  [Copy link]
Post time 19-1-2011 01:36 AM | Show all posts |Read mode

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

salam geng.... ni aku ade terbaca bende ni kat facebook... kalau tak seswai, mod bleh move pi tempat lain.... ni aku just nak share balik aje...



1-        Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2-        Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3-        Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4-        Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5-        Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6-        Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7-        Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8-        Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9-        Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10-        Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11-        Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12-        Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13-        Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14-        Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.



15-        Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16-        Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17-        Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu ihsan untuk mengurangkan beban peminjam.

18-        Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.



19-        Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 01:58 AM | Show all posts | Share
PTPTN - along untuk pelajar yg dihalalkan... satu lagi projek kerajaan barisan nasional
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 02:10 AM | Show all posts | Share
biasa lah tu...tak kan senang2 diorang nak bagi 1% je....mesti ada helah ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 02:27 AM | Show all posts | Share
kalo betul apa yg metalfire post nih,bermaksud peminjam bayar lebih dr sepatutnya..beware la sapa2 yg nak amek system ujrah ni,kena tanya betul2 kasi clear
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 02:39 AM | Show all posts | Share
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 02:54 AM | Show all posts | Share
ape2 hal jangan sign dulu lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 06:31 AM | Show all posts | Share
last month dapat surat..
"anda terpilih untuk layak utk pembayaran balik bla..bla.. ujrah..bla..bla..."

macam menang moto pun ade bunyi surat tuh..heee
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 06:43 AM | Show all posts | Share
har har nak daftar permohonan pertukaran ke sistem ijrah...semua dia nak kolek data...kerja kat mana...family nama saper...alamat terkini kat mana..alamat family kat mana...alamat opis kat mana....bila kosongkan kotak...sistem leh detect oh maklumat tak lengkap :p
semua field i letak XXXXXXXX XXXXXXXXX jer...har har har...maklumat paling accurate...ic dan nama sundrik...cukup...janji cukup bulan byr takde blacklist...tu yg penting...tk payah nak tau sumer2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 06:46 AM | Show all posts | Share
asal lmbt thread ni... br ja mggu lps tkr
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 07:12 AM | Show all posts | Share
pemalas nak bayar...macam macam alasan.........nak salahkan sistem
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 07:45 AM | Show all posts | Share
x per aa.. asalkan nama bunyik arabic sket.. kalau x puas hati gak taruk "islam" kat ujung nama skim.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 07:48 AM | Show all posts | Share
ntah la.......x penah tau ptptn ni, tp anak haku ade le akaun ni?........
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:00 AM | Show all posts | Share
kalau bayar sama banyak ngan jumlah yang dipinjam lain laa...ada plak interest....nie ke nak help rakyat????.....cuba renungkan....ahaks!!...lari!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:38 AM | Show all posts | Share
owh no... baru je register smlm :@ salah diri sndiri tak baca syarat2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:43 AM | Show all posts | Share
kereta mahal (susut nilai) ada interest bank boleh byr, ini pula edu loan yg x seberapa.
tukar ajelah nama ptptn kepada bank ptptn
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:45 AM | Show all posts | Share
aku fening ngan ptptn dari dulu.. nyer la efektif ..penyata bayaran 2009 hantar post umah 2011...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:47 AM | Show all posts | Share
nyesal aku amek ptptn ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:48 AM | Show all posts | Share
klu dah isi tp x dapat surat lg, mcm mana lak??
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:53 AM | Show all posts | Share
die nanti bayar flat rate ke every month?

ke ikut calculation yg die beri? tahun ke 4 pembayaran onward RM500++ kot bg kes aku....

gile....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:54 AM | Show all posts | Share
Reply 16# voizze


ahha haku pn dapat
hengat haku jer dapat
mana taw kot2 posmen baru dpt carik umah haku
siyal punya ptptpu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 09:00 AM | Show all posts | Share
Aku lebih jijik la tengok perangai peminjam2 yg dah graduate dan sudah bekerja tapi sentiasa cari alasan untuk tak honour pembayaran balik pinjaman tu.

Masa susah & kesempitan, berharap ada org tolong hulurkan bantuan. Bila dah dapat, buat2 bodoh sombong pulak nak bayar. Kalau tak disediakan kemudahan pinjaman macam ni, salahkan pulak pihak kerajaan.

Sebagai seorang peniaga, aku takde masalah pun kalau orang pump modal untuk fund projek aku 100K tapi aku kena beri profit sharing katakan beberapa %. Sebab pada aku dengan contribution dan peranan funder aku tu, aku dapat run the projek dan dapat buat keuntungan. Itu lebih baik daripada aku takde funder, tak boleh run projek dan sesen pun tak dapat profit.

Apatah lagi bebudak PTPTN ni, projek yg dorang invest in tu adalah projek menaikkan nilai diri dengan ilmu dan kemahiran di universiti/kolej. Satu pelaburan yg akan hasilkan keuntungan berlipat ganda dan berterusan sampai bila2 selagi dorang bekerja dan menggunakan ilmu yg dah diperolehi tu. Lagi mau berkira ke tentang nak profit sharing dgn funder? Baper % sangat pun interest yg dikenakan oleh PTPTN tu banding dgn keuntungan yg dorang perolehi dgn ilmu dan kemahiran tu.


Ini umpama orang fund aku beli tanah. Aku kena bayar harga tanah tu dgn tambahan beberapa %. Tapi dengan tanah tu, aku boleh cover balik modal asal, proft sharing cost... dan menghasilkan profit yg berterusan sampai bila2 pun aku memanfaatkan tanah tu. Cuba kalau aku terlalu berkira sangat dgn funder sampai akhirnya tanah pun tak dapat beli? Sesen pun tak dapat.

Soal riba ke apa ke, itu dlm perbankan Islam pun boleh pusing.... Kos pentadbiran la... Profit sharing la.... Beli atas beli la.... Atau paling tidak, % tu diperlukan untuk cover kos inflasi. Nak rasa Islamik sangat, tukar je value pinjaman tu ikut harga emas. Time bayar pun bayar ikut amaun emas yg sama. Pinjam sekilo, ko bayar sekilo. Masa pinjam emas RM140K sekilo, time bayar emas sekilo RM170K. Islamik la tu... pinjam sekilo bayar sekilo.

Masalah sebenar kebanyakan student2 yg meminjam ni, mereka meminjam dengan niat untuk tak nak bayar atau untuk melengah2kan pembayaran. Cuba la time nak apply pinjaman tu, set niat awal2, aku pinjam ni duit rakyat, hak peminjam lain selepas aku, oleh itu aku kena bayar balik sebaik aku graduate dgn bersungguh2 no matter what. Bila ada keazaman, baru la ada jalan.

Sori... membebel lak. Pasal aku ada org pinjam duit aku tak reti2 nak bayar hehehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 09:09 AM | Show all posts | Share
aku lagi best...

masa isi borang nk amek ujrah aku dah state kt situ parents aku meninggal..

tup2 masa tgk borg surat perjanjian tertera nama arwah parents aku as penjamin, dh siap print dah kt situ. kt mane aku perlu dapatkan signature arwah parents aku ni??? stoopeeddd...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 09:13 AM | Show all posts | Share
aku declare dlm borang kemaskini utk ujrah ni yg aku xkeje
tp sbb parents masih hidup, so letak la nama derang
klu tau tmpt aku kerja, laju jer derang buat arahan potong gaji
kompom!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 09:18 AM | Show all posts | Share
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) patut di tukar Perbadanan Along Pendidikan Tinggi Nasional (PAPTN) amacam bernas x?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 09:21 AM | Show all posts | Share
Kawan aku pergi kat website PTPTN nak sign ujrah tapi akhirnye, die dapat surat mahkamah kate die tak bayar, sebab tulah aku x wat ujrah tue lagik,takut dapat surat warning plak!!Padahal kawan aku tue bayar tiap bulan cume ie bayar lambat cket sebab die stop ptptn mase die tengah blaja lagi sebab dapat biasiswa, sian kat die !!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

27-1-2015 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.130460 second(s), 12 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.2

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list