CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2940|Reply: 0

ONE Championship tawar Jojo kontrak RM472,749

[Copy link]
Post time 10-10-2023 03:52 PM | Show all posts |Read mode

JOHAN kini jadi sebutan peminat muay thai. FOTO Instagram johanghazali

Kuala Lumpur: "Ini gila, memang gila, bulan hadapan saya baru berusia 17 tahun tapi saya terima kontrak One Championship sebelum saya dapat lesen memandu. Ini sangat gila kawan, sangat gila," kata jaguh remaja muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar.

Jojo berjaya menewaskan lawan dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam acara ONE Friday Figh telah membuka mata banyak pihak.

Dengan kecemerlangan ditampilkan atlet kelahiran Kuching, Sarawak, ONE Championship memberikan kontrak bernilai AS$100,000 (RM472,749) kepadanya.

"Sejujurnya ia mengenai masa dan saya sudah bersedia. Dari dulu saya mula, ini impian saya, ini bukan pengakhiran tapi ini permulaan," katanya.

Namun ia bukan sesuatu yang mudah kerana dia perlu berusaha sehingga berada di tahap sekarang dan segala pengorbanan ternyata sangat berbaloi.

Nama Jojo semakin mekar dan dikenali ramai selepas menampilkan beberapa aksi terbaik termasuk kemenangan 'KO' ke atas jaguh Thailand, Padetsuk Fairtex dalam pertarungan Flyweight Muay Thai dalam masa 16 saat sahaja.

Anak kepada SAC Zulfikar Mohd Ghazali mempunyai rekod bersih kemenangan 4-0 sepanjang kariernya dalam kejohanan tersebut.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... jo-kontrak-rm472749
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.045133 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list