CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2523|Reply: 0

Alex Marquez ungguli perlumbaan pecut

[Copy link]
Post time 12-11-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ (kiri) dan Bagnaia ketika saingan pecut GP Malaysia sebentar tadi. FOTO OSMAN ADNAN

Kuala Lumpur: Pelumba MotoGP Gresini Racing Alex Marquez membuktikan dia jaguh dalam acara pecut apabila muncul juara dalam kategori berkenaan pada perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.

Walaupun bermula di petak keempat, adik kepada juara dunia enam kali Marc Marquez tidak berhadapan masalah mengejar kumpulan hadapan dan mula mendahului pada pusingan keenam, seterusnya menamatkan perlumbaan dalam masa 19 minit 58.713 saat (s).

Kejayaan itu bukanlah kali pertama kerana Marquez turut pernah memenangi pada perlumbaan di GP British, Ogos lalu.

Pelumba berusia 27 tahun ini melintasi garisan penamat 1.589s di hadapan pelumba Prima Pramac Racing Jorge Martin di tempat kedua, manakala pendahulu kejuaraan tahun ini Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo yang bermula di petak hadapan, hanya mencatatkan 20:01.747s di tempat ketiga.



Bagnaia atau lebih dikenali sebagai 'Pecco', mendahului mata kejuaraan dengan 396 mata diikuti Martin (385 mata) manakala Marquez dengan 129 mata di tempat ke-11.

Sementara itu, Bagnaia berkata, dia sudah berusaha keras untuk memenangi perlumbaan terbabit namun terpaksa akur kepada kehebatan Marquez.

"Kita sudah mencuba pada tahap maksimum namun itu semua belum mencukupi untuk memenangi perlumbaan pecut.

"Apa yang kita perlu tahu bahawa acara pecut penting untuk lakukan sesuatu pada perlumbaan esok. Saya boleh katakan tidak berpuas hati dengan perlumbaan hari ini," katanya.

Namun, Bagnaia masih lagi berpeluang menebus kekecewaan pada hari ini apabila dia bermula dari petak utama untuk perlumbaan penuh esok, selepas mencatatkan masa terpantas sepusingan sesi kelayakan kedua dengan masa 1:57.491, yang juga adalah rekod baharu sepusingan di Sepang.

Perlumbaan pecut diperkenalkan buat pertama kalinya pada kelas perdana tahun ini, dengan jumlah pusingannya hanya separuh daripada perlumbaan penuh, esok.

Ia juga memberikan mata kejuaraan yang akan diberikan secara asing daripada perlumbaan penuh dengan 12 mata untuk pemenang dan mata sehingga sembilan pelumba terbaik.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... li-perlumbaan-pecut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051899 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list