CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3485|Reply: 50

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

 Close [Copy link]
Post time 19-1-2011 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mr_evergreen at 19-1-2011 11:39

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia hari ini apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid pagi Selasa lepas.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau kerana risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi Selasa lepas.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa lepas. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 11:41 AM | Show all posts
tak ziarah sbb simati dah tak boleh mengundi.... buang masa je....


credit kepada PAS...bole jadi modal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 11:43 AM | Show all posts
tak ziarah sbb simati dah tak boleh mengundi.... buang masa je....


credit kepada PAS...bole jad ...
craven Post at 19-1-2011 11:41


rasanya tak payah berkredit-kredit la,sbb dh mmg tanggungjawab.
abis kalau dh Tok Imam pun sibuk sambut p.m
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:44 AM | Show all posts
at least jenazahnya disembahyangkan oleh orang2 yg beriman dan bersikap ehsan sesama insan.... dapat jugak kebaikan utk roh si mati....walopon tak bersama pas, org pas jugak la yg dtg menyempurnakan solat jenazahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:45 AM | Show all posts
itu beza pas dengan umno....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:47 AM | Show all posts
1 malaysia..zapin dan gendang didulukan..jenazah..ah lantakla!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2011 11:50 AM | Show all posts
i think takyah la kite politikkan mende ni.. takyah la kite tgk PAS ke UMNO.. org tu dah meninggal.. kite yg masih idup bertanggungjwb menguruskan jenazah dia.. tak kire la parti politik mana.. diharap PAS tak menjadikan mende ni sbg modal..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:52 AM | Show all posts
abis madu sepah dibuang... yela PM dtg nak happy2 kang rosak plak mood lawatan dia tu...
apa jenis tok imam ler dorang ni dapat

:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 11:53 AM | Show all posts
Gile terdesak PAS kat Tenang... Ini pun nak dijadikan modal??? Tah PM tau tah tidak arwah meninggal....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:53 AM | Show all posts
uncle AN ckp, itu beza org ada maruah dgn yg tak de... hehehe.

najib, najib, 'gelojoh' sgt ngan kusi tenang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:53 AM | Show all posts
sumber mana ni?harakah?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 11:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by mr_evergreen at 19-1-2011 11:57
i think takyah la kite politikkan mende ni.. takyah la kite tgk PAS ke UMNO.. org tu dah meninggal.. ...
Nash^Roy Post at 19-1-2011 11:50



   
Al-Fatihah utk semua termasuk utk Tok Imam yg bz celebrate p.m
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:56 AM | Show all posts
fardhu kifayah. ada org selesaikan, semua org lepas dari dosa.  syabas kepada yg ikhlas menolong.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:56 AM | Show all posts
nasib baik ada sukarelawan dari negeri Najib yang tolong uruskan .kalau tidak kesian kat jenazah takda sapa nak uruskan.

Najib tak dapat datang jadi dia suruh org kampung dia pergi uruskan jenazah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:57 AM | Show all posts
ajk umno lupa nak habaq kat najib kot pasai org depa yg meninggal tu... biasalar.. semua tgh sebok
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:58 AM | Show all posts
sumber mana ni?harakah?..
TuntungReturn Post at 19-1-2011 11:53 AM



best ke dpt bukak byk account multinick ne maideen?
mcm2 bowtie ada....jingga, hijo, colorful, dan yg paling menyerlah merah,








org mati tinggalkan jenazah,
maideen mampos tinggalkan bowtie, <--- ntah sapa la nak ziarah nanti yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 11:59 AM | Show all posts
fardu kifayah, tanggung jawab orang Islam. Baguslah sebab orang PAS sedar tentang kewajipan ni. Kalau betul Imam lebih utamakan majlis bersama PM, memang tak patut.  Tapi tak payahlah nak politikkan pasal nih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 12:00 PM | Show all posts
benda fardu kifayah pon nak berkira? {:2_74:}

harap2 mereka dapat duit rm5 sorang slps turun tangga slps smayang jenazah tuh

kalao tak bertambah lagiii la modal pas
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 12:01 PM | Show all posts
najib tau ke idak ? ada org bagi tau dia dak ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 12:02 PM | Show all posts
Al-fatihah...
semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman.
syabas kepada yg ikhlas menolong.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.065856 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list