CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

Natasha rangkul emas Kejohanan Boling Dunia di Kuwait

[Copy link]
Post time 10-10-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode

NATASHA (kanan) bermula cemerlang di perlawanan pertama selepas melakukan 259 jatuhan pin. FOTO Ihsan Facebook Hannah Yeoh

Kuala Lumpur: Pemain boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia selepas memenangi pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam tadi.

Lebih manis, pemain berusia 27 tahun itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane menerusi keputusan 2-1 dalam format tiga permainan terbaik pada aksi berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club.

Natasha bermula cemerlang di perlawanan pertama selepas melakukan 259 jatuhan pin berbanding 194 oleh Li Jane.

Li Jane walaupun bangkit memenangi perlawanan kedua 238-162, tidak dapat menandingi kehebatan Natasha apabila tewas 165-185 pada perlawanan penentuan sekali gus terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara itu adalah menerusi Jacqueline Sijore pada 2011 di Hong Kong.

Sementara itu, wakil Korea Selatan, Hong Hae Ni dan Son Hye Rin masing-masing berkongsi gangsa, menurut laman sesawang
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ing-dunia-di-kuwait
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.364310 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list